IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Di masjid di bulan Ramadhan..


Ramadhan sememangnya bulan yang istimewa..

Padanya Rahmat dan Nikmat berlimpah-ruah..

Padanya Terawikh yang cuma di boleh didapati pada bulan ini..

Padanya juga, bazar-bazar makanan, pakaian dan segala-galanya, jauh lebih hebat daripada bulan-bulan biasa.

Padanya juga, masjid-masjid di seluruh pelusuk alam di imarahkan dan dihidupkan..

Antara ADAT dan IBADAT, hanya Allah dan pelakunya sahaja yang tahu..

Ramadhan kali ini, banyak benar kisah suka duka, pengajaran dan iktibar dapat saya kutip. Untuk difikir-fikirkan, di analisis dengan akal dan hati, diterjemahkan dengan tindakan dan rasa, yang kadang-kadang dengan senyum, dan kadang-kadang jua dengan air mata..Hanya Allah sebenar-benar tahu..


Di Masjid Kampus

Hidup sebagai pelajar kampus, sebahagian besar Ramadhan pastinya dijalani di bumi ilmu ini. Dan sesungguhnya, rasa syukur setinggi-tingginya saya rafakkan pada Allah, kerana begitu banyak buah-buah iman dapat saya kutip sepanjang hidup hampir 6 tahun di sini.Melalui hidup sebagai pelajar, hidup bersama teman dan juga komuniti mahasiswa..

Sejak dari Matrikulasi UIAM lagi, solat di masjid bersebelahan Mahallah Abu Bakar, menjadi kerinduan bagi kami berlima. Kadang-kadang, ambil juga peluang berbuka di sana, bukan hanya semata-mata nak jimatkan belanja, tapi juga untuk menikmati suasana Ramadhan yang meriah dan diberkati. Bila berterawih, suasana aman dan harmoni, dengan saf yang dirapatkan, hingga bertemu bahu dan bahu masing. Terasa 'zouq' ukhwah sesama saudara lebih-lebih lagi di ketika bersalam, meskipun tidak begitu mengenali siapakah gerangannya.

Di main campus juga tak jauh beza,cuma masjid di Kuantan masih dalam construction. Namun itu, tak mematahkan semangat Ramadhan, musola-musola tetap diimarahkan, tetap dihidupkan, oleh jiwa-jiwa yang rindu pada ke'izzah'an Ramadhan. Dan Ramadhan kali ini, saya berkesempatan juga menikmati Terawikh di masjid UIAM, Gombak. Walaupun sekejap cuma, namun alunan ayat-ayat suci Al-Quran pada malam itu amat terkesan di hati, Subhanallah sangat merdu dan meruntun hati..Sejenak terfikir, bagaimanakah ada jiwa-jiwa yang melepaskan peluang menikmati keindahan itu..Wallahua'lam

Saya agak berasa iri hati dengan kehidupan di kampus Gombak, peluang dan jalan luas terbentang untuk meraih semaksima mungkin kelebihan-kelebihan yang ada di sana. Hampir segalanya disediakan, daripada juadah berbuka, moreh sahur dan Terawikh yang harmoni dalam mejalani ibadah di Ramadhan ini. Namun, saya pujuk hati, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu jauh daripada jangkauan manusia. Saya raikan perbezaan ini. Cuma berharap dan menyimpan impian untuk ber'iktikaf di masjid itu suatu hari di bulan Ramadhan.

Di Majid Ladang, K.Trg..

Kepulangan ke rumah untuk beberapa hari mengubah sedikit jadual Ramadhan saya. Tapi demi meraikan kakak tersayang dan adik-adik, kepulangan ini menjadi sangat bermakna buat semua. Agak kesal kerana terpaksa meninggalkan terawih 1 malam di masjid untuk sebab yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, malam seterusnya saya diberi peluang oleh semua untuk berTerawikh di masjid Ladang, yang terletak hanya beberapa langkah je dari rumah CIk Wan.

Saya seorang diri bergerak ke masjid malam itu, bertemankan bunyi mercun yang meletup hanya kira-kira 50 meter je dari saya. ~Palpitation~

Setibanya di masjid,saya mengambil tempat di saf ketiga, berhampiran Tabung Derma masjid. Disebabkan datang ke masjid hanya dengan telekung solat, saya selesaikan solat sunat tanpa sejadah. Usai solat, tiba-tiba seorang mak cik datang mengambil tempat di tepi saya. Duduk dan senyum pada saya. Saya balas senyum tulus mak cik tu.

"Tak de sejadah ye?",Lembut suaranya bertanya.

"Aah, cik. Tak bawa tadi..", jawab saya. Senyum.

Dengan senyum tak lekang di bibir, beliau menukar kedudukan sejadahnya, untuk dikongsikan bersama saya. Lembut wajah itu, tulus budi itu, membawa ingatan dan kerinduan saya pada arwah Mak. Arwah Mak yang sering meng'ithar'kan orang lain berbanding dirinya..Al-Fatihah..*bergenang mata..

"Terima Kasih, Mak cik.." Semoga Allah berkati kebaikan Mak cik.

Di Masjid Negeri, Pahang.


Di sepanjang Ramadhan ini, baru semalam berkesempatan berTerawikh di sini. Pergi seorang diri juga. Masjid ini amat besar dan luas sekali. Namun, sayang, ruang sembahyang hanya terisi 3 saf sahaja di bahagian Muslimat, di bahagian Muslimin tak begitu jelas kelihatan. Mungkinkah, Muslimin Muslimat lain sedang memenuhi masjid-masjid lain di sekitar Kuantan (ayuh bersangka baik di bulan Ramadhan ini).

Segalanya sepeti biasa sahaja pada mulanya. Saya di saf kedua. Bila seruan daripada imam berbunyi,
"Rapatkan Saf, Penuhkan Saf.."
Para jemaah mula bergerak, merapatkan saf,memenuhi ruang yang ada.
Ada ruang kosong di saf pertama, seorang kakak tu mengajak saya ke atas untuk mengisi ruang tu.Bersentuhan lengan, selesa yang secukupnya.

Solat Terawikh
Empat rakaat dan doa..

Sehinggalah di ketika hendak mendirikan rakaat seterusnya, ada seorang Mak Cik dari sebelah kanan saya bersuara,

"Dik, boleh tak adik ke sana, sempit la.Tak kusyu' sembahyang." sambil menunjukkan satu ruang di sebelah kanannya yang baru sahaja dikosongkan.

"Ye lah..Sempit ni.." sampuk seorang lagi makcik di sebelah kiri kakak tu.

Tersentak kakak dan saya ini..Kami rasa selesa aje di saf itu, seperti yang sepatutnya. Kedua-dua mak cik ini masih lagi mengomel sambil mengalihkan sejadah masing-masing. Bagi mereka, harus ada ruang agar mereka selesa lalu kusyu' dalam solat..
Lalu, dengan hati yang sangat berat, dengan penuh tanda hormat, saya beredar ke sebelah kanan.Merapatkan kembali saf di situ, dan kali ini makcik di sebelah saya tidak menyuarakn apa-apa.Alhamdulillah..

Terawikh 8 rakaat saya di situ dapat ditunaikan, namun sedikit kekesalan berbekas di hati. Kerana Tidak Mampu Bersuara dengan baik, menyatakan dengan baik sesungguhnya saf yang lebih rapat itu lebih baik daripada keronggaan di setiap saf.Semoga hati ini makin kuat untuk masa hadapan.

“Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di tengah-tengah dan penuhilah celah-celah saf (yang kosong)”. (Hadis riwayat Abu Daud)

ihsan dar http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic53_2001.htm

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul _ihsan www.tanyasifu.com

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

'Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.' (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

'Dari Anas bin Malik r.a. berkata, '(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.' (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

'Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan

3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.' (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.' (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, 'Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

'Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian'. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)


Ramadhan makin mengakhiri dua pertiga nya..
Sama-sama kita hayati sedalam-dalamnya..

Wallahua'lam

fiey ahmad
JHC

No comments:

Post a Comment