IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Monday, February 1, 2010

Tazkiyatun Nafs

~Rasulullah adalah kunci yang membuka jalan tazkiyatun Nafs..Susrilah sirah perjalan hidup baginda, jejakilah perjuangan baginda, contohilah akhlak dan pengorbanan baginda ~


Program Ruhiyyah Camp

Program kerohanian yang di anjurkan Daqwah and Tarbiyah Bureau of Nursing Student Society (NurSS) malam semalam bertempat di musola Kuliah of Medicine bermula kira-kira jan 9.45 malam benar-benar meninggalkan bekas dan tanda peringatan di hati saya..Insya Allah, di hati para sahabat yang juga turut sama hadir malam tadi.

Dimulakan dengan surah As-Syams ayat 8-10 oleh Saudara Bukhari Rosdi, pengerusi majlis, menjentik kuat hati saya..Surah yang biasa kita baca punya maksud yang sangat bermakna.

“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jiwa) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikannya,sungguh rugi orang yang mengotorinya”


Tazkirah Untuk Tazkiyah
Tazkirah=Peringatan
Tazkiyah=Penyucian
Dua perkara yang tak dapat dipisahkan dalam formula demi menggapai okjektif pembersihan jiwa.

Manusia itu sifatnya pelupa. Dek kerana itu, manusia ini tidak akan pernah berada pada keadaan yang statik. Baik itu bukan selalu. Buruk itu juga bukan selalu. Lantaran itulah, dikatakan iman manusia turut mengikut rentak naik turun ini. Lawan jua kawan bagi iman itu adalah NAFSU, yang Allah titipkan ke dalam jiwa bersama-sama seawal penciptaan manusia. 

Baik nafsu itu, Tinggilah iman itu.
Buruk nafsu itu, Rendahlah iman itu.

Oleh itu, manusia itu AMAT dan TERAMATLAH memerlukan Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa, Pembersihan Roh Diri)..Dulu, kini, selamanya dan senantiasa..

Ingatan oleh Ustaz Razali..

"Penyucian hati adalah untuk merendahkan hati, menginsafi kedhaifan diri, mengakui kehambaan, merasa berTuhan..Punca kepada keretakan dan porak-perandanya sesuatu keluarga, organisasi, hatta jemaah yang bertunjangkan ajaran Islam sekalipun adalah kerana wujud hati-hati yang tidak dibersihkan pada mereka (ramai hadirin yang mengangguk tanda setuju).

Di usia akhir zaman ini, Islam perlu kembali dijulang oleh umat Islam sendiri. Dan untuk itu, umat Islam perlukan ILMU..Ilmu yang harus dimanfaatkan untuk kepentingan agama dan ummat Islam itu sendiri. Tak kira apa jua bentuk ilmu itu sekalipun, harus disandarkan kepada kepentingan agama. Sama ada ilmu clinical, medical hatta nursing sekalipun, seharusnya terasnya untuk Islam. Bukan semata untuk mengisi perut semata, bukan semata untuk kepentingan duniawi.

Dan ilmu itu bukan ukurannya pada nilai 'jenis'nya (agama ataupun tak), 'tinggi'nya (diploma, degree, master, phd) atau 'banyak'nya ilmu seseorang itu, tapi nilainya pada sandarannya untuk Islam.Nilainya pada fahamnya seseorang itu pada ilmunya dan diterjemah pada tindakannya. Walaupun satu ayat yang kita perolehi, kita betanggungjawab terhadap ilmu yang kita perolehi itu.

Khalid Al-Walid hanya ada surah Al-Ikhlas sahaja di dadanya, namun amalan dan langkahnya seolah-olah seluruh al-Quran sedang berjalan bersamanya.
Dan sesungguh 'Al-'Ilmu Nuur'. Ilmu itu Cahaya. Dan cahaya ilmu itu tempatnya pada sesuatu yang bersih, tulus dan tenang. Dan ilmu tak kan melekat pada hati yang kotor (nauzubillah).


Di pertengahan bicara, ustaz menyebut tentang 'bulan purnama'..Tak terfikir dek akal fikiran saya masa itu kisah Rasulullah akan disisipkan dalam slot itu.."urmm, apa kaitan pula ek bulan purnama dengan slot ini?"bisik sendiri.

~Bulan Purnama~

Asalnya begini...

Sempena bulan purnama yang sangat indah semalam, Ustaz berkata, "Kita kena lihat bulan purnama untuk mentazkiyahkan diri..Bulan purnama yang lebih cantik dan sempurna daripada bulan purnama di luar sana."

Ramai orang dah mengerutkan dahi, merapatkan kening yang terangkat...
"...ustaz ni nak cakap pasal apa lak nih" getus saya..Bimbang ada yang fikir bukan-bukan pulak.

"Tahu tak kamu semua yang ada 'bulan' yang lagi indah daripada bulan purnama?", tanya ustaz.
Kami diam.

"Sesungguhnya Rasulullah itu digambarkan lebih indah daripada bulan purnama." Kami masih diam, lantaran cuba membayangkan. Lagu-lagu bercerita dan memuji Rasulullah menjadi latarnya.

"Seorang sahabat pernah berkata 'andai wanita-wanita melihat Nabi Yusuf a.s hingga terhiris jarinya, maka wanita-wanita yang melihat Rasulullah pasti terhiris hati-hati mereka'"..Terdiam dalam Kagum...

"Tapi apa kaitannya dengan slot malam ni" bisik sendiri..

Di kala tangan ligat menaip kata-kata ustaz di laptop, ustaz berkata..."Rasulullah Kunci Tazkiyah..."

Terkedu saya.
Tak pernah saya ketemu selama ini program motivasi seperti ini menyelit ceritera Rasulullah sebegini..Mungkin ada di mana-mana, tapi ini kali pertama saya..Ustaz Razali membuka ruang sirah Baginda buat audien malam tadi. Ustaz meminta setiap daripada kami yang hadir untuk berkongsi sedikit cerita yang ada pada kami tentang Rasulullah..Beberapa orang tampil berkongsi sirah Baginda..Namun, ia hanyalah cebisan kecil sahaja daripada lembaran luas sirah nabi..

Saya bersyukur, berkesempatan berkongsi 1 kisah Baginda yang terpahat di hati saya. Keagungan akhlak dan hati budi manusia agung ini ketika menyampai dakwah ke Thaif. Bumi asing buat Baginda diselusuri jalan penuh liku demi pengharapan ada manusia yang mendengar seruannya.Jiwa saya bergetar pabila mengingatkan bagaimana Rasulullah menzahirkan sifat mulianya iaitu SABAR, tatkala seruan Baginda tidak didengar,malah dicemuh, dimaki dan dilontar batu hingga luka-luka di kepala Baginda..Hingga bertakung darah dalam sepatu baginda..
Melihatkan kejadian itu, Jibril menawarkan kepada Rasulullah untuk menghempap seluruh manusia di Thaif itu dengan gunung, lalu Rasulullah dengan lembut hatinya menolak tawaran itu~Allah
Hebatnya jiwa bernama Muhammad bin Abdullah ini.

Lalu Ustaz membongkar dengan lebih mendalam kisah itu, memperbetulkan juga sedikit cerita saya..
"Bertemankan Zaid bin Harithah, Rasulullah dalam keadaan luka berundur ke kebun kurma, berteduh di suatu tempat. Di situ, Baginda menongkat sikunya pada batu untuk berdoa, dengan izin Allah, batu itu melekuk mengikut siku nabi. Di situ Baginda berdoa,


“Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Rahim, Engkaulah Tuhannya orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapa Engkau menyerahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang Engkau tidak marah kepadaku. Sedangkan afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari langit dan menerangi segala yang gelap dan atas-Nyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat. Dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau”.

Menegak bulu roma, sejuk sejenak tubuh badan saya,bertitik air mata saya gugur.

Ustaz menyambung lagi..

Mendengarkan itu, Jibril yang kesedihan mendengar doa Baginda, datang memberi tawaran pada Rasulullah 

"Wahai Muhammad, mahukah kamu jika aku perintahkan malaikat yang menjaga gunung dan bukit, menghempapkan bukit Qubais dan bukit Ahmar ke atas penduduk Thaif itu?"

Rasulullah menolak dengan baik malah berdoa
"Allahummahdii qawmii fainnahum laa ya'lamuun" (Ya Allah berilah hidayah kepada
kaumku ini, karena mereka masih juga belum faham tentang arti Islam). Rasulullah juga mendoakan agar keturunan mereka nanti akan menyembah Allah semata dan tidak mempersekutukanNya dengan apa pun."

Subhanallah...!

Sungguh, ini hanyalah titik kecil daripada catatan Rasulullah yang seluruh kehidupan Baginda adalah untuk menegakkan Islam di muka bumi Tuhan ini..Seluruh jiwa raga, peluh dan darah Baginda adalah demi Syahadah itu bertapak di hati kita umat Islam hingga ke hari Kiamat..Seluruh perjuangan Baginda adalah demi satu tiket buat kita umat akhir zaman masuk ke Syurga setelah dibilas semua dosa-dosa..Beruntung bukan kita?

Tidak dapat dinafikan oleh jiwa dan akal saya, bahawa Rasulullah adalah inspirasi tazkyah dan juga tarbiyah..Manusia sempurna yang diangkat Allah dengan sifat maksumnya, masih berpekerti mulia, berjiwa besar dengan keagungan hati..

Menyingkap sirah Baginda pasti mencoretkan kegembiraan, memahatkan luka dan juga membakar semangat..Kecintaan seorang manusia terhadap Allah dan seluruh umatnya sungguh luar biasa..

~Cintai Rasulullah~

Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibu Bapa
Cinta kepada Ummat
Cinta kepada Kecemerlangan

Mari Kita Semua, Cinta 5 Perkara

Sedari kecil, lagu-lagu cinta ini telah diperdengarkan kepada kami..Cinta kedua kita adalah untuk Rasulullah, jika itu soalannya, pasti mudah untuk kita berikan jawapan.

Kita juga dijanjikan oleh Allah keistimewaan umat nabi terakhir untuk memperoleh Syafaat Baginda di hari akhirat an segala macam lagi kelebihan hingga dicemburui Nabi Musa yang turut ingin menjadi umat Muhammad..

Namun, fikir sejenak, apa adanya kita untuk Nabi Muhammad??
yang kita war-warkan cinta kita padanya, Kasih Tanpa Bukti...adalah sia-sia..

Ayuh, bersama-sama kita...



  • Singkapi kembali sirah cerita perjalanan dan perjuangan hidup Rasul Allah ini agar kita lebih mengenali baginda, lalu mempatrikan cinta setulusnya buat Baginda.


  • Basahkan lidah bertutur selawat dan salam ke atas baginda dan keluarga serta para sahabat dalam setiap ingatn kita padanya di saat kita masih menghirup udara di bumi ini.


  • Susuri dan contohi akhlak dan pekerti mulia nabi, walaupun tidak akan pernah sesempurna Baginda, tapi cuba ia sedaya kita.


  • Hidupkan ruh Al-Quran dan Sunnah Baginda buat kemandirian Islam buat generasi akan datang


  • Jejaki pengorbanan Baginda dan para sahabat dalam membangunkan Islam dan ukhwah sesama insan.
p/s: aku merenung masa depan dengan sayu..lalu berharap, anak-anakku bila disoal 'siapa itu Rasulullah?', bukan 'tak tahu' jawapannya..Aku perlu mengenal Rasulullah supaya anak-anak, cucu-cucu dan generasi aku tahu siapa Rasulullah...

Rasulullah Manusia Agung Yang Penuh Dengan Cinta

fiey ahmad
rindu yang ingin ku hidupkan..
Buatmu Rasulullah..








No comments:

Post a Comment