IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Monday, June 15, 2009

Bahagianya Isteri hamba ALLAH ini..

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil
dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang
anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan
sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang
setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik
pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,
disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan
kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana
kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah
kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak
disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling
bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku
bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita
bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku
dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang
dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah
hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya
pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya
redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan
bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya
kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku
atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya
ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam
keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan
keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.
Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan si isteri terhadap
suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

p/s: Terima kasih kepada seorang sahabat yang mengirimkan kisah ini pada saya..Begitu mudah wanita untuk menempah tempat di syurga,hanya dengan redha suami.. Namun, bukan mudah menjadi isteri yang diredhai pada zaman ini lebih-lebih lagi..Tapi, usaha dan doa yang disandarkan pada Tuhan I.ALLAH akan membuka jalan untuk itu..Sama-sama kita doakan kita tergolong di kalangan orang-orang yang berusaha..

No comments:

Post a Comment