IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Saturday, January 2, 2010

2009 dan 2010



~Berakhirnya sesuatu sentiasa memaknakan bermulanya sesuatu yang baru~

Minggu terakhir 2009 sangat 'hectic' buat saya..Maka, agak penat, fizikal, mental dan perasaan..

Dan pastinya, penghujung tahun senantiasa mengirim rasa sayu dan terharu buat diri saya bila mana dipejam mata dam mengimbas kembali rentetan peristiwa dan kejadian yang terjadi sekitar 2009 yang baru sahaja berlalu..

Hari ini dah pun 2 Januari..Esok 3hb lusa 4hb dan seterusnya..Masa akan terus berlalu..

ANTARA MANUSIA BIASA DAN LUAR BIASA


Setiap hari, bangun,mandi, solat sarapan, ke kelas@ kerja, lunch, solat, sambung kelas@kerja lagi, balik, makan, solat, makan lagi, solat, rehat, solat, buat kerja sikit, tidur..Rutin harian sebagai pelajar mahupun kerjaya..

Bila tiba weekend, kebiasaannya, ramai yang keluar mencari so-called 'ketenangan' dan 'kedamaian' dan 'melepaskan stress' di shopping compleks, kedai makan dan segal macam tempat lagi. Bila tiba hari-hari penting rekaan dan ciptaan manusia, ramai menjadi teruja untuk meng'imarah'kan hari-hari tersebut supaya tidak terkecuali daripada aktiviti orang kebanyakan..


Hujung-hujung tahun yang menyediakan terlalu banyak peristiwa 'significant' membuatkan ramai manusia teruja.

Cuti Sekolah = manusia berlumba-lumba mencari rezeki (tak tahulah sama ada menampung keperluan hidup ataupun memenuhi tuntutan kemahuan diri menimbun duit dan harta, terserah pada individu masing-masing kan)

Krismas = Ramai yang menyambutnya dengan hati riang gembira tanpa kira apa agama anutan mereka dek boarderless, limitless, wireless dan segala macam less lagi dalam kehidupan mereka. Tak terkecuali ramai juga yang masih keliru dengan hukum boleh ke tak boleh ke (ayuh dan silalah mencari dengan ilmu, gunakan panca indera dan akal kurniaan Tuhan buat manusia, fikir dan hadam, lalu praktikkan dalam kehidupan..Pesanan buat diri ni juga)

New Year = NEW YEAR CELEBRATION..
Selama ini, saya merasakan aktiviti sebegini hanyalah sambutan biasa-biasa sahaja, sehinggalah 2 hari lepas, saya menyedari saya adalah dikalangan manusia-manusia yang ketinggalan dalam kemeriahan sambutan Tahun Baru. di setiap corong radio di setiap stesen radio yang dipasang adik abang saya sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari Melaka, hanyalah tentang sambutan NEW YEAR semata-mata.



"ERmm, apa rancangan awak untuk sambutan New Year ni?", tanya si DJ radio.

"Saya nak ke KLLCC la, bang untuk countdown, apa lagi..Tapi mesti sesak jalan kan nanti, tapi tu yang besst tu...", sambut si pemanggil.

Di stesen lain pulak,
"So, where will you hang out tonite countdown, dude?", DJ.

"For sure lah, somewhere provide grand event..."

No wonder why people see NEW YEAR is a big thing not to be missed..To ensure themselves not to be left behind (so-called).

Tak faham..
New Year sangat besar kah di mata kebanyakan orang ini, semalam nak pergi bank Islam dengan Ria pun jalan sesak. Ada masa tu, konon-konon nak pintas ikut jalan Masjid Negeri Pahang tu, sekali, kat situ lah rupanya punca jam teruk tu. Ada event jugak rupanya depan masjid rumah ALLAH yang indah itu..Hmmm..Saya juga manusia lemah, terlalu banyak membuat kesilapan.


Entahla..Hati cukup bercampur -baur.

Namun sedikit terpujuk hati ini, bila tahu segelintir sahabat-sahabat, sekelompok kecil umat daripada UIA (sebahagian aktiviti Campus Dakwah Project UIAM, Kuantan) dan IPT sekitar Kuantan dan juga badan-badan yang berasa bertanggungjawab untuk Islam, keluar memikul bebanan tanggungjawab di malam sambutan NEW YEAR itu. Di tebalkan muka, dikuatkan kaki melangkah, dikentalkan semangat untuk 'mambantu saudara seISLAM'.

Orang ramai lebih menyebut mereka ini meng'ambush' orang ramai di kala malam itu, tapi pada saya itu adalah tanda kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang tak berbelah bagi segelintir manusia terhadap saudara-saudaranya. Inilah golongan LUAR BIASA buat saya..

Bukan mudah untuk menyediakan hati dan diri untuk kerja sebegini bukan. Malah saya pun tidak sekuat mereka ini. dan pastinya, ALLAH hanya memilih orang-orang tertentu untuk berada di situ di kala itu untuk menyertainya. Dan saya, sedih menguasai diri....

Doa saya, moga ALLAH mengangakt darjat kalian dek usaha kalian yang outstanding..


MENJENGAH USIA 23 TAHUN

Sesungguhnya angka 23 itu amat besar buat saya yang masih tiada apa-apa pencapaian diri buat orang lain di kala ini. Besar dan berat rasanya perasaan bila mana kita perlu memikirkan lebih jauh dan mendalam dalam setiap langkah yang kita lakukan. Kita akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan setiap keputusan yang kita ambil, sekalipun sekecil-kecil keputusan.

Tekadang terfikir, kita sememangnya harus lebih kuat untuk mengatakn YA ataupun TIDAK dalam membuat keputusan, sekalipun ada yang terluka dengan keputusan kita. Barang pasti, tidak akan pernah dapat dipuaskan hati setiap manusia di sekeliling kita ini kerana kita ini tidak pernah sempurna. Hanya mencuba memberi yang terbaik. Terima Kasih sahabt atas usaha Kasih Sayang mu. Sungguh, aku hargai semua itu..

Azam baru..
Selama ini, tidak pernah saya kongsi secara total azam saya dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bebrbentuk penulisan sebegini. Tapi kali ini, saya memilih untuk berkongsi di sini supaya saya akan lebih tegar mengingati segala cita-cita dan impian memenuhi azanm saya~MEMPERBAIKI DIRI KE ARAH LEBIH BAIK
Saya berharap dapat:
  1. Solat di awal waktu
  2. Lebih mendekati Al-Quran
  3. Perbanyakkan pembacaan buku-buku ilmu tarbiah dan pengetahuan
  4. Memaksimakan amalam 'memberi'..
  5. Tingkatkan doa dan pergantungan kepada Sang Pemilik Segalanya..
Mungkin sahaja biasa-biasa sahaja. Namun, saya berharap dan pasti kesannya pasti luar biasa buat saya jika saya mampu meng'istiqamahkan diri untuk ini..Doakan saya ya!!


fiey ahmad
23 tahun 2 hari
http://fieyahmad.blogspot.com

3 comments:

  1. salam utk fiey...semoga diriku n dirimu diberi kekuatan utk melaksanakan azam demi menjadi hamba Allah yg lebih baik......=)

    ReplyDelete
  2. aimir akan sentiasa doa segala yang terbaik untuk fiey..

    ReplyDelete
  3. salam k.fiey.. lme xgr brite..... 1st nk wish epy belated bday... misz u so muaahh... mesra dlm ingatan... abadi dlm ke6gn...we r not here 2 change d world... we r here 2 create d world around us that we choose... while allowing d world as others choose it 2 b... 2 exist also..
    LoL... =')

    with luv.... sol

    ReplyDelete