IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.
Showing posts with label My family. Show all posts
Showing posts with label My family. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Kisah Perkahwinan kami

3 comments:
18  Mac 2011..

Tarikh yang dipilih untuk menyatukan Noor Hafizah Ahmad & Syed Abdul Mun'em Syed Abdul Rahman dengan akad mulia di sisi Islam. Meskipun sudah hampir 3 bulan berlalu tapi semuanya seakan baru je berlalu semalam..Dan hari ni baru berpeluang berkesempatan menulis serba sedikit ceritanya.

Terkesan dengan Tsunami di Jepun waktu itu, 3,4 hari hujan tak berhenti malah turun dengan lebatnya. hujan rahmat agaknya. Pagi 18hb itu, hujan berhenti sekejap lepas Subuh, Alhamdulillah..Dengan mas kahwin RM77, kami sah bergelar suami isteri..Selesai je akad hujan berderu-deru turun semula. Sampai pengantin lelaki kena iring dengan 'blue canvas'..huhu, lawak betul.

Alhamdulillah..segala berjalan 'smooth' je..'Simple' tapi semua berpuas hati. Tak banyak belanja keluar, mana yang ada saja. Kami dah sama-sama setuju, nak dahulukan yang penting daripada yang kurang penting, sebab sama-sama banyak lagi perkara yang penting akan muncul dalam hidup kami nanti.

Malam tu sempat lagi 'join small family gathering' sebelah suami. 'Small' ke? hampir 200 orang juga malam tu. Angguk je la kepala bila encik suami kenalkan kaum kerabatnya tu.






19 Mac 2011

hari yang lebih relax sebab kat rumah da selesai majlis. Encik suami la yang tak berapa nak duk diam malam tu..Nak tolong tak dapat, nanti la ye..huhu. Awal-awal pagi rombongan kereta berderet-deret menuju ke Manir, jauh dari kesesakan trafik dan orang ramai, kami mulakan majlis dengan aman, famili dapat makan nasi arab air tangan Abah dan kawan-kawannya yang sangat gempak..Malangnya si pengantin berdua tak sempat merasa nasi kenduri sendiri, sempat rasa nasi pengantin je..=(

Rasa hati aman dan bersyukur sebab kedua-majlis berjalan dengan baik, sikit-sikit kekurangan itu, kita terima terima dengan baik dan tersenyum sebab semua orang tahu, there's never a perfect thing, then be happy with it.

Apa yang best nya pasal wedding kami ni sebab 'last minute' baru kami 'realize', kami punya wedding ni dah dikira International Wedding da..Haha, sebabnya dari hari akad nikah lagi, majlis kecil-kecilan kami ni terasa meriah sangat dengan kehadiran sedara-mara dari serata rantau.


pertembungan dua budaya yang sangat unik:)~kata Aton
March 21 ·  · 
    • Syapeak Faisal Sobirin ‎2 budaya ke?aku rs cam lebeh je..hahaha
      March 21 at 9:26pm · 
    • Nuur Fatimahtul Zuhra cam 4 ker? mungkin 8? byk sgt kot..mmg international sungguh la!
      March 21 at 9:27pm · 
    • Syapeak Faisal Sobirin siyes weh..kejap dgr ganu,pastu arab, english, endon, cham, thai pon ade gak..konpius2..aku kat mesia ke ni?hahaha
      March 21 at 9:32pm · 
    • Afdhalila Nur wahh..seryes?
      March 22 at 4:35am · 

    • Fiey Ahmad ada malaysian, americans, thais, singaporeans, indonesians, vietnameses..yg tu yg diketahui la..huhu..imbau masa lalu



Kahwin satu permulaan baru



Isi penting dalam entri kali ini, bukanlah semata-mata cerita di atas yang sekadar imbauan memori kenduri dan akan kekal sebagai coretan kenangan seumur hidup.

Apa yang penting, perkenalan dan persahabatan lebih 6 tahun dulu tidak pernah menggambarakan siapa sebenarnya pasangan kita. What kind of person he would be..Sejujurnya, di awal waktu kenal dullu, tak pernah terasa yang akan berjodoh dengan beliau. Bermula dengan rakan sekerja, head comm dan asst head Taaruf week matric UIA 2005, diteruskan dengan kerja Deputy President dan Secretary MSCC 2006, kami melalui pahit manis bekerja dan bersahabat bersama teman rapat hingga ke hari ini. Wani, Aton, Hazri dan lain-lain. Jatuh bangun yang akan sentiasa berkesan di hati.

urmm, dulu-dulu, bila mula-mula berkawan dengan mana-mana budak laki-laki yang tak berapa ramai dalam hidup saya (maklumlah, , mesti secara automatik 'the heart and the brain will scan them briefly' sama ada "Adakah ada ruang untuk kami bersama nanti?".

Maksudnya, saya cuma terfikir sekejap untuk menentukan sikap dan tingkah saya bila berhadapan dengan kaum Adam ini. Andai jawapannya berkemungkinan Ya, saya cuma perlu berbuat biasa saja(tak perlu nak berlebih-lebih rasa) dan tunggu la if betul-betul ada jodoh,, if jawapannya Tidak, saya segera menutup ruang untuk berasa dan berfikir 'further', kira tutup cerita dan berkawan dengan riang gembira.

Untuknya dulu, jawapannya Tidak..(hohoho).

Tapi akhirnya, kami berjodoh jua serta selamat diijabkabulkan 3bulan lalu. Sungguh saya tak kenal sedalamnya tentang suami saya ini dan saya mahu mengenalinya sepanjang usia hayat ikatan kami.

Dan coretan baru dalam hidup kami sejurus beberapa hari pernikahan, benar-benar mengizinkan saya untuk lebih mengenali beliau. Jika dulu-dulunya saya rasa beliau bukanlah 'orangnya', bukanlah orang yang mampu menjaga saya dan orang lain, kini ada satu perkara yang saya yakin dan tahu,"Sedang beliau bukan orang yang memiliki sifat dan sikap itu secara zahiriah mungkin, tapi saya tahu, beliau terlalu amat berusaha untuk menjaga saya sekalipun dalam keadaan begini..

Sungguh, beliau adalah yang terbaik Allah hadiahkan untuk saya, dan sesungguhnya saya terlalu bersyukur beliau masih di samping saya hari ini.


"saya tak mahu berjanji sebab kita tak pernah tahu apa jadi 2 saat lepas ni.."



2saat~


Perkahwinan itu adalah salah satu jalan menuju Redha Allah. Redha Allah itu tinggi nilainya dan sesuatu yang tinggi nilainya, pasti tinggi maharnya..

Kisah kami bukan kisah segalanya bahagia tapi kami berbahagia dengannya. 

Kerana bukan semua pilihan kita, wujud untuk kita, tapi pilihan Allah itu pasti yang terutama..

Memberi dan menerima, menikmati dan bersyukur..




fiey ahmad
mencari syurga dengan RedhaNya

Tuesday, September 21, 2010

Diari waktu di Ramadhan yang berlalu

2 comments:
(post yang tersadai dek laptop dan broadband yang diragut)


Ramadhan yang telah berlalu pergi itu BULAN UJIAN untuk saya.

Agar dapat ditelusi tingkat kesabaran, agar dapat dinaikkan level keTAQWAan..Sebab, pada ujian itu ada RAHMAT Allah bersamanya


1 Ramadhan:
Ke sana ke mari untuk membuat persiapan untuk buka gerai di bazar Ramadhan di TTC..Tanpa kudrat lelaki, kami wanita-wanita ini harus men-dua kali ganda-kan kudrat kami..Termasuk Cikwan ku yang sarat mengandung tapi buat-buat cam tak mengandung..


2 Ramadhan:
Genap 5kali ramadhan tanpa Mak..Sayu..tak terkata..Hidup tetap harus diteruskan..



3 Ramadhan:
Peristiwa kena RAGUT...Notebook, broadband, Sony camera dan segala macam keperluan ada dalam beg itu bukan lagi rezeki saya. Allah ingin mencuci pinjaman Dia pada saya barangkali..Redha...


4&5 Ramadhan:
Demam 'kura-kura' melanda..Selama ni macam pernah dengar je perkataan tu, bila dah kena baru tau..Makan actifast 6tablet pun tak mampu nak relieve..Berkejar-kejar buat semua dokumen penting (IC, lesen, ATM card, kunci kereta dll)..Masa ni baru terasa perit kena ragut..Terfikir sekejap dan cuba meluah rasa, "sampai hati diorg yang meragut ni kan..



6 Ramadhan:
Peristiwa yang mencengkam jiwa yang sangat ingin dilupakan, juga membuatkan saya makin lebih belajar tentang lelaki dan cuba mengawal benci terhadap mereka yang 'melampaui' batas..Mungkin Allah nak cuci dosa saya dan juga mahu saya menjadi lebih pemaaf, lebih-lebih pemaaf. Sakit bila disakiti tu tak lah sebanding melihat saudara sedarah sedaging disakiti manusia yang sepatutnya menjadi pelindung kaum wanita. Sebab itu saya masih berpandangan sedikit senget terhadap manusia-manusia tak kenal dek untung, tak tahu nak bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan untuk mereka..Haishhh..

7, 8 & 9 Ramadhan:
Hujung bibir pecah seperti kena 'wrestling'. Ria ngan K.mar tak habis-habis kutuk cara gelak baru lagi bersopan angkara bibir pecah gitu. Moralnya, minum air masak banyak-banyak sebab dah 'dehydrated', walaupun da minum air banyak tapi masih juga pecah, itu masalah sebab duk dalam aircond lama sangat.Jadi, kena la 'put on something' atas bibir sebab nak kena jaga ye (bebel K.Ayu).

Hari-hari yang seterusnya dalam Ramadhan:

Rutin harian saya, pagi-pagi pukul 10 pagi dah kena pergi Terengganu Trade Centre tu, buka kedai tudung kakak..Jual tudung, tampal manik kat tudung sampai senget-senget pinggang ni. Itu semua untuk tolong kakak dan mencari sedikit 'income' di kala habis belajar. Berhenti rehat kejap masa pukul 6petang-8malam..Kadang rush balik untuk masak, kadang-kadang pergi buka kat masjid je. Malam sambung balik sampai pukul 11-12 malam..Malam raya setiap tahun mesti pukul 5 pagi sampai rumah..Berulang setiap tahun. Tapi suasana sekarang tak macam dulu.......

Kenangan Ramadhan seumur hidup:

Urmm, sebenarnya terlalu banyak kenangan bazar Ramadhan di TTC ni dengan kedua-dua arwah..Dari kecil dah kami dibawa meniaga setiap kali bulan Ramadhan, sedari kecil kot tak ingat dah setepatnya. Tapi antara yang memang tak mampu dilupakan, menjual di kaki lima, di sudut kedai kodak Jalan Banggol, di tengah jalan Paya Keladi..Tiba masa buka puasa, kat situlah tempat berbukanya kami sekeluarga..Tengah hujan ke ribut ke..berniaga tetap berniaga..Ada pernah satu masa, hujan ribut datang, kami adik-beradik seorang satu pegang batang besi kerangka khemah..Sadis ada, nak gelak pun ada..huhu

Dulu kan, Ramadhan adalah bulan yang paling tak diingini wujud dalam hidup saya yang berhati memberontak ni. Sejujurnya, saya 'tak suka' Ramadhan, sebab dalam Ramadhan selalu ada perkara-perkara sedih, sakit hati, gaduh, marah-marah,..Tak suka itu, Tak suka itu..Sebab tu saya kasar.

Tapi sekarang tidak lagi sama serupa dulu, Ramadhan sememangnya bulan Rahmat bulan penuh Berkat, yang Allah turunkan bersama-samanya ujian untuk tingkatkan level yang kita ada..Allah tak pernah sekali-kali menipu dalam janji-janjinya..Kalau saya yang pemarah ini, Allah turunkan lagi ujian yang mengundang kemarahan meluap-luap saya sebab nak tengok dah sampai mana tahap menahan marah saya. Di kala saya ni susah nak maafkan orang , masa Ramadhan Allah turunkan lagi ujian dengan buat saya mengadap orang-orang yang menyakitkan jiwa raga..Itu semua Rahmat Allah tanda Allah sayangkan saya kan.Setiap itu juga membuatkan saya berpaling ke belakang dan berkata pada diri sendiri "sampai bila aku harus begini..susah-susah pun nak berubah, aku harus berbuat sesuatu..Untuk aku, hidup aku dan kehidupan aku kat sana"..Dan saya pasti, setiap orang pasti ada cerita masing-masing..Tinggal ambil ke tak ambil je ibrah daripada peristiwa-peristiwa..

Saya berkongsi cerita bukan mahu menbuka pekung di dada, mengkhabar aib merata-rata, cuma menulis dengan harapan ada mesej tersampai kepada sesiapa yang membaca.

Jika merasa diri dan hidup ini susah, sungguh, lebih ramai lagi yang jauh lebih susah daripada kita...Insafi diri

Jika merasa diri dan hidup ini mudah bagi kita, jangan pernah lupauntuk bersyukur agar kita tak terlaknat sebagai hamba yang sombong..

Ramadhan sememangnya bulan yang cukup indah.Banyak fadhilat dan rahmat bersamanya. Buat sesiapa yang berfikir dan menghargainya. Semoga ketemu lagi Ramadhan tahun depan.



fiey ahmad
merindu Ramadhan yang pergi

Friday, August 13, 2010

Kerinduan itu datang lagi

2 comments:

Salam Ramadhan..

2 Ramadhan 1431, genap 5tahun arwah Mak pulang ke Rahmatullah..5tahun sudah, suatu jangka masa yang agak lama jika dihitung secara lahiriah dan ilmu hisabnya, akan tetapi jangka waktu terasa baru saja berlalu, seolah-olah peristiwa itu terjadi pagi ini..
 

Masih segar dalam ingatan rentetan peristiwa itu..Wad Paliatif tingkat 5, Hospital Besar Kuala  Terengganu kini bertukar nama kepada Hopsital Sultanah Nur Zahirah/


“Mak rasa Mak tak sempat sampai Ramadhan”, keluh Mak merasakan beliau dijemput pergi sebelum berkesempatan menemui Ramadhan 1427.


Namun kasih sayang Allah pada Mak diterjemahkan pada kesempatan yang diberi untuk menemui Ramadhan kali terakhirnya waktu itu. Betapa raut wajahnya yang lemah menzahirkan kesyukuran yang tinggi pada Pemakbul doanya.


Berbekalkan sedikit kudrat yang nipis itu, Mak bertegas untuk berpuasa pada 1 Ramdhan itu walau ditegah oleh Nor. Menjelang petang, Mak berbuka hanya dengan beberapa sisip air putih dek seleranya dimamah keadaan penyakitnya.


Di saat berbuka petang itu, Mak hanya merenung kami dari katilnya, kami yang berkumpul hampir semua ahli keluarga berbuka di dalam wad tersebut. Bila disuakan bubur nasi padanya, Mak menolak lembut. Tanpa suara Mak menyatakan Mak tiada punya selera.


Malam itu juga, Nor dan Luqman akan berangkat pulang ke tempat belajar masing-masing. Mak bertanya ke mana mereka hendak pergi seolah-olah berat hati melepaskan mereka pergi. Namun, hati ibu agung yang Mak miliki merelakan pemergian mereka untuk mengutamakan kepentingan pelajaran anak-anak berbanding kepentingan diri sendiri sekalipun jauh di sudut hatinya Mak sangat menginginkan anak-anaknya berada di sisinya saat-saat itu..


Saya telah mengambil keputusan untuk tak pulang terus ke Kuantan waktu itu, untuk terus bersama Mak walau apa pun. Bagi saya pelajaran saya tak sebanding saat-saat bersama Mak. Sekalipun begitu, saya masih berasa kesal kerana tidak menggunakan sepenuh masa itu dengan baik dan menghargainya sesungguhnya, sebab terlalu masih banyak perkara yang tidak saya sempurnakan sebaiknya untuk Mak.


Jiwa saya tak sekuat Mak. Semangat saya tak seteguh semangat Mak. Kelembutan dan rasa kasih saya tak sebanding Mak. Prihatin dan perhatian saya tak setaraf Mak..Sekalipun saya berada di tahun 1 bidang kejururawatan waktu itu, saya tak miliki hati seorang jururawat yang baik..Tak memiliki ‘ruh’ jururawat secara ‘naturally’. Apa yang tahu waktu itu, ialah, ‘bed making’ dan beberapa asas yang lain seperti makan-minum yang sempat dipelajari di dalam kelas yang cuma dihadirkan jasad, tapi tanpa hati. Pelajaran saya entah ke mana waktu itu, dan masih kukuh saya menyimpan kenangan itu, di waktu itulah kali pertama saya betul-betul putus asa dengan pelajaran saya. Saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil kisah apa keputusan yang saya dapat, apa nak jadi dengna pelajaran saya bukan lagi satu kepedulian bagi saya.


Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Besar lagi Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk hambaNYa. DIA punya Kuasa atas segalanya, DIA punya keizinan atas segala yang boleh berlaku. Di celah keputus-asaan itu, saya mendapat panggilan mengkhabarkan berita saya ditawarkan biasiswa penuh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)..Alhamdulillah........Selepas beberapa siri kejadian dalam hidup membabitkan ‘keturunan dan warna IC’ saya dan Mak Ayah saya, kali ini, Allah memberi tanpa saya pernah mengimpi tinggi..Bagi saya, ini rezeki dan berkat doa Mak untuk saya.


Di kala seusai Subuh pagi itu, saya dan abang ketiga saya, Fendi terlelap dan K.Da mengambil giliran menemani Mak. Dan, waktu itu Mak dijemput kembali.


Allah~~~


Air mata tak terbendung lagi. Ras pilu kehilangan bercampur dengan rasa kelegaan Allah menjemput Mak di hari baik dan bulan baik. Saya pasti kepulangan Mak adalah kepulangan yang ditunggu oleh para penghuni langit. Kepulangan Mak pasti disambut gembira dan Mak juga pasti bahagia dijemput kembali ke sisi Allah.


Arwah Mak yang sangat istimewa


Mak yang berfikiran ‘lapuk’(orthodox kata saya) tetapi melangkaui berpuluh tahun ke hadapan..Seingat ingatan saya, Mak TAK PERNAH mengirim pesanan agar ‘belajar bersungguh-sungguh atau belajar biar dapat markah tinggi-tinggi’..Apa yang dipesannya selalu ‘jangan tinggal sembahyang atau ngaji quran ye’..
Pernah suatu ketika dahulu, hampir 9tahun lalu, sewaktu saya di tinggkatan 3,

 Mak pernah berkata “Mak doakan mu tak dapat penuh (9A), fiey”...

Hancur luluh hati saya mendengar kata-kata itu. Hati baran saya melenting dan muka saya ditarik sesungguhnya..

” Mak, Mak tahu tak betapa saya berusaha untuk tahun ini..hmmmmmm, takpe lah, kalu Mak da doa macam tu, tak payah la saya belajar-belajar lagi” jawab saya marah. Mana taknya, tahun 2001 adalah tahun kegilaan saya ‘study’ untuk mendapat yang terbaik PMR itu.

Mak datang pada saya, lembut Mak beritahu saya
“bukan gitu...Mak cuma harap mu tak dapat 9A sebab Mak tak nak anak Mak ni sombong dan takabbur kalau anak Mak dapat tinggi-tinggi”..

Nak tergelak pun ada masa mendengar alasan Mak masa tu, cam kolot je kan (jahat betul saya masa tu)..Tapi bila sekarang ni, tersangatlah terkesan dengan kata-kata Mak..

Masa SPM lagi kelakar kata-kata Mak, "Urmm, Mak harap mu tak dapat penuh (straight A) tapi takpela, kali ni Mak doa mu dapat penuh sebab mu leh Ayah mu gembira kalau mu dapat penuh"..Kali ini, saya hanya tersenyum mendengar kata-kata ikhlas Mak tu, tak melenting dah sebab tahu niat Mak lagipun masa tu tak berharap pun dapat straiht A, jauh betul dengan usaha saya..Tapi berkat doa Mak kan, lagi Allah itu Maha Pemakbul doa..=)

Orang selalu suruh kita berjaya, capai itu capai ini, dapat A berderet-deret, pointer tinggi-tinggi, tapi jarang sekali orang pesan apa kita kena buat bila kita dah dapat semua tu kan..Amat jarang sekali kan, kalau jumpa tu mujur sekali kan..Hatta cikgu-cikgu atau 'lecturers' sekalipun amat jarang sekali memesan sebegini selain "KENA SCORE, KENA DAPAT A BANYAK2, JAGA POINTER," dan segala macam lagi..tak perlu mendapat 'title' pendidik, Mak dah memang selayaknya dianggap sebagai pendidik...Tak perlu menjadi guru untuk mengajar, Mak adalah guru terbaik sebab meninggalkan ajaran yang berbekas di hati, yang tak ada berdokumen di dalam buku pelajaran selain seciput dalam ilmu Pendidikan Islam.

Antara bait-bait perkataan yang serius berkesan di hati, "Mak tak kisah anak Mak tak pandai, asal  anak-anak Mak JADI BAIK"

Pendek kata, Mak nak kami jadi baik, tak penting pun pencapaian tinggi-tinggi tapi perangai manusia berupa hamba hilang entah ke mana. Berapa ramai orang yang bijak pandai tapi sombong menyombong lagi riak, berapa ramai yang dapat kedudukan tinggi-tinggi tapi lupa nak tengok rumput hijau dipijak dek terlalu melangut ke langit biru. Berapa ramai yang baru dapat ilmu baru setakat Phd dah pandang rendah orang ada Master, Master kerling ijazah,  Ijazah mengata-ngata Diploma..dan terbalik lingkup sekali.

Sekali lagi saya bersyukur sebab Mak pernah pesan dan selalu berpesan pasal ini, malah ada doa khusus untuk saya.."Mak selalu doa mu tak dapat no 1, sebab bimbang mu sombong riak.."..Dan pada doa itu, cukup membuatkan saya rasa bersyukur punya Mak yang berfikiran terlalu jauh kehadapan, orthodoks pada dunia, tapi terlalu jauh kehadapan untuk akhirat. Dan dengan itu juga, saya tak terlalu kisah apa kedudukan saya, apa ranking saya, berapa pointer saya, yang saya tahu, saya buat terbaik ada pada saya..Dan berkat doa Mak rasanya, saya selalu tak mendapat tempat pertama..hihihi, tak apa..Apa yang ada ini pun sudah cukup rasa beruntung.

Pesan Mak akan saya ingat sampai bila-bila. Selagi hati dan ingatan saya untuk Mak, selagi itu pesanan itu akan terus hidup dalam hati ni.

Arwah Mak terlalu istimewa..Terlalu istimewa..Banyak lagi sifat dan sikap Mak yang menyenangkan kami dan orang sekeliling..Kehilangan Mak merupaan lehilangan terbesar yang bukan sahaja dirasai oleh kami, malah orang-orang yang pernah mengenali Mak pun terasa kehilangan itu..Sehinggakan, ada tetamu yang menitiskan air mata bila datang ke rumah, mengenangkan segala kenangan dan kebaikan Mak..

"Mak, 
Anak Mak ni dah makin besar. Semakin besar semakin rindu pada Mak, Dulu anak Mak ni boleh hidup je tanpa Mak atau tanpa sesiapa, tapi silap, silap sangat-sangat, bila makin besar gini, makin perlukan Mak sangat untuk menghadapi hidup dan segala ujian dalam hidup ini..Mak, harap sangat doa Mak agar saya dapat jadi anak yang baik, orang yang baik, masih subur dan terus dimakbulkan Allah...


Mak,
Saya doakan Mak bahagia di sisi Allah, berbahagia dengan segala kebahagiaan dan kasih sayang Allah dan para penghuni langit, menggantikan segala yang Mak tak kecapi tika di dunia..Mak, saya rindukan Mak.."



fiey ahmad
ingin belajar untuk menjadi seperti Mak

Tuesday, August 3, 2010

I just cant stand...

4 comments:
I dont know and just dont know what reasonable reasons I can give away for what I am going to write right now..


I just cant stand a man who yell like hell to a woman


I just cant bear a man who think he has authoritative power in a family then act stupidly with that thought..


I just cant face a man who treat other people like he is the only holy man in this world and others are just useless animals..


I just dont know how to respesct a man who is also a husband and a father when he just never show he is good in being those accept hurting other's feeling..


I just dont know how to react to a man whose words that come out from his mouth are full with sh**** words, blowing them to the air when he got angry..



My sis told me not to get angry or feel hard with this type of man, cause they may be sick or some kind of 'loss a bit of his consciousness'..Ok, I'll try then but still it is not an easy things to bear with.


She said further, we just cant do much when it comes to people's attitude. What we can do at least, is to PRAY and PRAY and PRAY..Because we never know exactly the power of PRAYER, but Allah already promised about the POWER OF DU'A..who knows, there will be a single touch by HIM will change him in a seconds..Allah do always provide us hope. PRAY FOR THE BEST FOR EVERYBODY


And one more thing, she mentioned it, WE ARE NOW BEING TESTED..All the things happen to us are merely tests from HIM..TESTS :to test us, test our reaction that reflects our IMAN..to test our reliance on HIM in any conditons..



O' Allah, Rabbul Jalil..the Ultimate Owner of LOVE and HAPPINESS..also the Ultimate Owner of SORROW and SADNESS..I just need you to go through this..I do have the hatred feeling right now,  towards the attitude and not to the person...

O' Allah, please give me courage, also to the people around me..To face these tests with your kind rememberances and peaceful blessings..Please shower us with your warmth love, Rahmah and Barakah and pleaseeeee, never let us gone astray and away from your close supervision...We just need you, really need you.. 


fiey ahmad
be strong ya..emotions are just another test.

Sunday, July 4, 2010

Bakpe eh cik fiey?

2 comments:
"Cik fiey, bakpe eh orang tu makan diri (berdiri)?"


"Cik fiey, bakpe orang dalam tu nangih (menangis)?"


"Cik fiey, bakpe kita kena lari (joging)?


"Cik fiey, bakpe cik fiey ngaja(mengajar) abang ni?"


" Cik fiey, bakpe itu, bakpe ini?"


Ohh, hari-hari cutiku bersama kanak-kanak riang bertiga ini dipenuhi dengan soalan 'bakpe' bertalu-talu..

Ehh, lupa pulak. 'Bakpe' = Sebab ape = Kenapa   (translation ini untuk orang yang semacam Jadul, hihihi)
 

Itu antara soalan-soalan yang diajukan oleh seorang budak kecil bernama Aisyah Batrisya Nazihah Mohd Nasir. Anak saudara sulung saya, berusia hampir 6 tahun.


Soalan yang tak putus-putus ini bermakna, anak saudara saya yang semakin membesar ini, jenis yang PEDULI, dan pedulinya beliau itu datang daripada akalnya yang BERFIKIR. Akal yang berfikir itu sentiasa cakna pada sekeliling dan sentiasa ingin tahu dan mendambakan jawapan pada persoalan yagng bermain di fikiran mereka, dan daripada apa yang dia lihat.

Dan , bagi kita yang diajukan soalan yang bertalu-talu itu, silalah berhati tenang menjawab seikhlas dan sejujur mungkin buat soalan mereka kerana memang tak dinafikan di saat mereka sedang membesar ini, CURIOSITY mereka sedang menggunung tinggi. Semua perkara nak tahu, setiap perkara nak tahu kenapa ada sebab..



JANGAN DIBUNUH PERTANYAAN ITU.

"urmm, tao goppp (tak tahu lah)", jawab endah tak endah.


"Ishhhk, bakpe tanya banyak ngat ni?" mempersoalkan kembali.

"urmm, napok (nampak) dok orang tengah sibuk ni?", melenting kerana diganggu ketika kusyuk buat sesuatu yang kurang penting.

Antara pernyataan-pernyataan yang mengundang diam kepada si penyoal cilik itu..Terkedu, menelan air liur dan diam..Takut untuk terus bertanya, seolah-olah, bertanya itu satu kesalahan atau pendek kata "Lebih baik jangan tanya kalau tak nak kena marah". Doktrin yang tak sepatutnya disistemkan ke dalam minda anak-anak..Nanti bila dah besar, susah nak tanya dalam kelas, masa periksa terkulat-kulat nak isi jawapan sebab tak biasa menimbulkan persoalan dan menjawab soalan yang memelukan kepada keupayaan berfikir, bertanya dan menjawab soalan..

Oleh itu, walaupun terkadang terasa 'annoyed' atau irritated' dengan soalan bertubi-tubi, tapi cuba lah layan mereka sebaik mungkin. Saya pun tengah belajar ni. Berguru dengan Cikwan saya yang cukup melayan pertanyaan anak-anak dia. Hohoho, harap dapat la sikit badi tu yek..

P/s:ok lah, harus berhenti dulu. Esok mahu kena bangun awal untuk ke hospital untuk 'assist' Dr. Niza dalam research beliau..


fiey ahmad
Bakpe ye???
Ingatan Untuk saya juga..

Friday, April 9, 2010

WEM masuk 'hospital'???

2 comments:

WEM 4585..Kancil silver 660..

Februari lepas genap dua tahun WEM bersama saya..Masa tu, WEM sudah dalam keadaan agak uzur, mungkin dek fizikal dimamah usia =). Tapi, atas keyakinan WEM akan mampu memberi khidmat, ongkos untuk pembaikpulihan tak jadi kiraan..

Banyak Berjasa

Tak mampu nak dinafikan, WEM sangatlah berjasa..Pada saya, pada keluarga saya, pada sahabat-sahabat, dan pada kenalan-kenalan yang menyewa-gunakannya.

WEM lah yang selalu menjadi kenaikan saya dan sahabat-sahabat saya berulang-alik ke Terengganu untuk 2 tahun lebih ni.WEM juga menjadi pengukuh ikatan darah kami adik-beradik dan anak-anak saudara dengan mengusung kami ke sana ke mari, ke pasar, ke rumah Cikwan, ke Mydin, ke mana-mana sahaja, malah ke Melaka sekali..

WEM juga menjadi alat bantu buat saya bagi mempermudahkan urusan sahabat-sahabat saya di Kuantan ini, malah menjadi alat hubung bagi menyemarakkan lagi amalan memberi.


Khidmat WEM di UIAM Kuantan

WEM langsung memudahkan sesiapa yang perlukan khidmatnya di sekitar Kuantan ini untuk 2 tahun ini, sambil membuka ruang ukhwah antara saya dan pengguna WEM walaupun kebanyakannya tak bertemu muka pun. Selalunya, nombor telefon dan bait mesej yang menjadi penghubung antara kami. Yang penting dalam menguruskan WEM dan perkhidmatannya ialah KEPERCAYAAN saya pada pengguna. Terkadang ada juga yang mencalarkan kepercayaan itu dengan sangat mengambil mudah urusan 'masa penggunaan' dan 'bayaran'. 

Sejujurnya, caj yang dikenakan memang kembali untuknya, agar ia sentiasa dalam keadaan yang baik dan 'sihat' untuk digunakan.

Saya berharap untuk masih mampu memberi.~


Masuk 'hopsital'

Dah 3 hari WEM kena tinggal kat 'wad'. Hari tu, tiub salur airnya bocor, dah tukar on the day juga, tapi saya masih nak hantar dia kat 'primary doctor'nya kat Jalan Wong Ah Jang. 'Doktor' dia saya panggila unc.Lan je. Unc. Lan minta WEM di 'admit'kan untuk sehari dua. Nak kena bedah siasat katanya. Kena buat 'open surgery' katanya untuk diagnose apakah sakit yang dihidapi WEM itu..huhuhu..Saya pasrah aje lah. Apa-apa saja untuk WEM, nak kena siap siaga ringgit yang besar juga ni..=)

Hari ni dah masuk hari ke 3 WEM kat sana. InsyaALLAH petang ni nak jemput dia pulang. Harapnya, keadaan dia makin pulih.


Nama baru WEM

**Nama baru??Ada cadangan ke, kawan-kawan?huhu*
Urmm, insyaALLAH, nanti ye kita panggil dia dengan nama baru ye..**
fiey ahmad
doakan untuk WEM 4585 ye

Monday, March 29, 2010

Ayam Masak Gajus..

6 comments:
Salam semua..

Hari ni nak letak perasa baru dalam blog ni...Dah lama terfikir tapi kali ini baru berkesempatan nak mempelbagaikan lagi perkongsian bersama pengunjung laman blog saya ini..

Dengan kepulangan ke Terengganu yang tidak dirancang, begitu juga dengan resepi masakan saya petang ini...

Dipersembahkan...!!!!!

AYAM MASAK GAJUS..

Bahan-bahan:

  • *1/2 Ayam dipotong 6@8 (diperap dengan serbuk kunyit dan garam)
  • Lada Kering (dibersih dan direndam dengan air suam)
  • Biji gajus
  • Cili merah & Hijau
  • 1ulas Bawang putih
  • 3 ulas Bawang merah
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Lada sulah 
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Minyak untuk goreng dan menumis
  • Daun pudina untuk hiasan dan penambah rasa (ikut suka)

*Bergantung kepada kuantiti pemakan..Kat rumah saya pemakan-pemakan ramai dan berperut aligator...hihihih =)

Cara penyediaan:

  • Goreng ayam dengan minyak sederhana banyak. Ketepikan.
  • Goreng gajus hingga garing atau keemasan (kalau tetiba jadi keperakan itu, silap kacang la tu, huhuhu =)). Ketepikan.
  • Goreng lada kering sehingga garing dengan minyak yang sederhana
  • Kemudian masukkan bawang putih dan merah yang dihiris halus, goreng hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili, sos tiram, lada sulah, cili merah dan hijau.
  • Sedikit garam jika perlu
  • Masukkan ayam dan gajus yang telah digoreng. Gaul sebaik mungkin ..hihi
  • Sediakan dengan daun pudina untuk penambah bau pembangkit selera

    Paling penting IKHLASkan hati semasa memasak dan bacalah DOA..apa-apa doa untuk kesejahteraan pemakan dan hubungan hati tukang masak dan tukang makan...

    TaDaaaaa...!!!!


     alamak, comot sikit pinggan..=)



     SELAMAT MENCUBA!!!!

    **** Kesedapan makan petang hari ini ditambahnilai dengan jus mangga yang pekat hasil tangan  bibik..huhu, thank you, bibik..

    p/s: Nor & Omar, please jangan jealous...Soon, kita try menu lain lagi k..!




    fiey ahmad
    Selagi aku mampu, ingin aku bahagiakan jiwa-jiwa yang aku cintai..

    Sunday, March 28, 2010

    Allah sentiasa ada bersama kalian~

    3 comments:


    Salam sayang penuh kasih buat adik-adikku,

    Pertamanya, jutaan maaf daripada kakak kalian yang seorang ini kerana tidak selalu bersama kalian, tidak mampu untuk menghadirkan diri dan tidak juga senantiasa di sisi kalian di saat kalian memerlukan. Maaf juga di pohon kerana tidak bisa menyelami perasaan dan memberi keprihatinan buat kalian..Maafkan K.fiey.~

    Sungguh, K.fiey bukan seorang kakak yang dapat menjanjikan kebahagiaan bersulam kasih sayang sepangjang masa buat kalian. Kalian lebih mengetahui K.fiey seumur hidup kalian hidup..K.fiey mungkin agak berkasar dengan kalian, agak bertegas dengan kalian, agak directive @bossy bila bersama kalian. Maafkan K.fiey~

    K.fiey akui K.fiey tak mampu memberi kasih yang hilang daripada hidup kalian yang kalian rindukan. Mana mungkin kasih sayang K.fiey menggantikan kasih dan sayang Ayah Mak untuk kalian. Mana mungkin k.fiey janjikan untk K.fiey sediakan dahan untuk kalian berpaut di kala kalian terasa dihanyutkan oleh keadaan. Mana mungkin K.fiey menjanjikan kehadiran di belakang kalian untuk senantiasa menyokong kalian di kala kalian ingin jatuh. Mana mungkin K.fiey janjikan tangan untuk dihulurkan di kala kalian terjatuh untuk bangunkan kalian kembali .K.fiey tidak mampu untuk berjanji, kerana bimbang tidak mampu semuanya ditunaikan..

    Adik-adikku yang k.fiey sayangi,

    K.fiey kehilangan kata-kata untuk terus berkata-kata..K.fiey pasti, apa yang kalian lalui pasti jauh lebih sukar daripada apa yang K.fiey lalui. Kehilangan di usia kalian sedang membesar dan masih perlukan perhatian daripada Mereka pasti bukanlah satu perjalanan yang mudah yang juga pasti bukan kehendak sesiapa pun melainkan KEHENDAK Allah..Sungguh, Allah telah mentakdirkan jalan ini untuk kalian, untuk kita semua..Allah telah memilih kalian untuk merasa ujian sebegini. Dan, mungkin saja ada persoalan daripada kalian, 

    "mengapa aku harus aku diuji, mengapa aku? Mengapa di saat aku masih di usia ini? Di saat aku masih perlukan kasih dan perhatian..."

    K.fiey juga tidak mampu menyediakan jawapan buat kalian, hatta buat diri sendiri..Soalan itu juga K.fiey lontarkan dalam hati kecil K.fiey. Namun, cebisan-cebisan jawapan itu mula K.fiey temui di perjalanan masa yang tidak akan berhenti ini. 

    Nabi SAW bersabda:

    " Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat mencintai-Nya, maka Allah mengujinya."

    Allah Maha Mengetahui sebaik-baiknya buat semua dikalangan kita, Buat Mak Ayah, buat keluarga kita, buat kalian dan buat K.fiey..Allah telah pilih ini untuk menjadi yang terbaik buat kita walaupun hanya kesusahaan yang kita nampak di mata kasar kita, walaupun hanya kedukaan yang kita rasa di hati kecil kita, tapi Allah memilih kita untuk berada di sini hari ini bagi memberi kita rasa DIUJI, menjentik rasa KEBERGANTUNGAN kita pada DIA, meniup semangat MENILAI dan MENGHARGAI apa ada pada sekeliling kita..Allah sedang membuka pintu RahmatNya seluas-luasnya buat kita yang diuji tanda kasih dan sayangNYA pada kita, jika kita BERSABAR menghadapinya..

    SABAR itu bukan semudah sebutannya. Hanya orang yang mencuba untuk memegang sekemasnya merasa betapa sakitnya sabar itu..Sungguh, Allah sedang ingatkan kita, nilai Syurga Allah itu amatlah tinggi hingga memerlukan pengorbanan jiwa dan kehidupan dunia untuknya. Barang pasti, nilaian PERHATIAN dan KASIH Allah jauh lebih tinggi daripada itu, yang hanya diberikan buat hamba yang mengadu, merintih kasih dan belas daripadaNYA..

    Adik-adikku, 

    Usah dirasa kita lah manusia paling sukar hidupnya, kerana di segenap ruang muka bumi Tuhan ini, pasti ada manusia yang jauh lebih sukar jalan yang Allah pilih untuk mereka..Adakah Allah itu tidak adil? TIDAK jawapannya. Sekali-kali tidak, kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui seluruh yang di langit dan di bumi. Hikmah sebenarnya, hanya Dia yang tahu dan kita hanya perlu bersangka baik pada Allah kerana Allah sentiasa berbuat baik pada orang yagn bersangka baik padaNYA..Rapatkan diri dengan DIA ya, adik-adik.

    Solat 5 waktu hendaklah di jaga, kerana di situ wasilah penghubung kita dengan Allah, di situ doa-doa dan rintihan kita perdengarkan pada Sang Pemilik Jiwa. Perbanyakkan selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, moga Baginda jua mendoakan kita. Rajinkan-rajinkan diri membelek dan mengalunkan Al-Quran. Selami dan hayati makna bacaan, K.fiey pasti kalian akan ketemu ayat-ayat pemujuk jiwa penyembuh luka di dalamnya.

    Berusahalah untuk menjadi anak-anak yang soleh dan perbanyakkan doa buat Ayah Mak di sana kerana hanya doa anak-anak soleh mampu sampai kepada mereka. Tautkan hubungan antara kita yang masih tinggal di sini hari ini, biarpun rasa terluka, biarpun rasa sakit, sama-sama berharap sedikit usaha ini membuahkan sedikit kesan dan diangkat nilainya oleh Allah..Jangan sesekali menjauh..Jangan sesekali..

    Harus kita akui, ada banyak perkara bukan di bawah kawalan kita, lantas kita tidak sedikit pun berkebolehan untuk mengawalnya, seperti contoh perangai dan tingkah manusia yang lain sekeliling kita. Harus juga bertahan, sambil sentiasa dipanjatkan doa agar Allah membuka ruang kesedaran di hati mereka dan kembali melorongkan mereka kembali ke jalan yang baik. Itulah sebaiknya usaha daripada kita.

    Adik-adikku, 

    K.fiey berharap k.fiey bukan hanya bermadah kosong di sini, k,fiey berharap coretan ini meninggalkan bekas di hati kalian kerana K.fiey juga tidak pasti berapa banyak masa yang K.fiey ada untuk kalian. Mungkin saja Tuhan menjemput kembali, andai itu terjadi mohon kemaafan daripada semua, dan K.fiey benar-benar ingin kalian tahu bahawa K.fiey serahkan kalian di bawah penjagaan Allah kerana itu adalah sebaik-baik buat kalian.

    Allah sentiasa ada bersama kalian...~

     

    fiey ahmad
    Berjanji untuk terus menyayangi kalian...~

    Thursday, February 18, 2010

    Terharunya saya T_T..

    2 comments:
    ~Tempoh masa yang panjang tidak menjamin rasa bahagia itu hadir di hati,  cukup sekadar waktu yang pendek pun mampu mencipta rasa bahagia, jika kita mampu MEMANFAATKANnya~




    Cuti semester 'cum' cuti raya Cina 10 hari buat pelajar Nursing UIAM dalah antara waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua..Pastinya saya juga..Dalam 'organizer' saya hampir penuh ruangan hari-hari itu dengan 'event-event' yang bertarikh sepanjang minggu ini, bukan 'event' biasa-biasa, tapi semuanya sangat ingin saya hadiri..T_T..Lalu memang terhantuk lagi tersedar, betapa kita tak dapat menyaingi kenormalan sifat "tidak berkuasa' seorang hamba yang ada pada manusia. Kita tak mampu berbuat semua perkara yang kita inginkan walaupun dengan perancangan yang sangat teliti, rapi lagi tersusun, jika tiada DENGAN IZINNYA..


    Dalam 10 hari tersebut, pada awalnya, telah saya susun untk memenuhi undangan teman-teman rapat saya, Azie di Kuala Lumpur dan JIB & Sumi di Kedah 'weekend' baru-baru ini. Ingin juga diisi sehari bersama keluarga di Gambang Waterpark, sejurus itu terus ke Temerloh untuk berpraktikal.


    Tapi, perancangan Allah itu lebih hebat dan pastinya lebih berhikmah kan..Sehari sebelum Jumaat, Nor telefon, menanyakan bila saya mahu pulang. Jawab saya, saya ingin ke KL dan ke Kedah untuk undangan sahabat-sahabat, lalu terus ke Temerloh. Maknanya, tak balik lah.


    Nor macam tidak memaksa pun saya untuk pulang bersama keluarga, malah memberi pilihan dan juga sepotong kata-kata..


    "Orang yang terbaik antara kamu, adalah orang yang berbuat IHSAN kepada ahli keluarganya..Ihsan.."

    Sunday, January 10, 2010

    Genap Setahun Pemergianmu, wahai Ayah....!!

    3 comments:
    ~9hb Januari 2009~

     Ayah bersama cucu sulung, Esyah dan no.2,Angah (Ara)

    Mengimbau kembali tarikh setahun yang lepas itu cukup mengharukan hati kecil ini..Rentetan peristiwa itu masih terasa segar di ingatan seolah-olah semalam baru Ayah pergi mengadap Ilahi..

    8hb Januari 2009

    Hari saya berjalan seperti biasa. Pergi ke kelas pagi itu dengan senyuman..Baru 2,3 hari lepas dapat call daripada arwah Ayah, bercakap pasal laptop dan tudung dan lain-lain..Terasa juga kelainan di corong telefon itu,arwah Ayah lebih banyak diam, PAUSE tiba-tiba di kala tengah bercakap, tapi hati mana yang nak mengiyakan kelainan itu pada waktu itu.

    Hari itu saya ada clinical skill lab pagi itu, dan saya berpeluang dapatkan link dengan akak Staff nurse yang jaga lab itu untuk order 'automatic BP set' untuk arwah Ayah..Dulu, pernah beliau minta, dan memang niat di hati saya untuk hadiahkan untuk beliau.

    Hari masih lagi seperti biasa, malam itu aku ke usrah bersama kawan-kawan..Dengan Muni, K. Fidah dan juga Diana. Dan satu cerita yang dikongsi oleh K.Fidah untuk difikir-fikirkan adalah tentang sahabat beliau dan ayahnya.Lebih kurang begini ceritannya..

    "Ada sorang kawan akak ni, dia ada masalah dengan ayah dia..Dia berasa hati dengan ayah dia hingga dia berdendam dan tak nak cakap dengan ayah dia..Halnya ialah dia sangat terasa bila ayah dia kahwin lain dan semaca mengabaikan mak dia.. Dia selalu ckaap marah-marah pasal ayah dia, dan akak tak tahu nak nasihat macam mana.

    Sebab bila nasihat, dia kata "kamu tak rasa, kamu tak paham perasaaan ni"..Akak rasa tak tahu nak cakap apa kat dia, sebab dia ada background agama yang baik an dia sanagt rapat dengan ayah dia sebelum  ni.."

    Kami tekun mendengar..Dan kata-kata lahir daripada hati saya waktu itu sebaiknya saya terjemahkan melalui kata-kata..

    "Urmm, K.Fidah..Memang bukan mudah menerima kata-kata daripada orang yang tak senasib dengan kita dan sememangnya tak sama..Ayah fi baru je kahwin dengan mak tiri fi 5bulan lepas, dan masih bukan mudah untuk fi terima semua itu, sebab fi ni bukan senang nak terima orang baru dalam hidup fi.

    Tapi, untuk Ayah, fi fikir itu pasti yang terbaik untuk Ayah waktu itu sebab pasti ada sebab kenapa Ayah kahwin dan pastinya Ayah ada teman untuk bercakap dan berkongsi rasa..Untuk kebahagiaan Ayah, kita telan rasa sakit itu, yang penting Ayah bahagia..

    Fi tak arif sangat, cuma fi nak minta K.Fidah tolong sampaikan pada kawan K.Fidah,

    *Kita tak kan pernah dapat pilih ayah kita siapa..Yang kita boleh pilih ialah Cara Kita Layan Ayah kita..

    *Kalau kita nak marah ayah kita sebab sedikit menda yang tak puas dek hati kita, cubalah fikir sekejap,apalah sangat perkara itu jika dibandingkan dengan pengorbanan ayah sedari kita lahir..sangatlah kecil..

    *(ayat last saya) Layan lah baik-baik ayah kita, sebab kita tak pernah tahu bila dia akan pergi, bimbang tak sempat nak buat apa-apa.."

    Habis usrah kira-kira 10 lebih. Ke bilik Pija jugak malam itu sekejap. dan saya harus pulang untuk bersiap ke Kenyir esok, program ARC..Tapi hati saya berat malam itu, tak terasa 'feel' nak mengemas barang. Biasanya awal-awal da siap ni.

    1150 malam..Panggilan daripada Cikwan merentap jantung saya..

    "Fiey, doakan Ayah..Ayah ada kat kecemasan sekarang. Tadi jatuh lepas main futsal..Cikwan nak ke sana ni" Panggilan dimatikan.

    Allah...!!!  Luluh segala..

    Lembik lutut saya memikirkan kemungkinan selepas ini..Tak tertahan takungan air mata, mengalir tiada hentinya. Berkali-kali saya cuba call adik, abang, kakak, dan sesiapa saja waktu itu..Sahabat-sahabat Nursing sudah mula risau dengan keadaan saya..

    Saya call mak tiri saya, katanya ayah masih di bilik kecemasan. Saya call Nor, tak dapat. Saya call Luqman (adik no2 saya).."Hakim, ayah kat emergency, doakan ayah ye..".."InsyaALLAH", jawabnya dengan terpinga-pinga..

    1230 malam itu, Omar call..

    "Fiey, doakan Ayah ye.. Doakan 'arwah Ayah' ye....".................Saya melutut...tak tertanggung rasanya..

    "Sabar, fiey..Jangan nangis ye..Kita kena redha kan Ayah pergi..". Omar pujuk lagi..Saya hanya mampu menggigit tuala kecil untuk tahan...Allah, berat benar rasanya..

    Segera saya bersiap untuk pulang..Tak kira, malam itu juga saya harus pulang..Terima kasih tak terhingga buat sahabat di sisi dan juga meneman pulang malam itu. Saya pandu sendiri pulang ke Terengganu dengan perjalanan 5jam disebabkan salah jalan ke Gambang untuk mengambil adik tiri saya, Linda..

    Sampai di Marang, saya terasa kepenatan yang amat, dan minta Deqma yang drivekan sampai ke rumah..Hujan mengiringi kami sepanjang perjalanan..Menjadi penumpang sebenarnya lebih menyeksakan perasaan saya..

    Sampai di rumah, jasad Ayah berada di ruang tamu..Sayu sekali..Sekujur tubuh insan yang saya sayangi di situ tiada nyawanya..Saya peluk dan cium Ayah, penuh kasih sayang buat masa yang masih berbaki di situ..
    Yassin dan doa kami hadiahkan buat arwah tidak akan pernah cukup untuk membalas segala pengorbanan dan kesakitan yang Ayah lalui demi membesarkan kami sebelas orang..

    Alhamdulillah...Usai semua, memandi, mengkafan, dan mengebumikan arwah..Semoga doa dan cinta kami mengiringi perjalanan arwah bertemu Tuhan yang Esa..

    Setahun berlalu

    Ayah yang ku cintai,
    Ketiadaan Ayah di sini hari sepanjang tahun ini cukup memberi kesan pada hidup anak manja Ayah ini..Ayah, walaupun orang selalu kata anak Ayah ni kuat, tapi hanya Allah je tahu betapa jauh ke dalam lubuk hati ini fi rindu sangat kat Ayah dan Mak..


    Ayah, 
    Kehidupan belajar fi agak banyak berubah..Semester ketiadaan Ayah dulu merupakan semester paling menyeksakan buat saya..Fi kehilangan langsung semangat untuk belajar. Ayah tahu kan, fi paling gembira bila fi dapat tengok Ayah gembira dengan result fi yang tak seberapa itu, fi paling gembira bila dengar suara Ayah bebel kat telefon setiap kali fi kabo Ayah result fi..Indah sungguh omelan itu, yang kini pasti tiada lagi kedengaran.


    Ayah,
    Fi nak Ayah tahu, fi sedang berusaha untuk kekalkan prestasi untuk kegembiraan Ayah di sana, untuk berbakti pada semua yang masih ada, dan segala redha dan kebaikan daripada usaha itu kembali pada Ayah..


    Ayah,
    Fi sedih sangat sekarang, sebab fi rasa banyak lagi menda yang fi tak sempat nak cakap ngan Ayah, nak buat ngan Ayah, nak Ayah ada..
    Fi nak sangat cakap fi sayang Ayah sangat-sangat...Terima kasih sangat-sangat atas pengorbanan Ayah.


    Ayah, 
    Dulu, masa Ayah masih hidup, fi berazam sangat-sangat nak Ayah hadir di hari konvokesyen fi dan nak buat Ayah insan paling gembira hari tu, walaupun fi masih bukan yang terbaik, tapi fi nak jadi yang terbaik di sisi Ayah..Fi nak sangat Ayah tahu tu..Tapi Allah lebih sayang Ayah melebihi kasih sayang fi yang tak seberapa ini..


    Ayah, 
    Dulu, masa Cikwan kahwin, fi nangis bila Ayah peluk Cikwan, memberi restu pada Cikwan. Fi nangis bukan sebab terharu, tapi sungguh fi nangis sebab fi rasa sedih dan tak dapat nak bayangkan kalau Ayah tak sempat buat gitu kat fi..dan itu pasti terjadi nanti..Ayah, restukan anak Ayah ni..


    Ayah, 
    Fi nak Ayah tahu fi bangga sangat jadi anak Ayah. Ayah banyak memberi motivasi pada fi dalam bersungguh untuk setiap kerja. Fi kagum ngan Ayah..Hampir semua menda Ayah boleh buat sendiri, meniaga, masak membasuh, bertukang, bersukan dan segala-gala yang lain..


    Ayah, 
    Baru-baru ni fi banyak kali mimpi Ayah..Ayah di situ tanpa suara. Ayah, fi nak minta maaf sangat-sangat sebab masa Ayah hidup fi tak jadi anak yang cukup baik untuk Ayah. Fi kadang-kadang wat Ayah sedih, cakap kasar ke dengan Ayah, masak tak sedap ke untuk Ayah..Fi harap fi masih ada peluang untuk gembirakan Ayah di sana..Fi doakan setiap kebajikan yang fi lakukan semasa hayat fi yang masih ada ini akan sampai kat Ayah. Dan fi doakan, segala dosa-dosa fi terbuat, tersekat daripada sampai kat Ayah..


    Ayah, 
    moga Ayah lebih tenang dan bahagia di sisi Allah yang Maha Pengasih.
    Fi sayang Ayah.




    saya bersama Ayah dan cucu sulung, Esyah

    ~Ya Allah, tempatkanlah Ayah Mak aku di tempat orang-orang yang Engkau redhai. Sejahterakanlah mereka. Pertemukanlah kami dengan cinta dan MahabbahMU di akhirat kelak... ~

    fiey ahmad
    fiey sentiasa sayang Ayah.