"kekurangan yang ada pada orang lain itu menjadi ujian buat kita"
Saturday, March 6, 2010
Tiada Manusia Sempurna...
Thursday, February 18, 2010
Terharunya saya T_T..
Cuti semester 'cum' cuti raya Cina 10 hari buat pelajar Nursing UIAM dalah antara waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua..Pastinya saya juga..Dalam 'organizer' saya hampir penuh ruangan hari-hari itu dengan 'event-event' yang bertarikh sepanjang minggu ini, bukan 'event' biasa-biasa, tapi semuanya sangat ingin saya hadiri..T_T..Lalu memang terhantuk lagi tersedar, betapa kita tak dapat menyaingi kenormalan sifat "tidak berkuasa' seorang hamba yang ada pada manusia. Kita tak mampu berbuat semua perkara yang kita inginkan walaupun dengan perancangan yang sangat teliti, rapi lagi tersusun, jika tiada DENGAN IZINNYA..
Dalam 10 hari tersebut, pada awalnya, telah saya susun untk memenuhi undangan teman-teman rapat saya, Azie di Kuala Lumpur dan JIB & Sumi di Kedah 'weekend' baru-baru ini. Ingin juga diisi sehari bersama keluarga di Gambang Waterpark, sejurus itu terus ke Temerloh untuk berpraktikal.
Tapi, perancangan Allah itu lebih hebat dan pastinya lebih berhikmah kan..Sehari sebelum Jumaat, Nor telefon, menanyakan bila saya mahu pulang. Jawab saya, saya ingin ke KL dan ke Kedah untuk undangan sahabat-sahabat, lalu terus ke Temerloh. Maknanya, tak balik lah.
Nor macam tidak memaksa pun saya untuk pulang bersama keluarga, malah memberi pilihan dan juga sepotong kata-kata..
"Orang yang terbaik antara kamu, adalah orang yang berbuat IHSAN kepada ahli keluarganya..Ihsan.."
Saturday, February 13, 2010
Kemas Bilik
Sepagi menghabiskan masa di UIA ni dengan menyiapkan tugasan yang diberi kawan dan juga MENGEMAS BILIK..hohohoho..Baru1/4 rasanya barang-barang saya yang menjadi khazanah sepanjang hampir 4tahun di sini..
Separuh barang-barang daripada dalam 'locker' saya telah siap dibungkus untuk diberi buat sesiapa yang boleh memanfaatkannya lagi..Seronoknya perasaan dapat memberi ini..Bak kata K.Lin Rumet
"awak ni beli beli barang pastu bagi kat orang gak.."
"Hurmm, doh tu nak simpan wat pe kalau dah tak le pakai, bagi orang lain pakai lagi baik.."jawab selamba saya.
Urmm, sebab itu saya rasa saya tak membazir bila membeli barang, sebab saya rasa bukan saya seorang saja yang mendapat manfaat daripada itu. Kalau saya seorang je yang mendapat manfaat, membazir juga sikit kan.
Dah nak GRAD!!
Sedar tak sedar, perjalanan sebagai 'student' UIA ini bakal saja berakhir dalam kira-kira 3bulan lagi.
Huhuhu...semestinya segala kenangan dan ingatan di sini akan sentiasa dirindui dan tersimpan rapi dalam diri..Huhu, bersedia ke tak ni nak grad ni? ermm, dah banyak kali fikir pasal ni, insyaALLAH..Semoga Allah membuka ruang dan jalan untuk kita semua.
Kurang pasti berapa jauh lagi perjalanan selepas ini, mungkinkah bertahun-tahun lagi, berbulan-bulan lagi, beberapa hari lagi atau saja hari ini hari terakhir..Yang pasti, saya amat-amat bersyukur pada ALLAH atas kurniaan hidup di sini..Perjalanan yang pasti mencatat sejarah dalam hidup saya.
Saya tidak pasti apa gambaran hidup saya selepas graduasi nanti. Yang pasti setiap babak kehidupan itu pasti ada keunikan dan cabarannya tersendiri.
Alam kerjaya..Masih lagi samar-samar..beberapa 'list of options' sudah disenarai pendek kan.. tapi apa-apa pun mesti disisipkan dengan 'jika dengan KEHENDAK TUHAN'..
Mendengar cerita sebahagian rakan-rakan dan seniors yang telah di alam kerjaya sedikit mengguris hati, yakinlah bahawa cabaran yang lebih menanti saya di depan. Akan saya ambil semua kisah itu sebagai langkah ingatan buat saya bahawa jangan sekali-sekali tinggalkan Allah dalam setiap langkah saya, jika tidak, pasti saya akan terjadi seperti yang di bawah ini di awal bulan pertama..huhuhu..
Apa-apapun yang Allah sediakan untuk kita, hadapi dengan dada yang terbuka ye, dengan Iman yang meyakini bahawa hanya DIA mengetahui setiap sesuatu.
Maknakan diri kita di setiap adanya kita,
Dunia ini hanyalah ladang Ibadah kita nuat mengejar akhirat..
Kita takkan sekali-sekali SENDIRIAN,
Allah pasti akan bersama kita kan..
Sungguh, syurga itu terlalu indah untuk dinilai dengan kepahitan yang kita rasa hari ini
Tuesday, February 9, 2010
Putting a smile on face :)
They cannot replace doctors
2010/02/09
M.B.B.S, Taiping
I AGREE with Datin Hatijah Yusof that nurses' standards should be raised ("Lift our nurses' standards" -- NST, Jan 15).
But the job of lower ranking nurses involves changing patients' diapers and cleaning the patients, including bathing and dressing them and making their beds. It is for this reason that they are known as the support group.
So, too, are the laboratory technicians, microbiologists and pathologists. They are not in the frontline of medical service. They are not the ones who assess the patients and admit patients to the wards by writing case notes. This is the job of doctors. Medical assistants who assess and dispense medication to patients, too, are not doctors because they do not have a Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) qualification.
Those in these categories can take exams to get their master's and then PhD in the support group professions.
The writer says she wants the PhD holders of this support group to be placed under the professional group. I don't agree. But since they have PhD in the studies related to the hospital support group, they should be known as professional support group.
If they want a further upgrading, they should take the MBBS exam. Why not attain the MBBS and then sit along with the doctors?
Professional nurses with PhD in nursing care could open their own private practice, as in Western countries. But it will not do well financially because the public is not interested in seeing nurses if they are sick; they want to see doctors. So, how can we place nurses with PhD on the same platform as medical doctors?
Many medical doctors will feel humiliated if support personnel are placed in the same category with them. But I suppose it will only add to other humiliations medical doctors face.
Tuesday, January 26, 2010
Ingatan Daripada Al-Quran
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.

Monday, January 25, 2010
Jangan Malas, fiey..!!
Elemen lain yang terpahat di diari perjalanan.
-
Rasa tanggungjawab
-
Respect first to be respected
-
Perit berjuang
-
Cinta & Pengorbanan
-
Ukhwah dan Persahabatan

Tuesday, January 19, 2010
Silakan, wahai sahabat..



اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
Monday, January 18, 2010
Belajar untuk Rasa Bertanggungjawab..!!
Belajar Untuk Rasa Bertanggungjawab..!!
Atas setiap tingkah dan tindakan kitaAtas setiap tutur kata an ucapan kitaAtas setiap gerak langkah kitaAtas setiap niat dan tujuan kita

Thursday, January 7, 2010
Muhasabah Cinta
Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
P/S:
Syahdu mendengar lirik lagu ini..Terasa kerendahan hamba dan betapa kita hamba terlalu bergantung pada ALLAH yang Agung ..
Dan pastinya, kita sering terlupa untuk bersyukur untuk setiap yang ALLAH kurniakan untuk kita. Kita seringkali hanya tersedar untuk menghargai pabila hanya nikmat kurniaan itu ditarik balik daripada kita kan..
No wonder banyak sekali manusia hari ini menderita penyakit jiwa malah mental juga dek kerana hilangnya hati berjiwa hamba..Kehilangan itu pastinya melontarkan jauh rasa 'kebergantungan' manusia pada Pemilik Segala Jiwa..
Pernahkan kita berasa rasa putus asa yang emmbuatkan kita pejam mata di malam hari dan celik mata di siang hari hanya untuk 'apa-apa je lah hari ini'..
Pernahkan kita sehari suntuk untuk itu kita habiskan hanya untuk berfikir tentang kita dan kehidupan dunia kita, jauh sekali untuk berfikir 'apa kata Tuhan tentang aku hari ini'..Sungguh, saya jua manusia lemah..
Sekalipun tiada perang berhunuskan senjata dan kekuatan fizikal, jihad kita kini adalah untuk melawan nafsu dan keinginan kita yang terlalu bersifat Self Centered..Jika kita manusia yang punya kekuatan Percaya Pada Janji Tuhan Itu Benar, pasti akan ada yang lebih baik untuknya hari ini..
Sesungguhnya, kehidupan kita bukan hanya sekadar kita..
Renung-renungkan bersama..
fiey ahmad
Kita makin Terjauh.
Saturday, January 2, 2010
2009 dan 2010

~Berakhirnya sesuatu sentiasa memaknakan bermulanya sesuatu yang baru~
Minggu terakhir 2009 sangat 'hectic' buat saya..Maka, agak penat, fizikal, mental dan perasaan..
Dan pastinya, penghujung tahun senantiasa mengirim rasa sayu dan terharu buat diri saya bila mana dipejam mata dam mengimbas kembali rentetan peristiwa dan kejadian yang terjadi sekitar 2009 yang baru sahaja berlalu..
Hari ini dah pun 2 Januari..Esok 3hb lusa 4hb dan seterusnya..Masa akan terus berlalu..
ANTARA MANUSIA BIASA DAN LUAR BIASA
Setiap hari, bangun,mandi, solat sarapan, ke kelas@ kerja, lunch, solat, sambung kelas@kerja lagi, balik, makan, solat, makan lagi, solat, rehat, solat, buat kerja sikit, tidur..Rutin harian sebagai pelajar mahupun kerjaya..
Bila tiba weekend, kebiasaannya, ramai yang keluar mencari so-called 'ketenangan' dan 'kedamaian' dan 'melepaskan stress' di shopping compleks, kedai makan dan segal macam tempat lagi. Bila tiba hari-hari penting rekaan dan ciptaan manusia, ramai menjadi teruja untuk meng'imarah'kan hari-hari tersebut supaya tidak terkecuali daripada aktiviti orang kebanyakan..
Hujung-hujung tahun yang menyediakan terlalu banyak peristiwa 'significant' membuatkan ramai manusia teruja.
Cuti Sekolah = manusia berlumba-lumba mencari rezeki (tak tahulah sama ada menampung keperluan hidup ataupun memenuhi tuntutan kemahuan diri menimbun duit dan harta, terserah pada individu masing-masing kan)
Krismas = Ramai yang menyambutnya dengan hati riang gembira tanpa kira apa agama anutan mereka dek boarderless, limitless, wireless dan segala macam less lagi dalam kehidupan mereka. Tak terkecuali ramai juga yang masih keliru dengan hukum boleh ke tak boleh ke (ayuh dan silalah mencari dengan ilmu, gunakan panca indera dan akal kurniaan Tuhan buat manusia, fikir dan hadam, lalu praktikkan dalam kehidupan..Pesanan buat diri ni juga)
New Year = NEW YEAR CELEBRATION..
Selama ini, saya merasakan aktiviti sebegini hanyalah sambutan biasa-biasa sahaja, sehinggalah 2 hari lepas, saya menyedari saya adalah dikalangan manusia-manusia yang ketinggalan dalam kemeriahan sambutan Tahun Baru. di setiap corong radio di setiap stesen radio yang dipasang adik abang saya sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari Melaka, hanyalah tentang sambutan NEW YEAR semata-mata.

"ERmm, apa rancangan awak untuk sambutan New Year ni?", tanya si DJ radio.
"Saya nak ke KLLCC la, bang untuk countdown, apa lagi..Tapi mesti sesak jalan kan nanti, tapi tu yang besst tu...", sambut si pemanggil.
Di stesen lain pulak,
"So, where will you hang out tonite countdown, dude?", DJ.
"For sure lah, somewhere provide grand event..."
No wonder why people see NEW YEAR is a big thing not to be missed..To ensure themselves not to be left behind (so-called).
Tak faham..
New Year sangat besar kah di mata kebanyakan orang ini, semalam nak pergi bank Islam dengan Ria pun jalan sesak. Ada masa tu, konon-konon nak pintas ikut jalan Masjid Negeri Pahang tu, sekali, kat situ lah rupanya punca jam teruk tu. Ada event jugak rupanya depan masjid rumah ALLAH yang indah itu..Hmmm..Saya juga manusia lemah, terlalu banyak membuat kesilapan.
Entahla..Hati cukup bercampur -baur.
Namun sedikit terpujuk hati ini, bila tahu segelintir sahabat-sahabat, sekelompok kecil umat daripada UIA (sebahagian aktiviti Campus Dakwah Project UIAM, Kuantan) dan IPT sekitar Kuantan dan juga badan-badan yang berasa bertanggungjawab untuk Islam, keluar memikul bebanan tanggungjawab di malam sambutan NEW YEAR itu. Di tebalkan muka, dikuatkan kaki melangkah, dikentalkan semangat untuk 'mambantu saudara seISLAM'.
Orang ramai lebih menyebut mereka ini meng'ambush' orang ramai di kala malam itu, tapi pada saya itu adalah tanda kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang tak berbelah bagi segelintir manusia terhadap saudara-saudaranya. Inilah golongan LUAR BIASA buat saya..
Bukan mudah untuk menyediakan hati dan diri untuk kerja sebegini bukan. Malah saya pun tidak sekuat mereka ini. dan pastinya, ALLAH hanya memilih orang-orang tertentu untuk berada di situ di kala itu untuk menyertainya. Dan saya, sedih menguasai diri....
Doa saya, moga ALLAH mengangakt darjat kalian dek usaha kalian yang outstanding..
MENJENGAH USIA 23 TAHUN
Sesungguhnya angka 23 itu amat besar buat saya yang masih tiada apa-apa pencapaian diri buat orang lain di kala ini. Besar dan berat rasanya perasaan bila mana kita perlu memikirkan lebih jauh dan mendalam dalam setiap langkah yang kita lakukan. Kita akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan setiap keputusan yang kita ambil, sekalipun sekecil-kecil keputusan.
Tekadang terfikir, kita sememangnya harus lebih kuat untuk mengatakn YA ataupun TIDAK dalam membuat keputusan, sekalipun ada yang terluka dengan keputusan kita. Barang pasti, tidak akan pernah dapat dipuaskan hati setiap manusia di sekeliling kita ini kerana kita ini tidak pernah sempurna. Hanya mencuba memberi yang terbaik. Terima Kasih sahabt atas usaha Kasih Sayang mu. Sungguh, aku hargai semua itu..
Azam baru..
Selama ini, tidak pernah saya kongsi secara total azam saya dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bebrbentuk penulisan sebegini. Tapi kali ini, saya memilih untuk berkongsi di sini supaya saya akan lebih tegar mengingati segala cita-cita dan impian memenuhi azanm saya~MEMPERBAIKI DIRI KE ARAH LEBIH BAIK
Saya berharap dapat:
- Solat di awal waktu
- Lebih mendekati Al-Quran
- Perbanyakkan pembacaan buku-buku ilmu tarbiah dan pengetahuan
- Memaksimakan amalam 'memberi'..
- Tingkatkan doa dan pergantungan kepada Sang Pemilik Segalanya..
fiey ahmad
23 tahun 2 hari
http://fieyahmad.blogspot.com
Friday, December 11, 2009
Coretan tentang Perkahwinan~wink2
Beberapa hari lepas, sedang asyik kemas bilik, saya menemui beberapa keping kad undangan utusan raja sehari..Akan datang dalam masa terdekat ni pun banyak juga..
"Uiks, banyak jugak kad kahwin daripada sahabat-sahabat terdekat." getus hati saya.
Tapi itu tidaklah menjadi titik pemula saya untuk menulis entri ini. tak pernah terfikir nak keluarkan entri bergenre tentang perkahwinan dan rumah tangga ini..HUHU..Terasa pelik bagi saya. Tapi, difikir-fikir kembali, tak ada salahnya unutk berkongsi kan..Di harap tiada salah faham dan silap anggap ye =)
Ini yang membuatkan minda, hati dan jari-jemari tangan saya ini bekerjasama untuk post ini.
ihsan daripada
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091211122941/Article
Nik Aziz bimbang kenaikan mas kahwin tambah bilangan anak dara tua
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.
"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.
Melalui pencarian nas-nas Al- Quran yang menyebut tentang mahar sebuah perkahwinan yang pastinya banyak sekali, saya ketemu ayat 4 Surah An- Nisa' yang berbunyi:
" Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai pemberian penuh kerelaan*. Kemudian, jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati,maka terimalah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati"
*Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau meminta kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah seperti As'aluka billah ( saya meminta kepadamu dengan nama Allah)
Urmm, isu hantaran dan mas kahwin sering menjadi ISU HANGAT kan? Lebih-lebih lagi di arus dunia hari ini..Jika dijengah kembali 10 tahun lepas, umm, 5 tahun lepas cukup lah kut, perbezaan nilai kedua-dua itu makin besar perbezaannya. Lebih-lebih lagi wang hantaran, bepuluh-puluh kali ganda bezanya. Kadang-kadang sampai orang terpaksa menghabiskan 30 saat merenung cek hantaran untuk membilang angka kosong. Malah mungkin ada juga album yang tidak cukup untuk memaparkan kepingan not RM50..ishhk3X..hehehe..
Mungkin nilai mata wang itu telah berubah,tapi dalam sedar tak sedar ini telah menjadi isu bila mana seseorang itu telah memasang niat untuk berumah tangga. Nilai wang mungkin berubah, namun fitrah manusia tidak pernah berubah...
Sedikit mencoles daripada talk Ustaz Hasrizal Abdul Jamil tempoh hari sempena Campus Dakwah Project (CAMPRO) anjuran SRC, UIAM Kuantan,
"Fitrah manusia itu inginkan perhatian.Apabila fitrah manusia itu tidak diisi, itulah punca asal kejadian-kejadian ngeri hari ini.."
Islam menetapkan perkahwinan sebagai titik perbezaan hubungan manusia dua jantina bagi membezakan antara manusia dan haiwan. Perhatian, kasih sayang diberi dan diterima di bawah rahmah dan mawaddah itu pasti jadi dambaan semua.
Dengan adanya jaringan tanpa wayar ini, perkongsian cerita, gambar dan segala-galanya tentang perkahwinan itu sedikit sebanyak menjentik perasaan dan naluri manusia untuk memiliki runah tangga bahagia..
Macam mana tu..? Kahwin lah jawabnya...Macam senang kan..hihi
Perkahwinan= wang hantaran+duit kenduri+pelamin+baju pengantin+cenderahati+hantaran berdulang-dulang..= plus minus RM 15 000..Wowww..itu baru taraf orang biasa-biasa..Antara perkara yang bermain di kepala..
Nak Kahwin bukan senang kan?
Tapi nak kahwin juga bukan susah kan.Selalunya kita yang menyusahkan perkahwinan itu. Pada perkahwinan itu ada keberkatan. Dan Allah pasti akan memberkahi orang-orang yang ikhlas. Yang penting kena buat persediaan lah kan..
Di zaman ini, sudah terlalu banyak kad undangan perutusan raja sehari datang menjemput ke walimah. Seniors, Friends even juniors pon ada juga..Alhamdulillah, saya pastinya tumpang gembira dan doakan kesejahteraan masjid antum semua. Mabruk 'alaikum..
Mungkin belum tentu masanya untuk kita, namun tidak salah bukan kiranya persiapkan sedikit demi sedikit ilmu tentang masa hadapan.. Dengan berlatarkan dunia penuh mehnah dan cabaran ini, keutuhan masjid itu pastinya bergantung kepada ahli-ahlinya. Kombinasi Cinta ,usaha dan semangat berserta kesedaran akan tanggung jawab itu insyaALLAH akan menjadi tembok pertahanan yang memelihara kesejahteraan...Seiring itu, keredhaan Allah menjanjikan kebahagian yang berpanjangan dunia akhirat.
"Andai ada cinta manusia untukku, jadikan ia cinta yang bersandar pada cintaMU
Andai tiada cinta manusia untukku, jadikanlah CintaMU cukup untukku"
Buat teman perkongsian saya baik muslimin mahupun muslimat, Baginda Rasulullah telah menggariskan panduan pemilihan calon. Andai masih punya ruang untuk memilih, silakan merujuk pada hadis d bawah:
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Namun, kisah setiap manusia itu tidak akan pernah ada jalan cerita yang serupa. Dek latar belakang yang berbeza, dek pendidikan, dek cara hidup sekarang juga pasti mencipta perbezaan cerita antara sesama manusia. Andai cerita kita tidak seindah mereka, ingatlah Allah telah menetapkan itu untuk kita..Yang penting, usaha daripada kita ada untuk kembali ke jalan Redha ALLAH..
Carilah ilmu dan penjelasan, tetapkanlah penghayatan,susuli dengan tindakan wajar..Moga nilai usaha itu menjadi penyelamat kita di hadapan ALLAH..Sesungguhnya ALLAH sebenar-benar PENILAI..
Wednesday, December 9, 2009
Research ~Final Year Project??
Huhuhu..dah biasa sibuk sebelum ni di semester-semester lepas, membuatkan perasaan ini menjadi pelik, hehe..Tak tahu nak buat apa sangat..Selain fokus kat research dan aktiviti sukan saya ( yang dulu kononnya dah nak berhenti da..sport tu penting dalam hidup saya)...
Hari-hari kelas sejam dua jam jep. Seronok juga, tapi risau tu berlebih-lebih jugak..Macam mana lah agaknya rupa research saya ni kan.
Research titile saya: Factor and Barriers influencing Secondary School Student in Physical Activities Involvement..
Masa mula-mula pick tajuk dulu, banyak sangat perkara lain nak di'research'kan, but at last, undeniably, my choice have definitely chosen something related to sport and health.
Maybe for most of people, they will say that this topic is too common and can be easily conducted. Yet, even it is so, there is still huge gap of difference between percentage of student who get involved in physical activities and who do not even interested in such health determinant activities of life...Urrmm, well, any decision of one's life is highly individualized rite?
Among the factors I will discuss in my paper are, SELF ESTEEM, GOAL ORIENTATION, PHYSICAL SELF PERCEPTION and SOCIAL INFLUENCES.
All the listed factors have influence me greatly in my involvement in physical activities. I am a self-challenge person. Sejak kecil lagi, tak pernah suka bersaing dengan orang lain, berlumba-lumba dengan orang lain untuk menjadi yang terbaik ke. Bagi saya, apa yang kita dapat itu, itulah hasil daripada apa yang kita usahakan. Dan tidak lupa juga, usaha itu bukan semata-mata untuk apa yang kita matlamatkan, tapi juga demi mendapat keberkatan dan ketenangan. ~Everything happens in our life is too precious to be wasted~
Apa yang saya cuba highlightkan untuk research ni ialah physical activities are truly important in our life. At it also determine how long we could live, what kind of illness we could get an many more. And, do remember, physical activities is not merely about sport. Any activities physically done should meet the balance of energy intake and energy usage..Bak kata Nasree, "exercise ni sepatutnya kita buat sampai tua...."..Macam dalam show The Biggest Loser juga.
'The Biggest Loser' show banyak sangat memberi manfaat sebenarnya. Di samping memotivasikan diri, banyak tips-tips menarik yang boleh kita ceduk..Buat amalan. Dan antara satu sebab saya cuba 'to keep fit' adalah satu soalan yang selalu tanya pada diri sendiri,
"Apakah aku ni cukup fit tubuh badan, stamina dan kekuatan jika suatu masa nanti ada terjadi peperangan??"
Walaupun bukan untuk mengangkat pedang besi mahupun riffle di medan tempur, tugas merawat, memasak dan segala kerja-kerja yang diperlukan juga perlukan tenaga fizikal. Dan pastinya kekuatan fizikal bukan semata-mata faktornya, malah kekuatan minda dan iman juga memainkan peranan bukan..
Huhu..
Terkadang terfikir...apakah saya ni dah ter'over' dalam penglibatan dalam sukan,umm..mungkin juga..Tapi my reasons are beyond that..And I am happy with that..Berusahalah daripada setiap posisi di mana kita berada..Hihi...
ayuh, sahabat-sahabat...jom bersukan..berekreasi pun boleh juga...!!
(Ria, Mamas, Khamisah, K.Mar and sume-sume yang lain, sila buat workout k..haha)

~Andai ada salah bahasa dan pandangan, saya mengalu-alukan teguran dan buah fikiran sahabat-sahabat~
Seronok bermain petang-petang..
Friday, December 4, 2009
Zuhud itu pada Kerendahan Hati
Menafsir Zuhud
Ihsan Daripada http://zuhud.wordpress.comPraktikaliti Zuhud dalam Kehidupan SeharianDefinisi Zuhud
Banyak sekali penjelasan ulama tentang makna zuhud. Umumnya mengarah kepada makna yang hampir sama. Di sini akan disampaikan sebagian dari pendapat tersebut.
Makna secara bahasa:
Zuhud menurut bahasa bererti berpaling dari sesuatu karena hinanya sesuatu tersebut dan karena (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan “syaiun zahidun” yang berarti “sesuatu yang rendah dan hina”.
Makna secara istilah:
Ibnu Taimiyah mengatakan – sebagaimana dinukil oleh muridnya, Ibnu al-Qayyim – bahwa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.
Al-Hasan Al-Bashri menyatakan bahwa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.
Di sini zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara yang semuanya berkaitan dengan perbuatan hati:
- Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin karena percaya kepada Allah, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Rabb-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”
- Apabila terkena musibah, baik itu kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala karenanya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul kerana keyakinannya yang sempurna kepada Allah.
- Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Kerana kalau seseorang menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan. Hal itu akan mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran karena khawatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), atau boleh jadi dia melakukan kebatilan kerana mengharapkan pujian. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap sama kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya, berarti menunjukkan bahwa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.
"Biarlah apa orang kata, aku ZUHUD orangnya.." kata seseorang dengan pakaian lusuh, berbau, lagi tidak menyenangkan orang sekelilingnya.
"Buat apa cari duit juta-juta, mati nanti bukan boleh masuk kubur pun", seseorang yang mahu menghindarkan diri daripada bekerja keras di dunia.
"Tak pe belajar tak pandai, belajar pandai-pandai nanti hilang zuhud ni" seorang pelajar yang mengambil makna 'superficial' zuhud.
Dulu, masa kecil-kecil, suka baca cerita-cerita sejarah nabi, sebab ianya cerita. Banyak kali juga bertemu perkataan zuhud ni.
Dah besar-besar macam ni, banyak kali juga. Dalam hidup sehari-sehari meniti usia menghitung hari, bersama sahabat-sahabat dan manusia sekeliling, perkataan ini semakin 'jahar' kewujudannya.
Dikala baru dapat result sem lepas, dikala dah nak grad ini, dikala kepala macam pusing-pusing fikir kerja kat mana lepas grad ni...Macam-macam rasa dalam hati ni.
Dengan kehidupan yang semakin mendambakan perbelanjaan sara hidup yang makin tinggi, dengan peratusan manusia di bawah paras miskin yang makin tinggi, kehidupan hari ini sangat memerlukan perancangan perjalanan hidup yang teratur dan efektif.
Umm, apa kaitan ZUHUD dengan semua ni ye?
Bagi saya, zuhud ada kaitan dengan pilihan aturan hidup selepas ini..Malah dalam kehidupan kita hari ini pada saat ini.
Zuhud sering diertikan dengan refleksi sikap anti dunia atau menjauhkan diri daripada perkara-perkara duniawi demi mengejar uhkrawi kerana bagi mereka dunia ini cukup pendek dan singkat usianya berbanding akhirat yang hakiki.
Zuhud ini mahmudah sikapnya namun jika disalah aplikasikan,fitnah menjadi natijah buat pelakunya.
Zuhud tidak pernah memisahkan dunia dan juga akhirat malah boleh dijadikan hamparan pemnyambung dua dunia itu.
Dalam perjalanan Isra' Mikraj, Rasulullah SAW diriwayatkan bahawasanya Baginda diperlihatkan oleh ALLAH SWT akan seorang perempuan yang sudah tua dan berkedut wajahnya namun berdandan cantik lagi rupawan wajahnya seolah-seolah gadis belasan tahun.
Lalu Rasulullah SAW bertanya pada Jibril AS yang menemani beliau waktu itu.
" Siapakah orang tua itu wahai Jibril"
Maka Jibril menjawab, "Itulah gambaran dunia ini yang sudah berumur lamanya sehingga tunggu masa berakhirnya saja, walaupun begitu masih banyak manusia yang tertipu oleh penampilannya yang mengundang perhatian mereka yang menyukai keindahan zahir"(http://www.mail-archive.com)
Lalu, benarkah konsep zuhud yang diajarkan oleh para sufi itu adalah zuhud yang bersama-samanya pergertian konsep yang seiring dengan kemiskinan, kebodohan, keterbelakangan dan yang bersandar pada keyakinan bahawa dunia adalah musuh ketat manusia yang meanghalangi mereka dengan Tuhan mereka sehingga harus ditinggalkan supaya tiada rintangan yang menjadi penghalang antara mereka denganNYa?
Jawapannya dek logil akal kita pasti TIDAK kan.
Bukankah Allah mentakdirkan manusia di muka bumi sebagai khalifah buat seawal detik penciptaan manusia?Dan untuk menjadi khalifah pasti berkehendakkan kelengkapan teori-teori dan ilmu yang meluas demi memakmurkan bumi Tuhan ini.
Maka, fikirkan ya apa harus kita lakukan ya?
Sambil berkhidmat, sambil berzuhud.
Untuk berkhidmat, kita harus mencapai sebaik mungkin di dalam area kita berada, dan pencapaian tertinggi dan harta sebanyaknya. Sejurusnya, zuhud akan memainkan peranan menjaga kerendahan hati demi hati.
Carilah ilmu, pangkat, kedudukan dan harta seboleh-bolehnya kita, DEMI untuk kemaslahatan yang kita ingin suburkan solehah pada biah kita.
Dan perlengkapkan diri juga dengan sifat Zuhud, akan kita berada di jalan yang Allah redhai.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman, dan berbuat amal-amal soleh
dan saling berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran
(103:1-3)
~banyak perlu dicari dan dilengkapi~
Thursday, December 3, 2009
Hampir Kepada Pengakhiran
Beberapa hari lagi akan bermula semester baru untuk kami. 7hb Disember 2009 permulaan bagi semester akhir kami. Semester akhir yang menjadi penutup bagi sesi pembelajaran kami di bumi UIAM ini selama hampir 6 tahun mengutip ilmu di tanah berkebun ilmu ini..
Dan nyatanya, bukan sekadar ilmu ilmiah sahaja yang dikutip, bahkan jua ilmu tentang hidup dan kehidupan. Itu teramatlah memaknakan detik masa yang dilalui di sini.
Berakhirnya semester akhir ini, tidak pernah membawa makna akan berakhirnya sebuah perjalanan mencari ilmu Tuhan yang maha luas di bumi ini. Malah ia menjadi sebuah permulaan baru bagi perjalanan yang harus diterokai dengan menghadapi jalan dan liku-liku yang berbeza, maka harus jua kelengkapan perlu secukupnya dan sepatutnya.
Ilmu ilmiah mungkin jua melorongkan kita ke mana hala tuju selepas ini.
Nursing saya sekarang, Nursing jugakah saya selepas ini?
Mungkin YA
Mungkin juga TIDAK.
Hampir keseluruhan itu bergantung kepada PILIHAN SENDIRI dan PILIHAN ILAHI
Andai apa yang bakal terjadi itu adalah pilihan hati dan juga pilihan Ilahi untuk terjadi, maka kesyukuran yang melangit tinggi jugalah harus kita rafakkan pada NYA
Andai apa yang bakal terjadi itu BUKAN pilihan hati namun jua pilihan Ilahi, maka keredhaan dan ksyukuran juga semestinya diterbitkan..Kerana Allah jua yang Maha mengetahui apa yang terbaik
DISEMBER
Bulan akhir buat setiap tahun. Menandakan bakal berakhirlah tahun 2009, dan bakal menjelmalah tahun masihi yang baru 2010..
Menghisab dan meneliti kembali peristiwa dan kejadian suka duka, hitam putih sepanjang tahun ini, menitip rasa gembira, sayu dan segala rasa..
Hujung bulan ini juga menandakan usia 22 tahun saya ini bakal berakhir dan bermula sesi hidup untuk tahun ke 23..Biarpun nombor itu hanya sekadar relatifnya sahaja,namun erti itu cukup besar..Penambahan umur, pengakhiran dan permulaan siri hidup terus berjalan..
Semoga terus beristiqomah dalam perjalanan kembara mencari redha Tuhan,,
P/s: Result sem lepas da keluar.. Tahniah buat sahabat-sahabt semua..Tinggi Rendah bukan ukuran sebenarnya..Pokok pangkalnya KITA...
Boleh jadi Tinggi itu untuk mendidik kita agar lebih merendahkan hati..
Boleh jadi Rendah itu untuk memuhasabah kembali titik kekurangan usaha dan kesilapan kita barangkali..
Bukan result ukurannya, USAHA itu yang diambil kira..
Apapun SYUKUR itu hanya untuk ALLAH, Semoga selalu dibimbing hati ini.
fiey ahmad
Kembali Sudah Ke Bumi UIAM
Thursday, November 19, 2009
Indahnya Pada Ketenangan
Agak terlalu lama saya menyepikan ruang ini..Terlalu banyak kisah ingin diceritakan, terlalu banyak ceritera ingin dikongsikan..Namun, kekangan masa dan ruang waktu membataskan jari-jemari untuk menari di pentas 'keyboard'..
Sepanjang 2 minggu ini, sudah tercoret banyak pengalaman di buku kehidupan saya..
Suka Duka, Resah Gelisah..
Namun, matlamatnya..saya ingin mencari ketenangan itu...
Ketenangan itu semacam chipsmore juga..Sekejap ada, sekejap tiada..
Oleh itu harus senantiasa berusaha untuk mencari dan menikmati..
Kerana, Ketenangan Itu Indah..
dan perasaan itu sangat indah bila hati kita tenang...
Di sini ingin saya kongsikan sedikit kutipan ilmu yang dikongsi bersama di laman YG.
50 Resepi untuk memperoleh hati yang tenang
1. Bersyukur apabila mendapat ni'mat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah karena fitnah
15. Jangan bekeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid
25. Biasakan shalat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena
sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syetan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala.
41. Bersihkan harta dari hak-hak orang lain
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Perbanyak silaturahmi
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk islam
48. Bicaralah secukupnya
49. Beristri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
fiey ahmad
Rumah Cikwan
Saturday, November 7, 2009
Kebangkitan Sejurus Kejatuhan..

~Rugilah orang-orang yang berkira-kira yang jatuh itu tanda menuju KEGAGALAN, maka beruntunglah bagi sesiapa yang bangkit daripada kejatuhan itu menuju KEJAYAAN~
Hikmah Di sebalik Kegagalan.
Hikmah yang Allah sediakan di sebalik setiap sesuatu kejadian itu amatlah luas. Jika tak disempitkan hati, tak diredupkan fikiran, tak dikaburkan jiwa.
Keyakinan itu berbuah hasil daripada pencarian. Pencarian yang ikhlas. Pencarian yang ikhlas itu insyaALLAH didorongkan oleh rahmat dan kasih sayang ALLAH. Semakin kita mencari, semakin kita yakin. Usaha dan tawakal daripada kita, natijah nya daripada Allah. Terima kasih Naddy untuk buah ingatan cinta manusia sebagai hambaa.
Kasih sayang dan Perhatian 'family' dan teman-teman seperjuangan. Bukan tujuan saya menulis untuk meraih perhatian dan simpati sahabat-sahabat. Sekadar berkongsi cerita demi mengutip hikmah di perjalanan hidup ini. Di kala begini,terasa hikmahnya berkongsi cinta saudara sesama kita, baik sedarah sedaging, sesama menjunjung kalimah syahadah mahupun saudara sesama menghuni bumi Tuhan. Biarpun keresahan yang melanda pada awalnya tidak mampu dihambat pergi, namun, sedikit sebanyak sokongan dan semangat daripada semua meredakan kegelisahan.
Rasa Syukur.Rugilah saya jika saya tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan yang diterjemahkan melalui kasih sayang dan perhatian sahabat-sahabat. Semoga jiwa ukhwah ini terus subur di hati kita walau apa jua yang kita tidak pasti berlaku di masa akan datang.
Tidak putus asa.Kejatuhan itu perlu buat kita manusia. Perlu. Kerana daripada kejatuhan itulah kita belajar dan lebih belajar untuk memahami langkah demi untuk langkah seterusnya. Apakah kita kira manusia itu lahirnya terus berlari, ataupun lahirnya terus petah berkata-kata. Kita untuk berjalan dan berlari, berapa kali sudah jatuh tidak dapat dikira, tapi daripada jatuh bangun itulah hasill daripada USAHA. Tanpa mengenal putus asa, kita sebenarnya mampu mencapai lebih daripada jangkauan kita.
Manusia itu dan segala jenis kejadian di muka bumi ini mengikut Sunnah Allah, yakni segalanya beredar mengikut ketetapan, lahirnya berevolusi. Untuk berevolusi manusia itu belajar untuk jatuh dan bangun.
Sesungguhnya, kejatuhan itu barangkali teguran atau ingatan daripada Allah, tanda DIA ingin menyedari kelemahan kita. Mungkin kita di suatu saat, kita lupa pada tujuan asal tindakan kita. Mungkin pada suatu waktu kita leka daripada matlamat dan hala tuju kita. Mungkin juga pada suatu ketika itu, kita lalai daripada erti keikhlasan yang kita titipkan pada setiap langkah kita.
ikHLaS aDaLaH uMpAmA seMuT yAnG hiTaM
di AtaS bATu HitAm di MaLaM yaNg GeLAp
- SAIDINA ALI R.A.-
Dan jatuh ini adalah tarbiah didikan penuh kasih sayang daripada dia agar kita selalu rasa dan sedar kita hanya hamba. Rasa kehambaan itulah yang melorongkan kita untuk senantiasa meletakkan rasa "Kebergantungan" itu hanya pada Allah. Hanya pada Allah.
~Bukan mudah benafas dalam jiwa hamba,...Lebih-lebih di ketika dunia ini meniti waktu ke penghujungnya.. Semoga Allah memelihara hati kita hamba yang selalu berbolak-balik ini~
fiey ahmad
3 paper lagi..
-maaf jka melukakan-
Monday, October 26, 2009
Hikmah Di setiap Sesuatu..

~Lihatlah setiap sesuatu itu daripada Allah,pasti ketemu nikmat kasih sayang Tuhanmu padanya~
Telah Allah janjikan bagi umat manusia, setiap apa yang dijadikanNYA bukan sia-sia..Pasti penuh hikmah dan ibrah yang tersurat mahupun tersirat..Dan pasti ada yang bisa membongkarkannya, sama ada dari kaca mata mahupun mata hati..
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]
Fikir dan Zikir pada Allah, kesannya ketenangan pada hati kita..
Bila kita memandang sesuatu itu daripada Allah, pasti hati kita aman merasakan cinta Allah itu, sama ada berbentuk HADIAH,TARBIAH, INGATAN,ataupun TEGURAN..
Barang pasti setiap derap langkah perjalanan hidup kita pasti ada perancangan dariNYA, 'haluan' dan 'laluan' sebahagian daripada pilihan kita.
Bersangka baiklah dengan DIA, insyaALLAH ketemu ketenteraman di jiwa.
Berbuat baiklah dengan setiap sesuatu yang ada pada kita untuk setiap sesuatu di sekeliling kita, kelak pasti datang pertolongan yang tidak disangka-sangka daripada Tuhan yang Maha Pemurah, dalam sedar mahupun tidak...
~Ya ALLAH, tenangkanlah hati ini dalam maghfirah dan mahabbah dariMU..Jauhilah aku daripada bersalah sangka terhadapMU dan terhadap segala yang Engkau berikan~
fiey ahmad
Temerloh Bandar Ikan Patin
Friday, October 16, 2009
Cerita tentang dunia Kejururawatan

Kerajaan isytihar 12 Mei Hari Jururawat - Metro 14hb Oktober 2009
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan 12 Mei setiap tahun sebagai Hari Jururawat Malaysia untuk mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata cadangan Hari Jururawat Malaysia sudah diluluskan Kabinet, baru-baru ini.
Walaupun 93 peratus kekosongan jawatan jururawat dalam sektor awam sudah diisi dan kira-kira 7,000 jururawat baru dikeluarkan setiap tahun, masih lagi terdapat kekurangan dalam bidang itu terutamanya dalam penjagaan kesihatan tertentu seperti palliatif dan Unit Rawatan rapi (ICU).
Beliau berkata, terdapat 79,742 jururawat di seluruh negara dengan 59,000 di sektor kerajaan.
“Kini, nisbah populasi jururawat kita ialah 1:329 dan kita harap untuk mencapai tanda aras Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 1:200 pada tahun 2013,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kejururawatan Antarabangsa dekat sini.
Beliau berkata, setakat ini, ada 107 kolej kejururawatan dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kurus kejururawatan di seluruh negara.
Terdahulu dalam ucapan, Liow berkata, jururawat yang menjadi barisan hadapan penting dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah antara yang pertama menerima suntikan Influenza A(H1N1) apabila hantaran pertama vaksin itu tiba di negara pada akhir bulan ini. - Bernama

KEKURANGAN daripada sudut BILANGAN bukan satu-satunya masalah utama dunia kejuruwatan di Malaysia khasnya, malah KEKURANGAN daripada sudut KUALITI juga..
Apabila kita hanya melihat masalah daripada sudut kuantiti sahaja, maka kita fikir, jika bilangan 'admission' ditingkatkan pada masa sekaragn, dalam masa 4 tahun masalah 'shortage of nurses' itu akan dapat diselesaikan. Lantaran yang demikian, berteraburanlah IPTA dan kolej-kolej menawarkan kursus ini dengan menjanjikan jaminan kerja di masa hadapan.
Memang tidak dinafikan, kerjaya di bidang perubatan atau 'medical field' ini memang meluas dan tidak akan malap insyaALLAH, kerana akan ada setiap saat dan waktu orang jatuh sakit dengan pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan, lebih-lebih lagi di ketika 'environment' dunia hari ini..
Saya di sini bukan merendahkan mana-mana pihak , jauh sekali memperkecilkan dan mempersoalkan tindakan susulan mempertingkatkan bilangan jururawat di Malaysia tanpa pemantauan ketat pada sudut KUALITInya..Antara KUANTITI dan KUALITI, jika ditanya pada rata-rata responden agak-agaknya, apalah jawapannya. Sebagai responden pertama pada soalan sendiri, saya dengan rendah diri memilih KUALITI, kerana pada fikir sayay, jika saya menjadi pesakit, saya iniginkan jururawat berkualiti yan gmenjaga saya, kerana saya tahu, mereka ini menjaga saya demi mengharapkan saya akan bertambah baik dan kembali sihat, malah memberi saya ingatan tentang pentingnya unutk menjaga kesihatan..Bukankah itu ingin kita semua..??
Sekali lagi jujur ingin saya tekankan, bukan saya mempertikaikan kualiti sesetengah pihak, sekadar menginginkan PENAMBAHBAIKAN pada NURSING itu sendiri, demi kemaslahatan pesakit-pesakit dan orang yang memerlukan khidmat kita. Bukan sekadar KUANTITI jadi isunya, malah KUALITI itu juga titik asasnya dalam menberikan yang terbaik untuk yang memerlukan.
Orang selalu cakap,
"Ambil nursing ni, senang dapat kerja.."
"Bagusla ambil nurse, kalau ada ahli keluarga sakit, senang sikit"
"Nursing ni luas cabang dan bidangnya, untungn ambil nursing"
~Maka beruntunglah orang-orang yang mengambil & memberi kebaikan daripada Nursing itu~
Di sebalik itu, pernahkah kita mendalami sedalam-dalamnya, tanggung jawab dan amanah di tika menyandang 'title' seorang nurse, sama ada di ward, di masyarakat luar, pada diri sendiri dan juga pada agama ALLAH..
Sesungguhnya, tanggungjawab itu amatlah berat dan besar sekali..Bagi sahabat-sahabat dan adik-adik yang telah MEMILIH atau PAKSARELA berada di jalan ini, fikirkanlah, ada sebab 'mengapa DIA pilih kita untuk berada di sini..
Mungkin untuk menjadi 'nurse'..Mungkin juga tidak...Tapi, yang pasti, di situ pasti terletak hikmah kenapa kita di sini hari ini..HIKMAHNYA??
Terokailah sendiri berbekalkan AKAL, HATI dan IMAN yang diberi..
Our hands SAVE, Our hand KILL...
Redha ALLAH jua matlamat utama kita..Tak kira di mana kita, apa jua kita....
~wallahua'lam~
fiey ahmad..
-ada case study yang perlu disiapkan-
Sunday, October 11, 2009
Kemanisan Bersyukur..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu "Demi sesungguhnya!jika kamu bersyukur, nescaya akan aku tambahi nikmatku kepadamu, dan Demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKU amatlah keras"
Tapi kita di sini, lebih banyak ngomelnya, lebih banyak ketidak puashatian kita, lebih banyak ketidak syukuran kita..
Kita manusia, kita hamba, yang cukup banyak kelemahan dan kekurangan..Kita seringkali lebih melihat kekurangan dan keburukan orang lain, lantas lebih menyalahkan mereka di atas ketidak puas hatian kita, kita mahu itu, kita mahu ini, TAPI pernahkah kita meluangkan kebanyakan masa kita untuk menilik dan memuhasabah diri kita, adakah kita sudah cukup baik untuk mendapat apa yang kita suarakan, adakah kita ini layak untuk mencapai apa yang kita lantang bicarakan...saya mengingatkan kembali diri saya dan sahabat ziarah untuk belajar untuk bersyukur dan pada masa yang sama untuk ke arah lebih baik..
Antara petikan kata-kata hikmah yang saya kutip di perjalanan hidup sabagi student/
"We can not expect the changes to just be happened like that, or let other people to make the changes, be a part of the changes"
untuk itu, bersama-samalah kita ynag inginkan perubahan ini, menjadi sebahagian daripada usaha itu, andai kejayaan itu bukan kita yang rasai, pasti akan ada segelintir yang akan mendapat menikmati daripada usaha kita..
"ayuh, sama-sama kita berlapang dada..bersyukur untuk merasa lebih kenikmatan kasih-sayang Tuhan itu, dan sama-sama tingkatkan diri untuk ke arah lebih baik"
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru, sedang dan akan belajar,
kalau silap, lupa, lalai, tegur-tegurkan..
fiey ahmad.
temerloh, rumah no 14