IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Friday, July 10, 2009

Happy Birthday Cikwan!!

10 Julai 2009

Tarikh yang diraikan untuk kakanda Azizah, atau lebih mesra kami panggil Cik Wan untuk anak ke 3 dalam keluarga. untuk genapnya 31 tahun umurnya.Tahun sebenar kelahirannya ialah 1977 bukannya 1978, ini kerana tiada dokumentasi bekesan ketika di Vietnam dahulu.




Perjalanan hijrah yang jauh..

Perjalanan merentas 3 buah negara (Vietnam, Kemboja dan Thailand) untuk ke Malaysia bersama-sama emak ayah beserta 3 beradik yang lain ( K.Long, Cik Ngah dan Ayie)merupakan suatu perjalanan yang sukar, perit dan penuh rintangan.

Hijrah demi penghidupan yang dilengkapkan dengan agama (pesanan arwah Tok Haji Mohd Salleh)bukan jalan mudah terbentang, tapi hakikatnya penuh liku-liku duri..

Suatu ketika di Kemboja, ketika di dalam perjalanan, Ayah Mak sekeluarga berhenti teduh dan bermalam di sebuah pondok..

"Pondok tu sangat kecil, Mak dan kakak abang kamu je muat. Ayah tunggu kat luar. Macam rumah ayam lagi besar" ingat lagi pada cerita Ayah.

"Malam tu komunis datang. Bertanya soal pada Ayah. Komunis ni mereka pantang dengar orang Vietnam berhijrah, lagi-lagi Islam. Sebab, waktu tu Komunis tengah mara ke Vietnam untuk takluk Vietnam juga. Ayah boleh cakap bahasa Kemboja sebab Ayah memang ada belajar masa muda .Mereka naik juga atas pondok yang kecil tu sebab mereka tahu Mak dan abang kakak kau kat atas' sambung Ayah.Ayah memang berkulit gelap sikit dek panas matahari, tapi mereka masih tak puas hati dan meragui bahawa Ayah sekeluarga dari Vietnam.

"Masa tu Ayah doa je..Tak putus-putus doa..Tapi, dalam kepala Ayah, Ayah dah terbayang lantai pondok penuh darah" Ayah dengan nada perit mengimbau kenangan lalu.

Mak menyambung cerita,"Masa Mak dengar Ayah cakap-cakap dengan komunis kat luar, Mak dah ngucap panjang,doa je..Masa mereka masuk, mereka ada juga cakap-cakap dengan Mak, tapi Mak juga fasih cakap Kemboja, cuma kulit Mak cerah sikit buat mereka makin syak"

"Lepas tu Mak?" kami tak sabar nak dengar cerita seterusnya

"Ada seorang daripada 2 orang komunis tu kata macam ni "Mak dia mungkin pandai cakap bahasa kita, kalau kita nak tahu mereka ni betul ke tak orang Kemboja, kita tanya anak dia". K.Long, Cik Ngah dan Ayie masa tu dah tido.Tinggal Cik Wan je duk di riba Mak." sambung Mak. Mak kata bagi mereka kalau si anak dia pandai cakap bahasa Kemboja maknanya mereka orang Kemboja.Masa tu Cik Wan berumur lebih kurang setahun lebih menurut Mak.

Cerita disambung lagi, "Masa tu Mak serah je kat ALLAH, mana mungkin kakak kamu tau cakap Kemboja. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Waktu si Komunis itu bertanya pada Cik Wan kamu (dalam bahasa Kemboja) "Adik,adik,..adik tahu tak cakap Vietnam?" Cik Wan kamu dengan cepatnya menjawab "Aceh tee..(saya Tak tahu~dalam bahasa Kemboja)".MasyaALLAH, lepas tu komunis tu terus beredar sebab bagi mereka budak sekecil itu sudah mampu berbahasa mereka, pasti daripada kalangan mereka juga.."..Kisah Cik Wan yang paling saya ingat daripada ceritera arwah Mak..

ALLAH~Maha Pelindung Lagi Penyayang..

116. Sesungguhnya Allah jualah Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi; ia menghidupkan dan mematikan; dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah sesiapa pun Yang menjadi Pelindung dan juga Yang menjadi Penolong.



Andai bukan dengan kasih sayang Tuhan, mana mungkin kami 7 orang seterusnya wujud hari ini..Syukur padaMu Tuhan..


Arwah Mak pernah bercerita, Cik Wan saya ni pernah terpisah dengan Mak dan Ayie ketika di sempadan masuk ke Thailand. Mak terpaksa serahkan Cik Wan pada orang lain sebab bimbang diketahui komunis di sempadan. Buruk padahnya jika mereka tahu bahawa mereka sekeluarga berhijrah.

Alhamdulillah..Diketemukan kembali di Thailand. Namun, Mak hampir-hampir tak mengenali Cik Wan waktu itu, kerana semua pakaian yang dipakaikan berubah. Kata Mak, mungkin dah diambil orang di perjalanan Cik Wan.

Tabahnya ahli keluarga saya terdahulu ini.

Semoga ketabahan itu berkekalan dan kasih sayang kita sekeluarga masih mampu dipertahankan hingga kita ketemu arwah nanti.

Salam sayang untuk kakakku Azizah..
Pengorbanan mu menjadi sumber kekuatan kami
Andai tiada manusia pun mampu menghargai pengorbanan itu,
Yakinlah bahawa,
Usahamu tinggi disisi Tuhan,
Teruskan dengan ketabahanmu,
Semoga bahagia milikmu jua,
Andai bukan di sini,
Pasti DiSANA janjiNya

No comments:

Post a Comment