IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Gunung Merapi..Lagi ingatan daripada Allah

No comments:
Bermula daripada letupan yang pertama pada tarikh 25 Oktober baru-baru ini, kejadian bencana alam ini belum lagi mengejutkan saya sehinggalah kisah ini berlarutan selama 3 minggu hingga ke hari ini. Meskipun aktiviti letusan Merapi itu makin mereda, namun, kesannya cukup-cukup menyayat hati.

Pada mulanya, saya ingatkan letusan itu hanyalah sekadar letusan biasa kerana saya tahu Gunung Merapi yang terletak di Jogjakarta, Indonesia itu merupakan sebuah gunung berapi hidup tak aktif. Tetapi setelah membaca dan meneliti gambar-gambar daripada artikel-artikel di internet, terasa tersekat nafas terhenti jantung...Teruk sampai macam tu sekali..Allah..Allah..Mengucap panjang sambil menahan air mata saya..


Saya teramat terkejut dan terkesan kerana saya pada mulanya teringat bahawa pernah ke puncak Merapi itu suatu ketika dahulu menyertai ekspidisi mendaki gunung itu sekita April 2009.Rupa-rupanya, ini gunung Merapi yang berbeza. Ekspidisi saya ke Padang, Indonesia dan bencana ini di Jogjakarta..Tapi masi juga meruntun jiwa


Tapi ini sedikit perkongsian daripda laman web Boston.com..




Kita tak tahu bila kan terjadi pengakhiran buat kita, bagaimana pengakhiran kita....Semoga kita berakhir dengan iman pada Allah masih bersisa di hati..


Untuk kembali dan pulang kepadaNya sebagai hamba yang teramat memerlukan belas ihsan kasih sayangnya..





fiey ahmad
berharap untuk husnul khaotimah

Monday, November 15, 2010

Salam Eidul Adha

No comments:
Salam Wukuf Arafah....

Perhimpunan sebilangan kecil umat manusia di dunia ini cukup menggambarkan sebahagian kecil gambaran himpunan manusia seluruh alam seluruh zaman di Padang Mahsyar kelak..


Kita semakin menghampiri waktu itu bukan..Sedikit masa lagi cuma belum diketahui setepatnya bila..Harus semakin bersedia..


Sebilangan umat di lokasi lain di bumi yang sama mungkin telah lama merasakan kiamat itu, dek peperangan yang tiada kesudahan, bencana alam yang kian mengganas. Semua itu urusan Allah, kita hamba sewajibnya bersedia untuk taat dan laksana perintah ALLAH..



Mencari taqwa di sebalik Hari Raya Qurban.
Sebagai bekalan kecil untuk ketemu Tuhan





fiey ahmad
doaku semua baik2 aja dalam dakapan kasih sayang Allah

Wednesday, May 26, 2010

Kematian Berupa Peringatan

No comments:
~Kullu nafsinn zaa iqotul maut~


Alhamdulillah...Setelah berkurun lama (ye ke berkurun?? lama juga lah), hampir sebulan lebih tidak mengisi ruangan rumah ini, saya berkesempatan menghadap laptop dan mencuba untuk menulis dan berkongsi sesuatu..Sesuatu yang berkait dengan rasa yang dialami oleh saya, dan pastinya kesan rasa itu cukup dalam bagi saya kali ini..

Sebelum itu, saya nak cerita sedikit sebanyak cerita ketiadaan saya di depan laptop ini buat jangka masa yang agak lama..Bermula last entry dulu, saya dah ke Temerloh untuk posting bersama Chah dan Deqma di Paeds. Lepas itu, bergelut dengan final exam, lepas itu lagi bertarung dengan final year project submission yang mendambakan air mata keluar berjejeran (huisssh, itu memang antara kenangan yang nak dilupakan tapi tak mampu lagi setakat ni)..

3minggu bersambungan dengan itu, saya dan Jibah tersayang berhabis masa dengan aman gembira tanpa belajar dan posting di UIA Gombak, ikut 'MASUM volleyball training'..Alhamdulillah...Banyak sangat belajar masa itu...Bukan saja dapat ilmu volley saja daripada Coach Zul (ex-national coach: perlu di'mentioned' di sini, hehe =P) ayat-ayat bunga pun ada juga, malah kami sama-sama dapat belajar dan berkongsi ilmu 'hidup dan kehidupan' bersama teammates yang lain, selain daripada ilmu 'merapu merapek' daripada adik-adik junior and senior yang seorang itu, hihi..Sangat membekas semua tu, tersenyum 'sorang-sorang' pun boleh jadi...

Dan, 
Saya baru saja selamat sampai ke Kuantan Sabtu baru ini, selepas driving dari KL sorang-sorang dengan mata yang asyik nak terpejam. Dalam perjalanan yang hampir ke selekoh UIAM, saya teringat tentang berita kematian nenek angkat saya di Cherok Paloh, segera membuat keputusan untuk menziarahi 'ibu dan abah' serta ahli keluarga angkat yang lain di sana..Walaupun sangat keletihan, tapi saya paksa diri, gagahkan semangat, untuk belajar dan didik diri untuk memenuhi tanggungjawab sesama saudara dan mengeratkan silaturrahim sesama saudara meskipun bukan sedarah sedaging.."fiey cuba nak contohi Mak ngan Ayah.Fi harap fi dapat mewarisi sifat berbudi Mak Ayah.."



Kematian Berupa Peringatan

Arwah mak ini adalah emak kepada ibu angkat saya, Dzuaini dan Anis semasa NurSS Baktisiswa  kali ini. Adam dan Usaid (Law student Gombak) adaldah anak-anak angkat mak. Kami semua agak rapat tetapi Adam dan Dzuaini lebih rapat dengan keluarga angkat kerana mereka sering menghabiskan weekend mereka di sana.  Berita kematian mak dikhabarkan ketika saya masih di Arau. 3 hari sebelum itu saya dikhabarkan mak jatuh sakit dan di masukkan ke ICU dalam masa 24jam. Sangat cepat semua itu berlaku..Pemergian itu mungkin dijangka tapi mungkin belum disiapsedia untuk  dihadapi dan diterima. 

Sesampai di rumah 'mak' (nama panggilan kami anak-anak dan cucu-cucu angkat arwah), hati berasa sangat sayu..Ada sesuatu yang menggamit rasa di hati. Melihatkan keadaan rumah yang baru usai mengadakan majlis tahlil cukup untuk mengimbau 'rasa itu' kembali.."aku pernah rasa ini semua dulu"..

Dengan mata yang separuh tertutup, saya gegaskan diri ke sink, bersihkan apa yang patut..Bukan selalu dapat peluang mengamalkan amalan yang dituntut Nabi Muhammad s.a.w. ketika bertandang ke rumah si mati iaitu kedatangan kita bukan sebagai tetamu tetapi sebagai pembantu peringan bebanan mereka. Jika tidak dari sudut emosi, harus kita bantu dari sudut fizikal, ringankan tugasan dan kerja yang ada. Sungguh, pengalaman menghadapi kematian ahli keluarga terdekat sentiasa mengingatkan dan memberitahu kita, harus kita tolong saudara si mati kerana ketika saat itu, mereka sarat menanggung bebanan perasaan yang amat berat sekali.

Dan,
Malam itu, solat saya beriring air mata menanggung rindu yang teramat buat kedua arwah Mak dan Ayah..Doa mohon sejahtera dan bahagia di sisi Tuhan saya titpkan buat mereka dan juga buat arwah mak Cherok Paloh yang baru dijemput Ilahi.

Sungguh, mati itu terlalu dekat dengan sesiapa sahaja..Masanya sudah sedia tercatat, cuma terbatas dek akal manusia. 



2 minggu posting terakhir


Hari ini hari ke 3 saya ber'posting di wad medikal di HTAA..4th year student yang seorang diri tersesat ke situ untuk posting Oncology (study berkaitan dengan kanser). Saya harus kata saya tidak kisah, dan terima ini sebagai latihan awal untuk saya jika benar rezeki saya dicampak ke mana-mana..Harus bersedia, suka ataupun tidak, harus suka dan terima dan memberi sebaik yang kita ada.

Kes-kes berkaitan kanser agak berkurangan di wad, dan kebanyakan mereka 'admit' ke wad sehari dua untuk kemoterapi. Hari pertama saya meninjau-ninjau juga area 'isolation room', menunggu cycle kemoterapi dijalankan, tetapi bukan rezeki saya la kali ni agaknya. Hari kedua dan seterusnya, saya 'stay' di 'acute cubicle'. Tolong apa yang patut dan cari lagi pengalaman-pengalaman yang mungkin ter'miss' sebelum ini.

Sungguh bertuah posting kali ini, wad medikal lelaki yang kebiasaannya melimpah-ruah 'patient'nya, susut benar dari sudut bilangan. Di kubikal saya, hanya 2, 3 pesakit. Dengan itu, boleh lah saya lebih fokus dengan satu-satu pesakit.



Kisah kematian kali ini


Ingin berkongsi satu lagi pengalaman mendepani kisah kematian. Mungkin saja kisah kematian itu terlalu sinonim  dengan hospital, terlalu sinonim dengan dunia perubatan dan kejururawatan, sehingga kematian itu menjadi terlalu biasa dan harus ditegal biasakan. Namun, bagi saya, setiap kisah kematian itu pasti beserta cerita di sebaliknya dan harus ada cerita berkesinambungan selepasnya.

Jujur saya katakan, jarang sekali saya berpeluang mendepani kematian di hospital di ketika waktu kerja saya. Untuk sebab itu, benarnya saya katakan saya agak kurang cekap mengendalikan 'last office' untuk pesakit. Last office (LO) merupakan penghormatan terakhir daripada pihak nursing untuk si mati, dengan membersihkan si mati seadanya sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan dan keluarga. Kali ini, sangat bersyukur berpeluang mengendalikan dan belajar kembali daripada juniors yang masih fresh ingatan mereka..Kita harus saling belajar dan memberi kan.

Ada kisah di sebalik pengalaman hari ini. Sudah 2 hari saya menjaga pesakit ini. Pesakit ini , 35 tahun, berkeadaan koma dan bernafas dengan bantuan 'ventilator'.  Pesakit ini di 'diagnosed' kan menghidapi penyakit Menigoenchephalitis, Infective endocarditis with +ve Hep C. Hari pertama menjaganya, saya menjaga dan membuat kerja seperti biasa, tidak terlihat sesuat yang luar biasa. Saya belajar daripada junior saya, medical student, Jibah, untuk seboleh-bolehnya tidak 'judge' sesiapa sahaja jika belum kenal sekenalnya tak kira siapa dia sebelum ini. Walaupun di 'bed ticket'nya tercatat dia bekas penyalah guna dadah, saya pesan selalu agar tidak memandang itu sebagai sebab untuk saya melihat serong beliau seperti pernah saya lakukan sebelum ini di ketika muda-muda dulu. Bimbang tersalah fikir, tersilap laku pada yang tak sepatutnya.


Ada satu pemandangan yang meruntun hati saya hari ini..Kebiasaan yang tidak nampak pada hari semalam tapi kelihatan pada hari ini..Saya kurang pasti siapakah orang itu bagi si pesakit ini, sama ada ibu ataupun kakak si pesakit, yang pasti wanita akan menghabiskan masa dengan mengalunkan yassin dan bacaan ayat-ayat Quran yang lain. Di masa lain, beliau akan mengusap lembut si pesakit ini.
~Allah, runtun benar melihat situasi itu..Berderau darah setiap kali mendengar alunan bacaan berbunyi esakan tersembunyi itu..Pasti berat perasaan yang ditanggungnya saat itu.


Jam 11pagi, saya mengambil tekanan darah si pesakit ini seperti biasa untuk setiap satu jam. Tekanan darahnya waktu ini sudah makin menurun ke bawah paras normal (89/56). Jauh daripada normal baseline pesakit ini. Doktor dimaklumkan segera dan keadaan pesakit sememangnya menunjukkan sistem dalam badannya semakin menurun. Doktor segera memaklumkan keadaan pesakit kepada wanita tersebut, rona merah menahan rasa kelihatan di wajah itu. Beliau segera memaklumkan pada saudara yang lain dan meneruskan bacaan yassin buat si pesakit. Akhirnya, saudara terdekat si pesakit mengambil keputusan untuk memilih 'Do not resuscitate' (DNR).
Kami akur.

Rupa-rupanya, keadaan si pesakit sudah pun menunjukkan tanda-tanda awalnya dia akan pergi. Semalam ada beberapa ekor semut kecil yang datang dari mana pun tidak diketahui, berada di atas katil pesakit dan itu disedari oleh saudaranya. Pagi ini, baru saya teringat, si pesakit ada bergerak lebih daripada biasa yang langsung tiada pegerakan, dan saya lihat beberapa kali ada takungan air mata dipeluput matanya. Di saat itu, alunan ayat Quran masih kedengaran oleh wanita itu..
Sayu..


Di saat dia ingin pergi, saudara-saudar terdekat telah ramai berkumpul membacakan yaasin dan menutur kalimah di telinga si pesakit, penuh rasa kasih dan cinta buatnya. Sebak saya tahan air mata, tak tertahan untuk berada di sekitar itu, perasaaan itu sungguh kuat, terasa dialami oleh diri sendiri. Bukan saya tidak tahan mendepani kematian seseorang, cuma saya tidak tertahan melihat kasih sayang dan kecintaan saudara-saudaranya buat si pesakit. 


Hati saya berkata, 

'beruntungnya si polan ini masih sempat merasa kehangatan kasih sayang daripada orang-orang sekelilingnya. Beruntunglah si polan ini, andai sebelum dia jatuh sakit, dia sempat bertaubat dan menerima redha dan kasih saudara-saudaranya. Sungguh aku kagum dengan  mereka, kerana berhidup dengan orang-orang yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini amatlah SAKIT dan MEMBEBANKAN jiwa dan perasaan..Semoga dia pergi dan diterima sebaiknya pula oleh penghuni dilangit andai keredhaan insan-insan yang ditinggalkan bersama-samanya. Andai si polan ini pergi sebelum sempat kembali, aku doakan semoga Allah masih menerimanya dan berharap insan-insan lain yang terjebak di jalan ini, kembalilah pada Allah selagi masih punya kesempatan..Jika tidak mampu memohon kemaafan daripada manusia, semoga sempat memohon keampunan daripadaNYA...Innalillahi wainna Ilahi rajiiuun....'




fiey ahmad
semoga aku juga diterima taubatku..T_T

Wednesday, April 14, 2010

Memaknakan Solat

No comments:

Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya” รข€” Hadis riwayat Baihaqi.


Masa KEcik

Semasa kecil, kita dididik untuk mendirikan solat 5 waktu. Tak kira bagaimana caranya, asal betul waktu solatnya, cukup rakaatnya, janji didirikan solat itu, kita dikira 'lepas' dalam menunaikannya..Yang kita tahu, kita solat sebab maka ayah suruh, kalau tak solat kena marah, kena 'piyat'..huhu..(dulu suka curi-curi ponteng juga, tak pun buat gaya je, bacaan entah ke mana-mana =P)

Remaja@ Sekolah Menengah

Semasa meningkat remaja, di alam sekolah menengah, dek bersekolah di sekolah agama, solat itu rutin harian, amalan yang menjadi 'baju' sehari-hari..Ditambah pula amalan-amalan iringan seperti ma'thurat, yaasin, surah Al-Mulk dan berbagai lagi..Semua itu RUTIN. Yang kita tahu, tinggal solat itu DOSA, tak solat itu MASUK NERAKA...(maka, solat itu aktiviti harian, perkara wajib 5 kali sehari)

Universiti@Awal Dewasa

Semakin meningkat dewasa lagi, di kala di universiti, sampai sudah nak habis universiti, kita masih lagi solat 5 waktu seperti biasa..Ulang sekalil lagi..SePerTi BiaSa?? Urmm, cuba fikir betul-betul, betuk ke kita masih solat seperti biasa...Masih samakah kita solat seperti kita di usia kanak-kanak? masih samakah kita solat di ketika sekolah menengah, masihkah sama di ketika awal-awal masuk Uni?
'Constant'kah kita atau berubah kah kita?

Andai di tahap kekal sama, baik kah itu untuk kita? Yuk, fikir-fikirkan

Andai berubah, ke arah manakah kita?
Lebih baik, alhamdulillah
Lebih berkurang@teruk, na'uzdubillahi min dzalik

Solat selalu buat saya terfikir banyak tentangnya, sebab saya sendiri makhluk biasa, lahir dikalangan orang biasa-biasa, hidup di kalangan orang-biasa, jadi boleh saya katakan solat saya biasa-biasa saja..

Untuk mencapai tahap khusyuk, itu jauh banget...
Untuk mencapai tahap sempurna, ALLAH....(mengeluh dalam-dalam saya)

Tapi, sama-sama kita panjatkan kesyukuran pada Allah atas nikmat paling berharga yang masih Allah pinjamkan untuk kita hingga ke hari ni..Nikmat Iman dan Islam, yang masih bisa mendorong kita untuk tunaikan kewajipan lima waktu, sekalipun dalam keadaan tiada masa, penat, letih dan malas..Atas kesedaran solat itu satu-satunya wasilah penghubung kita dengan DIA Pemegang Jiwa-jiwa manusia. Dan mungkin juga, solat itulah saat-saat yang sekurang-kurangnya kita berdoa memohon keampunan dan pertolongan dan menadah rahmat serta belas daripada Allah..

Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).

Urmm, 5 waktu aja sudah jadi bebanan untuk kita bukan..Benar sekali jangkaan Nabi Musa a.s di ketika Nabi Muhammad s.a.w menerima seruan untuk mendirikan solat di peristiwa lawatan Isra' Mikraj nabi ke langit ilahi. Daripada 50 waktu, hingga ke 5 waktu, Nabi Musa masih mengatakan itu berat bagi kita umat akhir zaman, hingga Nabi Muhammad sudah malu ingin mengadap Allah untuk diminta 'diskaun' lagi untuk kewajipan mendirikan solat.


Solat Itu DOA

Di seluruh aktiviti dalam solat itu adalah DOA dan Puji-Pujian ke hadrat Allah taala. Ayuh, maknakan solat kita agar Allah MAKNAkan doa-doa kita..Maknakan solat kita dengan cuba TAHU, FAHAM dan HAYATI pengertian bacaan-bacaan dalam solat kita, agar hati kita lebih cenderung untuk meminta dengan ikhlas dan mengharap. Agar solat kita bukan 'tunduk tungging' yang sia-sia. Dan, agar kita merasa nikmat seorang hamba yang meminta.

Di sini, saya kongsikan bersama Makna Bacaan dalam Solat, agar kita sama-sama amalkan untuk pembaikan amalan solat kita, untuk pembaikan doa-doa kita..

=)

BACAAN DALAM SOLAT

Takbiratulhram

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya
Solatku, Ibadatku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk 

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud 
 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



fiey ahmad
ayuh kembali jadikan solat itu bermakna


Sunday, February 28, 2010

SAYANG saja tak cukup~bingkisan Maulidur Rasul

2 comments:
~Kata-kata tidak mampu membawa makna KESELURUHAN CINTA, harus disusuli dengan TINDAKAN dan PENGORBANAN~





Maulidur Rasul

Tercatat sejarah agung dalam lembaran sejarah Islam di muka bumi pada tarikh 12 Rabi'ul Awal. Tarikh yang mencatatkan kelahiran insan teragung di tengah-tengah kejahilan melata. Tatkala dinihari, cahaya memancar dan memenuhi segenap ruang, terpadam api sembahan di biara Majusi yang tiada pernah padam beribu-ribu sebelum ini, runtuhlah 14 anjung di istana Kisra Parsi. Para penghuni langit bersyukur berzikir kegembiraan menyambut Rasul terakhir di lahirkan.

Di awal penghidupan Baginda s.a.w, kisah anak yatim yang mulia ini sangat mengharukan di mana di usia yang anak-anak kecil masih mendambakan kasih sayang dan belaian, Baginda kehilangan insan-insan tersayang di ketika umurnya masih kecill, malah tidak pernah punya peluang menatap wajah ayahandanya.Masih kita enggan bersyukur??


Tuesday, February 23, 2010

As-Syams

3 comments:
ูˆَุงู„ุดَّู…ْุณِ ูˆَุถُุญَุงู‡َุง
[1] Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

ูˆَุงู„ْู‚َู…َุฑِ ุฅِุฐَุง ุชَู„َุงู‡َุง
[2] Dan bulan apabila ia mengiringinya;

ูˆَุงู„ู†َّู‡َุงุฑِ ุฅِุฐَุง ุฌَู„َّุงู‡َุง
[3] Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

ูˆَุงู„ู„َّูŠْู„ِ ุฅِุฐَุง ูŠَุบْุดَุงู‡َุง
[4] Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

ูˆَุงู„ุณَّู…َุงุก ูˆَู…َุง ุจَู†َุงู‡َุง
[5] Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);

ูˆَุงู„ْุฃَุฑْุถِ ูˆَู…َุง ุทَุญَุงู‡َุง
[6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

ูˆَู†َูْุณٍ ูˆَู…َุง ุณَูˆَّุงู‡َุง
[7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

ูَุฃَู„ْู‡َู…َู‡َุง ูُุฌُูˆุฑَู‡َุง ูˆَุชَู‚ْูˆَุงู‡َุง
[8] Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

ู‚َุฏْ ุฃَูْู„َุญَ ู…َู† ุฒَูƒَّุงู‡َุง
[9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

ูˆَู‚َุฏْ ุฎَุงุจَ ู…َู† ุฏَุณَّุงู‡َุง
[10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

ูƒَุฐَّุจَุชْ ุซَู…ُูˆุฏُ ุจِุทَุบْูˆَุงู‡َุง
[11] (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

ุฅِุฐِ ุงู†ุจَุนَุซَ ุฃَุดْู‚َุงู‡َุง
[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

ูَู‚َุงู„َ ู„َู‡ُู…ْ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ู†َุงู‚َุฉَ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุณُู‚ْูŠَุงู‡َุง
[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

ูَูƒَุฐَّุจُูˆู‡ُ ูَุนَู‚َุฑُูˆู‡َุง ูَุฏَู…ْุฏَู…َ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุฑَุจُّู‡ُู… ุจِุฐَู†ุจِู‡ِู…ْ ูَุณَูˆَّุงู‡َุง
[14] (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

ูˆَู„َุง ูŠَุฎَุงูُ ุนُู‚ْุจَุงู‡َุง
[15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
Surah As-Syams : 1-15

Tuesday, January 26, 2010

Ingatan Daripada Al-Quran

No comments:

~Biar jiwa diam berzikir berfikir, biar akal telus menilai, biar iman tulus mendidik diri~

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.





fiey ahmad
hati yang sentiasa perlu diingatkan

Tuesday, January 5, 2010

Tabahkan Hati, sahabat....

No comments:


~Setiap yang pergi akan tetap pergi, kita yang masih tinggal ini masih ada yang harus kita teruskan demi memperjuangkan matlamat akhir kita**Pulang dalam Kasih dan Rahmat ALLAH~


2hb Januari lepas ayahanda sahabat baik saya, Noor Munirah Awang Abu Bakar, pelajar tahun akhir Ijazah Sains Bersekutu, Optometri UIAM, pulang dijemput ALLAH pada pukul 3.20 pagi..Dan berita itu sampai ke skrin telefon saya pada jan 5.25 pagi..Bangun subuh pagi itu dengan perasaan yang terkejut lagi sayu..Al-fatihah buat arwah..

Usai Subuh, saya masih kebingungan, seperti biasa di tika mendapat berita pemergian orang-orang terdekat buat insan-insan yang rapat dengan saya..Perasaan itu sukar diterjemahkan....T_T

Pagi itu saya turun 'training' basketball bersama yang lain..Tapi hati tetap tak aman. Terasa ingin terus ke Terengganu, berada di sisi Muni. Dan 'call' daripada Nawwarul dan Kay menguatkan lagi saya untuk pulang ke Terengganu. Sejurus selepas berlatih, saya bergegas pulang ke bilik, sarapan, masukkan baju ke dalam mesin basuh an bersiap pulang. Memenadu sendirian. Nekad.

11.20 bertolak dan rasa kesyukuran itu melangit bila mana sangat dipermudahkan urusan perjalanan. 2jam 15min saya tiba di rumah Muni. Waktu itu, hanya mak Muni dan makciknya sahaja yang berada di rumah, selebihnya mengiringi jenazah untuk di kebumikan di Kampung Pulau Manis, kampung asal arwah ayah Muni.

Saya dan Kay sedaya menolong apa jua yang mungkin. Mengemaskan ruang tamu yang selesai digunakan untuk solat jenazah, menyediakan air buat tetamu yang bakal datang dan selebihnya. Sebelum ini, jika tidak mengalami pengalaman ini, pasti saya tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan, dan berada di keadaan itu, niat ingin memudahkan keluarga sahabat itulah yang mengerakkan tangan dan tindakan..

Dan rombongan sahabat daripada UIAM Kuantan juga tiba selepas itu. Saya mendapat kekuatan baru untuk menetapkan di dalam hati saya, saya akan berusaha untuk menghadirkan diri seboleh-bolehnya urusan sahabt-sahabat. Walau tidak menyumbang secara zahirnya, pelukan dan usapan kasih sayang untuk 'ventilate'kan perasaan...

Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Muni sahabatku dunia akhirat...

Sesungguhnya Allah telah menyediakan hatimu untuk ini, dalam sedar mahupun tidak.sesungguhnya kamu sangat tabah di mata kami, namun di hatimu tidak siapa yang tahu melainkan ALLAH yang Pengasih. Tiada apa yang mampu aku janjikan untukmu tapi insyaALLAH, aku ingin hadirkan diri di setiap kamu perlukan aku..Aku bahagia menjadi sahabatmu..Doaku moga ALLAH melindungi setiap derap langkahmu..


 dari kiri (Kay, Jaja, Muni, Fiey, Nawa)

P/s: Muni adalah sahabat sedari Matrikulasi UIAM, kenalan bersama-sama Nawwarul Huda Zulkifli, Nurul Syaza Husni dan Nur Al-Kamaliah..Persahabatan yang tidak pernah dirosakkan oleh rasa iri hati, rasa hati dan sakit hati..Yang ada cuma pada persahabatan ini ialah rasa menerima kekurangan dan kelebihan sesama sendiri, rasa kasih dan sayang buat sahabat tak bertepi dan rasa ingin bersahabt sampai ke syurga..Segalanya mudah dan indah sekalipun pahit yang menjengah...Aku sayang kalian...Moga Allah titipkan cinta dan mahabbah ini selari dengan cinta Allah..



Tuesday, December 15, 2009

Perginya Seorang 'Mujahid Kecil'

2 comments:


'Ukasyah bin Mohd Hafiz

Sebaris nama indah buat seorang mujahid kecil, anakanda sulung sahabat sekuliah saya, Mawaddah Sabaruddin. Kelahirannya cukup diraikan dengan kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh ahli keluarga kedua-duanya kerana 'Ukasyah yang cucu pertama.

Di saat mengikuti kisah perkembangan sahabatku ini, segenap hati saya dijentik perasaan syahdu ketika membaca kisah di sebalik nama' Ukasyah yang diberi. Bergetar jiwa, jatuh gugur air mata..
(http://buatmuanakku.blogspot.com/2009/09/ukasyah-yang-berbahagia.html)

Di sepanjang usia bayi comel ini mencecah 3 bulan lebih, saya bersyukur dengan kesempatan untuk bermain dengannya di ketika clinical posting di Temerloh. Cuma itu sahaja saat saya pernah mendukung dan mencium bayi suci itu..Terlalu mulus dan terlalu suci daripada dosa, buat rasa tidak pernah puas menciumi dia.

Berita yang saya dengar daripada K. Mar usai solat Isya' malam itu, cukup perit merentap tangkai jantung saya..Terduduk saya, seolah-olah tak percaya..Beratnya rasa hati waktu itu..Berita awal yang disampaikan 'Ukasyah 'pergi' akibat 'aspiration pneumonia' (tersedak susu) petang itu..Namun, saya enggan percaya akan khabar itu lagi selagi belum mengesahkannya daripada orang-orang yang maklum betul dengan keadaan itu.

Ohh, baru saya sedari rupa-rupanya Naddy bergegas keluar petang itu bersama Mona atas sebab kemalangan itu. Kami pelajar Nursing di level ini diselubungi rasa terkejut dan masih tidak percaya. Ada yang sudah bersiap untuk ke hospital.

Dan saya, masih lagi kaget..

Cuba menenangkan diri,saya menarik nafas panjang..Berfikir..Bimbang juga jika kita akan mengkalutkan lagi keadaan..Mencari-cari siapa bersama Mawaddah tika itu, K.Am salah seorang daripadanya..Alhamdulillah, K. Am menjawab panggilan dan kami terus bersiap untuk menuju ke unit forensik selepas mendapat kebenaran Mawaddah..

Sepanjang pemanduan, hati dan jiwa saya terasa di awang-awangan. Cuba memfokuskan diri. Terasa dada dihimpit 1 tan bongkah batu. Rasa ingin menangis itu tak tertanggung, namun airmata ditahan daripada berjujuran. Dan sesungguhnya, perasaan itu amatlah perit..Kehilangan orang tersayang sekelip mata tanpa sebarang persediaan, cukup menguji kekutan iman di jiwa..

Kerana tidak berkesempatan malam itu untuk memeluk Mawaddah dan mengucapkan takziah, Allah memberi saya ruang untuk menemani 4 sahabat baik Mawaddah; Naddy, Siti, Mona dan Ismi keesokan harinya. Berbekalkan 3 jam tidur yang tidak berkualiti malam itu, kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi. Aku thabatkan hati untuk pergi, menunaikan hak anak buat seorang sahabat.

Peristiwa ini meruntuhkan tembok jurang sahabat itu. Meskipun saya bukan di kalangan yang rapat dengan Mawaddah, tapi hati menjerit ingin berkongsi keperitan itu. Kerana saya tahu betapa beratnya perasaan menanggung bebanan.

Alhamdulillah, perjalanan ke rumah Mawaddah berjalan lancar,kecuali di ketika mencari rumah Mawaddah. Agak memakan masa di situ. Selepas menghubungi saudara terdekat, kami bergegas ke tanah perkuburan di masjid Alam Damai. Sesampainya di sana, jenazah sudah selamat dikebumikan. Di bawah langit redup tengah hari, Hafiz sedang meratakan tanah buat kali terakhir dengan wajah yang cukup tenang.Cukup redha.Cukup tabah...Allah, sungguh saya sepi menghayati suasana.

Bacaan doa Imam mengalirkan air mata saya. Tak tertahan...Doa yang cukup menusuk kalbu..
Alhamdulillah..'Ukasyah selamat kembali ke sisi Allah..


Insan Terpilih

Allah telah memilih kalian berdua dengan seistimewanya, wahai sahabatku..

'la yukallifullah nafsan illa wus'aha (2:286)
" Allah tidak sekali-kali akan menguji seseorang itu melainkan dengan keupayaannya.."

Sesunggunhnya, janji Allah itu benar..Kalian benar-benar terpilih untuk dikurniakan ujian kehilangan insan tersayang. Barang pasti, ujian itu diturunkan buat kalian dengan penuh kasih Allah, berjanjikan kerahmatan dan kecintaan Sang Pemilik segala di bumi dan di langit..

Kalian terpilih untuk menjadi ibu bapa buat si kecil yang tiada palitan dosa.
Kalian terpilih untuk merasa nikmat bahana Kasih Sayang Allah yang Maha Hebat
Kalian terpilih untuk diraikan bayi comel ini di pintu syurga di akhirat kelak..
Moga Keimanan dan Kesabaran kalian semakin ampuh dek belaian kasih Allah ini..


"'Ukasyah Milik Allah"~Mawaddah

Runtun jiwa kecil saya di saat Mawaddah menuturkan bait itu sejurus memberi penghargaan kepada sahabat-sahabat yang hadir buat mengiringi jenazah 'Ukasyah di Hospital Tengku Ampuan Afzan malam itu (14 Disember 2009). Kaki tak terasa menjejak bumi, hati parah menahan rasa.Mata tak terbendung air mata..

Tabahnya hatimu, wahai sahabat..
Pulangnya ' Ukaysah dengan keredhaan sepenuh jiwa kalian pasti adalah yang terbaik untuk pejuang kecil itu.

Lahirnya membawa sinar ke dalam hati kalian, Keletahnya membawa bahagia beserta kesyukuran buat kalian. Namun, perginya tidak akan pernah memalapkan semangat dan cinta kalian pada pejuang kecil itu..Pasti..

Syukurnya, perjalanannya tidak dicaliti dosa, tidak dipaliti nista..Jiwa dan pancainderanya belum discemari kejelekan dunia..Teruskan bertabah, Cinta Allah buat kalian senantiasa ada. Itu Doa saya.

Kasih Sayang Tanpa Syarat..

Ingin saya lakarkan segunung kegembiraan buat arwah 'Ukasyah, kerana si kecil itu merasa kehangatan kasih sayang tanpa batasan daripada kalian sekeluarga. Sejak daripada perkhabaran ketibaannya, hinggalah ke hujung nyawanya, cinta, kasih dan sayang itu tidak bersyarat, melainkan semata-mata daripada jiwa fitrah seorang ummi dan ayah..

~Allah, ku kagumi segala perancanganMU, ku tangisi segala kedhaifan ini ciptaan sendiri.


fiey ahmad
Jiwa masih Suram

Friday, December 4, 2009

Zuhud itu pada Kerendahan Hati

No comments:




Menafsir Zuhud


Ihsan Daripada http://zuhud.wordpress.com

Definisi Zuhud

Banyak sekali penjelasan ulama tentang makna zuhud. Umumnya mengarah kepada makna yang hampir sama. Di sini akan disampaikan sebagian dari pendapat tersebut.

Makna secara bahasa:

Zuhud menurut bahasa bererti berpaling dari sesuatu karena hinanya sesuatu tersebut dan karena (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan “syaiun zahidun” yang berarti “sesuatu yang rendah dan hina”.

Makna secara istilah:

Ibnu Taimiyah mengatakan – sebagaimana dinukil oleh muridnya, Ibnu al-Qayyim – bahwa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.

Al-Hasan Al-Bashri menyatakan bahwa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.

Di sini zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara yang semuanya berkaitan dengan perbuatan hati:

  1. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin karena percaya kepada Allah, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Rabb-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”
  2. Apabila terkena musibah, baik itu kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala karenanya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul kerana keyakinannya yang sempurna kepada Allah.
  3. Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Kerana kalau seseorang menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan. Hal itu akan mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran karena khawatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), atau boleh jadi dia melakukan kebatilan kerana mengharapkan pujian. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap sama kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya, berarti menunjukkan bahwa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.
Praktikaliti Zuhud dalam Kehidupan Seharian

"Biarlah apa orang kata, aku ZUHUD orangnya.." kata seseorang dengan pakaian lusuh, berbau, lagi tidak menyenangkan orang sekelilingnya.

"Buat apa cari duit juta-juta, mati nanti bukan boleh masuk kubur pun", seseorang yang mahu menghindarkan diri daripada bekerja keras di dunia.

"Tak pe belajar tak pandai, belajar pandai-pandai nanti hilang zuhud ni" seorang pelajar yang mengambil makna 'superficial' zuhud.

Dulu, masa kecil-kecil, suka baca cerita-cerita sejarah nabi, sebab ianya cerita. Banyak kali juga bertemu perkataan zuhud ni.

Dah besar-besar macam ni, banyak kali juga. Dalam hidup sehari-sehari meniti usia menghitung hari, bersama sahabat-sahabat dan manusia sekeliling, perkataan ini semakin 'jahar' kewujudannya.

Dikala baru dapat result sem lepas, dikala dah nak grad ini, dikala kepala macam pusing-pusing fikir kerja kat mana lepas grad ni...Macam-macam rasa dalam hati ni.

Dengan kehidupan yang semakin mendambakan perbelanjaan sara hidup yang makin tinggi, dengan peratusan manusia di bawah paras miskin yang makin tinggi, kehidupan hari ini sangat memerlukan perancangan perjalanan hidup yang teratur dan efektif.

Umm, apa kaitan ZUHUD dengan semua ni ye?

Bagi saya, zuhud ada kaitan dengan pilihan aturan hidup selepas ini..Malah dalam kehidupan kita hari ini pada saat ini.

Zuhud sering diertikan dengan refleksi sikap anti dunia atau menjauhkan diri daripada perkara-perkara duniawi demi mengejar uhkrawi kerana bagi mereka dunia ini cukup pendek dan singkat usianya berbanding akhirat yang hakiki.

Zuhud ini mahmudah sikapnya namun jika disalah aplikasikan,fitnah menjadi natijah buat pelakunya.
Zuhud tidak pernah memisahkan dunia dan juga akhirat malah boleh dijadikan hamparan pemnyambung dua dunia itu.

Dalam perjalanan Isra' Mikraj, Rasulullah SAW diriwayatkan bahawasanya Baginda diperlihatkan oleh ALLAH SWT akan seorang perempuan yang sudah tua dan berkedut wajahnya namun berdandan cantik lagi rupawan wajahnya seolah-seolah gadis belasan tahun.

Lalu Rasulullah SAW bertanya pada Jibril AS yang menemani beliau waktu itu.
" Siapakah orang tua itu wahai Jibril"
Maka Jibril menjawab, "Itulah gambaran dunia ini yang sudah berumur lamanya sehingga tunggu masa berakhirnya saja, walaupun begitu masih banyak manusia yang tertipu oleh penampilannya yang mengundang perhatian mereka yang menyukai keindahan zahir"(http://www.mail-archive.com)

Lalu, benarkah konsep zuhud yang diajarkan oleh para sufi itu adalah zuhud yang bersama-samanya pergertian konsep yang seiring dengan kemiskinan, kebodohan, keterbelakangan dan yang bersandar pada keyakinan bahawa dunia adalah musuh ketat manusia yang meanghalangi mereka dengan Tuhan mereka sehingga harus ditinggalkan supaya tiada rintangan yang menjadi penghalang antara mereka denganNYa?

Jawapannya dek logil akal kita pasti TIDAK kan.

Bukankah Allah mentakdirkan manusia di muka bumi sebagai khalifah buat seawal detik penciptaan manusia?Dan untuk menjadi khalifah pasti berkehendakkan kelengkapan teori-teori dan ilmu yang meluas demi memakmurkan bumi Tuhan ini.

Maka, fikirkan ya apa harus kita lakukan ya?
Sambil berkhidmat, sambil berzuhud.
Untuk berkhidmat, kita harus mencapai sebaik mungkin di dalam area kita berada, dan pencapaian tertinggi dan harta sebanyaknya. Sejurusnya, zuhud akan memainkan peranan menjaga kerendahan hati demi hati.

Carilah ilmu, pangkat, kedudukan dan harta seboleh-bolehnya kita, DEMI untuk kemaslahatan yang kita ingin suburkan solehah pada biah kita.

Dan perlengkapkan diri juga dengan sifat Zuhud, akan kita berada di jalan yang Allah redhai.

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Q.S. Al Qashash 28 :77)

Dan gunanya teman di sisi adalah untuk saling memperingati kan?

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman, dan berbuat amal-amal soleh
dan saling berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran
(103:1-3)

fiey ahmad
~banyak perlu dicari dan dilengkapi~

Saturday, September 12, 2009

Kekasih yang Bakal Pergi

No comments:

Lebih kurang seminggu saja lagi Ramadhan kali ini masih bersisa.


Di kala begini, bebanan tugasan dunia seakan tidak mahu mengalah, berderet-deret, sehinggakan badan ini juga terkesan dengan keadaan ini. Lebih kecewa bila tumbang di dinihari dan terlewat bangun untuk hari ini, di pagi yang ada running assessment untuk Oncology Nursing. Kelam kabut juga pagi tadi, kesian Mamas dan Siti, huhu. Terpaksa tunggu kita. Sory yep..


Mungkin effect daripada 3 hari berturut yang menyegar-bugarkan diri dengan keterpaksaan, mengerah sistem badan bekerja lebih masa dan lebih daripada kebiasaan. Agaknya, inilah shock syndrome yang dihasilkan.


Dan mungkin ini juga adalah latihan persediaan awal untuk saya dan badan saya setelah lama dimanjakan dengan status hibernasi di comfort zone. Persediaan untuk berhadapan dengan situasi yang pasti jauh lebih sibuk, jauh lebih sukar, jauh lebih berat dihidangkan pada masa depan.


Ayat yang saya selalu ingatkan pada diri saya dan sahabat rapat,


"Kita tak tahu apa akan jadi 2 saat lepas ni.."


Untuk itu, saya sedaya upaya persiapkan diri untuk apa jua kemungkinan, apa jua kebarangkalian.


Agar tidak tersalah mengharap..


Agar tidak kecewa bila tersalah mengharap..


Agar tidak mengaduh dan mengeluh apabila kecewa...


Agar lebih bersedia, untuk belajar erti pasrah dan redha...



Ramadhan kali ini yang bermakna..


Sukar mengekspresikan rasa, untuk segala perkara yang diperolehi, dipelajari, dikutip sepanjang Ramadhan kali ini..


Untuk itu, saya sangat ingin menyatakan bahawa terasa Ramadhan kali ini sangat meninggalkan bekas pada diri..



  • Ramadhan dan Aidilfitri pertama tanpa kedua-dua cinta hati tersayang. Sangat menginsafi kelemahan yang sebati dengan jiwa-jiwa manusia, betapa kita ini gagal untuk menghargai, gagal untuk mencintai dan mengasihi insan-insan ini sehinggalah kita kehilangan mereka.

  • Di kala umur sudah lebih 2 dekad ini, saya sangat dapat merasakan betapa diri ini harus dipersiap-sediakan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah, secara realiti. Jika dulu, kita hanya menunggu dan bergantung harap pada orang lain untuk menyelesaikan nya, atau, berharap masalah itu akan selesai sendiri. Namun kini, tidak lagi, demi akal, hati dan jiwa yang dipinjamkan oleh Allah bukan dengan tujuan sia-sia, kita seharusnya bertemu muka, berhadapan dan cuba menyelesaikan masalah yang ada dengan penuh hikmah dan tanggungjawab.

  • Di Ramadhan kali ini juga, setelah sekian lama tidak memesrakan diri dengan dunia luar, sangat berasa sayu, sedih, kecewa dan dukacita. Kebimbangan itu meraja di pelusuk hati. Menjejak ke alam nyata menimbulkan 1001 kegusaran. Jika dulu, bazar Ramadhan itu adalah tempat yang mebuatkan hati melonjak-lonjak ingin pergi, untuk merasai keindahan suasana Ramadhan, tapi kini hanya tinggal sebuah tempat mencari makanan yang amat menyakitkan mata, menyesakkan jiwa, meresahkan segala saraf...Intisarinya, bukan harus kita elakkan diri kita sejauh-jauhnya daripada berkunjung ke tempat sedemikian, kerana di situlah letaknya wajah hakikat realiti umat manusia sekarang, lebih spesifiknya, umat Islam sekarang. Andai kita lantang kita bersuara kita adalah dai'e, maka inilah realiti mad'u kita. Andai kita kata kita adalah bakal pemimpin, inilah realiti orang yang bakal kita pimpin. Di sini, ingin saya zahirkan suara kecil saya, DEKATILAH, SELAMILAH, FAHAMILAH, BERSAMALAH dengan realiti, agar kita sedar, tugas kita bukan hanya merancang strategi, mengimplementasi pelan, malah lebih jauh daripada itu~BERSEDIA MENGHADAPI REALITI~bukan fantasi di comfort zone.

Masa makin berlalu pergi...

Apakah kita masih di sini..

Mencari-cari..

Erti hidup hamba hakiki..

Barang pasti hidup ini suatu pencarian..

Yang titik akhirnya adalah mati..

Semoga ketemu apa yang dicari..

~Wallahua'lam~

Salam Ramadhan dengan pohonan kemaafan

fiey Ahmad


Thursday, September 3, 2009

DUNIACACAMARBA: [KEMAS KINI] Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL

2 comments:
DUNIACACAMARBA: [KEMAS KINI] Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL

klik link di atas, untuk pembacaan...


Salah paham kerana Tak Paham..

Tak Faham kerana Tak Mencari..

Apapun jua, carilah untuk dapatkan kefahaman,supaya dengan faham itu bertambahlah YAKIN kita pada apa yang kita pegang..Bak kata alim ulama'~Jangan Bertaklid Buta~

Wallahua'lam

~fiey ahmad~
pagi hening

Thursday, July 23, 2009

Bagaimanakah akhirnya aku..?

No comments:
Kebelakangan ini, bertalu-talu berita kematian yang mengejutkan, pemergian yang tak dijangka, yang yang diduga.

Bukan pergi kerana tua umurnya,
Bukan Pergi kerana uzurnya badan,

Namun pergi dijemput Ilahi di usia muda,
sihat tubuh badan..

Dijemput pergi untuk mengakhiri kehidupan di muka bumi ini..
Selesai urusan mereka di sini..

Setiap kali mendengar khabar pemergian sahabat saudara sesama manusia, suara kecil di benak hati bertanya,

"Urusan dia dah selesai, aku bagaimana?Apakah bentuk pengakhiran aku? ALLAH,"

~allahummma khtim lana bi husnil khatimah,wa la takhtim alaina bi ssu'il khatimah~

Hidup ini suatu medan perjuangan.
Medan berjuang mencari kemenangan hidup bersama redha ALLAH di bumi ini, bersama Rahmat ALlah di Akhirat sana..

Telah dijanjikan Allah, perjuangan menuju cinta Allah Maha Agung di dunia kekal abadi bukan perjuangan yang mudah. Medan juang ini memerlukan iman sebagai perisai, amal-amal baik sebagai senjata-senjata ampuh, hati yang tulus sebagai tunggangan di perjalanan,dan keredhaan Allah sebagai hadiah dan kelebihan seorang yang bersyahadahkan kalimah Allah.

Hujung akhir perjuangan ini adalah husnul khatimah..Pengakhiran yang baik diidam-idamkan setiap jiwa hamba sebagai 'golden ticket' untuk permulaaan yang baik bertemu Allah.

Iman

"Iman yang turun naik ini, bagaimana hendak aku jadikan perisai agung di padang tempur ini?"
~Ya Allah, teguhkanlah iman di jiwa hamba Mu yang hina ini~

Amal-amal baik

"Apakah amal baik aku yang aku ada untuk aku persembahkan di tika mengadap Allah nanti?"
~Ya Allah, titipkanlah pada jiwa ku rasa cinta untuk berbuat segala kebaikan atas nama cinta padaMU~

Hati yang tulus

"Apakah hati aku ini benar-benar tulus?Adakah setiap perbuatan yang aku lakukan itu benar aku sandarkan pada Allah?Adakah hati aku ini memang tidak dipengaruhi rasa ujub, takbur dan sombong di tika aku melakukan kebajikan?Adakah hati ini benar-benar tulus..??"
~Ya Allah...untuk ini aku benar-benar pohon padaMu wahai Tuhan..Peliharalah hati ini daripada bisikan syaitan yang sentiasa menyuntik rasa sombong dan ujub di tika mencari redhaMu, ALLAH..
~Ya Allah, aku takut ya Allah, jika tiap detik langkahku diiringi kitakredhaanMU kerana ketidaktulusan hatiku.
~Ya Allah, peganglah hatiku dengan kasih sayangMu, janganlah Kau lepaskan walau sekadar seklip mata atau kadar yang lebih singkat daripada itu, kerana tiada aku mampu tanpaMU..

Monolog

Seringkali aku kebimbangan jika dikala Sakaratul maut menjemput aku, tanganku melakukan kebajikan, kakiku melangkah berjuang, tubuhku bertempur di medan jihad, namun di hatiku ada sekelumit rasa sombong, bangga, ujub dengan amalku di tika itu...Nauzubillah....Pengakhiran yang tak sanggup aku fikirkan..


Semoga jiwa ini subur dengan Istghfar(zikir memohon ampun daripada Tuhan)



I.K.A
fiey Ahmad
JHC

Saturday, July 18, 2009

Menjadi Muslim Terbaik-Aa Gym

No comments:

Hadiah bermakna daripada seorang sahabat, Nadiah Shamsuddin.

Moga Allah sentiasa berkati kamu dan setiap langkah perjalanan kamu..

MENJADI MUSLIM TERBAIK...tinta nukilan Aa Gym

Bahagian Pertama

~ BERSYUKURLAH KITA SEBAGAI MUSLIM~

Betapa Agung ALLAH yang Maha Penyayang, menjadikan kita sebagai sebahagian daripada kasih sayangNYA. Kita dilahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa diminta.

Ini BUKTI kasih sayang ALLAH pada kita.

Apakah pernah kita terfikir, bagaimanakah kita sekarang pabila saat kita dilahirkan kita bukan seorang Islam?

Adakah kita akan ketemu nikmat agung Islam dalam hidup kita di sepanjang perjalanan hidup?

Lantaran itu, BERSYUKURLAH kita lahir sebagai Muslim. Dan sedarlah bahawa betapa berat perjuangan saudara-saudara kita yang bukan Islam bagi bertauhid dan beribadat kepada ALLAH.

Tiada sikap yang begitu baik yang dapat lakukan selain daripda bersyukur kepada Pemilik Segala Jiwa atas limpah inayahNYA dalam kehidupan ini.

Kita adalah makhluk yang diciptakan dengan memiliki berbagai-bagai kelebihan dan keutamaan berbanding makhluk Tuhan yang lain. Dalam hal ini, sebaik-baiknya kita selalu panjatkan kesyukuran dan pujian pada hadrat ALLAH Tuhan Agung.

Persoalannya, Bagaimanakah cara mensyukurinya?

Jawapan dari hati kecil saya, bertutur kata demi perkongsian bersama.

Pertama..
Basahkan bibir, gerakkan lidah, pasakkan hati, dengan zikr hamdalah tanda pujian pada Tuhan Agung dengan penuh rasa kehambaan. Zikir itu ingatan, maka ingatan haruslah pada setiap nafas yang ada, kerana nafas itu tanda kasih ALLAH masih bersisa untuk kita..

Masakan saya mampu mengucap kata puji itu untuk setiap hela nafas saya, saya cuma makhluk biasa, namun,saya pujuk hati saya, pada jiwa saya, selagi ingatan saya masih di jasad ini, ucap syukur saya pasti hanya pada ALLAH,untuk segala kurniaanNYA pada saya, baik suka atau luka, baik sedih atau gembira, kerana mana mungkin saya di sini hari ini, bernafas, hidup, menulis jika tanpa rahmat dan cintaNYA.Moga-moga jalan pertarbiyahan diri ini akan terus diselusuri dengan impian cinta Tuhan.

Kedua..
Untuk setiap hela nafas yang masih bersisa, untuk segala kelebihan dan keutamaan yang dihadiahkan Allah, untuk setiap detik perjalanan hidup yang berlalu, untuk ilmu yang dikurniakanNYA, akan saya cuba sedaya mungkin saya infakkan untuk saudara-saudara di muka bumi ini,seupaya mungkin berkongsi atas nama cinta sesama manusia bersandarkan cinta pada ALLAH.
DEMI MENCARI REDHA TUHAN

"ya ALLAH, jadikan kami Muslim yang kamu redhai, bimbinglah kami menuju jalan redhaMU.."

Friday, July 17, 2009

Seharian Yang Ada...

No comments:
Masuk hari ni, da 3 hari hidung saya tidak berhenti mengalir..

Selsema..

Rhinitis..

Batuk (symptom baru)..

Dah ke klinik tengah hari tadi, pemeriksaan oleh Dr. Norlita menjemput saya untuk menghabiskan antibiotik untuk 'inflammation' pada kawasan oropharynx saya ini.

Kelas 1jam, Health Economics dilalui tanpa anggukan kosong dari saya..

Pulang ke hostel, selepas beberapa ketika tak dapat connect, ALhamdulillah, ada rezeki saya unutk online. Hajatnya nak buka semula file research paper yang saya cuba download semalam, rupa-rupanya, saya gagal 'save'kan dalam bentik pDF..Hmm..I learned something new today, how to save properly, to reduce time consuminng and to avoid headache searching the file.

Rezeki saya lagi, Pak Teh dan family dari Seattle, USA datang bersama Mak Long dari kampung arwah ayah, Ho Chi Minh Vietnam singgah di UIAM Kuantan ni sekejap untuk bersua muka dengan saya. Rasa cukup bersyukur kerana mendapat peluang ini bertemu dengan adik arwah Mak. Hubungan darah itu tetap wujud walau di hadang benua dan lautan.

Rezeki saya yang seterusnya..

Hari ini saya tergerak untuk meneroka bloggers yang wujud.

Subhanallah..

MasyaALLAH..

Alhamdulillah..

Kagum saya dengan usaha-usaha sahabat-sahabat Muslimin Muslimat di rantaian ukhwah ini. Terlalu jauh saya untuk segerak langkah bersama meraka, namun akan ku gagahkan langkah untuk mencari redha Tuhan..Melalui perkongsian secebis ilmu daripada kehidupan dan pengalaman.Di samping, mengusahakan untuk pembaik pulihan diri dengan cerita dan kisah sahabat-sahabat yang lain..

Cari punya cari, 'explore' punya 'explore', saya tersiggah di satu blog Muslimah dari Indonesia http://rinduku.wordpress.com.Artikel pertama dibaca, MasyaALLAH...Indah sungguh bahasa, dicoretkan pengalaman dan rasa mengikut adunan cerita yang cantik..

Kebanyakannya, setiap geanp ruang coret itu dikayakan dengan bait-bait cintaNYA untuk Tuhan..Sangat ekspresif..Buat hati ini tunduk malu, buatkan kepala ini tidak mampu diangkat,buatkan mata ini mahu dipejam rapat, untuk mengimbau kembali, sejauh manakah usaha saya untuk mencari cinta Tuhan, sedalam manakah penghayatan cinta saya untuk Tuhan sepanjang hidup ini..ALLAH!!Sesungguhnya aku hambaMU yang dhaif lagi naif.

"YA Muqallibal Qulub..

Sabbit qulubana a'la thaa'tik, a'la dinik, a'la ma'rifatik"

WAhai Tuhan yang memegang hati-hati seluruhnya..Tetapkanlah hati-hati kami diatas ketaatan padaMU, diatas AgamaMU, di atas keampunanMU..

Langkah Mencari Redha Tuhan
Fiey Ahmad.
M8 4.5
Kuantan Pahang

Thursday, June 18, 2009

Stay Healthy..It is our obligation

1 comment:

As a Muslim , we know that all the things we have today are only loan or advancement from Allah including our body..Allah lends us this body as a tool to be used in order to devote and submit ourselves in seeking mardhatillah.

Thus, we have to take a great care of our body and use it to the maximum we can in doing ibadat to Allah. And to keep healthy, we just need a simple formula.

'Eat right, Exercise well, Be happy'

  1. Eat right

Healthy eating habit tip : Start eating early and dont eat late at night

You should eat breakfast as soon as possible when you wake up, this will start your metablolism that slowed during the night, if you don't eat breakfast your metabolism will slow even further as your body reacts to the hunger.

Stop eating at least two hours before you go to bed. This will allow your food to digest properly and help your body rest and recuperate better from the previous day.

Healthy eating habit tip : What you should and shouldn't eat

This is simple. Don't completely change your diet all at once. Start by eating the same foods you are used to only the healthier versions of those.

Eat wholemeal and wholegrain bread instead of regular white bread, when possible. Eat wholemeal pasta and brown rice, low fat milk products, egg whites as well as lean meat and tuna.

Counting calories each meal contains is tedious and is generally not necessary for the average person. Simply stay away from the foods you know are bad for you, cut down on sweets, cakes, pastries and soft drinks. Eat less saturated fat.

Aim to consistently give your body what it needs: fruits, whole grains, vegetables, nuts, and lean protein. Drink a lot of water.

Review your eating habits and make changes where changes are needed

Now is the time to review your eating habits and to start introducing small changes. Start by substituting unhealthy food with healthy variants, and eating more often.

courtesy from: http://www.flatstomachtips.com/increase-metabolism-eating-habits.html

2. Exercise well

The things exercise can do for you, both physically and mentally. The great thing about it is that you don't need much to get the benefits. Even just a few minutes a day can improve your health, well-being and help you:
  • Lose weight
  • Reduce stress
  • Relieve symptoms of depression and anxiety
  • Reduce your risk of heart disease and certain types of cancer
  • Boost your mood
  • Give you more energy
  • Help you sleep better
  • Increase bone density
  • Strengthen the heart and lungs
  • Improve your quality of life

Motivating Yourself to Exercise

While it's important to know basic exercise guidelines and principles covered on the next few pages, I think the most important step in starting an exercise routine is exploring the idea of motivation. Without that, all the advice in the world won't do you any good.

It's important to remember that motivation doesn't just happen. It's something you make happen each and every day. If you have multiple reasons to exercise, you'll always have something to get you moving, even when motivation is short. The hardest part of exercise is getting started...if you can get that far, you've won half the battle.

courtesy from: http://exercise.about.com/cs/exbeginners/a/exbasics.htm

3. Be happy

suggestions for being happy every day.

1. Look on the bright side. You know, there is always a bright side, even in the midst of a bad day or even bad period of time in your life. For instance, if you lose your job, the bright side may be that you are now free to pursue a job you've always wanted. Perhaps the loss of the job and thus the necessity for looking for a new job may be just the push you need to pursue your dream job. Looking on the bright side of every situation can help you to be happy every day.

2. Talk to yourself. It is a kind of 'muhasabah' (looking back into ourselves). This is pretty good when it is done in the positive way, peacefully. You will see your strengths and your weaknesses. Utilize your strengths to help yourself and help others instead of being arrogant with it because arrogant is one of the heart illnesses that can prevent you from live healthtily. Be thankful for your weaknesses instead of being inferior to the earth because inferiority is one of the mental ilnesses that can affect the whole body, stopping oneself to be happy, hinder onself to socialize well with other people and alter the good system in his/her body by interupting the production of epinephrine whish is good for keeping body healthy.

3. Talk to God. The great thing about God is that He is always there and always willing to listen. People may not be around when you need to complain or talk about your concerns, but whether you are in the middle of a busy day or in the stillness of the night, God is there with you, and He is more than willing to listen. Sometimes knowing that you are not alone in your struggle by simply talking to God can help you to be happy every day.








p/s:

If you said that it is hard to find healthy food nowadays, you should be realized that it is about an option and will power..

If you said that you got not enough time to exercise, you should be realized that every physical activity you make is an exercise and do make useful of it. And again, it is also about the will power.

If you said it is hard to be happy sometimes, it is ok for a very while, then look for the every angle of your life and be thankful for it. Then you will be smiling, sense that how beautiful this life is..

"if you want to look beautiful, always put a smile on your face,
if you want to look wise, be humble,
if you want to keep fit, share your food"
-a quote from a speaker of Taaruf Week IIUM, Kuantan 06/07