IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Saturday, July 29, 2017

No comments:
#kembaraQuranfieyahmad #studycirclebedahalkahfi #notakahfi ~LETIH di perjalanan menuntut ilmu~ 18. Surat Al Kahfi (Ayat 62): Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: "Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini". . . Alhamdulillah. Pertama kali, Allah beri izin study circle kecil kami dilaksanakan di Jumaat mulia ini. Study circle yang berkonsep knowledge sharing, mutual equal give & take, kami semua bersama-sama belajar dan mengambil manfaat sebaiknya insyaAllah. Penyertaan dari kalangan mak-mak surirumah yang beranak kecil, yang mana sering kali sukar bertumpu lama di kelas formal. Di sini, kanak-kanak bermain dan sesi gigit menggigit juga berlaku.😂😂😁 Moga keberkatan berpanjangan untuk ibu-ibu dan anak-anak kelak. Memilih untuk membedah Al kahfi di setiap Jumaat. Semoga ia jadi titik tolak pada pembedahan Al Quran seluruhnya di tahap mampu kami mak-mak ini. Hari ini dua jam diisi dengan: PENGENALAN SURAH AH KAHFI KEISTIMEWAAN & KEUTAMAAN SURAH ASBABUN NUZUL 8 SEGMEN DALAM SURAH TAFSIR/TERJEMAHAN AYAT 1-3 alhamdulillah ala kulli hal. La quwwata illa billah Rabbana wataqabbal minna. Moga thabat dengan sedikit usaha mencinta Al Quran ini. Moga dapat menyediakan modul study circle bermanfaat buat kelompok ibu bapa lain juga. Letih, memang letih. Hidup biasa harian juga masih selesa walaupun letih. Letih ini letih untuk hidup luarbiasa, di sini juga di sana. Letih dalam menuntut ilmu itu janji. Legasi Nabi Musa dapat dirasai. Terima kasih Afifah Jaafar Nadia Roslan Noor Azurah Anuar Hidayatun Nafisah K. Norhazirah Mohd Nasir Fiey Ahmad Nasi kerabu untuk dijamu.

Wednesday, July 26, 2017

Ingin kembali menulis blog

No comments:
Bismillahirrahmanirrahim

Hati ingin sekali kembali menulis di sini.

Sebelum ini banyak menulis di fb, tapi simple short sweet tentang kehidupan seharian saja.

Setelah anak sudah tiga ini, tujuan perjalanan hidup bertukar hala lagi. Anak-anak yang semakin besar dirasakan perlu sentuhan yang lebih istimewa daripada kami ibu bapa.

Tiadalah pengisian terpenting terawal yang kami pilih untuk mereka selain pengisian hidup berTuhan dan beragama. Itu perkara pertama kami mahu cuba sedayanya isi dalam kehidupan awal mereka.


Baguskah kami
Alimkah kami
Mampukah kami

Wallahualam.

Kami harus redah hadapi cabaran dan terima ini sebagai PANGGILAN UNTUK KAMI KEMBALI pada trek jalan hidup bertuhan sebenarnnya.


Untuk mengajar mendidik memupuk, kami ibubapa yang terawalnya perlu belajar didik dan pupuk diri sendiri dengan pengisian yang baik serta benar lalu mengamalkannya secara optimum.

Kedengaran sukar ya.

InsyaAllah biiznillah, la quwwata illa billah.

Kami mohon doa, berusaha, jatuh bangun jatuh dan bangun lagi.

Doa lagi
Doa lagi.

Kami yakin Allah akan sentiasa ada dan bantu kami selagi kami benar ikhlas ingin kembali pada jalanNya sebenar-benar kembali.

Doakan kami ya.


fiey ahmad
Ini jalan tarbiyah kami.
26/7/2017