Alhamdulillah...selesai sudah part Circulating Nurse sebelum ni..Walaupun dah terasa lama sudah dan dah basi dah pun cerita-cerita ni, tapi nak juga berkongsi, mana la tahu sedikit sebanyak ada yang bermanfaat buat pembaca sekalian..
Kali ini cerita tentang Scrub Nurse (SN) pula. Mungkin ada yang tahu SN ni apa, kerjanya macam mana, tapi mari saya cerita lebih detail sikit mengikut versi dan citarasa saya..huhuhu..
SCRUB NURSE
Secara definisinya, SN ni adalah nurses ataupun Trained OT staff yang akan men'SCRUB'kan ataupun men'sterile'kan diri mereka dan menjaga serta bertanggungjawab ke atas segala barang 'sterile' di sekeliling mereka di ketika sesuatu surgery belum, sedang dan selepas berlaku.
Peranan
SN boleh berperanan sebagai 3 fungsi dan terkadang lebih juga bergantung pada keadaan dan situasi surgery.Peranan utama ialah menjaga instrument, handling instrument, assist surgeon (retracting, suctioning, dapping), giving opinion to confirm the anatomy of the body part (then we got to have knowledge la kan), dan juga menjadi teman bicara dan gelak ketawa kadang-kadang bagi menghilangkan stress di ketika surgery..haha.
Oleh itu, kerja SN ni boleh terbahagi kepada 3 atau lebih. Dalam satu-satu masa SN boleh beperanan sebagai salah satu atau juga semuanya, bergantung kepada keadaan ye.
- Instrument Nurse
- 1st assistant
- 2nd assistant
- kadang-kadang boleh jadi 3rd @4th assistant
Instrument Nurse (IN)
IN adalah scrub nurse yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas instrument set dan akan membantu surgeon dalam surgery dengan menghulurkan instrument yang diperlukan surgeon. Ada simple-simple surgery yang memerlukan seorang je SN, macam excisions, removal of implants,D&C, ERPOC, urology procedures, dan lain lain, SN ni akan jadi IN dan assist directly pada surgeon tu.
IN punya tugas bermula daripada preparation set yang dan diguna, supplements yang akan dan mungkin akan diguna. Seterusnya, IN akan 'lay out trolley' mengikut sepatutnya bukan mengikut citarasa sendiri ye. 'Lay out trolley' bergantung kepada jenis surgery, position patient, dan position surgeon juga. Mungkin detail pasal lay out trolley boleh dibincang di kemudian hari bagi memendekkan karangan di sini.
IN adalah orang yang berkuasa sepenuhnya ke atas instrument yang digunakan sepanjang surgery dan mereka adalah orang yang akan bertanggungjawab atas Counting Instrument bersama-sama dengan Circulating Nurse, oleh itu IN semestinya mengingati segala nama-nama sebenar dan nama timangan instrument tersebut (saya ada instrument ENT nama nya Mak Bedah kot). Selain itu, IN harus mempunyai idea dan memori tentang keseluruhan surgery yang akan berlaku untuk melancarkan perjalanan surgery (which is the never-easy starting part for beginner like me, but learn and learn).
Yang penting IN kena cool dalam semua keadaan..React accordingly ya..(waaa, long way to go, fiey)
1st Assistant @ 2nd Assistant @others
SN ni akan banyak buat kerja-kerja assistant, like retracting, suctioning when IN alone cant handle and needs help. 1st assistant adalah SN yang paling dekat dengan surgeon. Kerja-kerja lain 1st assistant contohnya, pegang laparoscopic camera,
Itu saja basic nya...Secara amnya, harus tahu pasal surgery, nature perjalanan surgery, style dan perangai surgeon (sebab nak kena ikut rentak mereka masa surgery),tahu instruments, anatomy akan banayk amat membantu (sebab itu tak pernah regret belajar anatomy dulu walaupun tak de lah expert).
Mungkin ada yang tertinggal maklumat di sini, tapi saya tak sedar ke, saya minta maaf ye, sekadar berkongsi apa yang saya ada dan yang saya lalui..
fiey ahmad
dah nak masuk 5bulan, fiey.
saya student nus uia jugak. nak masuk 2nd year dah. hehe. best kot jumpa blog senior :)
ReplyDeletekerja scrub nurse la paling bodoh..kat tempat aku scrub nurse selalu kena marah dgn surgeon sbb lembab nak mampus..silap bagi alat..bodoh tul nurse ni
ReplyDeleteSngt menarik.b0leh x cite lg sal keje2 kt 0t.kalo blh nak add acc fb.nk blajar
ReplyDelete#bdk br blaja kena keja 0t
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete