Sahabat,
Tiada kata indah yang mampu diungkapkan, tiada kata bermadah mampu ku susun, buat menyampaikan rasa hati. Sesungguhnya rasa bersalah menghuni hati, sejak dulu hingga ke saat ini..
Sahabat,
Berulang kali ku sakiti hati kamu, sama ada sedar ataupun tidak sedar, sengaja mahupun tidak sengaja...Terkadang saya malu mengimbas kembali rakaman luka yang ku hadiahkan buat kamu, sedang kamu setabahnya bersabar, menerima dam melayan aku sedaya kamu. Hati ini rasa terhiris dek ribuan sembilu runcing kerana menyakiti kamu..
Sungguh..itu bukan inginku.
Rasa di hati Allah sahaja yang tahu
Sahabat,
Doaku buatmu,
Semoga sentiasa di bawah lindungan Rahmat dan Kasih Sayang Sang Rabb...
Agar sentiasa tenang hati kamu, sentiasa mudah jalan untuk kamu..
Semoga cepat sembuh, luka luaran dan juga luka di jiwa kamu
Semoga kamu dikurniakan segala kemudahan dan yang terbaik untuk kamu..
Tiada ucapan lain ingin ku bicarakan.
Ku pohon maaf daripada kamu, sahabat.
fiey ahmad
Maafkan aku, sahabat
No comments:
Post a Comment