Hari ni nak letak perasa baru dalam blog ni...Dah lama terfikir tapi kali ini baru berkesempatan nak mempelbagaikan lagi perkongsian bersama pengunjung laman blog saya ini..
Dengan kepulangan ke Terengganu yang tidak dirancang, begitu juga dengan resepi masakan saya petang ini...
Dipersembahkan...!!!!!
AYAM MASAK GAJUS..
Bahan-bahan:
- *1/2 Ayam dipotong 6@8 (diperap dengan serbuk kunyit dan garam)
- Lada Kering (dibersih dan direndam dengan air suam)
- Biji gajus
- Cili merah & Hijau
- 1ulas Bawang putih
- 3 ulas Bawang merah
- Sos tiram
- Sos cili
- Lada sulah
- Sedikit perahan limau nipis
- Minyak untuk goreng dan menumis
- Daun pudina untuk hiasan dan penambah rasa (ikut suka)
*Bergantung kepada kuantiti pemakan..Kat rumah saya pemakan-pemakan ramai dan berperut aligator...hihihih =)
Cara penyediaan:
- Goreng ayam dengan minyak sederhana banyak. Ketepikan.
- Goreng gajus hingga garing atau keemasan (kalau tetiba jadi keperakan itu, silap kacang la tu, huhuhu =)). Ketepikan.
- Goreng lada kering sehingga garing dengan minyak yang sederhana
- Kemudian masukkan bawang putih dan merah yang dihiris halus, goreng hingga naik bau.
- Masukkan sos cili, sos tiram, lada sulah, cili merah dan hijau.
- Sedikit garam jika perlu
- Masukkan ayam dan gajus yang telah digoreng. Gaul sebaik mungkin ..hihi
- Sediakan dengan daun pudina untuk penambah bau pembangkit selera
Paling penting IKHLASkan hati semasa memasak dan bacalah DOA..apa-apa doa untuk kesejahteraan pemakan dan hubungan hati tukang masak dan tukang makan...
TaDaaaaa...!!!!
alamak, comot sikit pinggan..=)
SELAMAT MENCUBA!!!!
**** Kesedapan makan petang hari ini ditambahnilai dengan jus mangga yang pekat hasil tangan bibik..huhu, thank you, bibik..
p/s: Nor & Omar, please jangan jealous...Soon, kita try menu lain lagi k..!
fiey ahmad
Selagi aku mampu, ingin aku bahagiakan jiwa-jiwa yang aku cintai..