IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Monday, July 6, 2009

Sahabat...Mengenali dan Dikenali


Taaruf


13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujurat :ayat 13)


Menghadirkan diri ke satu program motivasi baru-baru ini membawa saya kepada pengertian yang lebih mendalam mengenai kepentingan berkenal-kenalan. Ayat Al-Quran yang di atas sudah banyak kali menjengah dalam hidup, namun kali ini Allah menghadirkan rasa syukur untuk kesedaran yang insya Allah masih belum terlambat.

Salah satu pengisian utama yang diberi penekanan ketika program tersebut ialah TAARUF..Di mana perkenalan itu mempunyai simbolik yang besar di dalam sesuatu perhubungan. Hubungan Tuhan dan manusia, hubungan manusia sesama manusia, serta hubungan manusia dengan makhluk Tuhan yang lain.

Pada sesi ini, perkongsian secara telus, jujur dan ikhlas atas dasar inginkan perubahan ke arah lebih baik, bermatlamatkan kebaikan untuk semua, kami setulusnya menceritakan sedikit sebanyak cerita kami. Yang di 'highlight'kan ialah, kelebihan dan kelemahan masing-masing, dimana sahabat boleh mengenali diri kita dengan lebih dekat, menghulurkan kasih sayang melalui nasihat-nasihat bermakna dan yang menjadi lebih signifikan ialah, kita lebih mengenali diri, dari sudut kekuatan yang boleh disumbang dan juga kelemahan yang harus di tampung.

Juga mengambil ibrah dari cerita-cerita yang dikongsi. Seribu satu riwayat, seribu satu rasa, Seribu satu warna..Tuhan Yang Maha Kaya..

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Deifnisi cinta diolah oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya bertajuk Satu Rasa Dua Hati, sebagai 'rasa ingin bnertanggungjawab ke atas sesuatu'..Dengan adanya perkenalan, membuahkan rasa cinta, seterusnya rasa tanggungjawab yang dikendalikan oleh iman, Islam dan Ihsan. Lantaran itu, langkah pertama ialah berkenalan.

Berkenalan dengan Tuhan menemukan kita bahawa Allah itu Pemilik Hati-Hati kita, Penguasa Seluruh Kehidupan, Pentadbir Alam semesta dan kita adalah Hamba-HambaNya. Perkenalan seterusnya melorongkan kita untuk memahami kedudukan dan tanggungjawab kita sebagai hamba- illa liya'budun..Dengan perkenalan, rasa cinta dan tanggungjawab, kita manusia berjalan di atas muka bumi ini sebagai hamba mencari redha ALLAH.

Perkenalan antara Sahabat

Sahabat sedari sekolah menengah Agama Khariah. Edlin, Tehah, Pidah, Mo'ja (ibu anak satu), Ieda, Remy, Maa, Jiah, Lepa, Zira, Wani dsb..Gelak tawa air amta membuahakan persahabatan kekal ke hari ini..

Mengimbau kenangan hampir 5 tahun yang lalu, di bumi Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya yang kini telah dikenali dengan nama baru Centre for Foundation Studies, IIUM, menggamit perasaan hari ini..Atas nama persahabatan, saya menjadil saya yang sekarang..

Muni, Jaja, Nawa dan Kay..Sahabat yang banyak membantu di sepanjang perkenalan. Jaja, adalah kenalan rapat ketika di sana. Makan, minum, tidur, pergi ke kelas outing dan hampir segalanya lah kami bersama walaupun berlainan course tapi kami sering mencari waktu untuk bersama. Kami sangat pentingkan kualiti masa bersama kerana kuantiti tak menyebelahi kami.

MSCC (Matriculation Students Coordiantion Council)IIUM, menitipkan kisah-kisah sahabat dalam hidup saya, Aton, Wani, Nali, Ricca, Rehan, Widyana, Farah, Farhana dll (tak mampu untuk mulis semuanya, namun kasih sayang kalian tetao di hati). bak kata Aton, "kita kawan dunia akhirat kan"..

Di dalam dunia Nursing, Ria, Chah, Deqma, Kinn, Alia, Naddy, K.Lin, Ain, Fos, Dayah, Mamas, Ismi, Siti, Zee, Humm, K.Mar, Mona, Mawaddah, K. Amr, K.Lin Baby..Suka duka bersama membangunkan jiwa menbentuk saya sekarang. Perjalanan bersama memberi ruang untuk kita berfikir dan menghargai setiap perkara yang hadir dalam hidup kita.

"SaHaBat aDaLah CerMin baGi Sahabat nya"

Sahabat yang baik adalah sahabat yang menghadiahkan kata-kata indah dikala kita berduka, menghulurkan kata-kata nasihat dan ingatan dikala kita tersasar, memberi
kasih tanpa mengharap balasan, menuturkan peringatan ketika kita alpa, menampung kekurangan yang ada pada diri kita,dan berkongsi kelebihan bersama-sama.

Perjalanan TAARuf takkan pernah berhenti..Mengenali dan dikenali adalah proses sepanjang hayat. Antara ibrah dan hikmah yang boleh dikutip sepanjang perjalanan tersebut ialah lebih mengenali diri dalam mencari redha Tuhan, mensyukuri nikmat kasih sayang Tuhan dengan kurniaan insan-insan bernama sahabat..



“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu,
sehingga dia mengasihi untuk saudaranya,
apa yang ia kasih untuk dirinya sendiri”
(Hadith Muslim)

4 comments:

  1. sahabat juga membawa erti kehidupan..

    ReplyDelete
  2. sahabat ibarat pelangi...
    memberi warna dlm kehidupan...
    you're one of my colours too..
    =)

    ReplyDelete
  3. sahabat penting dlm perjuangan..rebah bangun kita bersama sahabat..

    thanks naddy..u r one of

    ReplyDelete
  4. sahabat adalah cermin bagi sahabatnya... suami adalah cermin bagi isterinya semasa isteri nak beli tudung, hehe.. :)

    ReplyDelete