Semacam sudah berbulan-bulan tidak menulis entry untuk 'update; kerja sekarang...
Alhamdulillah, dengan izin Allah , dan bantuan rakan-rakan sekerja yang 'supportive', saya banyak mendapat peluang untuk 'scubbing' dan menjadi 'GA girl" bak kate Dr. O..hehe
Ok, meh sini nak cerita sikit tentang nurse (trained staff: nurses and Theatre)'s Role dalam OT..Dalam satu-satu surgery, dalam OT tu, trained staff akan berperanan masing-masing sebagai:
- Circulating Nurse
- Scrub Nurse
- GA nurse
Memandangkan untuk menceritakan ketiga-tiga cerita itu di malam ini bakal menjadikan entry ini semacam karangan 5 muka surat, jadi saya cerita pasal Circulating Nurse dulu ye.
CIRCULATING NURSE
haaa, daripada nama dia pun kita dah boleh agak kan apa kerja dia..CIRCULATE= berpusing..Jadinya, kerja CN ni berpusing-pusing la kalau nak tahu..hehehehe..Nama lain untuk CN ialah Runner dan RUN= Berlari, jadinya kerja runner ni berlari-lari lah ..huhuhu..
Saya harap kita dapat sedikit idea daripada definisi 2 term di atas, harapnya membantulah kan..hehehe..
Ok, ni serius, ni serius..
Sebenarnya kerja CN @ Runner ni kalau ikut fahaman saya ni la kan melingkupi 3 peranan. Yang pertama, in charge Perioperative Care Plan (PCP), kedua in charge Charges (untuk private je neh), dan yang ketiga nya yang berlari-lari tadi tu lah..huhu (will be explained next ya).
Firstly, PCP..PCP means perioperative care plan..Maknanya, plan perawatan sebelum, semasa dan selepas operation. Apa yang penting untuk didokumenkan ialah, nama surgery, nama surgeon, anaest, OT mana guna, time start & time ended, nama scrub nurse, CN nurse, GA nurse, dan beberapa items yang lain.
Major role dalan PCP ni ialah COUNTING swabs, sharps & instruments bersama-sama dengan scrub nurse.. Haa, untuk apa ye? Leh fikir tak reaon ye? Senang je kan, kalau fikir sikit mesti dah boleh tau nye. Count ni wajib dibuat untuk setiap surgery (sepatutnya) lebih-lebih lagi kalau OPen Surgery..Count teramat penting untuk mengelakkan insiden tertinggal segala macam perkara di dalam tubuh badan manusia yang dibedah. Dah banyak dengar kan insiden-insiden ngeri lagi macam tak mahu percaya kan tapi itulah sebahagian hakikat dunia di bilik bedah. Peratusan untuk insiden terjadi tak pernah hilang dan tak pernah mampu untuk dihapuskan, dan untuk itu usaha untuk mengelakkannya itu haruslah dipandang serius. Count ini biasanya dibuat 3kali : initial count, 2nd count, & final count..Pengecualian buat Caesarean surgery sebab ada satu lagi Ancillary count sebelum 2nd count, semasa uterus cavity sedang mahu di'close'.
Secondly, charges' patient..Huhu, ini rasa-rasanya hanya applicable untuk hospital swasta sahaja..Al-maklumlah, segala benda pun patient guna maknanya patient kena bayar..hohoh, dan silalah membayangkan tentang apakah yang yang terkandung dalam charges form tu..Dan part charges ni memang akan menguji kejujuran kita sangat-sangat..Dan amat kena berhati-hati untuk kita yang Muslim ni sebab bimbangnya ia akan mancalar keadilan kita dan pastinya patient juga yang teraniaya..Masa mula-mula memang payah dan Slooowwww amat, tapi tak pe, selagi hati kita nak berusaha mesti boleh catch up, insyaALLAH..
Thirdly, part yang berpusing-pusing dan berlari-lari ni la paling best..Mahu boleh kurus tau. Kat sini kalau operation kat OT 1 tapi barang ada kat store, mahunya tetiba nak guna implant ke loose item ke masa surgery, kena la pergi berlari-lari ambil (tak boleh lari sebenarnya, bergegas je ayat baku ye)..hoho, ada lah jarak dam 50meter, kalau dah dekat sepuluh kali pergi mari pergi mari, mahu tak marathon dalam OT tu..Kalau barang dikehendaki tu terletak pada tempatnya dan jumpa terus tak apa kan, tapi kalau dah kena pergi sana-sini mahu tak berpusing-pusing kepala..Hihihi, CN ni lebih kepada menyediakan items yang diperlukan scrub nurse bila mereka da men'sterile'kan diri mereka. Tuang povidin & NaCl ke, tolong position patient ke, tolong lap darah terpercik kat muka ke, hehe..segala macam la pendek cerita..Tak faham tanya ye..
Tu la namanya CIRCULATING NURSE ni..Dan kerja CN ni berbeza-beza bergantung pada nature of the surgery itself..Tu la yang kena selalu belajar je dalam OT ni..Brain just dont stop think..huhu, best2..Walaupun penat, tapi Ilmu tu yang amat-teramat menjadikannya berbaloi..
Kalau tersalah ambil tersalah buka tak jumpa barang, lepas tu kena marah tu, itu perkara biasa, thats the way we learn, learn from mistakes for not doing another same mistakes..
huhu, ayuh belajar dan belajar lagi...
fiey ahmad
pasni kena makin rajin menulis
No comments:
Post a Comment