IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Friday, June 24, 2011

Warna Hidup Semakin Terlakar (1)

Selepas berkenduri-kendara 2 hari dan persiapan sebelum dan selepas yang memakan masa seminggu lebih, kami harus pulang ke tempat kerja masing-masing memandangkan tak ada cuti kahwin 'reservation' sebab dua-dua baru start kerja.

18hb kenduri belah saya,
19hb kenduri belah suami,
20hb hari mengemas dua-dua rumah dan setelkan sanak saudara,
21hb pagi bertolak pulang ke KL dan Melaka ke tempat kerja masing-masing.

Kita merancang, tapi perancangan Tuhan lebih jauh maha hebatnya.


Asalnya, mahu bertolak tengah hari lepas dapat tidur secukupnya, namun terpaksa dipinda memandangkan ada family daripada Singapura mahu berkonvoi dengan kami, dan pagi 21hb tu juga kami dijemput Tok De (tok sedara suami) untuk bersarapan bersama-sama. Seawal jam 730pagi kami keluar rumah.


aahh, terlalu segar semuanya dalam ingatan..


Dan perjalanan kami diteruskan seperti biasa. Riak letih jelas kelihatan di wajah si suami. Beberapa kali saya offer diri untuk tukar driver, tapi ditolak lembut. Katanya, sudah dijanji mahu dipandu hingga ke KL untuk beri rehat pada saya.

Seusai sampai di LPT, masuk tol Jabor, rakan sekonvoi berhajat untuk terus ke depan menunggu kami di R&R Gambang dan di situ kami akan berpisah menuju haluan masing-masing. Dan di situ juga kami berhajat untuk memberi ruang untuk mata dan badan kami berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Di dalam perjalanan menuju Gambang, si suami semakin keletihan dan buat kesekian kalinya meng'offer' diri untuk memandu sebab tak rasa letih sangat pun, dan kali ni beliau bersetuju dek terlalu letih. Kereta di'pull over' dan stereng bertukar tangan.

Pemanduan diteruskan dengan tenang, dan si suami terlentok di tepi kepenatan.



Allahu Akbar....Allahu Akbar.(Allah Maha Besar)

Di kilometer 234, di waktu kira-kira 12 tengah hari, saya terlelap sedetik cuma dan kereta mula terarah ke kiri, cuba dikawal lalu melanggar divider kanan sebelum kereta betul-betul hilang keseimbangan dan bergolek di atas jalan untuk beberapa saat sebelum tersadai elok di bahu kiri jalan.

Allah..!
Allah..!
Allah..!

Suara si suami jelas ditepi..Dan saya cuma mampu mengucap di dalam hati..


Terlalu cepat, terlalu sekejap tapi cukup untuk diingati seumur hidup... Terlalu jelas..~


Runtun hati saya melihat si suami berdarah sana sini. Lagi kecewa hati saya sebab cuai saya kami di situ waktu itu. Saya diam membisu.


"fiey, telefon mana?", tanya si suami.

Dan saya terus membisu.


Lalu beliau keluar dari keretas mencari handphone di deretan barang-barang yang bertebaran di atas jalan. Dengan cebisan phone yang ada, mak mentua berjaya dihubungi. Saya, masih di dalam kereta, mencari sakit luka di badan sendiri, di kepala tak terasa, di kaki tiada apa-apa, dan tangan...Maha Kuasa Allah, kedua-dua tangan saya cedera..

Teruk dan Sederhana mengikut rencana Sang Pencipta.

Sedaya  upaya tika itu, menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba menghadirkan redha dan akur pada kehendak  ketentuan Qadar Allah. Bukan mudah..! tapi syukur buat Allah kerana menghembuskan ketenangan di hati waktu itu.


Mengkhabar Berita

Di kala si suami kembali ke kereta, hati cuba dikawal sebaiknya, berdegup rentak perlahan. Dengan rasa yang berbaur, mata mencari redup di matanya, suara kecil menutur perlahan..

"Neng...fiey minta Neng redha."

Beliau masih kebingungan dengan kata-kata itu.

"tangan fiey dua-dua cedera.." sambung saya..

"Allahh!! mana? mana?" dan air mata kelihatan bergenang di peluput matanya.

Sungguh, saya hanya mampu berdoa agar Allah kurniakan juga ketenangan buatnya. Semoga dihadirkan rasa akur dan redha dihatinya, semoga dikuatkan hatinya untuk apa jua kemungkinan selepas ini..

Dan beliau menggangguk perlahan sekali, menelan peritnya hakikat ujian Tuhan ini..Akur


Cerita yang punya Skrip

Kisah ini terlalu tersusun..Semacam telah ada skrip tersedia..semacam telah lama tersedia..

Episod demi episod...


Kita hanya manusia, di bumi Tuhan ini, kita berhidup untuk diuji..Tiada ujian tanpa keperitan, tiada keperitan yang sia-sia.

Meski kita manusia sering mengejar bahagia, seringkali kira ketemu luka pedih,
kerana di situ Tuhan berjanji pasti, bahagia ada pada balasannya, dan juga ada hati kita yang menghadirkan bahagia bila menjalani ujian-ujianNya dengan redha dan taqwa.


fiey ahmad
jalan itu perit, dan ianya untuk kami

1 comment: