IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Wednesday, June 24, 2009

Yang Biasa, Kesannya Luar Biasa

Kebelakangan ini, terlalu kerap isu tentang manusia sesama manusia. Perkara yang merasionalkan wujudnya perbincangan mengenai perkara ini, kerana manusia itu sering berhubung dengan sesama manusia. Hubungan yang tidak akan tidak ada selagi manusia itu masih bernafas dan bertapak di muka bumi ini.Dalam erti kata lain, manusia tak akan berhenti berhubung di waktu dunia ini.

Hubungan ini diterjemahkan melalui komunikasi-verbal dan non verbal.

Verbal

"Kita tak faham, macam mana 'dia' boleh bercakap bahasa kasar, marah-marah pada orang lain sedangkan 'dia' itu baru je bekerja, umur baru je 23 tahun, tapi boleh cakap kat orang yang lebih tua daripada 'dia' macam tu" seorang sahabat saya tidak berpuas hati dengan seorang staf ketika menjalani praktikalnya.
*jika difikirkan secara positifnya, nungkin 'dia' itu ada masalh ketika itu, jadi moodnya tidak berapa bagus lalu dilepaskan pada yang lain. Namun begitu, jika 'dia' itu berfikir dengan lebih baik, pada ketika itu, 'dia' dapat menyelamatkan beberapa hati daripada terluka dengan kata-kata dan sikapnya..Dari sudut yang melihat keadaan itu pula, andai tidak punya daya untuk menegur, bencilah perbuatan itu bukan pada pelakunya. Jauhilah daripada berkelakuan sebegitu di kemudian hari..

Sahabat saya yang lain pula, pengalaman pertama menjalani industrial trainingnya yang bakal berakhir tak lama lagi di sebuah institusi perubatan di bandaraya pesat, berkongsi pengalamannya "Di dalam ofis saya ni, luarannya, nampak hepi- hepi saja, gelak-gelak tapi dalamannya, ada saja perkara yang tak kena (hubungan sesama mereka). Ada yang tak berkenan cara kerja, ada yang tak berkenan cara komunikasi..Tapi, yang bagusnya, they all boleh bekerja dengan professional dengan meletakkan perkara hati di tepi."
*Realiti di tempat kerja, di mana-mana tempat kerja yang mempunyai sekumpulan yang bekerja. Pros dan Cons nya ada disitu..Baik yang kita ceduk, baiklah yang kita dapat..Sedaya upaya kita nanti, cuba ciptakan tempat kerja yang tidak punya suasana stereotaip seperti itu..if not, welcome to the world, with yourself prepared =)..

Saya pula, antara cebisan kenangan di Operation Theatre dan Accident & Emergency department , ketua jururawat di situ sangat berpositif dengan kami, pelajar Ijazah kejururawatan, di kala ramai orang yang masih belum menerima kewujudan kami. Mereka memberi kata-kata penyuntik semangat pada kami untuk terus mengorak langkah dalam dunia kejururawatan ini.
Antara bait-bait kata dari ketua jururawat A&E "Awak sebagai degree students harus lebih kehadapan, kerana awak semua akan selalu jadi perhatian. Dari sudut pengetahuan, kecekapan dan yang paling penting ialah attitude. itu akan jadi kayu ukur yang jelas antara awak dan orang lain"
* Saya mengiyakan kata-kata itu, dengan mengubah sedikit mengikut sesedap rasa saya pula.. Pengetahuan, kecekapan, dan attitude adalah indicator untuk membezakan seseorang itu akan menjadi nurse yang baik ataupun tidak, tanpa bezanya diploma ataupun degree. yang penting, menjadi yang terbaik untuk patient kita.

Verbal communication ialah komunikasi secara lisan yang mencakupi bahasa, lentok, intonasi dan juga ritma. Gabungan komponen inilah yang akan diterima oleh pihak receiver (penerima) seterusnya di tafsirkan oleh sel-sel otak menjadi maklumat luaran yang diterima dan dihantar ke seluruh badan untuk reaksi. Andai baik maklumat yang dihantar, dan andai baik penerimaan si penerima, maka baiklah reaksi dan aksi seterusnya.
Begitulah jua sebaliknya..

Non-verbal communication

Non-verbal communication ialah komunikasi tanpa kata-kata yang melibatkan body language (bahasa badan), mimik muka, postur badan dan juga 'eye contact'. Ada juga mengatakan bahawa cara seseorang itu berpakaian dan gaya rambut juga sebahagian daripada kumpulan ini. Yang ingin saya cuba bawakan di sini ialah, kesan besar yang di bawa oleh non verbal communication ini terhadap hubungan komunikasi sesama manusia.

Bayangkan, apabila anda (patient) sedang bercakap dengan seseorang (daripada kalangan healthcare providers), dengan penuh harapan, tetapi dia itu menyandar malas pada kerusi, atau membongkok pada 'cardiac table', ataupun matanya sentiasa ke sana ke mari,atas bawah, kiri kanan. Ataupun, perhatian orang itu hanya pada tulisan yang bakal ditulisnya, ataupun perhatiannya pada SMS yang ingin dibalas.

Apakah rasa itu..?Apakah efektif komunikasi itu..?

Hari ini, di Oprah Winfrey show sesi tengahari, berkisarkan perjuangan seorang Doktor Saintis Otak yang mengalami strok, berjuang untuk kembali senormal mungkin..Perjuangan yang sangat sukar, namun intipati yang ditekankan ialah SOKONGAN..Sokongan yang didambakan pesakit-pesakit sepertinya, daripada ahli keluarga, doktor dan jururawat serta kawan-kawan dan masyarakat..Sokongan lah yang mendorong Dr.Jill itu survive dalam mengatasi komplikasi penyakitnya.

Di dalam rancangan itu juga, Oprah ada meminta Lena, salah seorang penonton jemputannya untuk meluahkan rasa hatinya dalam menempuh perjalanan hidup bersama penyakit yang dihidapinya.
"Saya menghidap kanser. Saya tidak mendapat sokongan keluarga
dengan alasan mereka sibuk dengan kerjaya dan hidup masing-masing.
Kali pertama saya melangkah masuk untuk menjalani kemoterapi,
tiada siapa pun yang menyapa saya, bertanyakan saya"
Lena menangis..Sebak mengimbau kepahitan itu
"Sepanjang saya menjalani kemoterapi itu, saya jarang bertemu dengan doktor ataupun jururawat yang wajah ceria menyapa, tersenyum bertanya khabar..Saya jangka itu bukan perkara yang susah untuk dibuat tapi itulah yang kami perlukan disaat kami berjuang untuk hidup kami.. Adakah mereka sedar bahawa sentuhan di hujung kaki pun cukup sebagai tanda sokongan kepada kami. Itu adalah human touch(sentuhan kemanusiaan) yang besar kesannya pada pesakit seperti kami.."Sambung Lena sambil menyapu matanya.

Saya tersentak..

Bukan kerana terkejut, kerana ini bukan pertama kali saya dengar, bukan hanya pada Lena, tapi pada ramai lagi pesakit di merata dunia..tapi kerana ungkapan itu sangat terkesan di hati saya, sekali lagi..Ya Allah, berikan daku panduan agar tidak tergolong dalam golongan tersebut..

Pokoknya,ini bukan punca utamanya daripada pendidikan di kelas, ini berpunca daripada individu-individu itu sendiri.
Life is about choices..People make choices in their life..

Sahabat-sahabat seperjuangan..
Tak kira di bidang kejururawatan atau seangkatan dengannya..
Kita bekerja untuk kemaslahatan manusia,...Demi Untuk DIA (Lillah Taa'la)
Atas dasar Lillah Taala itu, sama-sama lah kita memberikan yang terbaik, agar kita menerima juga yang terbaik, jika bukan daripada manusia, pasti daripada Tuhan yang Maha Memberi.

“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu,
sehingga dia mengasihi untuk saudaranya,
apa yang ia kasih untuk dirinya sendiri”
(Hadith Muslim)


1 comment:

  1. Salam..
    Ya,Betul apa yg diperkatakn..
    Setuju 100%

    ReplyDelete