IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Tuesday, December 29, 2009

Air Dicincang Takan Pernah Putus

~Air itu sifatnya lembut, tulus, mendamaikan...Bila deras, memudaratkan, itu gelombang hasil ciptaan tangan-tangan manusia dengan keizinan ALLAH~

Begitu banyak perumpamaan yang dicipta dengan berhubung kait dengan salah satu daripada unsur alam ini. AIR

AIR YANG DICINCANG TAKKAN PERNAH PUTUS

Peribahasa yang kebanyakan kita kenali sedari bangku sekolah rendah lagi kan..
Dan kali ini, ia sangat memaknakan maksudnya buat saya..

Meniti usia yang hampir 23 tahun ini bersama ahli keluarga yang 11 orang semuanya itu mengiktiraf kebenaran peribahasa di atas. Hubungan darah yang ditakdirkan oleh Sang Perancang Alam Semesta melonjakkan rasa syukur aku tak terhingga buatNYA kerana kehidupan saya bertitik corak daripada hubungan ini.

Dilahirkan sebagai anak ke 7 daripada sebelas, memegang title 'anak perempuan bongsu', merangkap kakak paling muda buat 4 orang adik lelaki, dan segala macam lagi jawatan yang saya pegang dalam keluarga, membuatkan saya menjadi dan terbentuk seperti saya sekarang.
Kasar, Manja, Cakap Banyak, Lasak Pelik, Keras Hati, Degil, Pemalas juga..hihihi.. :)

Dan saya akui sedalam-dalamnya juga, Allah memberi saya segala macam kelebihan di samping kekurangan-kekurangan yang pasti dalam diri saya.

Di sebalik kisah suka duka keluarga yang bermigrasi ke Tanah Melayu dan berkembang di bumi Malaysia ini, saya kisah tentang seorang kakak yang cukup hebat ALLAH hadiahkan buat saya..


Noor Asiah binti Ahmad

Nama depan yang serupa Mak Ayah berikan buat kami berdua, sementelah nama pendek buat dua kakak yang di atas, Aminah dan Azizah. Dan istimewanya, beliau dipanggil Nor, dan nama panggilan saya hanyalah Fi. Hihi..

Umur kami hanya berbeza 13bulan..Nor dilahirkan November 1985, saya pula Disember 1986..Maknanya, dalam usianya baru mencecah kira-kira 5 bulan, arwah Mak dah mengandungkan saya..

"Dulu masa mu orang kecik-kecik, masa Mak baru lahirkan mu, Nor selalu tolong Mak ambil nape-nape untuk mu, kecik-kecik rajin doh..", ingatan kenangan arwah Mak seusia usia kami masing-masing masih bayi dan berumur setahun jagung.

"Dalam ramai-ramai anak Mak, Nor paling sekejap dapat nyusu ngan Mak (sebab kelahiran budak ni sorang..huhu)..Tapi Nor tak banyak perangai"lagi cerita tentang Nor..Patutlah Nor nya immune system tak berapa kuat compared to adik-beradik yang lain. Selalu demam, senang infected, selalu sakit gigi..*hehe

Dan itu bukan sekadar cerita biasa buat saya, itu cerita tentang PENGORBANAN daripada seorang kakak buat adik kecilnya walaupun usia masih setahun lebih.

Usia kami yang begitu rapat membuatkan hampir keseluruhan usia kanak-kanak kami dihabiskan bersama-sama..

Main masak-masak daun pokok limau dan bunga tahi ayam dalam tempurung depan rumah sama-sama..

Main 'ta nusup' (sembunyi-sembunyi), 'ta duduk' (kejar-kejar then duduk), 'bola mati', 'bola katok' sama-sama..

Duduk dengar cerita Cik Wan kat pantai bawah bulan purnama, dengan ombak mencecah pinggir batu masa musim nak banjir..

Hampir semua baju kita serupa tapi tak sama masa kecil dulu kan, beza butang dan reben , lain warna dan corak sahaja. Semua orang ingat kita kembar tapi lain muka kan masa kecil dulu..

Huhuhu..agak-agak mu ingat dok agi citer ni sume, Nor? *haha (aku rasa mu ingat-ingat gitu-gitu).

Sekalipun usia hampir sahaja, pengalaman waktu kecil hampir sama sahaja, namun karakter kami cukup berbeza. Cukup Berbeza..Dan pastinya diakui semua. ;)

Nor lebih feminin, sopan santun, rajin, cantik, sweet, loveable, caring, ayu dan segala-gala dan pendek kata..AYUlah kakak saya sorang ni. Beliau sangat disenangi oleh Mak Ayah dan kawan-kawan mereka. Oleh kerana kami berdua rapat umurnya, Nor sering ikut Ayah pergi mana-mana, dan saya banyak duduk dengan Mak. Sebab itu, gambar saya masa kecil tak banayk sangat..Huhu..Boleh tak dijadikan alasan, Bolehlah..!!


ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Hatta, di zaman sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Paya Bunga 1993-1998, kami adalah ahli geng 'Joe Jambul' rekaan fantasi kanak-kanak kami..Dia adalah watak 'Ana' yang cantik dan jelita dan saya adalah 'Jun' yang ganas, lasak dan suka berlumba kereta.. ;)

Nor adalah kesukaan ramai orang dan saya pula adalah orang kebanyakan..Gaya dan tingkah lakunya yang matang berbanding usia, menempatkan Nor di hati orang ramai.Sehinggakan saya sampai sekarang tak minat warna pink sebab Nor minat warna tu. Bagi saya, pink warna orang-orang lembut. ;)


Dan perbezaan-perbezaan inilah yang menimbulkan rasa iri hati saya pada Nor, sedari kecil....Sindrom yang sihat tapi boleh menjadi kurang sihat jika tidak dikawal dengan baik , ini wujud dalam jiwa anak-anak kecil pastinya.

Ke'jealous'an itu yang membuatkan saya sangat berusaha keras menaikkan diri saya agar nampak di mata orang. Sejak kecil, daripada segenap segi Nor melebihi saya, kecuali dari bidang akademik dan kekuatan fizikal. Oleh kerana itu sahaja jalan untuk saya bersinar melebihi Nor, saya memecut diri untuk menggapai kecemerlangan akademik. Tapi kan, rupa-rupanya saya hanyalah seperti arnab yang 'syok' berlumba sendiri, sedangkan Nor tak terkesan pun dengan pencapaian akademik saya. Haha, itu cerita kami di sekitar sekolah rendah. Dan credit dan terima kasih buat Nor, kerana menjadi 'trigger' untuk saya kekal bersungguh dalam akademik.

Dan secara fizikalnya, saya suka menunjuk-nunjuk kekuatan saya pada Nor. Sehingga ada satu peristiwa saya mematahkan 'skarf' rambut pink kesayangan Nor depan matanya.

"Masa tu, aku harap ngat mu bukan adik aku.Kalu boleh aku tak mboh (tak nak) ngaku mu adik aku", kata-kata Nor bila kami mengimbau kembali kenangan..

Bukan itu saja, saya juga banyak kali mematahkan pensel dan pembarisnya, semata-mata Hihihihi..Betapa nakal dan teruknya saya di zaman kanak-kanak.


ZAMAN SEKOLAH MENENGAH


Tak tahu kenapa Sekolah Menengah Agama Khairiah menjadi pilihan saya. Mungkin sebab influence dari Nor juga kot. Tapi yang pastinya Nor tak bersetuju saya ke sekolah itu, alasannya, mungkin rasa hati zaman kecil-kecil dulu, atau pun sedayanya Nor ingin berkata "Fiey, stop haunting me!!!".. Hahahaa..mestilah tak kan berjaya kan.

Sejak daripada tingkatan 1, Nor antara orang famous sekolah, kawan-kawan, seniors, tak tahu kenapa semua orang suka sangat kat dia ni (padahal dah tau dah sejak sekolah rendah). Oleh itu, berita kedatangan adik perempuan Nor ke sekolah itu hampir menjadi berita tergempar sekolah, dan impaknya, semua orang tercari-cari siapalah gerangan adik Asiah (panggilan di kalangan kawan-kawan Nor). Macam-macam cerita yang timbul pasca itu.

Muka kami tak seiras la..
Tak ada gaya la..
Tersalah orang la..
Yang paling best dan menyakitkan hati, "fiey tu konon je, tumpang glamor kakak"..MasyaALLAH,memang terhiris hati saya..Tapi itu jugalah menjadi penguat semangat saya untuk terus membina tapak di SMAKH itu atas kaki sendiri.

Dan hubungan saya dan Nor di SMAKH tidaklah serapat zaman kanak-kanak, malah banyak kali gaduh. Gaduh bukan sembarangan gaduh..Hehee..itu biarlah kami dan ahli keluarga sahaja yang tahu.. :)

Perang dingin kami memang diketahui ramai, dan kami memang tak ambil kisah. Dan kebanyakannya, saya dipersalahkan atas apa jua pergaduhan antara kami, maklumlah, Nor kan favourite orang ramai..(dengan nada sindir, pastu gelak-gelak :D). Tapi saya masih buat-buat tak kisah..Kami membawa haluan hidup masing-masing.

Sehinggalah saya di tingkatan 3 dan Nor di tingkatan 4, ada satu peristiwa yang menyayat hati saya sendiri, bila mana Nor marah-marah saya depan seniors di ketika kami baru je sebilik buat pertama kali kerana memegang post dalam AJK Asrama..Saya kesedihan dan Kapten Asrama waktu itu, K.Asma, memujuk dan mendengar rasa hati saya. Dan ALLAH sememangnya sebaik-baik perancang. Rentetan daripada peristiwa itu, sepucuk surat daripada K. Asma dan kehadiran K.Siti Syahida menjentik perubahan dalam nota hidup kami.

Suatu malam, Nor datang berterus terang hati ke hati dengan saya..Antara kata-kata yang masih segar di ingatan..

"Dulu, aku sokmo berharap mung bukan adik aku, sebab mu sokmo wat sakit hati aku. Tapi, sekarang aku rasa bersyukur ngat mu ni adik aku.."

Huhuhuhu..T_T

Terharu sangat..'aku pom bertuah juga dapat mu..gane-gane pom mung, aku tetap sayang mung.'

Sejak itu, kami semakin rapat, apa jua pasal saya, result exam, masalah saya, mesti dia tak nak ketinggalan..Dan kami rapat sehingga kini, dek rasa hubb atas nilai darah sama yang mengalir dalam tubuh kami, kami merasakan keindahan kasih sayang berkeluarga.

DI ZAMAN UNIVERSITI

Masing-masing di UIAM dan UKM, seorang ambil Ijazah Kejururawatan, dan seorang di bidang pendidikan AL-Quran. Memang saya berharap Nor masuk ke UIA, tapi UKM pilihan hatinya, dan saya akur, apa jua yang terbaik untuknya. Di kala masa dan kesempatan memihak kepada kami, kami akan keluar bersama, bersembang dan bercerita, berkongsi rasa dan pengajaran. Kadang-kadang, kami akan keluar bersama adik-adik yang lain, menziarahi sesama kami, dengan tujuan, memegang ukhwah hati ikatan jiwa kurniaan ALLAH buat kami.

Sungguh, kita tak kan pernah mampu untuk hidup sendiri. Selain kebergantungan kepada ALLAH, kita juga perlu kepada perantaraan sesama manusia~quoted daripada ayat Nor.Perlu ada insan di sekeliling untuk saling menguatkan, saling mengingatkan dan saling berkasih sayang tanpa syarat.

Nor tetap Nor, dan dulu pernah juga saya cemburu bila Nor boleh untuk relaks-relaks saja untuk exam, sedangkan saya kena maintain result.. Tapi bila direnung semula, itu adalah pilihan saya unutk kekal berusaha, memaknakan kejayaan saya untuk kegembiraan orang lain, terutam aarwah Ayah suatu ketika dahulu. Nor juga telah menggembirakan arwah dengan baik, dengan menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati..Masing-masing punya perjalanan masing-masing.. Dan perjuangan harus diteruskan..

Kini, kakak saya ini sudahpun bergelar graduan. Tahun baru 2010, Nor bakal bergelar ustazah. Ustazah Noor Asiah..Bukan ustazah yang biasa-biasa, ustazah 'rock' katanya. 'rock' itu bukan menyesatkan tapi penuh dengan pengalaman hidup yang tidak pernah orang lain alami, insyaALLAH akan menjadikannya seorang ustazah yang luar biasa.

Dan sekali lagi perancangan ALLAH buat Nor dan kami sekeluarga, penuh hikmah yang tak terungkai dek pancaindera. Tapi, harus kita teruskan juga. Posting pertama di bumi Melaka Bandar Bersejarah sedikit menggusarkan hatinya..Kegusaran tentang perkara sebenar tidak saya ketahui, tapi ingin selalu berkata untuk mu,Nor.

'ALLAH punya perancangan yang besar untuk mu..
Jangan risau, mung gi mane-mane pom aku tetap sayang mung..
Aku sangat yakin mung akan memberi manfaat pada sesiapa sahaja dan di mana saja mung,
Yakinlah dengan diri sendiri, ALLAH pasti menghargai pengorbanan dan usaha mu,
Aku senantiasa doakan yang terbaik untuk mu,
Aku rasa sangat bersyukur pada ALLAH atas kurniaan SEBUAH KELUARGA kita ini pada aku,
Walaupun Sakit, Pedih, Terluka, tapi itu semua adalah pakej dalam kehidupan kita supaya kita boleh membina diri kita untuk agama ALLAH,
Rasa bersyukur, walaupun dengan pelbagai perkara yang terjadi dalam keluarga kita, ALLAH masih memegang hati-hati kita, menyatukan kita, dan kita masih berSEBELAS,
Walau macam mana tak tahan sekalipun, kita harus terus bertahan, kerana apa yang kita tahankan itu bukan untuk kita, tapi untuk kita semua, untuk kejarkan redha ALLAH..
Walau kat mana kita, apa jua kita, kita adalah SAUDARA, sedarah sedaging..
Kegembiraan itu adalah bila mana kita menghargai apa ada pada kita, siapa ada dengan kita,
dan sungguh aku sayang mu dan ahli keluarga kita ..
Moga Allah senantiasa akan memberi Rahmah dan Keampunan buat kita
Uhibbuki lillah, ya ukhti Nor '


fiey ahmad
http://fieyahmad.blogspot.com
dun wory, i'll always go to Malacca..hehe



No comments:

Post a Comment