IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Diari waktu di Ramadhan yang berlalu

2 comments:
(post yang tersadai dek laptop dan broadband yang diragut)


Ramadhan yang telah berlalu pergi itu BULAN UJIAN untuk saya.

Agar dapat ditelusi tingkat kesabaran, agar dapat dinaikkan level keTAQWAan..Sebab, pada ujian itu ada RAHMAT Allah bersamanya


1 Ramadhan:
Ke sana ke mari untuk membuat persiapan untuk buka gerai di bazar Ramadhan di TTC..Tanpa kudrat lelaki, kami wanita-wanita ini harus men-dua kali ganda-kan kudrat kami..Termasuk Cikwan ku yang sarat mengandung tapi buat-buat cam tak mengandung..


2 Ramadhan:
Genap 5kali ramadhan tanpa Mak..Sayu..tak terkata..Hidup tetap harus diteruskan..



3 Ramadhan:
Peristiwa kena RAGUT...Notebook, broadband, Sony camera dan segala macam keperluan ada dalam beg itu bukan lagi rezeki saya. Allah ingin mencuci pinjaman Dia pada saya barangkali..Redha...


4&5 Ramadhan:
Demam 'kura-kura' melanda..Selama ni macam pernah dengar je perkataan tu, bila dah kena baru tau..Makan actifast 6tablet pun tak mampu nak relieve..Berkejar-kejar buat semua dokumen penting (IC, lesen, ATM card, kunci kereta dll)..Masa ni baru terasa perit kena ragut..Terfikir sekejap dan cuba meluah rasa, "sampai hati diorg yang meragut ni kan..



6 Ramadhan:
Peristiwa yang mencengkam jiwa yang sangat ingin dilupakan, juga membuatkan saya makin lebih belajar tentang lelaki dan cuba mengawal benci terhadap mereka yang 'melampaui' batas..Mungkin Allah nak cuci dosa saya dan juga mahu saya menjadi lebih pemaaf, lebih-lebih pemaaf. Sakit bila disakiti tu tak lah sebanding melihat saudara sedarah sedaging disakiti manusia yang sepatutnya menjadi pelindung kaum wanita. Sebab itu saya masih berpandangan sedikit senget terhadap manusia-manusia tak kenal dek untung, tak tahu nak bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan untuk mereka..Haishhh..

7, 8 & 9 Ramadhan:
Hujung bibir pecah seperti kena 'wrestling'. Ria ngan K.mar tak habis-habis kutuk cara gelak baru lagi bersopan angkara bibir pecah gitu. Moralnya, minum air masak banyak-banyak sebab dah 'dehydrated', walaupun da minum air banyak tapi masih juga pecah, itu masalah sebab duk dalam aircond lama sangat.Jadi, kena la 'put on something' atas bibir sebab nak kena jaga ye (bebel K.Ayu).

Hari-hari yang seterusnya dalam Ramadhan:

Rutin harian saya, pagi-pagi pukul 10 pagi dah kena pergi Terengganu Trade Centre tu, buka kedai tudung kakak..Jual tudung, tampal manik kat tudung sampai senget-senget pinggang ni. Itu semua untuk tolong kakak dan mencari sedikit 'income' di kala habis belajar. Berhenti rehat kejap masa pukul 6petang-8malam..Kadang rush balik untuk masak, kadang-kadang pergi buka kat masjid je. Malam sambung balik sampai pukul 11-12 malam..Malam raya setiap tahun mesti pukul 5 pagi sampai rumah..Berulang setiap tahun. Tapi suasana sekarang tak macam dulu.......

Kenangan Ramadhan seumur hidup:

Urmm, sebenarnya terlalu banyak kenangan bazar Ramadhan di TTC ni dengan kedua-dua arwah..Dari kecil dah kami dibawa meniaga setiap kali bulan Ramadhan, sedari kecil kot tak ingat dah setepatnya. Tapi antara yang memang tak mampu dilupakan, menjual di kaki lima, di sudut kedai kodak Jalan Banggol, di tengah jalan Paya Keladi..Tiba masa buka puasa, kat situlah tempat berbukanya kami sekeluarga..Tengah hujan ke ribut ke..berniaga tetap berniaga..Ada pernah satu masa, hujan ribut datang, kami adik-beradik seorang satu pegang batang besi kerangka khemah..Sadis ada, nak gelak pun ada..huhu

Dulu kan, Ramadhan adalah bulan yang paling tak diingini wujud dalam hidup saya yang berhati memberontak ni. Sejujurnya, saya 'tak suka' Ramadhan, sebab dalam Ramadhan selalu ada perkara-perkara sedih, sakit hati, gaduh, marah-marah,..Tak suka itu, Tak suka itu..Sebab tu saya kasar.

Tapi sekarang tidak lagi sama serupa dulu, Ramadhan sememangnya bulan Rahmat bulan penuh Berkat, yang Allah turunkan bersama-samanya ujian untuk tingkatkan level yang kita ada..Allah tak pernah sekali-kali menipu dalam janji-janjinya..Kalau saya yang pemarah ini, Allah turunkan lagi ujian yang mengundang kemarahan meluap-luap saya sebab nak tengok dah sampai mana tahap menahan marah saya. Di kala saya ni susah nak maafkan orang , masa Ramadhan Allah turunkan lagi ujian dengan buat saya mengadap orang-orang yang menyakitkan jiwa raga..Itu semua Rahmat Allah tanda Allah sayangkan saya kan.Setiap itu juga membuatkan saya berpaling ke belakang dan berkata pada diri sendiri "sampai bila aku harus begini..susah-susah pun nak berubah, aku harus berbuat sesuatu..Untuk aku, hidup aku dan kehidupan aku kat sana"..Dan saya pasti, setiap orang pasti ada cerita masing-masing..Tinggal ambil ke tak ambil je ibrah daripada peristiwa-peristiwa..

Saya berkongsi cerita bukan mahu menbuka pekung di dada, mengkhabar aib merata-rata, cuma menulis dengan harapan ada mesej tersampai kepada sesiapa yang membaca.

Jika merasa diri dan hidup ini susah, sungguh, lebih ramai lagi yang jauh lebih susah daripada kita...Insafi diri

Jika merasa diri dan hidup ini mudah bagi kita, jangan pernah lupauntuk bersyukur agar kita tak terlaknat sebagai hamba yang sombong..

Ramadhan sememangnya bulan yang cukup indah.Banyak fadhilat dan rahmat bersamanya. Buat sesiapa yang berfikir dan menghargainya. Semoga ketemu lagi Ramadhan tahun depan.



fiey ahmad
merindu Ramadhan yang pergi

Tuesday, September 15, 2009

*Omar ALi*

3 comments:


Tiada ucap dapat menterjemah rasa kasih dan sayang yang ada dalam hati ini..

Hanya ingin digambarkan betapa rasa kesyukuran itu melangit punya adik seperti kamu..

Sejak bila..tiada pasti dari sini..

Mungkin sejak kamu kecil..
Adik paling nakal, paling hyperactive, paling gagah perkasa (boleh bilang banyak parut di muka dia tu).. ~Ada bahagia di situ

Mungkin juga sejak di sekolah rendah,
ketika kita selalu pergi sekolah sama-sama,
ketika kamu diumumkan 'lanun sekolah' bermata satu di hari perhimpunan, ketika melihat rambut kerinting kamu itu digunting cikgu Zamri (cikgu disiplin S.K. Paya Bunga) sejurus lepas perhimpunan.Juga ketika telinga kamu hampir diparang arwah AYah (tapi acah je pakai bahagian tumpul parang..hehehe).. ~Ada bahagia di situ

Mungkin juga sejak kamu di sekolah menengah..
Daripada budak gemuk Form 1, kamu 'transform' jadi lelaki good looking yang baik hati. Setiap minggu ada saja dapat 'call' untuk ke asrama SBP Batu Rakit tu, keropok, mee sup dan duit poket semestinya jadi bekal.~ Ada bahagia di situ...
Di Zaman Kamu SBP Batu Rakit dulu nih...

Dan..

Paling berkesan di hati ini, bila saat dan waktu kamu menjaga arwah Mak..Kamu menjaga arwah sepenuh hati, sepenuh jiwa, penuh kasih sayang dan tanggungjawab, sehingga arwah sendiri memuji layanan baik kamu sekalipun kamu dalam tempoh persediaan SPM.. Masih jauh untuk aku setaraf itu..Ketika aku ingin mengkhabarkan berita pemergian arwah, aku kuatkan seluruh jiwa untuk ke sekolah kamu, dengan air mata bercucuran sepanjang perjalanan, aku doakan agar kamu tabah..Namun, sebaliknya, aku lah yang tidak tabah di ketika itu, empangan air mata aku pecah tatkala melihat ketabahan kamu, kecekalan kamu, kekuatan kamu, dan ketaatan kamu..
Di kala kamu memeluk aku saat itu, aku menangis lirih mendengar kata-kata kamu..

"Shhhh..Jangan nangis, fiey...Kita kena kuat" Bukankah itu ayat aku untuk kamu sepatutnya..

Aku kaku melihat wajah tenang kamu, lalu kamu berkata " Arwah dah pesan kat aku jangan menangis bila dia pergi"..Lantaran itu aku dapat jawapan untuk kecekalan kamu itu, letaknya pada KETAATAN kamu..

~ALLAH, sungguh...., ada bahagia di situ..Sebenarnya aku beruntung punya adik seperti kamu..

Sejak itu kita makin bertambah rapat kan, menghabiskan masa bersama arwah Ayah yang kita masing-masing tidak menjangka pemergiannya selepas 2 tahun lebih arwah Mak pergi...Masih aku ingat lagi, nada suara kamu mengkhabarkan berita kepulangan arwah ke Rahmatullah malam itu...

"Fiey...Doakan Ayah yee..."

"Omar, Ayah macam mana?????!!!"

"Doakan 'ARWAH' Ayah yee..." sambung kamu penuh tenang.. Aku rebah..Tak tertanggung rasa itu..

"Omar....!!Tak mboh (tak nak)..!!"jerit aku tenggelam dalam tuala kecil di tangan..

"Jangan nangis, fiey...Jangan gini...Kita kena redha kan arwah pergi.." seru kamu..

Kelemahan ini jua aku pahatkan pada ketabahan kamu tika itu..Setibanya di rumah pagi itu, kamu berwajah tenang, seolah-olah tiada perkara yang memeritkan berlaku, menyambut aku dengan berpayung banner dengan Amit, dek hujan renyai yang membasahkan...~Ada bahagia dalam sayu di situ..

Perjalanan kita sebagai piatu juga menjadi tidak begitu berat dengan kamu di sisi...

Memberi kata-kata kekuatan di kala lemah bertamu,
Memberi jenaka menghibur di kala duka menjelang..
Memberi optimis di kala pesimis menjengah..

~Sungguh, ada bahagia di situ~

Aku sangat ingin kamu tahu, betapa aku kasih pada kamu..
Aku sangat ingin kamu tahu betapa aku sayang pada kamu..
Aku sangat ingin kamu tahu betapa aku tidak mahu melukai kamu..
Aku sangat ingin kamu tahu betapa aku sangat ingin lihat kamu tenang dan bahagia selalu dunia akhirat..

Sungguh, tiada apa pada aku untuk aku katakan bahawa aku adalah kakak yang baik untuk kamu..
Tiada apa yang aku lakukan untuk kamu untuk aku katakan aku telah menjadi kakak yang baik untuk kamu..

Aku sekadar aku yang akan sentiasa kasih dan sayang pada kamu..
Tak kira apa kamu dulu,
Tak kira apa kamu sekarang,
Tak kira apa kamu akan datang..
Cinta, Kasih Sayang atas nama Allah yang Maha Pengasih, demi darah yang mengalir sama dalam tubuh kita, aku harap tidak ketemu hujungnya..

Maafkan aku andai tersalah bicara, mengguris rasa, mengusik hati kamu...
Sungguh, bukan itu niat aku..

~wallahua'lam~

fiey ahmad
UIA Kuantan
25 Ramadhan

Saturday, September 12, 2009

Kekasih yang Bakal Pergi

No comments:

Lebih kurang seminggu saja lagi Ramadhan kali ini masih bersisa.


Di kala begini, bebanan tugasan dunia seakan tidak mahu mengalah, berderet-deret, sehinggakan badan ini juga terkesan dengan keadaan ini. Lebih kecewa bila tumbang di dinihari dan terlewat bangun untuk hari ini, di pagi yang ada running assessment untuk Oncology Nursing. Kelam kabut juga pagi tadi, kesian Mamas dan Siti, huhu. Terpaksa tunggu kita. Sory yep..


Mungkin effect daripada 3 hari berturut yang menyegar-bugarkan diri dengan keterpaksaan, mengerah sistem badan bekerja lebih masa dan lebih daripada kebiasaan. Agaknya, inilah shock syndrome yang dihasilkan.


Dan mungkin ini juga adalah latihan persediaan awal untuk saya dan badan saya setelah lama dimanjakan dengan status hibernasi di comfort zone. Persediaan untuk berhadapan dengan situasi yang pasti jauh lebih sibuk, jauh lebih sukar, jauh lebih berat dihidangkan pada masa depan.


Ayat yang saya selalu ingatkan pada diri saya dan sahabat rapat,


"Kita tak tahu apa akan jadi 2 saat lepas ni.."


Untuk itu, saya sedaya upaya persiapkan diri untuk apa jua kemungkinan, apa jua kebarangkalian.


Agar tidak tersalah mengharap..


Agar tidak kecewa bila tersalah mengharap..


Agar tidak mengaduh dan mengeluh apabila kecewa...


Agar lebih bersedia, untuk belajar erti pasrah dan redha...



Ramadhan kali ini yang bermakna..


Sukar mengekspresikan rasa, untuk segala perkara yang diperolehi, dipelajari, dikutip sepanjang Ramadhan kali ini..


Untuk itu, saya sangat ingin menyatakan bahawa terasa Ramadhan kali ini sangat meninggalkan bekas pada diri..



  • Ramadhan dan Aidilfitri pertama tanpa kedua-dua cinta hati tersayang. Sangat menginsafi kelemahan yang sebati dengan jiwa-jiwa manusia, betapa kita ini gagal untuk menghargai, gagal untuk mencintai dan mengasihi insan-insan ini sehinggalah kita kehilangan mereka.

  • Di kala umur sudah lebih 2 dekad ini, saya sangat dapat merasakan betapa diri ini harus dipersiap-sediakan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah, secara realiti. Jika dulu, kita hanya menunggu dan bergantung harap pada orang lain untuk menyelesaikan nya, atau, berharap masalah itu akan selesai sendiri. Namun kini, tidak lagi, demi akal, hati dan jiwa yang dipinjamkan oleh Allah bukan dengan tujuan sia-sia, kita seharusnya bertemu muka, berhadapan dan cuba menyelesaikan masalah yang ada dengan penuh hikmah dan tanggungjawab.

  • Di Ramadhan kali ini juga, setelah sekian lama tidak memesrakan diri dengan dunia luar, sangat berasa sayu, sedih, kecewa dan dukacita. Kebimbangan itu meraja di pelusuk hati. Menjejak ke alam nyata menimbulkan 1001 kegusaran. Jika dulu, bazar Ramadhan itu adalah tempat yang mebuatkan hati melonjak-lonjak ingin pergi, untuk merasai keindahan suasana Ramadhan, tapi kini hanya tinggal sebuah tempat mencari makanan yang amat menyakitkan mata, menyesakkan jiwa, meresahkan segala saraf...Intisarinya, bukan harus kita elakkan diri kita sejauh-jauhnya daripada berkunjung ke tempat sedemikian, kerana di situlah letaknya wajah hakikat realiti umat manusia sekarang, lebih spesifiknya, umat Islam sekarang. Andai kita lantang kita bersuara kita adalah dai'e, maka inilah realiti mad'u kita. Andai kita kata kita adalah bakal pemimpin, inilah realiti orang yang bakal kita pimpin. Di sini, ingin saya zahirkan suara kecil saya, DEKATILAH, SELAMILAH, FAHAMILAH, BERSAMALAH dengan realiti, agar kita sedar, tugas kita bukan hanya merancang strategi, mengimplementasi pelan, malah lebih jauh daripada itu~BERSEDIA MENGHADAPI REALITI~bukan fantasi di comfort zone.

Masa makin berlalu pergi...

Apakah kita masih di sini..

Mencari-cari..

Erti hidup hamba hakiki..

Barang pasti hidup ini suatu pencarian..

Yang titik akhirnya adalah mati..

Semoga ketemu apa yang dicari..

~Wallahua'lam~

Salam Ramadhan dengan pohonan kemaafan

fiey Ahmad


Friday, September 11, 2009

Atas Nama Cinta..

No comments:


Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Buat hati-hati yang mencari kasih dan cinta hakiki..Perjalanan ini bukan mudah..Selamat menghadapi segalanya..

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Di masjid di bulan Ramadhan..

No comments:

Ramadhan sememangnya bulan yang istimewa..

Padanya Rahmat dan Nikmat berlimpah-ruah..

Padanya Terawikh yang cuma di boleh didapati pada bulan ini..

Padanya juga, bazar-bazar makanan, pakaian dan segala-galanya, jauh lebih hebat daripada bulan-bulan biasa.

Padanya juga, masjid-masjid di seluruh pelusuk alam di imarahkan dan dihidupkan..

Antara ADAT dan IBADAT, hanya Allah dan pelakunya sahaja yang tahu..

Ramadhan kali ini, banyak benar kisah suka duka, pengajaran dan iktibar dapat saya kutip. Untuk difikir-fikirkan, di analisis dengan akal dan hati, diterjemahkan dengan tindakan dan rasa, yang kadang-kadang dengan senyum, dan kadang-kadang jua dengan air mata..Hanya Allah sebenar-benar tahu..


Di Masjid Kampus

Hidup sebagai pelajar kampus, sebahagian besar Ramadhan pastinya dijalani di bumi ilmu ini. Dan sesungguhnya, rasa syukur setinggi-tingginya saya rafakkan pada Allah, kerana begitu banyak buah-buah iman dapat saya kutip sepanjang hidup hampir 6 tahun di sini.Melalui hidup sebagai pelajar, hidup bersama teman dan juga komuniti mahasiswa..

Sejak dari Matrikulasi UIAM lagi, solat di masjid bersebelahan Mahallah Abu Bakar, menjadi kerinduan bagi kami berlima. Kadang-kadang, ambil juga peluang berbuka di sana, bukan hanya semata-mata nak jimatkan belanja, tapi juga untuk menikmati suasana Ramadhan yang meriah dan diberkati. Bila berterawih, suasana aman dan harmoni, dengan saf yang dirapatkan, hingga bertemu bahu dan bahu masing. Terasa 'zouq' ukhwah sesama saudara lebih-lebih lagi di ketika bersalam, meskipun tidak begitu mengenali siapakah gerangannya.

Di main campus juga tak jauh beza,cuma masjid di Kuantan masih dalam construction. Namun itu, tak mematahkan semangat Ramadhan, musola-musola tetap diimarahkan, tetap dihidupkan, oleh jiwa-jiwa yang rindu pada ke'izzah'an Ramadhan. Dan Ramadhan kali ini, saya berkesempatan juga menikmati Terawikh di masjid UIAM, Gombak. Walaupun sekejap cuma, namun alunan ayat-ayat suci Al-Quran pada malam itu amat terkesan di hati, Subhanallah sangat merdu dan meruntun hati..Sejenak terfikir, bagaimanakah ada jiwa-jiwa yang melepaskan peluang menikmati keindahan itu..Wallahua'lam

Saya agak berasa iri hati dengan kehidupan di kampus Gombak, peluang dan jalan luas terbentang untuk meraih semaksima mungkin kelebihan-kelebihan yang ada di sana. Hampir segalanya disediakan, daripada juadah berbuka, moreh sahur dan Terawikh yang harmoni dalam mejalani ibadah di Ramadhan ini. Namun, saya pujuk hati, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu jauh daripada jangkauan manusia. Saya raikan perbezaan ini. Cuma berharap dan menyimpan impian untuk ber'iktikaf di masjid itu suatu hari di bulan Ramadhan.

Di Majid Ladang, K.Trg..

Kepulangan ke rumah untuk beberapa hari mengubah sedikit jadual Ramadhan saya. Tapi demi meraikan kakak tersayang dan adik-adik, kepulangan ini menjadi sangat bermakna buat semua. Agak kesal kerana terpaksa meninggalkan terawih 1 malam di masjid untuk sebab yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, malam seterusnya saya diberi peluang oleh semua untuk berTerawikh di masjid Ladang, yang terletak hanya beberapa langkah je dari rumah CIk Wan.

Saya seorang diri bergerak ke masjid malam itu, bertemankan bunyi mercun yang meletup hanya kira-kira 50 meter je dari saya. ~Palpitation~

Setibanya di masjid,saya mengambil tempat di saf ketiga, berhampiran Tabung Derma masjid. Disebabkan datang ke masjid hanya dengan telekung solat, saya selesaikan solat sunat tanpa sejadah. Usai solat, tiba-tiba seorang mak cik datang mengambil tempat di tepi saya. Duduk dan senyum pada saya. Saya balas senyum tulus mak cik tu.

"Tak de sejadah ye?",Lembut suaranya bertanya.

"Aah, cik. Tak bawa tadi..", jawab saya. Senyum.

Dengan senyum tak lekang di bibir, beliau menukar kedudukan sejadahnya, untuk dikongsikan bersama saya. Lembut wajah itu, tulus budi itu, membawa ingatan dan kerinduan saya pada arwah Mak. Arwah Mak yang sering meng'ithar'kan orang lain berbanding dirinya..Al-Fatihah..*bergenang mata..

"Terima Kasih, Mak cik.." Semoga Allah berkati kebaikan Mak cik.

Di Masjid Negeri, Pahang.


Di sepanjang Ramadhan ini, baru semalam berkesempatan berTerawikh di sini. Pergi seorang diri juga. Masjid ini amat besar dan luas sekali. Namun, sayang, ruang sembahyang hanya terisi 3 saf sahaja di bahagian Muslimat, di bahagian Muslimin tak begitu jelas kelihatan. Mungkinkah, Muslimin Muslimat lain sedang memenuhi masjid-masjid lain di sekitar Kuantan (ayuh bersangka baik di bulan Ramadhan ini).

Segalanya sepeti biasa sahaja pada mulanya. Saya di saf kedua. Bila seruan daripada imam berbunyi,
"Rapatkan Saf, Penuhkan Saf.."
Para jemaah mula bergerak, merapatkan saf,memenuhi ruang yang ada.
Ada ruang kosong di saf pertama, seorang kakak tu mengajak saya ke atas untuk mengisi ruang tu.Bersentuhan lengan, selesa yang secukupnya.

Solat Terawikh
Empat rakaat dan doa..

Sehinggalah di ketika hendak mendirikan rakaat seterusnya, ada seorang Mak Cik dari sebelah kanan saya bersuara,

"Dik, boleh tak adik ke sana, sempit la.Tak kusyu' sembahyang." sambil menunjukkan satu ruang di sebelah kanannya yang baru sahaja dikosongkan.

"Ye lah..Sempit ni.." sampuk seorang lagi makcik di sebelah kiri kakak tu.

Tersentak kakak dan saya ini..Kami rasa selesa aje di saf itu, seperti yang sepatutnya. Kedua-dua mak cik ini masih lagi mengomel sambil mengalihkan sejadah masing-masing. Bagi mereka, harus ada ruang agar mereka selesa lalu kusyu' dalam solat..
Lalu, dengan hati yang sangat berat, dengan penuh tanda hormat, saya beredar ke sebelah kanan.Merapatkan kembali saf di situ, dan kali ini makcik di sebelah saya tidak menyuarakn apa-apa.Alhamdulillah..

Terawikh 8 rakaat saya di situ dapat ditunaikan, namun sedikit kekesalan berbekas di hati. Kerana Tidak Mampu Bersuara dengan baik, menyatakan dengan baik sesungguhnya saf yang lebih rapat itu lebih baik daripada keronggaan di setiap saf.Semoga hati ini makin kuat untuk masa hadapan.

“Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di tengah-tengah dan penuhilah celah-celah saf (yang kosong)”. (Hadis riwayat Abu Daud)

ihsan dar http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic53_2001.htm

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul _ihsan www.tanyasifu.com

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

'Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.' (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

'Dari Anas bin Malik r.a. berkata, '(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.' (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

'Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan

3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.' (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.' (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, 'Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

'Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian'. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)


Ramadhan makin mengakhiri dua pertiga nya..
Sama-sama kita hayati sedalam-dalamnya..

Wallahua'lam

fiey ahmad
JHC

Friday, September 4, 2009

Ramadhan dan Tidur...

No comments:

Puasa bererti menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari..

Urrmm..menahan diri daripada makan dan minum menyebabkan sebahagian besar kita berehat daripada melakukan kerja-kerja harian mereka setahun yang lepas. Berehat ni bukan bermakna tak buat kerja langsung, cuma berjalan dengan 'slow rate' sikit. Kalau tak jalan langsung, alamatnya, "bercerailah nyawa dan badan" (gaya nada suara P.Ramlee dalam cerita Pak Belalang).

Ini bermakna sistem penghadaman dan juga sistem lain diperlahankan gerak kerja disebabkan perlahannya sistem peredaran darah dalam badan. Pendek kata, sistem badan amatlah bergantung pada satu sama lain, dan sistem peredaran darah merupakan sistem penghubung antara kesemuanya. Di kala berpuasa, kebanyakan kita akan mengalami syndrome 'oxygen deprivation' (kekurangan oxygen) dan mendorong rasa mengantuk itu menghantui hidup, lebih-lebih lagi di Ramadhan ini. Bila ditambah dengan kerja-kerja sekolah dan Mid Term exam yang memenuhi ruang waktu pelajar-pelajar UIAM di ketika ini. Stress dan high workload meningkatkan lagi oxygen demand oleh sel-sel dalam badan ni.

Compensatory response


Bila dah kekurangan oksigen ni, kita biasanya akan menguap (tanda kurang oksigen la tuh). Dan menguap ni tandanya kita perlu tidur, sebab tidur buat badan kita berada dalam keadaan 'stand by', penggunaan oksigen paling minima dan juga dapat tebus oksigen tu.
Boleh difahami di sini,
bila puasa, oksigen makin kurang,
bila oksigen kurang,kena ganti balik,
nak ganti balik, kena tidur..wuwuwuwu..

Tapi...

Cuba ambil masa fikir sekejap, bulan ni bulan Ramadhan, setahun sekali je datang jenguk kita. Tu pun kalau kita panjang umur, sempat lagi Ramadhan depan, kalau tak, ni je peluang kita, nak rebut keberkatan dan keindahan Ramadhan ini. Ramadhan bukan sahaja pasal puasa, buka puasa, makan apa, minum apa..Ramadhan is far beyond those..
Urrmm..ruginya kalau Ramadhan kita ni banyak dipenuhkan dengan tidur kan, sebab bila kita tidur, mata tutup, otak dah tak berfikir secar sedar,dan masa di Ramadhan berlalu macam tu je..Sayang kan..

Bukan niat di sini nak beritahu semua orang jangan tidur di bulan puasa ini, saya pun tidur jugak, *sengih-sengih..;), tapi kena berpada-pada kan..

cuma buat peringatan kat diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, Ramadhan ini bulan istimewa, jom kita sama-sama memaksimakan penggunaan masa di ketika masih di dalam waktunya..

Baca Quran..
Baca buku..(da nak exam kan)
Baca blog orang..(cari iktibar dan pengajaran, serta cerita-cerita lucu)
Muhasabah diri..
dan lain-lain lagi lah..

sesungguhnya saya hanya insan biasa..Ngantuk dan tidur dalam kelas tu amatlah sinonim dengan saya ini, bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, *huhhhh..
Tapi akan cuba berusaha ni, at least di Ramadhan ini nak menikmati Ramadhan ni baik-baik, bimbang tak sempat Ramadhan seterusnya..
Kalau saya tidur sekejap tu, bagi lah saya peluang..hihi..
Kalau nampak tidur yang lena dan lama itu, kejutkanlah saya..
Beritahu kat saya "fiey, Ramadhan ini..jangan terlepas.."

Apa yang saya nak kongsikan di sini..pentingnya sahabat-sahabast dalam menjalani hidup.
Sebagai teman,
Sebagai sumber suka duka,
Sebagai pemberi peringatan,
dan sebagainya lah..


“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu,
sehingga dia mengasihi untuk saudaranya,
apa yang ia kasih untuk dirinya sendiri”
(Hadith Muslim)



P/s: teori tidur, menguap dan sebagainya di atas adalah pemahaman saya yang sedikit daripada ilmu yang saya belajar. Kira overview je la dari pehamaman ni.:)

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru, sedang dan akan belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..

Thursday, September 3, 2009

DUNIACACAMARBA: [KEMAS KINI] Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL

2 comments:
DUNIACACAMARBA: [KEMAS KINI] Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL

klik link di atas, untuk pembacaan...


Salah paham kerana Tak Paham..

Tak Faham kerana Tak Mencari..

Apapun jua, carilah untuk dapatkan kefahaman,supaya dengan faham itu bertambahlah YAKIN kita pada apa yang kita pegang..Bak kata alim ulama'~Jangan Bertaklid Buta~

Wallahua'lam

~fiey ahmad~
pagi hening

Wednesday, September 2, 2009

Tinggal Sedikit Cuma...

No comments:

Ramadhan masih lagi berbaki beberapa hari sahaja lagi.Sudah diraikan sepenuhnya kah Ramadhan kali ini oleh jiwa kita ini..Jiwa hamba mencari Tuhan..

HIDUP DENGAN PELBAGAI TUGASAN

Tidak dapat dinafikan sama sekali kita hanya manusia biasa, penuh dengan rutin harian yang perlu dilunaskan, keperluan harian yang harus dipenuhi. Contohnya, sebagai seorang pelajar,di pertangahan semester begini sahaja, tentulah hidup kebanyakannya disesakkan oleh pelbagai tugasan dan juga peperiksaan pertengahan semester. Masa yang ada sangatlah terhad, jika dinisbahkan dengan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan, teramatlah besar ratio itu.

Kata orang "setiap kerja itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh.."..Pendek katanya, Buat Yang Terbaik untuk setiap perkara..Terkesan juga dengan tulisan seorang sahabat blogger yang baru saja saya singgah lamannya buat pertama kali.Katanya,

"ILMU UNTUK SEGULUNG SIJIL

Tanpa berselindung, sekarang ini timbulnya graduan kurang kualiti, graduan tidak cukup kemahiran. Tanyalah graduan universiti sekarang, bagaimana mereka menyiapkan kerja kursus dan tesis? Apakah cukup hanya dengan mencedok beberapa buku teks, dan kemudian cedok research serta artikel jurnal, tesis dan kerja kursus yang sudah siap, kemudian dihantar tepat pada masanya tanpa menilai kualiti ilmu di dada.

Bertanya, bersembang, berhujah dengan pensyarah hanya satu jam dan kadangkala kurang (selain waktu pengajaran wajib dalam dewan kuliah dan tutorial). Nampaknya, disiplin kita dalam menimba ilmu amat jauh berbanding mereka yang bersusah payah menempuh perjalanan jauh sebelum memahami sesuatu bab kecil dari beribu-ribu bab ilmu yang terdapat di dunia ini.

Bagaimana kita nak lahirkan ilmuan hebat macam Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Alkhwarizmi?
"

Allah..Terkena betul saya..Mungkin tak serupa sebiji, bau-bau bacang itu,terlekat jua..

Ingin sangat di hati ini,menjadi 'berilmu' itu sebagai betul-betul berilmu..Maksudnya,berilmu dengan ilmu itu lekat di dada, boleh di guna pakai bila-bila masa..Boleh memberi manfaat pada yang lain tak kira di mana..

Tapi, persoalannya pasti timbul bagi sesetengah pihak, mungkin termasuk saya sendiri..Bukan mudah untuk mencapai tahap ilmuwan dahulu kala, di kala jiwa mereka penuh semangat mencari ilmu berbekalkan cinta pada Allah dan Rasul, dan cinta pada ilmu itu sendiri.

Beberapa faktor yang saya cuba koreksi pada diri saya...

1. ~Hablun min Allah~Hubungan dengan ALLAH taala.

Sebagai manusia lalai dan lemah, saya membesar bukan sebagai kanak-kanak kudus yang bercahaya iman di jiwa mereka, meningkat remaja bukan sebagai anak remaja solehah yang tulus jiwanya. Tapi saya membesar dengan usia kanak-kanak perempuan yang nakal, berjiwa explorer, banyak bertanya, suka nampak hebat, dan sewaktu dengannya. Zaman remaja, berkonflik dalaman sendirian, mencari identiti dan jalan hidup berdasarkan logik akal sendiri..Pengisian iman dalam diri saya amatlah sedikit.

Dan di ketika usia pasca dua dekad ini, saya masih berdikit-dikit mencari dan mengisi kantung hidup saya dengan buah-buah iman. Mungkin saja saya tersungkur akibat tersadung batu dek tidak dapat melihat batu di hadapan,mungkin saja kantung saya bocor dek kelekaan saya, mungkin saja buah-buah iman itu tercicir dan memburuk begitu sahaja dek kelupaan saya menikmati dan berkongsi..Sungguh, saya hanya insan lemah, namun, atas kesedaran yang sedikit cuma ini, akan saya terus melangkah, bermujahadah mengutip buah-buah iman buat bekalan mencari Tuhan.

Seperkara yang saya berpegang pada..
Bukan permulaan nilaiannya..
Tapi, dihitung itu pada akhirnya..
dan pengakhiran itu perlu kepada sepanjang usahanya, selagi sedar untuk berusaha..


2. ~Hablun min an-nas~ hubungan sesama manusia


Mungkin saja ilmu itu tidak lekat di hati saya kerana hati saya ini tidak tenang tempatnya untuk didiami ilmu itu. Mungkin saja niat baik itu tidak kekal lama di hati saya kerana ada rasa kurang enak bagi niat baik itu untuk bertempat di hati orang yang menimbulkan kurang senang dihati orang lain..Mungkin saja, rasa-rasa kurang senang yang pernah dahulu kala saya timbulkan..

Di bulan Ramadhan ini, ingin saya pohon kemaafan daripada sahabat-sahabat dan semuanya. Bimbang tiada kesempatan selepas ini. Moga semua tahu, tidak pernah ingin begitu melukakan..Maaf jua dipohon..

Kata seorang sahabat," fiey, realitinya, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang..". Ada benarnya di situ, namun, bagi saya, harus kita cuba sedaya-upaya untuk tidak melukakan orang lain, hanya ALLAH yang maha Penilai.Sama-samalah kita berlapang dada sesama sahabat atas nama cinta sesama saudara, atas dasar berpayung di bawah naungan Islam penuh rahmat, insyaALLAH, banyak masalah hati boleh dihindari.

3. Sifat dan Sikap yang ada pada diri sendiri

Ilmu itu nur. Nur itu tempat letaknya pada yang besih, elok dan molek..Barang pasti mudah terlekat pada jiwa bersih. Mungkin hati ini masih berbaki sifat-sifat dan sikap-sikap dahulu..
Dan yang pasti, saya adalah anak kebimbangan arwah Mak, sehinggakan
"Nor, tolong tengok-tengokkan adik mu (saya la tu)tu, Mak bimbang kat dia.." kata MAk.
"Kenapa, Mak?" Nor bingung, tak faham.
"Mak bimbang kat dia, sebab 'suara dia kuat" antara pesanan terakhir Mak..Nor nak tergelak, masih tak faham.
Sesungguhnya wahai kakakku, itulah yang menjadi kebimbangan adikmu ini setiap masa semenjak diceritakan perbualan itu. Terlalu lemah saya ini untuk melihat kelemahan diri yang selama ini saya anggap itu sebagai kekuatan.

Biasanya, kita kira kelebihan kita itu kekuatan kita. Tapi mungkin juga sebaliknya. Bukan hendak dikatakan di sini, setiap kelebihan itu tidak elok untuk kita, tapi hanya ingin mengingatkan sahabat dan diri sendiri, jika tidak dijaga, kelebihan itu akan menjadi sumber kesombongan dan keangkuhan kita, lalu menjadi carcinogenic agent dihati kita manusia. Hati yang sakit tidak akan mudah menerima nur ilmu dan tidak akan menikmati buah-buah iman sebaiknya. Namun, jika kelebihan itu dikongsi kelebihannya untuk kebaikan ramai, pastinya ia akan menjadi lebih bermakna sebagai kelebihan buat semua.

p/s ::Mak, akan saya guna 'suara kuat' anak Mak ini untuk memberi dan menerima, agar terkesan dan berkesan pada diri dan orang lain. Jihad melawan perasaan ego, angkuh sendiri..

Muhasabah dan Mujahadah


Kisah lalu bukan alasan untuk kita terus berada di dalam gelap itu, untuk terus di situ. Hidup dengan pelbagai tugasan bukan alasan untuk kita tidak melakukan yang terbaik. Sibuk bukan alasan untuk kita tidak menjadi orang yang berilmu yang diberkati..Sibuk bukan alasan untuk kita tidak berfikir dan menyumbang untuk Islam..
Sahabat saya ada berkata, "Bila kita sibuk, kita akan lebih menghargai masa.."
Katanya lagi, "Semua dah ada depan mata, tingal nak ke tak nak je.."

Muhasabah sebagai koreksi diri, harus dilakukan bila-bila masa, di ketika memandu, menunggu bas, hendak tidur dan lain-lain lagi..
Muhasabah pada kekurangan dan kelebihan diri agar kita menjadi hamba yang bersyukur pada nikmat, bukannya hamba kufur nikmat yang di istidrajkan Allah.Nauzubillah.Istidraj itulah paling digruni, bimbang berakhir di saat kita masih belum tersedar dari kekufuran pada nikmat..Sesungguhnya,muhasabah itu perlu di thabatkan pada hati-hati kita sebagai hamba ini..

Mujahadah itu semangat dan keinginan yang iltizam, yang melorongkan langkah-langkah kita ke arah lebih baik, di wangikan dengan muhasabah dan buah-buah iman yang di kutip di perjalanan. Menuju Redha Allah, bukan jalan mudah, malah berduri berliku..

Wahai hati-hati yang dambakan redha Ilahi dunia akhirat..
Ayuh..
Selagi kita sedar, selagi itu hati harus bermuhasabah, selagi itu jiwa harus bermujahadah..Menuju ke arah lebih baik..Menuju cinta Ilahi..

Dengan sedikit cuma masa yang tinggal ini, bermuhasabahlah dengan rahmat dan berkat Ramadhan ini, bermujahadahlah dengan semangat Ramadhan..InsyaALLAH, dipermudahkan urusan..

Hargailah masa yang sedikit cuma ini..Entah esok masih ada masa untuk kita..

~wallahua'lam~

fiey ahmad
rindu kat family..

Tuesday, September 1, 2009

11 Ramadhan

3 comments:


Ramadhan da masuk hari ke 11..

Terasa penat badan hari ini..Mungkin compensatory response masih mengambil tempat dalam sistem badan ni..

Apapun, akan saya cuba memenuhi Ramadhan ini, untuk melakar kenangan bermakna di ketika usia 22 tahun ni (upps, walaupun dalam surat beranak dah 23 tahun)..

Dah masuk fasa ke 2 pertiga Ramadhan.Sangat cepat masa berlalu.Minggu ini pula banyak assignment dan midterm exam, bimbang juga teralih sikit focus Ramadhan untuk exam..

Tapi, saya ni, tak de lah banyak sangat berubah..Time exam macam ni je selalu..huhuhu..;)

Insya ALLAH, study smart, limited time yet better beneficial effects..

Buat sahabat-sahabat, Selamat Menjalani Mid Term Exam...

Ma'an Taufik wan Najah..


~wallahua'lam~

fiey ahmad
JHC yang sejuk..

Monday, August 31, 2009

Mengejar Dunia untuk Akhirat

No comments:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Barangsiapa yang mengejar dunia dengan tujuan tidak meminta-minta, dan dengan tujuan menjaga anak dan isterinya daripad memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama"

~Tundukkan Hati-rahsia keikhlasan hidup di dunia fana~
-tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Annual Bakri Haron~

Hadis di atas adalah untuk membetulkan pahaman sesetengah orang yang menolak harta dunia, sedangkan tidak semua urusan dunia itu membawa keburukan pada umat manusia.

Sesungguhnya, saya berpegang kepada Setiap Sesuatu itu Bersebab dan datang bersamanya dua kesan; POSITIF dan NEGATIF..Kesannya itu amatlah bergantung kepada penerimaan dan cara fikir seseorang mengenai sesuatu.

Gaji..It has been a controversional issue in Nursing, Malaysia since there is Degree in Nursing program was introduced. Macam-macam dah cara isu ini diperbincangkan, hala tuju masih lagi kabur berkabus..huhu..Namun, ada perkara POSITIF yang boleh dipandang, boleh diambil kira.

Quote dari kata-kata Mdm Ho, senior lecturer dari UKM yang mengajar kami Intensive Care in Critical Care Unit.

"Please my dear student, please think,, what make you deserve that salary you requested? there is long way to go in Nursing. If you perform well, people cannot deny your rights.But first, you have to prove to them. Prove to them with your kindeness, skillful, knowledge...."

antara ayat yang terkesan di benak ini oleh Madam Ho lagi,

"our hands save, and out hands kill..remember always, there is always observer watching us,whatever and whenever.."~Mdm dengan penuh semangat dan gaya 'second finger pointing up'..

Sahabat2 yang dikasihi selalu,
Gaji memanglah perkara penting untuk di ambil berat, tapi bukanlah perkara utama untuk dibawa ke gelanggang. It takes time to make changes, and it is us who need to lead the changes by bring forward the good things. Nursing is a very noble profession on earth, yet it can be the worst too, depending on us who are in it. Be patient and be passion. Soon, Insya ALLAH, good changes will take place.Kejar dunia untuk akhirat. Tanamkan niat di hati, setiap langkah dalam pejalanan kita adalah untuk mencari redha Allah, dunia akhirat. Dengan niat yang tertanam, kita akan meredhai segala perkara yang datang untuk kita dan akan sentiasa mengusahakan untuk ke arah lebih baik.InsyaALLAH, gaji kita nanti, apa kata sama-sama kita infakkan sedikit peratus untuk jalan ALLAH, pasti ada berkatnya kan..

untuk ingatan buat sahabat dan diri sendiri juga..

Hidup ini terlalu pendek. Entah bila masa kita dijemput kembali. Apakah kita pernah menjawab sejujurnya, seikhlasnya, apakah yang kita cari dalam hidup ini?
Pernahkah kita berfikir sedalam-dalamnya,apakah amal kebajikan yang kita nak persembahkan bila menghadap DIA nanti..Di usia lebih dua dekad ini, tidak mampu saya cari apakah yang layak saya persembahkan..Allah, bimbinglah hambaMU ini..

wahai hati-hati yang rindu redha Allah..Beramal kebajikan tidaklah mengira masa bila harus bermula, tidak kira di mana harus bermula.Beramal kebajikan hendaklah di mana-mana dan bila-bila masa..Hidup ini bukan hanya berkisar tentang kita, hidup kita dan mati kita..Segalanya hanya medan juang buat hamba yang mencari Tuhannya, demi redha dan cinta di kehidupan abadi..Sumbanglah apa sahaja yang kita ada (ilmu, idea, tenaga, wang dan sebagainya) seikhlas mungkin, pada pembangunan Islam,pada jalan Allah, InsyaALLAH, barang pasti ada nikmat dari Allah dari jalan yang tidak disangka-sangka..Wahai Allah, thabatkanlah hati ini untuk memberi sedaya yang ada bila-bila masa, dan di mana..

Kejarlah dunia untuk akhirat...

Terkenang kata-kata allahyarham Ust Asri Rabbani..

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“

Ramadhan telah di seper tiga perjalanan...Memberilah di bulan penuh berkat ini, tanpa berharap pada balasan, Insya Allah, pasti ada untukmu dari Tuhanmu..

~Ramadhan yang indah~

fiey ahmad..

Thursday, August 27, 2009

A very good morning...

No comments:
Salam to all my dearie friends..

6th Ramadhan..Whether we realize or not, time is running very fast day by day. No matter what happen, no matter who utilize it or not. Now, it is only about plus minus 24 days reamin for us to grab as many as possible small particles to help in building us up.

Life is too short to be occupied with things that bring more harm than good ot that bring nothing at all (useless).

Ramadhan is too short to be wasted without doing any improvising efforts.
Ramadhan is a beautiful month promised by Allah with all sort of offers and promises.
Ramadhan is too lovely for those who appreciate it.

~with this opportunity, i would like seek apologies from anybody for my actions and my words might hurt them.May Allah bless you all~


fiey ahmad
M.R.A

Salam Ramadhan

Tuesday, August 25, 2009

Taqwa itu 'Ultimate' Matlamat Puasa

No comments:
Alhamdulillah..

Ramadhan kali ini banyak artikel, handout, handbill menceritakan tentang Ramadhan.

Hikmah Ramadhan..
Tawaran Ramadhan..
dan banyakkk lagi..

Ada artikel yang diedarka di dalam kelas..Cetakan bicara Ustaz Zaharuddin Abd Rahman bertajuk "Inginkan ilmu kebal dan antivirus dosa"..Berkisar tentang jawapan pada soalan tentang hikmah puasa. Ustaz mengulas menggunakan ayat yang selalu biasa kita dengar ketika Ramadhan menjadi butir bicara.


183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah, ayat 183


Kata ustaz, Allah sudah secara jelasnya memberitahu hikmah dan tujuan utama puasa itu..

~AGAR KAMU BERTAQWA~

Taqwa itu ditafsirkan sebagai rasa takut pada ALLAH atas nama cinta padaNYA juga.Taqwa itu antara seruan paling kerap dibunyikan di dalam Al-Quran agar umat Islam berusaha untuk ke arah mencapainya..Boleh saya katakan di sini, taqwa itu tujuan paling tinggi dalam langkah-langkah hamba menuju redha Tuhan..

Taqwa itu senjata ampuh umat Islam yang dapat mempertahankan sesorang yang beriman itu daripada dugaan dan mehnah dunia ini.Kerana taqwa itu pasaknya pada cinta dan takut pada ketidakcintaan Allah..Kerana siapalah hamba tanpa cinta dan kasih redha Tuannya..

Puasa pula antara 'instrumental tool' untuk membina taqwa. Kerana di bulan Ramadhan ini, umat Islam itu diwajibkan berpuasa memenuhi rukun Islam ke 4 yang disyariatkan pada tahun kedua hijrah.Puasa itu tanda taat dan patuhnya kita sebagai hamba menuruti perintahNya, demi mencari redha dan keampunanNYA. Dan, Allah tidak akan pernah memberikan sesuatu itu dengan sia-sia.Sesungguhnya, Allah tidak akan pernah menyia-nyiakan pebuatan yang baik oleh hambaNYa. Hikmah dan ganjarannya, terlalu banyak untuk dihitung dan disenaraikan.Apa yang utama..CINTA dan REDHA dariNYA..

MUHASABAH DIRI

Ramadhan ini datang seribu saut makna. Ia datang seolah-olah sebagai tempoh menilik dan memuhasabah diri sepanjang setahun perjalan hidup daripada Ramadhan yang lepas..
Maha Suci Allah, Ramadhan kali ini terlalu banyak ku rasa Allah tunjukkan padaku hikmah perjalanan hidup. Meskipun banyak sekali diiringi pahit, sakit dan luka, namun itulah asas-asas tarbiyah DIA untuk aku kali ini..

"Ya Allah, sungguh aku malu padaMU, untuk kelalaian dan kejahilan sebagai hamba selama ini, namun Engkau masih mencurah kasih dan rahmatMU..apakah selayaknya aku harus ucapkan selain rasa syukur dan rendah hati..masih jauh perjalanan aku menggapai taqwa itu wahai Allah, akan ku cuba sedayanya sekalipun terpaksa merangkak untuknya..thabit qulubi, ya ALLAH.."

~berusaha menuju redha Tuhan~

fiey ahmad
R.I.N.D.U...

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan

3 comments:

Sejak petang semalam lagi, berdebar-debar rasa hati menunggu akan Ramadhan kali ini.Medan besar yang bakal ditempuh di usia 22 tahun ini.Dan pastinya, penantian kali ini penuh dengan sebak dan air mata..

Hanya Allah yang tahu..

Menoleh kembali pada kenangan yang rasa-rasanya baru je sejengkal di belakang, tapi sudah terlalu jauh unutk dicapai kembali..Malah, MUSTAHIL untuk itu..

Sahabat saya ada berkata dalam tulisannya, 'kalau' itu lubang-lubang di mana syaitan berpusu-pusu masuk untuk menggoyahkan iman di hati manusia pada Rukun Iman ke 6, percaya pada Qada' dan Qadar. Namun, 'kalau' itu saya gunakan untuk kembali memuhasabah diri dengan ketidakupayaan mengubah dosa lalu,saya harus lebih berusaha untuk masa hadapan ~mencari redha Allah~

Kalau manusia itu tahu saat tempoh setiap makhluk di muka bumi ini,pasti kelam-kabut semuanya, berpusu-pusu mengejar pahala dengan amal-kebajikan, meninggal jauh maksiat dan kejahatan di muka bumi..Namun, hakikat itu sebaliknya, itu sebab manusia masih lagi hanyut, masih lagi ingin tersasar, kerana mengHARAP adanya hari esok untuk mereka kembali..

Jika ADA esok, insyaALLAH sempat untuk kembali pada fitrah..namun, pastikah pengampunan itu milik kita?

Jika TIADA esok, bagaimana....?

Kalau manusia itu tahu saat perginya insan-insan tersayang mereka, insan-insan yang menjadi sumber pahala jika kita berbakti kebajikan pada mereka, pasti manusia itu berlumba-lumba mengerjakan sesuatu yang dapat menggembirakan mereka. Hatta, setiap saat pun ingin menghadap insan-insan itu demi pahala dan ketenangan dunia..

Saya seru sangat sahabat dan sahabiah, kenalan-kenalan saya yang masih punya ibu ayah,
berbaktilah pada mereka seikhlas mungkin, sebanyak mungkin,
gembirakanlah hati mereka dengan tingkah perbuatan yang menyenangkan hati mereka,
ucapkanlah sayang, zahirkanlah kasih, tunjukkanlah cinta pada mereka..
Pasti ketemu ketenangan dan keberkatan hidup di dunia ini..

Bagi sahabat yang senasib dengan saya..
Usah putus harapan,
Usah lupa kita masih punya tanggungjawab pada mereka,
sama ada menjadi TAAT atau DERHAKA,
Amal dan Doa kita menjadi penentunya....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh.

Cik Ngah (abang sulung saya) selalu berpesan di setiap kali perjumpaan keluarga kami,
"Derhakalah seseorang anak itu, jika dalam satu hari itu, dia tidak mendoakan untuk ibu bapanya, sama ada masih hidup ataupun telah tiada.."


"Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, ampuni kedua ibu bapa ku, ampuni kami sekeluarga..,bimbinglah kami dalam menuju redhaMU.."

~wallahua'lam~

fiey ahmad
di mana-mana