Salamm..
Dah lama juga baru berkesempatan membuka ruang ni. 2 minggu berturut-turut kerja balik lewat, terkadang sampai ke malam. Tapi ruang dan kesempatan tu milik Allah, ada ruang dan peluang, ayuh guna sebaik-baiknya.
God's Gift
After going through some times, God gives us one of the valuables gift in life. Who knows and who do expect? Yet, He knows best..
Frankly saying, for a quite some times, I did ask myself and sometimes I did bother my hubby with the same question "Could I go through all of these? Could I? People see me as a strong person, am I that strong as they see?"...
Then, my 'hati kering' said, "just go through,time will go on"..
My Iman said, "Allah choose you, Fiey..you're lucky and somehow maybe luckier than others..Allah sayang kamu dan ini bicara Dia untuk kamu"
And I definitely like my hubby phrase, with smile and hug he said," He knows best, you can cry if you want to, we will go through these"
And this little baby, is going to be 7 months old. Da besar da. Da nak keluar da anak yang baik ini.
For the first 3 months, its like too hard to believe, da nak jadi ummi orang dah saya ni, ye ke ni, dan Alhamdulillah, tak ada alahan tak ada mengidam apa-apa. Suami pun macam tak percaya juga muka-mula, siap tanya lagi, "ye ke ngandung ni? tak rupa orang ngandung pun" (Haa, sekarang da buncit terkedepan da pon).
Kami berdua first time percaya pon bila tengok baby gerak-gerak masa first time scan untuk first trim check up hari tu..What a wonderful experience..Tengok little creature as God's gift dalam tummy main-main hisap jari.
Some people said to me before, " nak kena tunggu dulu ni untuk ngandung, biar ubat-ubat (kesan surgery dulu) tu hilang dulu, baru elok"..dan ada pointnya di situ, tapi rezeki Allah kan , dan dengan pengetahuan Nya yan maha luas, kami dengan hati terbuka dan gembira menunggu kelahirannya (walaupun cuak jugak).
Rezeki datang bersama Rezeki
Dan Alhamdulillah, dah genap sebulan saya kembali bekerja di Ampang Puteri. Kali ni bukan sebagai nurse tapi sebagai Quality Assisstant untuk QM kat sini. Tak sampai sebulan dah dapat appointment sebagai Document Controller. Walaupun tak berapa nak tahu lagi document apa nak kena control dan nak control macam mana, tapi saya menikmati waktu-waktu kerja "ofis" macam ni.
Betul-betul menggamit kenangan MSCC zaman matric dulu. Itulah bukti apa yang Allah bagi kat kita tak pernah sia-sia kan. Selagi kita tak sia-siakan dan tak rasa ia sia-sia. Saya bersyukur untuk peluang ini, berpeluang untuk mengenal lebih banyak karakter manusia untuk lebih kenal diri dan lebih dekat dengan Pencipta.
Dan, memang tak dapat nak nafi, rasa rindu kat suami yang tak pernah berenggang 5 bulan sebelum ni itu mengatasi semuanya tau. Percaturan kami adalah untuk apa yang terbaik untuk kami buat masa ini. Semoga senantiasa selaras dengan percaturan Allah dan mendapat berkat dariNya.
Dan, si kecil ni lah peneman weekdays umminya. Bergolek, menendang, menguis dan segala bagai nak beritahu kewujudan dia waktu ini. Semoga kamu menjadi anak yang baik, aminnnnnn...
esok tunggu Abi balik, pastu kita balik Raya k!
fiey ahmad
SELAMAT BERKORBAN..
EIDUL ADHA...
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Friday, November 4, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Rindu untuk menulis..
it has been more than 7 months...This page was left in silence....
=)
Untuk jangka masa tu juga, sarat kepala, jiwa dan minda...
Mungkin perlu sedikit masa lagi untuk benar-benar kembali menulis...
Buat sahabat pembaca, saya masih seperti dulu, cuba berpositif debgan nikmat dan ujian kasih sayang Allah..
Berita Gembira...
Dan untuk 7 bulan ini juga, saya membawa satu lagi nyawa kecil dalam 'rahim' anugerah Allah ini, tanda kasih dan cintaNya pada kami suami isteri..Dan usianya kini mencecah 6 bulan 1 minggu...
sangat menakjubkan rasa dan pengalaman ini..
Dan pastinya tak sunyi daripada ujian yang mendamba pengorbanan..Jazakallahu khairan kathiran buat hubby tersayang untuk cinta dan perhstian yang sedaya diberi kepada si isteri penuh kekukarangan ini...
Moga 'kasih' yang bakal lahir ini punya bukan saja hidung malah jiwa baik dan kental sepertimu..=)
Hidup ini takkan pernah mudah tapi cukup menjanjikan pelbagai warna kehidupan.Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..
fiey ahmad
kami yang bakal bertiga
=)
Untuk jangka masa tu juga, sarat kepala, jiwa dan minda...
Mungkin perlu sedikit masa lagi untuk benar-benar kembali menulis...
Buat sahabat pembaca, saya masih seperti dulu, cuba berpositif debgan nikmat dan ujian kasih sayang Allah..
Berita Gembira...
Dan untuk 7 bulan ini juga, saya membawa satu lagi nyawa kecil dalam 'rahim' anugerah Allah ini, tanda kasih dan cintaNya pada kami suami isteri..Dan usianya kini mencecah 6 bulan 1 minggu...
sangat menakjubkan rasa dan pengalaman ini..
Dan pastinya tak sunyi daripada ujian yang mendamba pengorbanan..Jazakallahu khairan kathiran buat hubby tersayang untuk cinta dan perhstian yang sedaya diberi kepada si isteri penuh kekukarangan ini...
Moga 'kasih' yang bakal lahir ini punya bukan saja hidung malah jiwa baik dan kental sepertimu..=)
Hidup ini takkan pernah mudah tapi cukup menjanjikan pelbagai warna kehidupan.Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..
fiey ahmad
kami yang bakal bertiga
Thursday, November 18, 2010
Ayuh berkongsi Ilmu
Kahwin
"Hai tak tidur-tidur lagi?"
Terkejut, Munirah berpaling.
"Mama ni, buat terkejut orang aje. Tak boleh nak lenalah mama. Banyak hal yang belum selesai".
"Ala… Bukan nak kenduri esok. Dua bulan lagi. Tidurlah. Esok nak kerja. Nanti lena pulak depan pelajar", nasihat ibunya dengan lembut.
"Oklah. Mama tidur dulu. Sekejap lagi Irah tidur".

Munirah terkenangkan bakal tunangnya, Razak yang kini sedang berkursus di Selatan tanahair. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Razak sejak di tahun pertama waktu sama-sama menuntut di sebuah universiti yang sama. Hanya setelah masing-masing tamat pengajian dan memulakan karier, barulah mereka mengambil kata sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Setelah bertahun-tahun berhubungan, Munirah yakin dia telah cukup mengenali hati budi Razak. Baginya Razaklah lelaki yang sesuai dijadikan suami kerana sikapnya yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Munirah membayangkan hari-hari depan yang indah setelah diijabkabulkan nanti.
Munirah dan Razak bercadang untuk berbulan madu di Bali. Mereka juga telah membeli sebuah rumah sebagai persediaan untuk hidup bersama sebaik sahaja mengikat tali pertunangan. Masing-masing bersetuju untuk menimang 4 orang cahayamata sahaja. Takut kalau ramai sangat anak, tidak mampu pula untuk biayai pelajaran mereka. Maklumlah era siber ni, semuanya memerlukan duit. Itulah perancangan akal cetek mereka. Terlupa bahawa perancangan Tuhan mengatasi perancangan manusia.
Sejak bertunang setahun yang lalu, Munirah mula membuat persiapan perkahwinan secara berdikit-dikit. Hampir setiap hari dia membelek majalah yang memaparkan pakaian pengantin, gubahan hantaran, contoh rekaan pelamin serta serba mak nenek yang berkait dengan kenduri kahwin mengikut trend semasa. Melalui temannya yang bercuti ke luar negara, dia mengirimkan beberapa barangan berjenama untuk dijadikan hantaran. Setiap hujung minggu pula dia menjelajah dari satu butik ke satu butik untuk mencari pakaian yang sesuai untuk majlis berkenaan.
"Ala, sekali seumur hidup. Lagipun kan Irah anak bongsu mama. Lepas ni dah tak payah buat kenduri kahwin lagi. Apa salahnya berhabis-habisan untuk kenduri Irah ni", jawab Munirah bila ditegur ibunya.
Janganlah bayangkan kahwin tu pada yang indah-indah dan romantik saja. Nanti akan ada ujiannya, akan ada pahit yang terpaksa ditelan.
Rahmah bukan tidak bersetuju dengan perancangan Munirah untuk mengadakan kenduri besar-besaran. Memang dia berkemampuan pun. Cuma hatinya masih sedih mengenangkan perkahwinan kakak Munirah, Salasiah 5 tahun yang lalu. Waktu itu kendurinya memang besar. Jadi sebutan orang. Bagaimanapun, rumahtangga yang dibina hanya bertahan selama dua tahun. Selepas mendapat anak seorang, mereka bercerai dan masing-masing membawa haluan sendiri.
Kini dialah yang membela anak mereka. Bukan dia keberatan untuk membela cucu sulungnya itu, Cuma hatinya pedih bila mengenangkan nasib budak itu yang kehilangan kasih ibu bapa. Manakala ibu dan bapanya ingin hidup bebas dan enjoy-enjoy macam orang bujang. Kerana itulah bila mengingatkan perkahwinan Munirah, dia mendoakan agar Munirah tidak menerima nasib yang sama.
Rahimah menganggap apa yang berlaku kepada Salasiah adalah kerana kesalahannya juga. Memang Rahimah pening kepala memikirkan anak-anak perempuannya yang enggan memberi sepenuh komitmen pada rumahtangga. Masing-masing hendak jadi macam orang Barat yang mahu berumahtangga tetapi tidak mahu memikul amanah dan tanggungjawabnya. Tidak seperti orang dulu-dulu.
Rahimah terkenang, dia dulu kahwin atas pilihan orang tua. Bila bergelar isteri, seluruh hidupnya diabadikan untuk suami dan keluarga. Orang dulu-dulu jarang nak bercerai-berai. Orang sekarang, bercinta bertahun-tahun tetapi bila kahwin, sekejap sahaja sudah bercerai. Tak serasilah, sudah tidak sehaluanlah. Padahal masa hendak kahwin, masing-masing rasakan itulah pasangan paling tepat untuk dunia Akhirat.

Rumahtangga itu ibarat bahtera yang berlayar di tengah lautan. Waktu tenang, mudahlah, tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak dikemudi dengan iman dan taqwa.
Inilah yang tidak mampu Rahimah sampaikan kepada anak-anaknya kerana dia sendiri bukan mendalam sangat pengetahuan agamanya. Cuma dulu, waktu arwah Pak Adam masih hidup, Rahimah mampu jadi isteri yang taat kerana memang begitu asuhan orang tuanya. Taatnya pada suami bukan bertitik tolak dari iman. Rahimah tahu, kalau dia cuba syarahkan tentang rumahtangga yang baik, pasti anak-anaknya akan berhujah kembali untuk mempertahankan pendapat dan pendirian mereka. Akhirnya yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa untuk kebahagiaan mereka dunia Akhirat.
Rumahtangga itu ibarat bahtera yang belayar di tengah lautan. Waktu tenang, mudahlah, tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak dikemudi dengan iman dan taqwa.
Pada suatu petang Munirah pulang dari kampus dengan wajah ceria. Rahimah yang menyambutnya di pintu, tertanya-tanya kerana selalunya Munirah akan tiba di rumah dengan wajah letih, tidak bermaya.
"Ada berita baik ke? Semacam aje senyum tu".
"Memang ada berita baik. Kak Sarah call tadi. Dia balik bercuti sebulan. Bolehlah minta tolong dia siapkan hantaran".
"Dia balik seorang ke?" Terbayang wajah anak saudaranya yang telah bertahun-tahun di luar negara.
"Balik satu family. Cuti musim panas. Tapi tak sempat tengok Irah bersanding sebab awal bulan depan, dia balik ke UK semula".
"Lama tak jumpa Sarah. Macam mana rupa anak dia agaknya. Maklumlah, kahwin dengan orang putih".
"Tentulah cute. Tapi anak Irah nanti lagi cantik sebab Razak muka macam mamak, Irah pulak macam Cina", jawab Munirah bersahaja sambil berlenggang ke biliknya.
Rahimah hanya tergelak kecil. Macam-macam angan-angan Munirah.
Hari minggu, Sarah muncul di rumah Rahimah bersama suami dan anaknya. Penmpilannya cukup mengejutkan Munirah. Dulu sewaktu meninggalkan tanahair untuk menyambung pengajiannya, sepupunya itu lebih selesa berseluar jeans dan berkemeja. Adakalanya dia gemar juga menampilkan imej yang agak seksi. Bagaimanapun hari ni dia muncul dengan berjubah dan bertudung labuh. Suaminya, Abu Bakar bin Abdullah pula berseri-seri dengan kopiah di kepala. Satu pemandangan yang agak aneh buat Munirah. Sangka Munirah, setelah bertahun-tahun di London. Sarah tentu lebih akan tampil lebih elegant dengan fesyen terkini dari kota fesyen itu.
"Assalamualaikum. Apa khabar pengantin kita?" sapa Sarah sambil bersalaman dan memeluk Munirah.
"Waalaikumussalam. Insya-Allah OK", jawab Munirah dengan sedikit rasa kekok. Rahimah terus mengambil anak Sarah dari dukungan Abu Bakar.
"Comelnya cucu, Tok Tam".
Abu Bakar yang dari tadi hanya tersenyum, menghulurkan ole-ole dari Kota London. Raimah menyambut dengan senyuman. Hatinya cukup tertarik dengan wajah bersih Abu Bakar.
"Dah lama kamu masuk Islam?" tanya Rahimah dengan nada ingin tahu.
"Dah hampir sepuluh tahun", jawab Abu Bakar dengan bahasa Melayu berslanga.
"Eh, boleh cakap Melayu, kamu. Mak Tam tak pernah lagi jumpa Mat Salleh boleh cakap Melayu".
Sarah dan Abu Bakar tertawa.
"Untunglah kamu dapat kahwin dengan Mat Salleh. Dapat duduk luar negeri. Dapat anak comel".
Kata-kata Rahimah sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu di hati Munirah.
"Saya beruntung sebab dapat Mat Sallah yang soleh, Mak Tam. Itu lagi penting. Saya memang malu dengan dia ni sebab dia yang banyak bimbing saya untuk beramal dengan Islam. Mak Tam bukan tak kenal Sarah dulu-dulu. Teruk".
"Memang untung kalau dapat suami soleh. Suami tu, pemimpin rumahtangga. Kalau suami soleh, selamatlah rumahtangga", luah Rahimah sambil fikirannya terbayangkan wajah Salasiah. Terlupa dia pada Munirah yang sedari tadi hanya diam membisu.

"Masa Sarah kahwin kat UK dulu, siapa yang uruskan persiapan kahwin?" tanya Munirah waktu membelek-belek beberapa pasang baju kurung moden bersulam di sebuah butik.
"Kami kahwin ala kadar sahaja. Yang wajib akad nikahnya. Kenduri pun kawan-kawan yang tolong. Masak sikit-sikit, lepas tu makanlah sama-sama".
"Tak glamourlah gitu. Kahwin kan sekali seumur hidup", tingkah Munirah dengan dahi
berkerut.
"Mana Munirah tau kahwin tu sekali seumur hidup? Jodoh, ajal maut, kan di tangan Tuhan. Entah-entah esok lusa, suami mati. Tak kan tak kahwin lain. Tak pun macam Kak Salasiah. Dah bercerai. Dengar kata, dah dapat calon suami baru. Nanti nak kahwin lagi untuk kali kedua", jawab Sarah dengan lembut sambil matanya turut memerhatikan sulaman yang cantik pada baju kurung yang dipegang Munirah.
"Tapi, ini kan kali pertama Irah kahwin. Kenalah buat semeriah mungkin", balas Munirah. "Ah, perut pun dan berkeroncong ni. Jom kita makan dulu".
Sarah menurut tanpa banyak soal. Sewaktu makan dia cuba untuk memberi panduan kepada Munirah dalam menempuh alam baru.
"Sarah nak tanya pada Irah satu soalan. Apa tujuan Irah kahwin?"
"Aiik! Soalan cepu emas ke ni? Anyway, bagi Irah, kahwin itu adalah untuk menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan wanita. Betul tak? One more thing, memang fitrah manusia itu ingin dikasihi dan mengasihi. Sebab itu Allah ciptakan Hawa untuk Nabi Adam, right?" balas Munirah penuh yakin.
"Itu saja matlamat perkahwinan?"
"What else?"
"Kalau sekadar nak lepaskan naluri seks, buat apa sampai nak berkenduri kendara besar-besaran. Tak berbaloilah macam tu".
"So what?"
"Sebenarnya tujuan perkahwinan itu sangat besar. Niat awal kahwin itu sangat penting untuk menjamin lahirnya satu rumahtangga yang diberkati Tuhan. Nanti perjalanan rumahtangga tu, akan dibantu. Tuhan akan pelihara rumahtangga kita sampai rumahtangga tu boleh jadi syurga dunia sebelum Allah beri Syurga di Akhirat".
"Tak sangka pulak engineer boleh jadi ustazah".
"Bukan begitu. Islam itu untuk semua orang dan ia mesti jadi panduan setiap orang", balas Sarah tersenyum. "Sebelum Irah melangkah ke alam perkahwinan, eloklah Sarah bagi peringatan dulu. Janganlah bayangkan kahwin tu pada yang indah-indah dan romantik-romantik saja. Nanti akan ada ujiannya, akan ada pahit yang terpaksa ditelan. Kalau tak buat persediaan yang tepat, memang rumahtangga tak akan boleh bertahan lama. Rumahtangga boleh jadi neraka tau!"
Munirah menyedut minuman dari gelasnya. Masuk jugak dalam fikirannya kata-kata Sarah itu. Cukuplah apa yang dialami oleh kakaknya Salasiah menjadi bukti kebenaran kata-kata Sarah itu.
"Irah tau tak, dalam Islam kahwin itu matlamatnya besar dan mulia. Betullah cakap Irah tadi. Nak halalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Itu memang antara tujuan perkahwinan, supaya kita tak terjebak dengan zina. Selain itu, ada lagi yang tidak kurang pentingnya. Kita kena niat kahwin untuk lahirkan generasi Islam seterusnya. Zuriat kita tu adalah aset untuk Islam. Lagipun Rasulullah suka umat yang ramai".
"Tapi rasa-rasanya mak bapak kita dulu tak adalah pasang niat macam tu, tapi, tapi kita lahir pun, tetap jadi orang Islam".
"Islam setakat pada nama, apa ertinya? Sedangkan pada peribadinya langsung tak melambangkan peribadi mukmin. Kita tengok sekarang macam mana masyarakat kita. Macam-macam masalah sosial. Kronik betul. Muda lagi dah terlibat dengan dadah, seks bebas, jenayah, sampai budak 12 tahun pun dah pandai rogol dan bunuh orang. Itu bukan aset agama namanya. Puncanya dari rumahtangga yang rosaklah tu. Kes-kes sumbang mahram tu. Tahu tak apa puncanya tu? Something wrong masa akad nikahnya atau semasa proses perkahwinan tu. Mungkin sebelum kahwin mak ayahnya dah bergaul bebas, dah biasa buat maksiat. Memang rosaklah keturunan selepas itu".
Munirah termenung. Kegembiraan untuk menjadi pengantin baru seperti terganggu. Sebelum ini fantasinya hanya yang indah-indah, terutama apabila membayangkan keindahan berbulan madu. Tapi rupa-rupanya banyak lagi persoalan yang menunggu di hadapan.
"Macam tu ke?"

"Tingginya angan-angan".
"Ini bukan angan-angan tapi cita-cita. Kan Islam pernah menguasai tiga suku dunia. Islam diperjuangkan oleh peribadi-peribadi hebat yang lahir hasil didikan Rasulullah. Sekarang kita simpanlah niat dan cita-cita untuk mengulangi sejarah tu".
"Irah tak layaklah nak buat kerja besar macam tu".
"Memanglah kita ni tak layak. Tapi kita niatlah nak lahirkan peribadi-peribadi yang layak melalui perkahwinan kita kerana nak dapat keredhaan Tuhan. Sampai bila hidup kita nak terus terjajah dengan budaya bukan Islam yang sekarang terbukti sangat merosakkan dan merugikan kita. Kalau setakat rugi di dunia, tak apalah. Rugi di Akhirat, siapa nak tolong?"
"Salah ke cara Irah buat persiapan kahwin ni?"
"Tak salah. Tapi ini cuma persiapan lahir. Tak payahlah sampai membazir. Yang lebih penting, tambah ilmu agama sebagai persediaan. Baiki diri, betulkan sembahyang. Kuatkan hubungan dengan Tuhan. Kalau hati sentiasa berhubung dengan Tuhan, apa-apa problem pun kita boleh atasi. Especially bab nak taat suami. Bukan mudah tau. Lagilah kalau kita rasa kita lebih pandai dari dia. Nanti mulalah nak tunjuk 'power'.Dalam setiap hal kita akan challenge dia. Habislah rumahtangga kalau isteri pun nak jadi ketua. Dalam rumahtangga ada seni-seninya. Itupun nak kena belajar".
"Sarah ni menakutkan Irahlah. Rasa macam kahwin itu suatu yang complicated sangat".
"Bukan niat nak takutkan Irah. Tapi nak Irah bersedia untuk menerima realiti perkahwinan tu. Sementara ada peluang. Nak kahwin pun perlu ada persiapan yang cukup. Bukan setakat pandai masak, pandai bersolek dan hias rumah. Duit atau cinta tak akan mencukupi. Bekal yang paling utama, iman".
"Sempat ke nak dapat iman tu? Masa tinggal dua bulan lagi".
Sambil tersenyum, Sarah menepu-nepuk lengan Munirah.
"Insya-Allah. Tahu tak orang dulu-dulu, sebulan sebelum kahwin, memang kena berkurung, sebab nak dapat seri muka. Sekarang, Irah buatlah perkara yang sama. Masa dua bulan ni, manfaatkan untuk tingkatkan ilmu Islam, untuk dapat iman. Insya-Allah, nanti Razak akan rasa kahwin dengan Irah ni seolah-olah dia dapat permata berharga. Berbaloilah hantaran lapan ribu ringgit yang dia terpaksa beri tu".
Munirah tersenyum. Sedikit sebanyak, cakap-cakap Sarah itu memberinya satu persepsi baru tentang perkahwinan. Dalam hati dia menyimpan niat untuk menimba ilmu daripada Sarah sementara Sarah masih ada di tanahair. Mudah-mudahan rumahtangga yang akan dibinanya itu lebih bermakna lagi. ~mkdh~
Subscribe to:
Posts (Atom)