IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Friday, November 4, 2011

Salam Eid Adha..

No comments:

Balik dari kerja hari ini, sambil drive keletihan,saya layan IKIM seperti biasa dan isian petang ini sangat menyucuk hati, menggoncang kelopak air mata..

Dan sama-sama kita berkongsi agar kebaikan daripadanya sampai kepada kita dan generasi seterusnya..

T_T


Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
fiey ahmad
rasa rindu walau tak ketemu

Rezeki Daripada Tuhan

2 comments:
Salamm..

Dah lama juga baru berkesempatan membuka ruang ni. 2 minggu berturut-turut kerja balik lewat, terkadang sampai ke malam. Tapi ruang dan kesempatan tu milik Allah, ada ruang dan peluang, ayuh guna sebaik-baiknya.

God's Gift

After going through some times, God gives us one of the valuables gift in life. Who knows and who do expect? Yet, He knows best..

Frankly saying, for a quite some times, I did ask myself and sometimes I did bother my hubby with the same question "Could I go through all of these? Could I? People see me as a strong person, am I that strong as they see?"...

Then, my 'hati kering' said, "just go through,time will go on"..

My Iman said, "Allah choose you, Fiey..you're lucky and somehow maybe luckier than others..Allah sayang kamu dan ini bicara Dia untuk kamu"

And I definitely like my hubby phrase, with smile and hug he said," He knows best, you can cry if you want to, we will go through these"

And this little baby, is going to be 7 months old. Da besar da. Da nak keluar da anak yang baik ini.

For the first 3 months, its like too hard to believe, da nak jadi ummi orang dah saya ni, ye ke ni, dan Alhamdulillah, tak ada alahan tak ada mengidam apa-apa. Suami pun macam tak percaya juga muka-mula, siap tanya lagi, "ye ke ngandung ni? tak rupa orang ngandung pun" (Haa, sekarang da buncit terkedepan da pon).

Kami berdua first time percaya pon bila tengok baby gerak-gerak masa first time scan untuk first trim check up hari tu..What a wonderful experience..Tengok little creature as God's gift dalam tummy main-main hisap jari.

Some people said to me before, " nak kena tunggu dulu ni untuk ngandung, biar ubat-ubat (kesan surgery dulu) tu hilang dulu, baru elok"..dan ada pointnya di situ, tapi rezeki Allah kan , dan dengan pengetahuan Nya yan maha luas, kami dengan hati terbuka dan gembira menunggu kelahirannya (walaupun cuak jugak).

Rezeki datang bersama Rezeki

Dan Alhamdulillah, dah genap sebulan saya kembali bekerja di Ampang Puteri. Kali ni bukan sebagai nurse tapi sebagai Quality Assisstant untuk QM kat sini. Tak sampai sebulan dah dapat appointment sebagai Document Controller. Walaupun tak berapa nak tahu lagi document apa nak kena control dan nak control macam mana, tapi saya menikmati waktu-waktu kerja "ofis" macam ni.

Betul-betul menggamit kenangan MSCC zaman matric dulu. Itulah bukti apa yang Allah bagi kat kita tak pernah sia-sia kan. Selagi kita tak sia-siakan dan tak rasa ia sia-sia. Saya bersyukur untuk peluang ini, berpeluang untuk mengenal lebih banyak karakter manusia untuk lebih kenal diri dan lebih dekat dengan Pencipta.

Dan, memang tak dapat nak nafi, rasa rindu kat suami yang tak pernah berenggang 5 bulan sebelum ni itu mengatasi semuanya tau. Percaturan kami adalah untuk apa yang terbaik untuk kami buat masa ini. Semoga senantiasa selaras dengan percaturan Allah dan mendapat berkat dariNya.

Dan, si kecil ni lah peneman weekdays umminya. Bergolek, menendang, menguis dan segala bagai nak beritahu kewujudan dia waktu ini. Semoga kamu menjadi anak yang baik, aminnnnnn...

esok tunggu Abi balik, pastu kita balik Raya k!

fiey ahmad
SELAMAT BERKORBAN..
EIDUL ADHA...

Tuesday, October 18, 2011

Rindu untuk menulis..

No comments:
 it has been more than 7 months...This page was left in silence....

=)

Untuk jangka masa tu juga, sarat kepala, jiwa dan minda...

Mungkin perlu sedikit masa lagi untuk benar-benar kembali menulis...

Buat sahabat pembaca, saya masih seperti dulu, cuba berpositif debgan nikmat dan ujian kasih sayang Allah..



Berita Gembira...

Dan untuk 7 bulan ini juga, saya membawa satu lagi nyawa kecil dalam 'rahim' anugerah Allah ini, tanda kasih dan cintaNya pada kami suami isteri..Dan usianya kini mencecah 6 bulan 1 minggu...

sangat menakjubkan rasa dan pengalaman ini..

Dan pastinya tak sunyi daripada ujian yang mendamba pengorbanan..Jazakallahu khairan kathiran buat hubby tersayang untuk cinta dan perhstian yang sedaya diberi kepada si isteri penuh kekukarangan ini...


Moga 'kasih' yang bakal lahir ini punya bukan saja hidung malah jiwa baik dan kental sepertimu..=)



Hidup ini takkan pernah mudah tapi cukup menjanjikan pelbagai warna kehidupan.Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..


fiey ahmad
kami yang bakal bertiga

Friday, June 24, 2011

Warna Hidup Semakin Terlakar (1)

1 comment:
Selepas berkenduri-kendara 2 hari dan persiapan sebelum dan selepas yang memakan masa seminggu lebih, kami harus pulang ke tempat kerja masing-masing memandangkan tak ada cuti kahwin 'reservation' sebab dua-dua baru start kerja.

18hb kenduri belah saya,
19hb kenduri belah suami,
20hb hari mengemas dua-dua rumah dan setelkan sanak saudara,
21hb pagi bertolak pulang ke KL dan Melaka ke tempat kerja masing-masing.

Kita merancang, tapi perancangan Tuhan lebih jauh maha hebatnya.


Asalnya, mahu bertolak tengah hari lepas dapat tidur secukupnya, namun terpaksa dipinda memandangkan ada family daripada Singapura mahu berkonvoi dengan kami, dan pagi 21hb tu juga kami dijemput Tok De (tok sedara suami) untuk bersarapan bersama-sama. Seawal jam 730pagi kami keluar rumah.


aahh, terlalu segar semuanya dalam ingatan..


Dan perjalanan kami diteruskan seperti biasa. Riak letih jelas kelihatan di wajah si suami. Beberapa kali saya offer diri untuk tukar driver, tapi ditolak lembut. Katanya, sudah dijanji mahu dipandu hingga ke KL untuk beri rehat pada saya.

Seusai sampai di LPT, masuk tol Jabor, rakan sekonvoi berhajat untuk terus ke depan menunggu kami di R&R Gambang dan di situ kami akan berpisah menuju haluan masing-masing. Dan di situ juga kami berhajat untuk memberi ruang untuk mata dan badan kami berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Di dalam perjalanan menuju Gambang, si suami semakin keletihan dan buat kesekian kalinya meng'offer' diri untuk memandu sebab tak rasa letih sangat pun, dan kali ni beliau bersetuju dek terlalu letih. Kereta di'pull over' dan stereng bertukar tangan.

Pemanduan diteruskan dengan tenang, dan si suami terlentok di tepi kepenatan.



Allahu Akbar....Allahu Akbar.(Allah Maha Besar)

Di kilometer 234, di waktu kira-kira 12 tengah hari, saya terlelap sedetik cuma dan kereta mula terarah ke kiri, cuba dikawal lalu melanggar divider kanan sebelum kereta betul-betul hilang keseimbangan dan bergolek di atas jalan untuk beberapa saat sebelum tersadai elok di bahu kiri jalan.

Allah..!
Allah..!
Allah..!

Suara si suami jelas ditepi..Dan saya cuma mampu mengucap di dalam hati..


Terlalu cepat, terlalu sekejap tapi cukup untuk diingati seumur hidup... Terlalu jelas..~


Runtun hati saya melihat si suami berdarah sana sini. Lagi kecewa hati saya sebab cuai saya kami di situ waktu itu. Saya diam membisu.


"fiey, telefon mana?", tanya si suami.

Dan saya terus membisu.


Lalu beliau keluar dari keretas mencari handphone di deretan barang-barang yang bertebaran di atas jalan. Dengan cebisan phone yang ada, mak mentua berjaya dihubungi. Saya, masih di dalam kereta, mencari sakit luka di badan sendiri, di kepala tak terasa, di kaki tiada apa-apa, dan tangan...Maha Kuasa Allah, kedua-dua tangan saya cedera..

Teruk dan Sederhana mengikut rencana Sang Pencipta.

Sedaya  upaya tika itu, menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba menghadirkan redha dan akur pada kehendak  ketentuan Qadar Allah. Bukan mudah..! tapi syukur buat Allah kerana menghembuskan ketenangan di hati waktu itu.


Mengkhabar Berita

Di kala si suami kembali ke kereta, hati cuba dikawal sebaiknya, berdegup rentak perlahan. Dengan rasa yang berbaur, mata mencari redup di matanya, suara kecil menutur perlahan..

"Neng...fiey minta Neng redha."

Beliau masih kebingungan dengan kata-kata itu.

"tangan fiey dua-dua cedera.." sambung saya..

"Allahh!! mana? mana?" dan air mata kelihatan bergenang di peluput matanya.

Sungguh, saya hanya mampu berdoa agar Allah kurniakan juga ketenangan buatnya. Semoga dihadirkan rasa akur dan redha dihatinya, semoga dikuatkan hatinya untuk apa jua kemungkinan selepas ini..

Dan beliau menggangguk perlahan sekali, menelan peritnya hakikat ujian Tuhan ini..Akur


Cerita yang punya Skrip

Kisah ini terlalu tersusun..Semacam telah ada skrip tersedia..semacam telah lama tersedia..

Episod demi episod...


Kita hanya manusia, di bumi Tuhan ini, kita berhidup untuk diuji..Tiada ujian tanpa keperitan, tiada keperitan yang sia-sia.

Meski kita manusia sering mengejar bahagia, seringkali kira ketemu luka pedih,
kerana di situ Tuhan berjanji pasti, bahagia ada pada balasannya, dan juga ada hati kita yang menghadirkan bahagia bila menjalani ujian-ujianNya dengan redha dan taqwa.


fiey ahmad
jalan itu perit, dan ianya untuk kami

Thursday, June 16, 2011

Kisah Perkahwinan kami

3 comments:
18  Mac 2011..

Tarikh yang dipilih untuk menyatukan Noor Hafizah Ahmad & Syed Abdul Mun'em Syed Abdul Rahman dengan akad mulia di sisi Islam. Meskipun sudah hampir 3 bulan berlalu tapi semuanya seakan baru je berlalu semalam..Dan hari ni baru berpeluang berkesempatan menulis serba sedikit ceritanya.

Terkesan dengan Tsunami di Jepun waktu itu, 3,4 hari hujan tak berhenti malah turun dengan lebatnya. hujan rahmat agaknya. Pagi 18hb itu, hujan berhenti sekejap lepas Subuh, Alhamdulillah..Dengan mas kahwin RM77, kami sah bergelar suami isteri..Selesai je akad hujan berderu-deru turun semula. Sampai pengantin lelaki kena iring dengan 'blue canvas'..huhu, lawak betul.

Alhamdulillah..segala berjalan 'smooth' je..'Simple' tapi semua berpuas hati. Tak banyak belanja keluar, mana yang ada saja. Kami dah sama-sama setuju, nak dahulukan yang penting daripada yang kurang penting, sebab sama-sama banyak lagi perkara yang penting akan muncul dalam hidup kami nanti.

Malam tu sempat lagi 'join small family gathering' sebelah suami. 'Small' ke? hampir 200 orang juga malam tu. Angguk je la kepala bila encik suami kenalkan kaum kerabatnya tu.






19 Mac 2011

hari yang lebih relax sebab kat rumah da selesai majlis. Encik suami la yang tak berapa nak duk diam malam tu..Nak tolong tak dapat, nanti la ye..huhu. Awal-awal pagi rombongan kereta berderet-deret menuju ke Manir, jauh dari kesesakan trafik dan orang ramai, kami mulakan majlis dengan aman, famili dapat makan nasi arab air tangan Abah dan kawan-kawannya yang sangat gempak..Malangnya si pengantin berdua tak sempat merasa nasi kenduri sendiri, sempat rasa nasi pengantin je..=(

Rasa hati aman dan bersyukur sebab kedua-majlis berjalan dengan baik, sikit-sikit kekurangan itu, kita terima terima dengan baik dan tersenyum sebab semua orang tahu, there's never a perfect thing, then be happy with it.

Apa yang best nya pasal wedding kami ni sebab 'last minute' baru kami 'realize', kami punya wedding ni dah dikira International Wedding da..Haha, sebabnya dari hari akad nikah lagi, majlis kecil-kecilan kami ni terasa meriah sangat dengan kehadiran sedara-mara dari serata rantau.


pertembungan dua budaya yang sangat unik:)~kata Aton
March 21 ·  · 
    • Syapeak Faisal Sobirin ‎2 budaya ke?aku rs cam lebeh je..hahaha
      March 21 at 9:26pm · 
    • Nuur Fatimahtul Zuhra cam 4 ker? mungkin 8? byk sgt kot..mmg international sungguh la!
      March 21 at 9:27pm · 
    • Syapeak Faisal Sobirin siyes weh..kejap dgr ganu,pastu arab, english, endon, cham, thai pon ade gak..konpius2..aku kat mesia ke ni?hahaha
      March 21 at 9:32pm · 
    • Afdhalila Nur wahh..seryes?
      March 22 at 4:35am · 

    • Fiey Ahmad ada malaysian, americans, thais, singaporeans, indonesians, vietnameses..yg tu yg diketahui la..huhu..imbau masa lalu



Kahwin satu permulaan baru



Isi penting dalam entri kali ini, bukanlah semata-mata cerita di atas yang sekadar imbauan memori kenduri dan akan kekal sebagai coretan kenangan seumur hidup.

Apa yang penting, perkenalan dan persahabatan lebih 6 tahun dulu tidak pernah menggambarakan siapa sebenarnya pasangan kita. What kind of person he would be..Sejujurnya, di awal waktu kenal dullu, tak pernah terasa yang akan berjodoh dengan beliau. Bermula dengan rakan sekerja, head comm dan asst head Taaruf week matric UIA 2005, diteruskan dengan kerja Deputy President dan Secretary MSCC 2006, kami melalui pahit manis bekerja dan bersahabat bersama teman rapat hingga ke hari ini. Wani, Aton, Hazri dan lain-lain. Jatuh bangun yang akan sentiasa berkesan di hati.

urmm, dulu-dulu, bila mula-mula berkawan dengan mana-mana budak laki-laki yang tak berapa ramai dalam hidup saya (maklumlah, , mesti secara automatik 'the heart and the brain will scan them briefly' sama ada "Adakah ada ruang untuk kami bersama nanti?".

Maksudnya, saya cuma terfikir sekejap untuk menentukan sikap dan tingkah saya bila berhadapan dengan kaum Adam ini. Andai jawapannya berkemungkinan Ya, saya cuma perlu berbuat biasa saja(tak perlu nak berlebih-lebih rasa) dan tunggu la if betul-betul ada jodoh,, if jawapannya Tidak, saya segera menutup ruang untuk berasa dan berfikir 'further', kira tutup cerita dan berkawan dengan riang gembira.

Untuknya dulu, jawapannya Tidak..(hohoho).

Tapi akhirnya, kami berjodoh jua serta selamat diijabkabulkan 3bulan lalu. Sungguh saya tak kenal sedalamnya tentang suami saya ini dan saya mahu mengenalinya sepanjang usia hayat ikatan kami.

Dan coretan baru dalam hidup kami sejurus beberapa hari pernikahan, benar-benar mengizinkan saya untuk lebih mengenali beliau. Jika dulu-dulunya saya rasa beliau bukanlah 'orangnya', bukanlah orang yang mampu menjaga saya dan orang lain, kini ada satu perkara yang saya yakin dan tahu,"Sedang beliau bukan orang yang memiliki sifat dan sikap itu secara zahiriah mungkin, tapi saya tahu, beliau terlalu amat berusaha untuk menjaga saya sekalipun dalam keadaan begini..

Sungguh, beliau adalah yang terbaik Allah hadiahkan untuk saya, dan sesungguhnya saya terlalu bersyukur beliau masih di samping saya hari ini.


"saya tak mahu berjanji sebab kita tak pernah tahu apa jadi 2 saat lepas ni.."



2saat~


Perkahwinan itu adalah salah satu jalan menuju Redha Allah. Redha Allah itu tinggi nilainya dan sesuatu yang tinggi nilainya, pasti tinggi maharnya..

Kisah kami bukan kisah segalanya bahagia tapi kami berbahagia dengannya. 

Kerana bukan semua pilihan kita, wujud untuk kita, tapi pilihan Allah itu pasti yang terutama..

Memberi dan menerima, menikmati dan bersyukur..




fiey ahmad
mencari syurga dengan RedhaNya

Thursday, March 17, 2011

Mencari Redha dalam CIntaMU

1 comment:
hari ini bakal berlalu pergi, seperti hari-hari yang terdahulu dan hari-hari yang seterusnya..

Setiap detik menghampiri kepada pengakhiran abadi,

menghampiri detik pertemuan bersemuka bersama Tuhan


Sungguh, aku terlalu ingin mencari redha Mu dalam setiap detik langkahku


Dan,

Untuk itu, Kerana aku ingin mendamba cinta di bawah lembayung cintaMU

Dan aku mengimpi untuk membawa cinta yang Kau beri ini ketika bertemu denganMU nanti



fiey ahmad
mohon doa dan kasih sayang kalian

Saturday, March 5, 2011

Scrub Nurse

3 comments:
Alhamdulillah...selesai sudah part Circulating Nurse sebelum ni..Walaupun dah terasa lama sudah dan dah basi dah pun cerita-cerita ni, tapi nak juga berkongsi, mana la tahu sedikit sebanyak ada yang bermanfaat buat pembaca sekalian..

Kali ini cerita tentang Scrub Nurse (SN) pula. Mungkin ada yang tahu SN ni apa, kerjanya macam mana, tapi mari saya cerita lebih detail sikit mengikut versi dan citarasa saya..huhuhu..

SCRUB NURSE



Secara definisinya, SN ni adalah nurses ataupun Trained OT staff yang akan men'SCRUB'kan ataupun men'sterile'kan diri mereka dan menjaga serta bertanggungjawab ke atas segala barang 'sterile' di sekeliling mereka di ketika sesuatu surgery belum, sedang dan selepas berlaku.

Peranan 

SN boleh berperanan sebagai 3 fungsi dan terkadang lebih juga bergantung pada keadaan dan situasi surgery.Peranan utama ialah menjaga instrument, handling instrument, assist surgeon (retracting, suctioning, dapping), giving opinion to confirm the anatomy of the body part (then we got to have knowledge la kan), dan  juga menjadi teman bicara dan gelak ketawa kadang-kadang bagi menghilangkan stress di ketika surgery..haha.

Oleh itu, kerja SN ni boleh terbahagi kepada 3 atau lebih. Dalam satu-satu masa SN boleh beperanan sebagai salah satu atau juga semuanya, bergantung kepada keadaan ye.


  • Instrument Nurse
  • 1st assistant
  • 2nd assistant
  • kadang-kadang boleh jadi 3rd @4th assistant

Instrument Nurse (IN)

IN adalah scrub nurse yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas instrument set dan akan membantu surgeon dalam surgery dengan menghulurkan instrument yang diperlukan surgeon. Ada simple-simple surgery yang memerlukan seorang je SN, macam excisions, removal of implants,D&C, ERPOC, urology procedures, dan lain lain, SN ni akan jadi IN dan assist directly pada surgeon tu.

IN punya tugas bermula daripada preparation set yang dan diguna, supplements yang akan dan mungkin akan diguna. Seterusnya, IN akan 'lay out trolley' mengikut sepatutnya bukan mengikut citarasa sendiri ye. 'Lay out trolley' bergantung kepada jenis surgery, position patient, dan position surgeon juga. Mungkin detail pasal lay out trolley boleh dibincang di kemudian hari bagi memendekkan karangan di sini.

IN adalah orang yang berkuasa sepenuhnya ke atas instrument yang digunakan sepanjang surgery dan mereka adalah orang yang akan bertanggungjawab atas Counting Instrument bersama-sama dengan Circulating Nurse, oleh itu IN semestinya mengingati segala nama-nama sebenar dan nama timangan  instrument tersebut (saya ada instrument ENT nama nya Mak Bedah kot). Selain itu, IN harus mempunyai idea dan memori tentang keseluruhan surgery yang akan berlaku untuk melancarkan perjalanan surgery (which is the never-easy starting part for beginner like me, but learn and learn).

Yang penting IN kena cool dalam semua keadaan..React accordingly ya..(waaa, long way to go, fiey)



1st Assistant @ 2nd Assistant @others

SN ni akan banyak buat kerja-kerja assistant, like retracting, suctioning when IN alone cant handle and needs help. 1st assistant adalah SN yang paling dekat dengan surgeon. Kerja-kerja lain 1st assistant contohnya, pegang laparoscopic camera, 


Itu saja basic nya...Secara amnya, harus tahu pasal surgery, nature perjalanan surgery, style dan perangai surgeon (sebab nak kena ikut rentak mereka masa surgery),tahu instruments, anatomy akan banayk amat membantu (sebab itu tak pernah regret belajar anatomy dulu walaupun tak de lah expert).


Mungkin ada yang tertinggal maklumat di sini, tapi saya tak sedar ke, saya minta maaf ye, sekadar berkongsi apa yang saya ada dan yang saya lalui..


fiey ahmad
dah nak masuk 5bulan, fiey.

Wednesday, March 2, 2011

Circulating Nurse

No comments:
Assalamualaikum w.b.t




Semacam sudah berbulan-bulan tidak menulis entry untuk 'update; kerja sekarang...


Alhamdulillah, dengan izin Allah , dan bantuan rakan-rakan sekerja yang 'supportive', saya banyak mendapat peluang untuk 'scubbing' dan menjadi 'GA girl" bak kate Dr. O..hehe


Ok, meh sini nak cerita sikit tentang nurse (trained staff: nurses and Theatre)'s Role dalam OT..Dalam satu-satu surgery, dalam OT tu, trained staff akan berperanan masing-masing sebagai:



  1. Circulating Nurse
  2. Scrub Nurse
  3. GA nurse

Memandangkan untuk menceritakan ketiga-tiga cerita itu di malam ini bakal menjadikan entry ini semacam karangan 5 muka surat, jadi saya cerita pasal Circulating Nurse dulu ye.

CIRCULATING NURSE

haaa, daripada nama dia pun kita dah boleh agak kan apa kerja dia..CIRCULATE= berpusing..Jadinya, kerja CN ni berpusing-pusing la kalau nak tahu..hehehehe..Nama lain untuk CN ialah Runner dan RUN= Berlari, jadinya kerja runner ni berlari-lari lah ..huhuhu..








Saya harap kita dapat sedikit idea daripada definisi 2 term di atas, harapnya membantulah kan..hehehe..

Ok, ni serius, ni serius..

Sebenarnya kerja CN @ Runner ni kalau ikut fahaman saya ni la kan melingkupi 3 peranan. Yang pertama, in charge Perioperative Care Plan (PCP), kedua in charge Charges (untuk private je neh), dan yang ketiga nya yang berlari-lari tadi tu lah..huhu (will be explained next ya).

Firstly, PCP..PCP means perioperative care plan..Maknanya, plan perawatan sebelum, semasa dan selepas operation. Apa yang penting untuk didokumenkan ialah, nama surgery, nama surgeon, anaest, OT mana guna, time start & time ended, nama scrub nurse, CN nurse, GA nurse, dan beberapa items yang lain. 

Major role dalan PCP ni ialah COUNTING swabs, sharps & instruments bersama-sama dengan scrub nurse.. Haa, untuk apa ye? Leh fikir tak reaon ye? Senang je kan, kalau fikir sikit mesti dah boleh tau nye. Count ni wajib dibuat untuk setiap surgery (sepatutnya) lebih-lebih lagi kalau OPen Surgery..Count teramat penting untuk mengelakkan insiden tertinggal segala macam perkara di dalam tubuh badan manusia yang dibedah. Dah banyak dengar kan insiden-insiden ngeri lagi macam tak mahu percaya kan tapi itulah sebahagian hakikat dunia di bilik bedah. Peratusan untuk insiden terjadi tak pernah hilang dan tak pernah mampu untuk dihapuskan, dan untuk itu usaha untuk mengelakkannya itu haruslah dipandang serius. Count ini biasanya dibuat 3kali : initial count, 2nd count, & final count..Pengecualian buat Caesarean surgery sebab ada satu lagi Ancillary count sebelum 2nd count, semasa uterus cavity sedang mahu di'close'.

Secondly, charges' patient..Huhu, ini rasa-rasanya hanya applicable untuk hospital swasta sahaja..Al-maklumlah, segala benda pun patient guna maknanya patient kena bayar..hohoh, dan silalah membayangkan tentang apakah yang yang terkandung dalam charges form tu..Dan part charges ni memang akan menguji kejujuran kita sangat-sangat..Dan amat kena berhati-hati untuk kita yang Muslim ni  sebab bimbangnya ia akan mancalar keadilan kita dan pastinya patient juga yang teraniaya..Masa mula-mula memang payah dan Slooowwww amat, tapi tak pe, selagi hati kita nak berusaha mesti boleh catch up, insyaALLAH..

Thirdly, part yang berpusing-pusing dan berlari-lari ni la paling best..Mahu boleh kurus tau. Kat sini kalau operation kat OT 1 tapi barang ada kat store, mahunya tetiba nak guna implant ke loose item ke masa surgery, kena la pergi berlari-lari ambil (tak boleh lari sebenarnya, bergegas je ayat baku ye)..hoho, ada lah jarak dam 50meter, kalau dah dekat sepuluh kali pergi mari pergi mari, mahu tak marathon dalam OT tu..Kalau barang dikehendaki tu terletak pada tempatnya dan jumpa terus tak apa kan, tapi kalau dah kena pergi sana-sini mahu tak berpusing-pusing kepala..Hihihi, CN ni lebih kepada menyediakan items yang diperlukan scrub nurse bila mereka da men'sterile'kan diri mereka. Tuang povidin & NaCl ke, tolong position patient ke, tolong lap darah terpercik kat muka ke, hehe..segala macam la pendek cerita..Tak faham tanya ye..


Tu la namanya CIRCULATING NURSE ni..Dan kerja CN ni berbeza-beza bergantung pada nature of the surgery itself..Tu la yang kena selalu belajar je dalam OT ni..Brain just dont stop think..huhu, best2..Walaupun penat, tapi Ilmu tu yang amat-teramat menjadikannya berbaloi..

Kalau tersalah ambil tersalah buka tak jumpa barang, lepas tu kena marah tu, itu perkara biasa, thats the way we learn, learn from mistakes for not doing another same mistakes..

huhu, ayuh belajar dan belajar lagi...


fiey ahmad
pasni kena makin rajin menulis

Friday, February 25, 2011

Tuntutan: Sesuatu yang dituntut (2)

1 comment:
Di sebalik cerita...
Sambungan Tuntutan: Sesuatu yang dituntut (1)
Sebenarnya cerita di atas bukanlah isi penting sebenar yang mahu dikongsikan. Cerita di sebalik cerita di atas adalah seperti berikut:

Hari in kali pertama saya terlepas waktu zohor untuk kes yang bersambungan dan kes kedua itu adalah kes panjang. Waktu rehat dipersetujui team leader hari ini 1200-1300, Zohor belum masuk. Mungkin juga kerana silap saya menghitung, berkira-kira kes itu sempat habis sebelum Asar, rupanya kes ACL tadi tulang patientnya agak keras sedikit, jadinya memakan sedikit banyak juga masa di part drilling, shaving dan grafting.

Maka dipendekkan cerita, saya terlepas waktu Zohor. Perhitungan saya yang silap hari ini amat mengecewakan saya dan menyedarkan saya agar lebih beringat di lain masa. Tapi TUNTUTAN itu wajib juga dipenuhi, jadinya macam mana yaa??

Alhamdulillah dengan sedikit pengetahuan melalui pembacaan, saya tahu sedikit sebanyak tentang fiqh solat di kerja.

Dan selepas pembacaan buku novel ceritera yang sangat menarik dan di'recommend'kan  dibaca, mengisahkan sebahagian kehidupan seorang doktor tulisan Dr. Farhan Hadi, DENYUT KASIH MEDIK, pemahaman saya tentang jama' (menghimpunkan) 2 solat yang terlepas waktunya untuk maslahat yang dibolehkan tidak lari daripada itu.

Jadinya, Zohor saya dihimpunkan bersama solat Asar saya..Solat Asar seperti biasa dan himpunkan Zohor 4 rakkat seperti biasa..Sebagaimana jama' di dalam perjalanan musafir..


Realitinya, bekerja di bidang kesihatan ini menuntut terlalu banyak pengorbanan, masa, tenaga, kesihatan sendiri, namun takkan saya sedaya mungkin membiarkan anugerah Iman dan Islam yang Allah bagi ni. terkorban juga.. Ujian dan realiti kehidupan.. Allah takkan wujudkan bidang NURSE dan KESIHATAN jika untuk melenyapkan iman hamba-hambaNYA, malah diciptakan untuk lebih menguji dan terus lebih menguji..


Penat dan lapar kadang-kadang juga menjadi faktor besar kemalasan melanda, tapi TUNTUTAN tetap tuntutan, dan bila dapat dilaksanakan itu, terasa ringan beban di bahu, terasa tenang menjengah di hati..

Dan sesungguhnya hikmah terbesar yang saya rasakan setiap kali solat di celah-celah kepenatan fizikal dan kelesuan jiwa dek bengang dan geram, gugur setiap kali air sembahyang menyegarkan muka. Rasa terharu setiap kali sujud kerana terasa 'ADA' yang memahami kita jauh lebih daripada kita sendiri sangka..Rasa diri dipujuk, rasa terbang segala stress.. Saya yakin DIA sentiasa ada dan faham saya, walaupun saya juga hamba yang sering berbuat khilaf terhadapNYA.


P/s: Jagalah solat..Jagalah 'tiang' kita..Semoga hidup kita ada MAKNA, kerana kita bukan mencari kaya dan senang dunia sahaja sebagai makna hidup, tapi juga mahu bahagia di seberang sana..Jagalah DIA (hubungan denganNYA), dan DIA akan menjaga kita lebih jauh daripada yang kita sangka.


fiey ahmad
terlalu lama entry ini tersimpan

Wednesday, February 23, 2011

Menanti...

2 comments:
OOhh, sungguh sepi di sini...Terlalu lame dibiar menyepi..


Bukan niat di hati yang pasti, tapinya laptop baru je kembali, 


dan juga 'broad band' tiada di sisi...


Sedang menanti sepenuh hati, 


Untuk kembali bercerita dan berkongsi...






Dunia kita penuh teka-teki, 


Apa lagi setelah kita mati nanti, 


Tujuan hidup kita bukan sekadar di sini, 


Tapi untuk hidup di kehidupan hakiki, 


Kembalilah pada Ilahi..


Agar setiap saat dan waktu kita akan lebih bererti...





.

Update kerja: So far so good...things go well but not everything for sure, hehehe...To be a nurse you need not merely knowledge and skill, but you also need a tough and strong gut as well...And to be a good nurse or any type of jobs la, you need your heart and Iman definitely..Choose which one you wanna be..Life isnt ever promise beautiful pathway...Have faith..Have faith and Have faith

p/s: menanti broadband yang bakal sampai.

Friday, January 21, 2011

Allah itu KASIH

No comments:
Tiada kata ataupun ucapan yang mampu disusun dan ditutur bagi menterjemahkan rasa syukur pada DIA yang Esa..


Terkadang malu amat..Segan amat..


Dengan segala dosa dan titik hitam dahulu kala dan kini, DIA terus mencurah nikmat kasih sayang belas ehsanNYA...


Terasa doa didengari, terasa diri masih dipantaui, terasa dikasihi..


Tapi tetap juga malu, 


Kerana masih berjiwa kotor, berkelakuan buruk,


Menerima jauhhhhh lebih hebat daripada memberi yang terlampaulah sedikit..



Tuhan,
Alhamdulillah..
Segala Puji UntukMU..


fiey ahmad
ayuh sama-sama berdoa ya..

Thursday, January 6, 2011

Tuntutan :Sesuatu yang dituntut..(1)

3 comments:
Hari ini hari khamis 6 Januari 2011. Entri pertama untuk tahun ini. Sedih dan kecewa juga melihat laman sendiri tak terusik, tapi keadaan, masa, dan peluang kurang berpihak pada saya walau banyak amat tersimpan dan teringin dikongsikan. Takpe-takpe, sementara ada peluang ni, akan saya gunakan sebaiknya, dan didoakan agar bermanfaat buat sahabat dan teman dan saya cuma berhajat sedikit pada tempiasnya; berkat dan redha dari Allah.



Minggu ni adalah minggu kedua saya mula belajar scrub dengan seriusnya..Serius tau.!! Dan hati saya tak putus-putus memanjat syukur pada Allah untuk peluang-peluang yang DIA berikan, dan rasa tak terucap bergunung terima kasih buat yang memberi peluang dan tunjuk ajar. Dan secara hakikatnya, tak sememangnya mudah untuk kali pertama, malah tak mudah juga untuk kali kedua ketiga. Apa yang penting ada rasa ingin untuk memperbaiki diri di samping menimba dan memanfaatkan ilmu Tuhan dengan sisa usia yang ada.

Di alam pekerjaan ini bertambah-tambah yakin saya bahawa PELUANG itu secara ‘solidnya’ milik Allah.  KUN FAYAKUNN..Kalau DIA katakan “Aku izin”, maka jadilah ia, dan tiada manusia berhak menafikannya. Besar ertinya dua patah perkataan ini buat manusia seluruhnya, dan semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang DIA lindungi.

Hari ini saya diberi peluang belajar Orthopaedic surgeries secara dekat. Double scrub untuk kes Removal of Implant (plate and screws) dan ACL (Anterior Cruciate Ligament reconstruction). Ohh, hari ini tak tipu punya berdebar. Semua gugup tu bertumpu pada cardiac output yang berganda-ganda dek kerja keras pengepaman otot-otot jantung.

Huhu, untuk Removal of Implant boleh lagi mengawal perasaan gugup itu, tapi dah part ACL tu yang cuak amat. Dikelilingi instrument yang macam nak buat rumah tu buat rasa ketar lutut betul, terasa cuak macam lutut saya yang nak dibaikinya.

Amazed.
Impressed.
Stunned.

Tiga perkataan english untuk menggambarkan rasa kagum saya terhadap akal manusia. Dengan manipulasi ilmu dan teknologi, akal manusia jelas meletakkan manusia itu makhluk Tuhan yang amat unik dan istimewa sekali. Arthroscopy (teropong bahagian-bahagian sendi) membolehkan kita meneroka ciptaan DIA dengan jelas, dekat dan penuh rasa takjub.

Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..

Betapa Allah itu Agung dalam penciptaan manusia bersama akal pinjamanNYA..Berada secara dekat dan menyaksikan kejadian tubuh makhluk bernama manusia buat saya rasa takjub pada DIA, sangat hebat..sangat-sangat hebat. Lebih hebat perasaan itu berbanding kagum saya pada manusia kerana Allah itu Pencipta Agung dan teramat agung. "Ayat-ayat" Nya teramat luas dan menakjubkan..

Menyaksikan lutut dibuka, di 'drill', diketuk, digodek-godek, serius membuatkan saya seriau. Buat kali pertamanya saya rasa seseriau itu sebab semacam dapat rasa kaki saya yang digodek. Entah berapa kali saya tersentap sendiri saya pun tak tahu.

Tapi cuba sedayanya menahan nafas dan ketar di lutut demi TUNTUTAN kerja. Saya cuba menyedarkan diri, saya tak boleh lemah, tak boleh lembik-lembik walaupun ada terasa potensi 'pengsan' itu mungkin terjadi kalau saya ikutkan perasaaan seram sejuk tadi. Huhu, mungkin sedikit exxaggerative di situ, tapi itulah bahasa nak digambarkan rasa saya tadi.

Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik dengan lutut yang masih menampung saya..hihihi..Pengalaman berharga buat saya. Setiap hari dan setiap perkara itu berharga untuk saya (ayat nak wat sedap hati sokmo, huuhuhu).

Tuntutan kerja di persekitaran sebegini amat menuntut korban. Contohnya, nak wat elok lutut orang lain, lutut sendiri yang kena korban nak kena diri lama-lama. hehehe.
Tuntutan kerja juga menuntut kita untuk sentiasa mensediakan diri untuk belajar dan meletakkan diri kita di tahap 'sentiasa ingin perBAIKi diri'.
Tuntutan kerja menuntut kita menyesuaikan diri kita dengan orang sekeliling kita, ahli kumpulan kita ; surgeons, anaests, nurses, ttts, general workers dan lain-lain. Bukan mudah tapi mesti dan boleh buat..(positif fiey positif, yeahhh) =)
Tuntutan kerja kadang-kadang menuntut kita kerja lebih masa, makan masa sendiri dan keluarga.

Itu hanya sebahagian daripada tuntutan kerja..dan rasanya lebih banyak yang belum tersenarai. (bukan nak takut-takutkan sesiapa tau, hanya sekadar realiti kerja yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu dalam persiapan menrjah ke alam kerja mungkin =) ..)

Kalau fikir-fikir, penat kan kerja ni, yang kadang-kadang menuntut lebih daripada yang kita sendiri terima, tapi jika kita mampu melihat sudut sisi yang lebih cerah, kita pasti terasa hikmah berlapang dada itu. Lillahi taala, antara pemujuk efektif tau.


fiey ahmad
harus kental..!!