IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Friday, October 16, 2009

Cerita tentang dunia Kejururawatan


Kerajaan isytihar 12 Mei Hari Jururawat - Metro 14hb Oktober 2009


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan 12 Mei setiap tahun sebagai Hari Jururawat Malaysia untuk mengiktiraf sumbangan jururawat yang berterusan terhadap sektor penjagaan kesihatan di negara ini.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata cadangan Hari Jururawat Malaysia sudah diluluskan Kabinet, baru-baru ini.


Walaupun 93 peratus kekosongan jawatan jururawat dalam sektor awam sudah diisi dan kira-kira 7,000 jururawat baru dikeluarkan setiap tahun, masih lagi terdapat kekurangan dalam bidang itu terutamanya dalam penjagaan kesihatan tertentu seperti palliatif dan Unit Rawatan rapi (ICU).


Beliau berkata, terdapat 79,742 jururawat di seluruh negara dengan 59,000 di sektor kerajaan.


“Kini, nisbah populasi jururawat kita ialah 1:329 dan kita harap untuk mencapai tanda aras Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 1:200 pada tahun 2013,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kejururawatan Antarabangsa dekat sini.


Beliau berkata, setakat ini, ada 107 kolej kejururawatan dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kurus kejururawatan di seluruh negara.


Terdahulu dalam ucapan, Liow berkata, jururawat yang menjadi barisan hadapan penting dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah antara yang pertama menerima suntikan Influenza A(H1N1) apabila hantaran pertama vaksin itu tiba di negara pada akhir bulan ini. - Bernama



Bukan sekadar masalah KUANTITI..

KEKURANGAN daripada sudut BILANGAN bukan satu-satunya masalah utama dunia kejuruwatan di Malaysia khasnya, malah KEKURANGAN daripada sudut KUALITI juga..

Apabila kita hanya melihat masalah daripada sudut kuantiti sahaja, maka kita fikir, jika bilangan 'admission' ditingkatkan pada masa sekaragn, dalam masa 4 tahun masalah 'shortage of nurses' itu akan dapat diselesaikan. Lantaran yang demikian, berteraburanlah IPTA dan kolej-kolej menawarkan kursus ini dengan menjanjikan jaminan kerja di masa hadapan.

Memang tidak dinafikan, kerjaya di bidang perubatan atau 'medical field' ini memang meluas dan tidak akan malap insyaALLAH, kerana akan ada setiap saat dan waktu orang jatuh sakit dengan pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan, lebih-lebih lagi di ketika 'environment' dunia hari ini..

Saya di sini bukan merendahkan mana-mana pihak , jauh sekali memperkecilkan dan mempersoalkan tindakan susulan mempertingkatkan bilangan jururawat di Malaysia tanpa pemantauan ketat pada sudut KUALITInya..Antara KUANTITI dan KUALITI, jika ditanya pada rata-rata responden agak-agaknya, apalah jawapannya. Sebagai responden pertama pada soalan sendiri, saya dengan rendah diri memilih KUALITI, kerana pada fikir sayay, jika saya menjadi pesakit, saya iniginkan jururawat berkualiti yan gmenjaga saya, kerana saya tahu, mereka ini menjaga saya demi mengharapkan saya akan bertambah baik dan kembali sihat, malah memberi saya ingatan tentang pentingnya unutk menjaga kesihatan..Bukankah itu ingin kita semua..??

Sekali lagi jujur ingin saya tekankan, bukan saya mempertikaikan kualiti sesetengah pihak, sekadar menginginkan PENAMBAHBAIKAN pada NURSING itu sendiri, demi kemaslahatan pesakit-pesakit dan orang yang memerlukan khidmat kita. Bukan sekadar KUANTITI jadi isunya, malah KUALITI itu juga titik asasnya dalam menberikan yang terbaik untuk yang memerlukan.

Orang selalu cakap,

"Ambil nursing ni, senang dapat kerja.."
"Bagusla ambil nurse, kalau ada ahli keluarga sakit, senang sikit"
"Nursing ni luas cabang dan bidangnya, untungn ambil nursing"

~Maka beruntunglah orang-orang yang mengambil & memberi kebaikan daripada Nursing itu~

Di sebalik itu, pernahkah kita mendalami sedalam-dalamnya, tanggung jawab dan amanah di tika menyandang 'title' seorang nurse, sama ada di ward, di masyarakat luar, pada diri sendiri dan juga pada agama ALLAH..

Sesungguhnya, tanggungjawab itu amatlah berat dan besar sekali..Bagi sahabat-sahabat dan adik-adik yang telah MEMILIH atau PAKSARELA berada di jalan ini, fikirkanlah, ada sebab 'mengapa DIA pilih kita untuk berada di sini..

Mungkin untuk menjadi 'nurse'..Mungkin juga tidak...Tapi, yang pasti, di situ pasti terletak hikmah kenapa kita di sini hari ini..HIKMAHNYA??
Terokailah sendiri berbekalkan AKAL, HATI dan IMAN yang diberi..

Our hands SAVE, Our hand KILL...

Redha ALLAH jua matlamat utama kita..Tak kira di mana kita, apa jua kita....

~wallahua'lam~

fiey ahmad..
-ada case study yang perlu disiapkan-

2 comments:

  1. Kualiti vs Kuantiti...saya juga pilih kualiti itu.
    Alangkah baiknya jika KUANTITI itu bergerak bersama KUALITI.

    ReplyDelete
  2. jika kuantiti bersama-sam kualiti, pasti itulah yang terbaik kan....

    sama-sama ke arah yang lebih baik..

    ReplyDelete