IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Thursday, February 18, 2010

Terharunya saya T_T..

~Tempoh masa yang panjang tidak menjamin rasa bahagia itu hadir di hati,  cukup sekadar waktu yang pendek pun mampu mencipta rasa bahagia, jika kita mampu MEMANFAATKANnya~




Cuti semester 'cum' cuti raya Cina 10 hari buat pelajar Nursing UIAM dalah antara waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua..Pastinya saya juga..Dalam 'organizer' saya hampir penuh ruangan hari-hari itu dengan 'event-event' yang bertarikh sepanjang minggu ini, bukan 'event' biasa-biasa, tapi semuanya sangat ingin saya hadiri..T_T..Lalu memang terhantuk lagi tersedar, betapa kita tak dapat menyaingi kenormalan sifat "tidak berkuasa' seorang hamba yang ada pada manusia. Kita tak mampu berbuat semua perkara yang kita inginkan walaupun dengan perancangan yang sangat teliti, rapi lagi tersusun, jika tiada DENGAN IZINNYA..


Dalam 10 hari tersebut, pada awalnya, telah saya susun untk memenuhi undangan teman-teman rapat saya, Azie di Kuala Lumpur dan JIB & Sumi di Kedah 'weekend' baru-baru ini. Ingin juga diisi sehari bersama keluarga di Gambang Waterpark, sejurus itu terus ke Temerloh untuk berpraktikal.


Tapi, perancangan Allah itu lebih hebat dan pastinya lebih berhikmah kan..Sehari sebelum Jumaat, Nor telefon, menanyakan bila saya mahu pulang. Jawab saya, saya ingin ke KL dan ke Kedah untuk undangan sahabat-sahabat, lalu terus ke Temerloh. Maknanya, tak balik lah.


Nor macam tidak memaksa pun saya untuk pulang bersama keluarga, malah memberi pilihan dan juga sepotong kata-kata..


"Orang yang terbaik antara kamu, adalah orang yang berbuat IHSAN kepada ahli keluarganya..Ihsan.."

Ada penekanan di situ, dan saya tahu, itu adalah daripada hadis Rasulullah yang berbunyi, 

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!”

Terus hati saya terbang ke rumah..Kerinduan itu datang mencengkam.. Hampir sebulan lebih tidak berkumpul beramai-ramai sejak Nor ke Melaka, Luqman da ke PLKN, Omar dah kembali ke Perlis, adik-adik dah start sekolah..Dan, cuti ni semua orang balik..Wuwuwuwu..macam mana saya tak balik..Selepas menimbang-nimbang dan berbincang, alhamdulillah, sahabat-sahabat jaulah faham dan Jibah pun merelakan ketidakhadiran saya..Haha, berasa penting tak?


Tapi sungguh, bukan senang untuk lari daripada rasa bersalah terhadap sahabat jaulah ke 'wedding' azie, juga apda Jib & Sumi, tapi alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan..Lalu saya pulang sendirian ke Terengganu Sabtu lepas..



Masa yang berkualiti~

Selepas 3jam memandu dari Kuantan (jalan banyak kereta), tiba kat rumah Cik Wan kat Ladang, huhuhu..Dan semestinya anak-anak saudara saya yang comel itu bertiga menyambut dengan senyum meleret, sambil jerit.."effieeeyy!!"..huhu..best tau rasa dapat 'hugs and kisses' daripada budak-budak comel itu..tulus je perasaan itu..

"rindu effiey dop?tanay saya..hihih..nak berasa penting nih..

"windu.." si bongsu Amna..hehehe..*wink wink
Sungguh, Cik Fiey pon rindu sangat-sangat kat kamu semua..Da pandai cakap dah pun Amna ni..Angah da pergi PASTI sekali dengan Aisyah.

Sedikit masa diluangkan untuk mereka ini, tapi, ikatan hati dan kasih sayang antara kami sangat kuat..Terima Kasih Allah untuk ini..

Di saat saya terharu sangat~

Sebelum solat maghrib tu, main-main dengan anak-anak kecil ini. Lepas itu, memang dah janji nak solat sama-sama dan ngaji lepas maghrib..

Semasa solat, Aisyah ikut solat kat belakang dengan sejadah kecil dia tu, yang best nya, si Kenit bongsu ni, ikut solat depan saya..Betul-betul depan saya..Opposite position pula tu..Macam reflection cermin lak..Tengah sujud, saja je dia rapatkan kepala dia dengan kepala saya..Nak beritahu nya yang dia tengah solat sekali dengan saya..Huhu, hilang separuh khusyu' yang tak berapa khusyu' tu..Adoyaiii...macam-macam..:)

Tapi hati saya berbunga riang..Melihat ke dalam mata mereka yang tiada dosa dan masalah...

Masa ngaji dengan mereka ini, cukup buat saya rasa nak menangis..Sebak betul..Rasa macam tak percaya, betapa mereka sudah membesar, dan alhamdulillah, membesar dengan baik. Dengar Aisyah sangat lancar membaca Iqra', walaupun huruf bersambung-sambung, sangat membuatkan saya rasa teruja, sayu, rasa 'zoouq' kat hati..Alhamdulillah...Rasa syukur tak terhingga..5 tahun, dan kamu sangatlah comel.Diikuti Angah pula, bacaaan yang agak perlahan 'speed' nya, tapi telah mengenal huruf Al-Quran dengan baik. Bestnya rasa ini..

Sungguh, selama ini, antara perkara yang saya risaukan pada masa hadapan yang bakal dihadapi ialah tarbiyah pendidikan anak-anak untuk hidup bermakna dunia akhirat. Dan saya amatlah risau jika saya tidak mampu menyediakan tarbiyah dan pengisian hidup buat anak-anak. Di zaman kita hari ini, telah berlaku segala kemungkaran atas muka bumi ini, dengan segala perkara yang tak terjangkau dek akal waras manusia dahulu, telahpun dicapai oleh manusia yang semakin hilang kemanusiaan sekarang ini..

Ilmu Kebal..Bukan kebal pada fizikalnya, tapi pada spiritualnya..Kuat di dalam, insyaALLAH, kuatlah di luarnya. Dan ilmu itu bukan hanya untuk 5@10@15 tahun pertama hidupnya sahaja, malah untuk sepanjang kehidupan mereka dalam perjalanan bertemu Tuhan kelak..

Bak kata Nor, 
"pendidikan itu tak kan pernah boleh terhenti"..

Hurrm, seikhlasnya saya rasa, tugas mendidik anak-anak itu adalah tanggungjawab sepanjang hidup, sama ada si anak yang pergi dahulu, ataupun kita yang pergi dahulu..Bukanlah namanya cukup didikan sempurna anak itu kiranya hanya dihantar ke sekolah bagus-bagus, kiranya telah meningkat dewasa anak itu, kiranya telah berumahtangga anak itu..Pendidikan dan pertarbiyah itu sentiasa perlu....dan setiap itu akan dipersoalkan di mahkamah Allah..

Kegusaran timbul lagi, di kala perkahwinan adalah perkara sinonim di kala usia sekarang. 

Risau saya bukan pada hari perkahwinan, baju pengantin mahupun hantaran berapa dulang, tetapi saya risau tentang cukup bersediakah saya untuk semua yang ada selepas itu hinggalah kepada keseluruhan hidup anak-anak serta keturunan..Mampukah kita menjalankan tanggungjawab membina insan-insan yang akan akan terus bersungguh menjaga dan mengangkat martabat Islam..
hurmm..walaupun saya bernegatif, tapi di situ pemikiran bermula, langkah tercipta..Agar saya sentiasa beringat, hidup ini bukan sekadar hidup di zon selesa..

Terlalu panjang cerita mengenai keluarga, dan pastinya lebih panjang dan tak akan berhenti..Kerana di situ bermula segala dan seluruh kehidupan.

Pendek cerita, saya gembira bercuti di rumah 4hari lepas..Walaupun rutin harian masih serupa seperti beberapa tahun yang lalu, tapi banyak perkara baru yang saya terokai dan lalui. 

Syukur yang melangit jua ku panjatkan padaMu, wahai Tuhan Pemilik Nafas ini

~Allah, dekatkan kami pada Mu..Jangan sekali-kali Kau biarkan kami terlepas daripada bimbingan Mu walaupun sekelip mata ataupun kadar yang lebih singkat daripada itu..kurniakanlah kepada kami pasangan dan anak-anak sebagai penyejuk mata tenteram jiwa, dan jadikanlah aku sebagai imam bagi ahli keluargaku yang bertaqwa~

fiey ahmad
posting NICU, Temerloh

2 comments:

  1. hheemmm,terharu dan terkesan...tq untuk tulisan kali ini.....there is something missing...need to do something...kuatkan hati

    ReplyDelete
  2. Kuatkan hati..jom sama-sama cikwan..saya tahu cikwan boleh jadi lebih baik daripada ini..cikwan memang ibu yang baik..

    tolong jaga dan nasihat saya juga ye..saya butuh kamu!!

    ReplyDelete