IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.
Showing posts with label My Interest. Show all posts
Showing posts with label My Interest. Show all posts

Friday, April 9, 2010

WEM masuk 'hospital'???

2 comments:

WEM 4585..Kancil silver 660..

Februari lepas genap dua tahun WEM bersama saya..Masa tu, WEM sudah dalam keadaan agak uzur, mungkin dek fizikal dimamah usia =). Tapi, atas keyakinan WEM akan mampu memberi khidmat, ongkos untuk pembaikpulihan tak jadi kiraan..

Banyak Berjasa

Tak mampu nak dinafikan, WEM sangatlah berjasa..Pada saya, pada keluarga saya, pada sahabat-sahabat, dan pada kenalan-kenalan yang menyewa-gunakannya.

WEM lah yang selalu menjadi kenaikan saya dan sahabat-sahabat saya berulang-alik ke Terengganu untuk 2 tahun lebih ni.WEM juga menjadi pengukuh ikatan darah kami adik-beradik dan anak-anak saudara dengan mengusung kami ke sana ke mari, ke pasar, ke rumah Cikwan, ke Mydin, ke mana-mana sahaja, malah ke Melaka sekali..

WEM juga menjadi alat bantu buat saya bagi mempermudahkan urusan sahabat-sahabat saya di Kuantan ini, malah menjadi alat hubung bagi menyemarakkan lagi amalan memberi.


Khidmat WEM di UIAM Kuantan

WEM langsung memudahkan sesiapa yang perlukan khidmatnya di sekitar Kuantan ini untuk 2 tahun ini, sambil membuka ruang ukhwah antara saya dan pengguna WEM walaupun kebanyakannya tak bertemu muka pun. Selalunya, nombor telefon dan bait mesej yang menjadi penghubung antara kami. Yang penting dalam menguruskan WEM dan perkhidmatannya ialah KEPERCAYAAN saya pada pengguna. Terkadang ada juga yang mencalarkan kepercayaan itu dengan sangat mengambil mudah urusan 'masa penggunaan' dan 'bayaran'. 

Sejujurnya, caj yang dikenakan memang kembali untuknya, agar ia sentiasa dalam keadaan yang baik dan 'sihat' untuk digunakan.

Saya berharap untuk masih mampu memberi.~


Masuk 'hopsital'

Dah 3 hari WEM kena tinggal kat 'wad'. Hari tu, tiub salur airnya bocor, dah tukar on the day juga, tapi saya masih nak hantar dia kat 'primary doctor'nya kat Jalan Wong Ah Jang. 'Doktor' dia saya panggila unc.Lan je. Unc. Lan minta WEM di 'admit'kan untuk sehari dua. Nak kena bedah siasat katanya. Kena buat 'open surgery' katanya untuk diagnose apakah sakit yang dihidapi WEM itu..huhuhu..Saya pasrah aje lah. Apa-apa saja untuk WEM, nak kena siap siaga ringgit yang besar juga ni..=)

Hari ni dah masuk hari ke 3 WEM kat sana. InsyaALLAH petang ni nak jemput dia pulang. Harapnya, keadaan dia makin pulih.


Nama baru WEM

**Nama baru??Ada cadangan ke, kawan-kawan?huhu*
Urmm, insyaALLAH, nanti ye kita panggil dia dengan nama baru ye..**
fiey ahmad
doakan untuk WEM 4585 ye

Tuesday, July 14, 2009

Cupcakes lagi..

2 comments:
New Semester..

New Order..

New Presentation of our cupcakes..













Have to squeeze the ideas to produce more designs..

I wish I can put my free style ideas on them again..At the same time, I wish I can create new style of writing..=)

Wednesday, July 8, 2009

I love Cartoon...!!

No comments:
Watching cartoon is one of my interests, my favourite activity during leisure time.

I love cartoon since my childhood. The most adorable one is Donald Duck, in Disney World coz i think i have almost his naughty character..MOst of all, I adore his voice and his character..*hihi



Next, the most loved one is MONSTER INC. movie..The only cartoon movie I repeatedly watch it without being bored. I laugh and cry everytime watching it.So touching..

The movie is all about friendship, love and passion..~how love in friendship drives one's passion to do thier best for their loved one. No matter how difference they are. The script and plots amaze me very well and I love the whole graphic integrated in it. Last night, I shared my interest with mt three little nieces. As expected, they like it as I do.


Kung Fu Panda

Box office cartoon.

Really enjoyed the movie with the storyline and beneficial inputs in it..Lots of moral values are blended in the movie.

There is saying from Master Oogway to Pao.
"Yesterday is a history, Tomorrow is a mystery, and today is a gift..That is why it is called present"

The other significant gist in this lovely comedy adventurous movie is,

"There is no secret ingredient, what you need is to believe"

It is so because belief has strong power than we expect it could have.


I love watching cartoon is not merely for fun, but I love to search what the cartoons bring together with its story.

Sunday, May 10, 2009

Cupcakesssss..

3 comments:
Cutie cuppies.blogspot.com


Our new interest..
Raising self fund..

Cultivating self creativity..

Strengthening bond of love among us..


Wedding gift ordered by a customer..

Happy to see others smile on face with cupcakes they got.




Birhtday cupcakes for a little boy


Happy Mother's Day

Unfortunately, we have to off our operation for a while (may be for few weeks-giving a way for clinical posting at Temerloh and semester break).

See you in the next semester Insya ALLAH..

Tuesday, April 28, 2009

Ekspedisi Mendaki Gunung Merapi, Padang, Indonesia (20-25 April 2009)

3 comments:
Ekspedisi kali ini memang menjadi antara pengalaman paling berharga dalam hidup..Banyak sangat pengajaran hidup yang dikutip sepanjang perjalanan pergi dan pulang..

Perjalanan 6 hari 5 malam ini merupakan antara beberapa program yang harus diikuti pada tempoh masa yang sama. Namun, ekspedisi ini juga yang terpilih untuk diikuti sedangkan ia adalah pilihan terakhir sekali di awalnya.

Ekspedisi ini merupakan pendakian gunung yang pertama buat saya. Selama ini setakat 'jungle trekking', bawa air mineral sebotol, perjalanan 30 min- 1 jam saja. Tapi kali ini, saya mendaki dengan muatan 11kg di belakang. Pengalaman yang menakjubkan. Huhu..

Butiran Expdedisi Padang, Indonesia.

Tempat: Padang, Indonesia
Tarikh : 20-25 April 2009
Peserta: 28 ahli Adventure & Recreational Club (ARC) UIAM
Kendalian: Majlis Pencinta Alam, Politeknik Andalas, Padang Indonesia

Tempat-tempat menarik yang kami kunjungi antaranya ialah:
  • Gunung Merapi
  • Danau Malinjau
  • Jam Gadang, Bukit Tinggi
  • Padang Kota, Padang
Cerita fasa 1^

1) Gunung Merapi
  • Jenis gunung : Gunung berapi hidup tak aktif.Mempunyai beberapa kawah tapi hanya satu kawah yang masih hidup dan berasap sulphur dengan hebatnya ketika kami berada di puncak.
  • Ketinggian : 2981 m dari paras laut
  • Puncak sebenar tidak dijejaki kami, sekadar melihat dari jauh kerana trek ke sana amat merbahaya, hanya seorang sahaja boleh melalui itu pada satu masa, keadaan yang berkabus juga membahayakan lagi keadaan.
  • Perjalanan dari kaki gunung ke puncak memerlukan lebih kurang 6 jam dengan 2 hentian ( 1st base pada sejam pertama dan bermalam di 2nd base selepas 3jam mendaki). Cuaca pagi, masyaALLAH, sejuk yang amat..dengan kabus yang sangat tebal. Hajatnya nak menyaksikan matahari terbit, tapi, dek terlalu sejuk dan masih gelap, kami memutuskan untuk tunggu hari cerah sikit sebelum mendaki ke puncak.
  • Pemandangan sedari awal perjalanan hinggalah ke puncak amatlah menakjubkan. Maha Suci ALLAH yang menciptakan segala sesuatu..Perasaan yang tak terungkap..Pengalaman yang tidak mungkin dapat dirasai di kala waktu biasa di tempat biasa. Terima kasih Tuhan kerana memilih aku untuk menyaksikan keagunganMU melalui ciptaanMu..Terasa rendahnya diri, kecil dan dhaifnya aku sebagai hamba.

Untuk fasa 1 cerita ekspedisi ke Padang, Indonesia berakhir di sini..Esok harus bangun awal untuk 'clinical posting' di ward ENT, 'office hour' 8 pagi- 5petang..