IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, February 22, 2010

Bukan Mudah kan?

2 comments:
Bukan mudah untuk rasa difahami..

Bukan mudah untuk rasa dipersetujui..

Bukan mudah untuk rasa dikasihi..

Bukan mudah untuk rasa disayangi..

Bukan mudah untuk rasa dicintai..



jika kita sendiri tidak cuba memahami, tidak cuba mempersetujui, tidak cuba mengasihi, tidak cuba menyayangi, tidak cuba mencintai..

"macam mana tu, itu semua tak sesuai dengan jiwa saya, cara saya..macam mana saya nak rasa semua tu...?? "

Saturday, February 13, 2010

Lagu buatmu Sahabat-Sahabat Dunia Ahkirat

3 comments:
Sahabatku

Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...

Thursday, February 11, 2010

~EMPTY

No comments:
There were lots of things happened lately..For past few weeks.


And of course there are lots of things to be shared, to be written, to be given..


Yet, till now, I just dont feel like to write..


And, it is an EMPTY feeling in full-loaded mind.


An effort to overcome this feeling dont come into success and it do fail again.


Hurting a friend is the most painful thing for me..
Loosing a friend is the last thing I ever want to do..


I got no words anymore to say to tell everything inside. No body would understand because people do see what they see only, which is a very small part of everything..


The last thing I can do, I pray for everyone's happiness. May Allah ease every steps of you and bless you in every hardships you face..For real, I'd like to be at your side, offering my shoulder, lending my ears, putting a smile on your face and everything to make you happy. Yet, I still have to hold one thing of mine, which most people won't understand it.


Seriously, this never been easy for me and I believe, so do to others around me. If I hurt people, I am hurt too, and more.



Lastly, I'd like to leave the rest to Allah, for HE knows the bestest for everybody..




fiey ahmad
I am truly sorry ~

Saturday, January 30, 2010

Madah Imam Shafie

1 comment:
 Aku mencintai sahabatku segenap jiwaku,
Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan jiwaku,
Yang menjaga nama baik aku semasa aku hidup dan selepas aku mati,
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan,
Kerana aku akan merasa senang,
Semakin ramai kawan, semakin aku percaya diri,
Aku selalu berharap mendapat kawan yang sejati, 
Jika aku dapat,
Aku ingin setia padanya
~Imam Shafie~

Tuesday, January 19, 2010

Silakan, wahai sahabat..

4 comments:
~ andai setiap langkahmu itu menyalur setiap niat baikmu, silakan, wahai sahabat!!~




Buat sahabat di hati dunia akhirat..
Terlebih didahulukan ucapan maaf penuh kasih sayang buat kalian semua. Andai ada tingkah langkah saya, ucap kata-kata, mimik dan gerak anggota badan yang mencorakkan kesan guris di hati kalian. Sungguh, aku bukan manusia sempurna.

Saya sekadar bercakap dari hati agar samapi ke hati kalian semua, insyaALLAH, itu harapan saya pada Sang Pemilik segala hati-hati kecil ini.

Andai setiap gerak langkah dan tingkah kalian bersama justifikasi inginkan ke arah lebih baik, silakan...!

Andai setiap gerak langkah dan suara kalian bersama nilaian jiwa dan akal yang cintakan redha ALLAH, silakan...!

Andai setiap gerak langkah dan keputusan kalian bersama renungan KESAN akan datang yang bermanfaat, silakan..!

Andai setiap gerak langkah kalian itu bersama dengan kesepaduan hati meningkatkan martabat dan nilai Islam, silakan..!

Andai setiap gerak langkah dan pemikiran kalian bersama dengan kesedaran semua tentang betapa pentingnya nilai Islam dalam kehidupan, silakan..!

Andai setiap gerak langkah dan laungan kalian tidak bersama-sama kebencian, hasutan, kata-mengata, dan segala macam musuh jiwa-jiwa Muslim, silakan..!

Andai setiap gerak langkah dan usaha kalian akan membawa kepada kebangkitan lebih ramai Muslim yang akan berjuang untuk mempertahankan Islam di kala dunia makin menuju ke akhirnya ini..silakan..!



Silakan, wahai sahabat..Islam telah lama menunggu kebangkitan hati-hati yang cinta padanya, yang sanggup berkorban apa saja untuknya, yang sanggup mencari kebenaran demi memeliharanya, yang sanggup meletakkan diri serendah-rendahnya demi kemuliaan Islam..Islam pasti bangkit suatu hari nanti bila mana hati-hati umat Islam kian sedar bahawa mereka punya tanggungjawab yang lebih besar daripada sekadar hidup du muka bumi Tuhan ini.




Doa Rabitah buat semua hati-hati yang menjunjung Islam

اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ 
 

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela



 ~Apapun niat kita, apa-apa pun langkah kita, Allah sebaik-baik Penilai..Moga Rahmat dan Keampunan Allah sentiasa untuk kita~

fiey ahmad
aku hanya makhluk kecil yang inginkan Islam kembali di hati Muslimin Muslimat

Friday, January 15, 2010

Ku pohon Maaf, Sahabat

No comments:
Sahabat,
Tiada kata indah yang mampu diungkapkan, tiada kata bermadah mampu ku susun, buat menyampaikan rasa hati. Sesungguhnya rasa bersalah menghuni hati, sejak dulu hingga ke saat ini..

Sahabat,
Berulang kali ku sakiti hati kamu, sama ada sedar ataupun tidak sedar, sengaja mahupun tidak sengaja...Terkadang saya malu mengimbas kembali rakaman luka yang ku hadiahkan buat kamu, sedang kamu setabahnya bersabar, menerima dam melayan aku sedaya kamu. Hati ini rasa terhiris dek ribuan sembilu runcing kerana menyakiti kamu..

Sungguh..itu bukan inginku.
Rasa di hati Allah sahaja yang tahu

Sahabat,
Doaku buatmu,
Semoga sentiasa di bawah lindungan Rahmat dan Kasih Sayang Sang Rabb...
Agar sentiasa tenang hati kamu, sentiasa mudah jalan untuk kamu..
Semoga cepat sembuh, luka luaran dan juga luka di jiwa kamu
Semoga kamu dikurniakan segala kemudahan dan yang terbaik untuk kamu..
Tiada ucapan lain ingin ku bicarakan.
Ku pohon maaf daripada kamu, sahabat.

fiey ahmad
Maafkan aku, sahabat

Thursday, January 7, 2010

Kiambang bertaut

2 comments:



~Tampak lembut dan mudah dirosakkan BILA SENDIRIAN,  namun utuhnya terletaknya di bawah permukaan air itu, akarnya KUKUH dan saling menguatkan~


Kita tak kan pernah kuat bila sendiri.

Kita tak kan pernah berjaya bila sendiri.

Kita tak kan pernah bahagia dan senang bila sendiri..

Di kala saat ingin jatuh, ingin dipaut tangan yang kuat lagi ikhlas membantu

Di kala ingin tersasar, ingin sekali ada jiwa yang kembali melorongkan langkah..

Supaya aku dapat kembali ke jalan mencari redha Ilahi..
p/s: terkadang rasa terlalu jauh aku di belakang bertatih mengejar perjalanan yang jauh terkedepan..Terkadang rasa ingin kekal seperti ini kerana rasanya inilah aku..Jauh di sudut hati, rasa hati berperang hebat untuk memilih, dan pastinya hatiku memilih untuk kembali pada fitrah..Semoga hati-hati ini tenang..
Sahabat, terima kasih atas kehadiran kamu....

fiey ahmad
ombak di hati

Tuesday, January 5, 2010

Tabahkan Hati, sahabat....

No comments:


~Setiap yang pergi akan tetap pergi, kita yang masih tinggal ini masih ada yang harus kita teruskan demi memperjuangkan matlamat akhir kita**Pulang dalam Kasih dan Rahmat ALLAH~


2hb Januari lepas ayahanda sahabat baik saya, Noor Munirah Awang Abu Bakar, pelajar tahun akhir Ijazah Sains Bersekutu, Optometri UIAM, pulang dijemput ALLAH pada pukul 3.20 pagi..Dan berita itu sampai ke skrin telefon saya pada jan 5.25 pagi..Bangun subuh pagi itu dengan perasaan yang terkejut lagi sayu..Al-fatihah buat arwah..

Usai Subuh, saya masih kebingungan, seperti biasa di tika mendapat berita pemergian orang-orang terdekat buat insan-insan yang rapat dengan saya..Perasaan itu sukar diterjemahkan....T_T

Pagi itu saya turun 'training' basketball bersama yang lain..Tapi hati tetap tak aman. Terasa ingin terus ke Terengganu, berada di sisi Muni. Dan 'call' daripada Nawwarul dan Kay menguatkan lagi saya untuk pulang ke Terengganu. Sejurus selepas berlatih, saya bergegas pulang ke bilik, sarapan, masukkan baju ke dalam mesin basuh an bersiap pulang. Memenadu sendirian. Nekad.

11.20 bertolak dan rasa kesyukuran itu melangit bila mana sangat dipermudahkan urusan perjalanan. 2jam 15min saya tiba di rumah Muni. Waktu itu, hanya mak Muni dan makciknya sahaja yang berada di rumah, selebihnya mengiringi jenazah untuk di kebumikan di Kampung Pulau Manis, kampung asal arwah ayah Muni.

Saya dan Kay sedaya menolong apa jua yang mungkin. Mengemaskan ruang tamu yang selesai digunakan untuk solat jenazah, menyediakan air buat tetamu yang bakal datang dan selebihnya. Sebelum ini, jika tidak mengalami pengalaman ini, pasti saya tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan, dan berada di keadaan itu, niat ingin memudahkan keluarga sahabat itulah yang mengerakkan tangan dan tindakan..

Dan rombongan sahabat daripada UIAM Kuantan juga tiba selepas itu. Saya mendapat kekuatan baru untuk menetapkan di dalam hati saya, saya akan berusaha untuk menghadirkan diri seboleh-bolehnya urusan sahabt-sahabat. Walau tidak menyumbang secara zahirnya, pelukan dan usapan kasih sayang untuk 'ventilate'kan perasaan...

Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Muni sahabatku dunia akhirat...

Sesungguhnya Allah telah menyediakan hatimu untuk ini, dalam sedar mahupun tidak.sesungguhnya kamu sangat tabah di mata kami, namun di hatimu tidak siapa yang tahu melainkan ALLAH yang Pengasih. Tiada apa yang mampu aku janjikan untukmu tapi insyaALLAH, aku ingin hadirkan diri di setiap kamu perlukan aku..Aku bahagia menjadi sahabatmu..Doaku moga ALLAH melindungi setiap derap langkahmu..


 dari kiri (Kay, Jaja, Muni, Fiey, Nawa)

P/s: Muni adalah sahabat sedari Matrikulasi UIAM, kenalan bersama-sama Nawwarul Huda Zulkifli, Nurul Syaza Husni dan Nur Al-Kamaliah..Persahabatan yang tidak pernah dirosakkan oleh rasa iri hati, rasa hati dan sakit hati..Yang ada cuma pada persahabatan ini ialah rasa menerima kekurangan dan kelebihan sesama sendiri, rasa kasih dan sayang buat sahabat tak bertepi dan rasa ingin bersahabt sampai ke syurga..Segalanya mudah dan indah sekalipun pahit yang menjengah...Aku sayang kalian...Moga Allah titipkan cinta dan mahabbah ini selari dengan cinta Allah..



Tuesday, December 15, 2009

Perginya Seorang 'Mujahid Kecil'

2 comments:


'Ukasyah bin Mohd Hafiz

Sebaris nama indah buat seorang mujahid kecil, anakanda sulung sahabat sekuliah saya, Mawaddah Sabaruddin. Kelahirannya cukup diraikan dengan kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh ahli keluarga kedua-duanya kerana 'Ukasyah yang cucu pertama.

Di saat mengikuti kisah perkembangan sahabatku ini, segenap hati saya dijentik perasaan syahdu ketika membaca kisah di sebalik nama' Ukasyah yang diberi. Bergetar jiwa, jatuh gugur air mata..
(http://buatmuanakku.blogspot.com/2009/09/ukasyah-yang-berbahagia.html)

Di sepanjang usia bayi comel ini mencecah 3 bulan lebih, saya bersyukur dengan kesempatan untuk bermain dengannya di ketika clinical posting di Temerloh. Cuma itu sahaja saat saya pernah mendukung dan mencium bayi suci itu..Terlalu mulus dan terlalu suci daripada dosa, buat rasa tidak pernah puas menciumi dia.

Berita yang saya dengar daripada K. Mar usai solat Isya' malam itu, cukup perit merentap tangkai jantung saya..Terduduk saya, seolah-olah tak percaya..Beratnya rasa hati waktu itu..Berita awal yang disampaikan 'Ukasyah 'pergi' akibat 'aspiration pneumonia' (tersedak susu) petang itu..Namun, saya enggan percaya akan khabar itu lagi selagi belum mengesahkannya daripada orang-orang yang maklum betul dengan keadaan itu.

Ohh, baru saya sedari rupa-rupanya Naddy bergegas keluar petang itu bersama Mona atas sebab kemalangan itu. Kami pelajar Nursing di level ini diselubungi rasa terkejut dan masih tidak percaya. Ada yang sudah bersiap untuk ke hospital.

Dan saya, masih lagi kaget..

Cuba menenangkan diri,saya menarik nafas panjang..Berfikir..Bimbang juga jika kita akan mengkalutkan lagi keadaan..Mencari-cari siapa bersama Mawaddah tika itu, K.Am salah seorang daripadanya..Alhamdulillah, K. Am menjawab panggilan dan kami terus bersiap untuk menuju ke unit forensik selepas mendapat kebenaran Mawaddah..

Sepanjang pemanduan, hati dan jiwa saya terasa di awang-awangan. Cuba memfokuskan diri. Terasa dada dihimpit 1 tan bongkah batu. Rasa ingin menangis itu tak tertanggung, namun airmata ditahan daripada berjujuran. Dan sesungguhnya, perasaan itu amatlah perit..Kehilangan orang tersayang sekelip mata tanpa sebarang persediaan, cukup menguji kekutan iman di jiwa..

Kerana tidak berkesempatan malam itu untuk memeluk Mawaddah dan mengucapkan takziah, Allah memberi saya ruang untuk menemani 4 sahabat baik Mawaddah; Naddy, Siti, Mona dan Ismi keesokan harinya. Berbekalkan 3 jam tidur yang tidak berkualiti malam itu, kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi. Aku thabatkan hati untuk pergi, menunaikan hak anak buat seorang sahabat.

Peristiwa ini meruntuhkan tembok jurang sahabat itu. Meskipun saya bukan di kalangan yang rapat dengan Mawaddah, tapi hati menjerit ingin berkongsi keperitan itu. Kerana saya tahu betapa beratnya perasaan menanggung bebanan.

Alhamdulillah, perjalanan ke rumah Mawaddah berjalan lancar,kecuali di ketika mencari rumah Mawaddah. Agak memakan masa di situ. Selepas menghubungi saudara terdekat, kami bergegas ke tanah perkuburan di masjid Alam Damai. Sesampainya di sana, jenazah sudah selamat dikebumikan. Di bawah langit redup tengah hari, Hafiz sedang meratakan tanah buat kali terakhir dengan wajah yang cukup tenang.Cukup redha.Cukup tabah...Allah, sungguh saya sepi menghayati suasana.

Bacaan doa Imam mengalirkan air mata saya. Tak tertahan...Doa yang cukup menusuk kalbu..
Alhamdulillah..'Ukasyah selamat kembali ke sisi Allah..


Insan Terpilih

Allah telah memilih kalian berdua dengan seistimewanya, wahai sahabatku..

'la yukallifullah nafsan illa wus'aha (2:286)
" Allah tidak sekali-kali akan menguji seseorang itu melainkan dengan keupayaannya.."

Sesunggunhnya, janji Allah itu benar..Kalian benar-benar terpilih untuk dikurniakan ujian kehilangan insan tersayang. Barang pasti, ujian itu diturunkan buat kalian dengan penuh kasih Allah, berjanjikan kerahmatan dan kecintaan Sang Pemilik segala di bumi dan di langit..

Kalian terpilih untuk menjadi ibu bapa buat si kecil yang tiada palitan dosa.
Kalian terpilih untuk merasa nikmat bahana Kasih Sayang Allah yang Maha Hebat
Kalian terpilih untuk diraikan bayi comel ini di pintu syurga di akhirat kelak..
Moga Keimanan dan Kesabaran kalian semakin ampuh dek belaian kasih Allah ini..


"'Ukasyah Milik Allah"~Mawaddah

Runtun jiwa kecil saya di saat Mawaddah menuturkan bait itu sejurus memberi penghargaan kepada sahabat-sahabat yang hadir buat mengiringi jenazah 'Ukasyah di Hospital Tengku Ampuan Afzan malam itu (14 Disember 2009). Kaki tak terasa menjejak bumi, hati parah menahan rasa.Mata tak terbendung air mata..

Tabahnya hatimu, wahai sahabat..
Pulangnya ' Ukaysah dengan keredhaan sepenuh jiwa kalian pasti adalah yang terbaik untuk pejuang kecil itu.

Lahirnya membawa sinar ke dalam hati kalian, Keletahnya membawa bahagia beserta kesyukuran buat kalian. Namun, perginya tidak akan pernah memalapkan semangat dan cinta kalian pada pejuang kecil itu..Pasti..

Syukurnya, perjalanannya tidak dicaliti dosa, tidak dipaliti nista..Jiwa dan pancainderanya belum discemari kejelekan dunia..Teruskan bertabah, Cinta Allah buat kalian senantiasa ada. Itu Doa saya.

Kasih Sayang Tanpa Syarat..

Ingin saya lakarkan segunung kegembiraan buat arwah 'Ukasyah, kerana si kecil itu merasa kehangatan kasih sayang tanpa batasan daripada kalian sekeluarga. Sejak daripada perkhabaran ketibaannya, hinggalah ke hujung nyawanya, cinta, kasih dan sayang itu tidak bersyarat, melainkan semata-mata daripada jiwa fitrah seorang ummi dan ayah..

~Allah, ku kagumi segala perancanganMU, ku tangisi segala kedhaifan ini ciptaan sendiri.


fiey ahmad
Jiwa masih Suram