~ andai setiap langkahmu itu menyalur setiap niat baikmu, silakan, wahai sahabat!!~
Buat sahabat di hati dunia akhirat..
Terlebih didahulukan ucapan maaf penuh kasih sayang buat kalian semua. Andai ada tingkah langkah saya, ucap kata-kata, mimik dan gerak anggota badan yang mencorakkan kesan guris di hati kalian. Sungguh, aku bukan manusia sempurna.
Saya sekadar bercakap dari hati agar samapi ke hati kalian semua, insyaALLAH, itu harapan saya pada Sang Pemilik segala hati-hati kecil ini.
Andai setiap gerak langkah dan tingkah kalian bersama justifikasi inginkan ke arah lebih baik, silakan...!
Andai setiap gerak langkah dan suara kalian bersama nilaian jiwa dan akal yang cintakan redha ALLAH, silakan...!
Andai setiap gerak langkah dan keputusan kalian bersama renungan KESAN akan datang yang bermanfaat, silakan..!
Andai setiap gerak langkah kalian itu bersama dengan kesepaduan hati meningkatkan martabat dan nilai Islam, silakan..!
Andai setiap gerak langkah dan pemikiran kalian bersama dengan kesedaran semua tentang betapa pentingnya nilai Islam dalam kehidupan, silakan..!
Andai setiap gerak langkah dan laungan kalian tidak bersama-sama kebencian, hasutan, kata-mengata, dan segala macam musuh jiwa-jiwa Muslim, silakan..!
Andai setiap gerak langkah dan usaha kalian akan membawa kepada kebangkitan lebih ramai Muslim yang akan berjuang untuk mempertahankan Islam di kala dunia makin menuju ke akhirnya ini..silakan..!
Silakan, wahai sahabat..Islam telah lama menunggu kebangkitan hati-hati yang cinta padanya, yang sanggup berkorban apa saja untuknya, yang sanggup mencari kebenaran demi memeliharanya, yang sanggup meletakkan diri serendah-rendahnya demi kemuliaan Islam..Islam pasti bangkit suatu hari nanti bila mana hati-hati umat Islam kian sedar bahawa mereka punya tanggungjawab yang lebih besar daripada sekadar hidup du muka bumi Tuhan ini.
Doa Rabitah buat semua hati-hati yang menjunjung Islam
اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ
اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
~Apapun niat kita, apa-apa pun langkah kita, Allah sebaik-baik Penilai..Moga Rahmat dan Keampunan Allah sentiasa untuk kita~
fiey ahmad
aku hanya makhluk kecil yang inginkan Islam kembali di hati Muslimin Muslimat
wow! berbaur2 sarcastic? ke mmg betul2 mmean kan? erm aku rs cam lost sikit, sbb dah lama x ddk hostel, dah x tau perkembangan di sini. huhu. apa2 pon aku pon doa kan yg terbaik utk semua. :)
ReplyDeleteincik ria..
ReplyDeletepertama, dah la kamu itu memakai ID saya..setulusnya, aku tak berniat nak be'sarcasm' pon..
Cuba baca dengan nada yang sangat runtun hatinya. =)
Tak ada apa pun yang berlaku.InsyaALLAH
:)
ReplyDeleteaimir hanya tersenyum..ada apa-apa kah untuk dikongsi?
ReplyDelete