IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Wednesday, June 10, 2009

'Shopkeeper' ,'Babysitter,'dan 'Homemaker'

'Tajuk entry dalam bahasa Inggeris, tapi isinya lebih mudah diceritakan dalam bahasa kebangsaan ni.Huhu..*senyum

Sepanjang berada di kampung halaman ini, tak banyak perkara yang berubah. Maksud saya, rutin harian kami (Nor dan saya) ketika cuti di kampung.

Shopkeeper (Jurujual kat kedai kami)

Kebetulan, cuti kali ini bertembung dengan cuti sekolah pertangahan tahun. Cuti sekolah bermakna peluang untuk mendapat rezeki lebih untuk keluarga lebih besar, kerana pada musim ini ramai pengunjung memilih Terengganu sebagai lokasi percutian mereka. Tak kurang juga rombongan memenuhi undangan raja sehari. Berderet-deret undangan tapi tak mampu juga nak penuhi semua atas kekangan masa dan jaraknya. Maafkan kami ya.

Urmm.. Seawal 8.30 pagi, kami dah bergerak ke Pasar Besar Kedai Payang untuk buka kedai. 15 min perjalanan barulah sampai kat sana. Cuaca panas dan kering sekarang di Terengganu membuatkan keadaan di kedai agak kurang selesa bila ramai orang di dalamnya. Agaknya, dah sampai seru untuk dipasang air-cond di kedai tu.Huhu.I Allah..

Penat melayan pelanggan yang seribu macam kerenah masing-masing. Tapi waktu-waktu beginilah saya belajar mengimprovasikam communication skill saya. Harap-harapnya ada perubahan ke arah lebih baik..Di sini, boleh belajar banyak sabar, belajar senyum walaupun penat, dan belajar tentang manusia juga. Emm.. Pelajaran yang tidak diajar tapi diperolehi daripada perjalanan hidup.

Babysitter (Penjaga anak-anak saudara)

Huhuhu..Part ni memang tak boleh miss..Sekarang ni pun tengah senyum nak tulis pasal mereka ni..Esyah, Ara dan Amna..Tiga kecil molek ni dah membesar dengan pelbagai keletah. Mereka ini dah dapat 'mulut', maka banyaklah celoteh mereka ni, tak terlayan juga kadang-kadang. Dan yang paling best, yang paling bongsu dah pandai beremosi dan mengekpresi emosi..Wawawa..Ponat

Tengok pada wajah-wajah 'innocent' mereka tu buat hati rase cam sayu jep..
Tengok pada muka nakal mereka rase cam nak cubit-cubit pun ade..

Si bongsu tu da boleh panggil ''Effie' (name saya) dgn kerap dah..huhu..lega juga rase sebab dulu bukan main payah lagi nak sebut..hahaha =)
Letih juga sebenarnya jaga mereka ni..Nak layan kerenah lagi, time mandi, salin pampers, makan, tidur dan lain-lain.Tapi tu lah rutin bersama mereka..terimbau masa kami adik beradik 11 orang dulu..Macam mana lah arwah mak besarkan kami..And no doubt, she was the strongest women I've ever met..

Homemaker (ala-ala housewife *huhu*)

Kebiasaannya, pulang dari kedai di musim cuti ni memang tak menentu..kadang-kami singgah rumah Cikwan dulu untuk rehat,solat, main dengan nak saudara dan makan sebelum balik..Bila 'drive' balik, sampai je kat rumah, badan dah kepenatan..Biasanya , kami gagahkan juga untuk adik-adik kat rumah, masak apa yang ada.Kadang-kadang Ayie yang masak.Ada satu masa tu, kami tujuh beradik sibuk di dapur sediakan makan malam. Masing-masing buat keje masing-masing. Penat tapi rasa happy. Sebab tahu they are still in this family..

Tak banyak pun kerja rumah yang kami boleh buat, sekadar yang mampu.


Imbau balik masa yang lepas..

Ni semua kerja-kerja arwah mak dulu..

Malah dulu lagi susah..

Kepenatan yang kami rasa hari ni tak terbanding dengan apa yang arwah mak lalui dulu.

Penat badan..
Penat emosi..
Penat perasaan..

Penatnya arwah mak dulu..

Mak..tak terbalas jasamu oleh kami. tak terjangkau pengorbanan yang kau berikan..Semoga tempatmu di sisi DIA bersama golongan orang-orang yang beruntung. Semoga mak bahagia di sana..
Doa kasih penuh rindu untuk mak daripada anak perempuan mak paling nakal ni..

No comments:

Post a Comment