IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Thursday, July 9, 2009

PPSMI-urmmm

Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang diperkenalkan pada 2003, diumumkan pemansuhannya hari ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman itu berikutan keputusan jemaah menteri di Putrajaya tengah hari tadi.

Emm..Kadang-kadang apabila difikirkan sejenak, perkara yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia umumnya, jutaan pelajar dan guru khasnya, seolah-olah perkara main-main.

Bayangkan jutaan wang ringgit yang digunakan 6 tahun lalu untuk melaksanakan dasar ini, bayangkan ramai tenaga kerja yang terlibat mengembleng tenaga demi dasar ini dan bayangkan generasi anak-anak yang terkesan dengan dasar ini..

Di sini, bukan 100% saya kira dasar itu tidak bermanfaat kerana ada baiknya dasar itu dilaksanakan. InsyaALLAH, ada golongan minoriti di kalangan pelajar dan guru yang mendapat manfaat daripada dasar itu

Saya kira bukan masalah dasar itu tetapi masalah dengan KESUNGGUHAN melaksanakan sesuatu dasar.

Apa-apa dasar sekalipun berkehendakkan dan bermatlamatkan kebaikan untuk semua,sekurang-kurangnya. Setiapnya, pasti ada kekurangan yang perlu ditampung, bukannya dirombak, dimansuh, ditukar..Kerana impaknya amatlah besar kepada semua.

~Untuk muatkan baju,..Jangan dibesarkan baju, tapi hendaklah dikuruskan badan..~

P/s:Wallahua'lam..saya sangatlah cetek ilmunya untuk memperkatakan sesuatu yang besar. Sekadar cebisan rasa daripada sekelumit kecil perasaan. Andai saya diberi pelihan dahulu, saya mahu belajar dalam bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik, kerana dua-dua subjek itu kegemaran saya, dan saya mahu memperbaiki bahasa Inggeris saya.

No comments:

Post a Comment