IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Wednesday, September 18, 2013

Khilaf kita sebagai ibu bapa

No comments:
Sungguh ibu bapa itu terlalu banyak salah silap dan khilafnya dalam mendidik anak-anak.. Daripada sisi cara hidup, pemakanan, dan ilmu serta didikan..

Ada yang sepatutnya dibuat dan dilaksanakan untuk mereka terabai, tak terbuat sebab TAK ADA ILMU DAN TAK ADA MAHU.

Ada yang sepatutnya tak dibuat pada mereka atau di depan mereka, sering sahaja kita buat dengan sengaja atau tak. Sekali lagi kerana TAK ADA ILMU DAN SERING AJE IKUT NAFSU.

Sedar tak sedar banyak betul dosa dan salah kita pada anak-anak..Sedang kita ibu bapa sering jangka itu ini daripada mereka kerana berkira-kira kita telah terlalu banyak memberi dan berkorban untuk mereka.

Apa pun, sama-sama kembali pada Yang Esa, Pencipta dan tujuan utama penciptaan kita semua. Semoga apa sahaja tingkah laku dan kata-kata kita dipandu dibimbing dan diampunkan olehNya lalu diberkati dan dirahmati hendakNya..

Monday, September 2, 2013

Open house Syawal 2013..Nasi Arab Lahm Mandhi

No comments:

Alhamdulillah..selesai open house semalam..sangat bersyukur semua hampir licin dan terasa berkatnya..

Letih?? Tak sangat sekalipun tak tidur elok 2malam..sampai tengah malam semalam flat benar rasanya..

Alhamdulillah lagi sekali.. Nasi semalam dah habessss.. encik suami masak sendiri semua nasi arab lahm mandhi n kambing berempahnya dengan bantuan saya dan konco2 (kakak dan abang ipar).

Menu semalam
~ NASI ARAB LAHM MANDHI
~KAMBING BEREMPAH
~AYAM BAKAR
~SALAD SAYUR DAN MANGGA

Hari ni mengemas pula..dannn

Kambing rempah tinggal sikit agi jadinya masak nasi arab sendiri lunch ni..

Sesiapa dekat meh la nak makan...

Ni resepi suka hati kita..kalau nak yang strict n proper kena minta kat tuan syed ye^^..

masak tadi xsilap dlm 2 1/2cawan beras basmathi

2sb minyak sapi
2sb minyak
4ulas bawang merah besar-hiris
Bunga lawang, cengkih,pelaga, kayu manis
2bji tomato belah 4..
2hlai daun pandan- simpul
Rempah lahm mandi 1 1/2 sudu.
Susu cair
Stok ayam/daging
Garam gula sikit
Daun ketumbar-potong kasar

Cara2:

Panaskn minyak sapi dan minyak..tumis bwang sampai caramelized kemudian tumis rempah 4beradik tu..masukkan rempah mandhi kemudian tomato...da sebati sume masukkan stok n susu, perasakan dengan garam gula..

Bahnn tumisan tu nant curah atas beras yg dah di rendam..kalau air nampk tak cukup tambah dgn air panas skit..gaul dan biar masak..

Akhir sekali tabur daun ketumbar cincang dan gaul..ohh sungguh sedap bau jadiknya

Menu daging kambing berempah next trip k..

Selamat mencuba!!

Thursday, June 27, 2013

Homemade beef lasagna

No comments:

Recipe for BEEF LASAGNA (6 pax)

Ingredients:

For the red sauce:

• 375gram minced meat
•4 table spoon of tomato puree
•1 potato (peeled n cubed)
•salt n pepper
•mix herbs if any
•2 cloves of garlics (crushed)
•1 cup of beef stock if any  (if not use hot plain water)

Steps:
1. Saute garlics with meats. Then pour in tomato puree. Then pour in beef stock. Put in potato n cook till smooth.
2. Cook it well then season with salt, pepper n herbs.


For the white sauce (bechamel sauce):

•2 tablespoon of butter
•2 tablespoon of flour
•1/2 cup of milk
•20g of cheese cream
•pinch of salt

Steps:
1. Melt butter in hot pan, put in flour n stir it well.
2. Pour in milk n stir it gently till simmer with low heat.
3. Add in cream cheese n melt it well. Pinch of salt too.

**Steps to gather all ingredients

• 6 pieces of lasagna pasta
• handful of shredded mozarella cheese

1. Layer 2 pcs of lasagna pasta at the botton of baking pan.
2. Pour in red sauce then followed by bechamel sauce.
3. Layer 2pcs of pasta and repeat 2nd step.
4. Last layer should be bechamel sauce then sprinkle mozarella cheese.
5. Bake in the oven in 200'c for 20-25minutes.

HAPPY BAKING!!


BEFORE

AFTER

Wednesday, June 26, 2013

Menu hari ini..

No comments:

Lunch 26.6.13.. ada tetamu tuan Syed Mun'em, tapi makan lauk hop ada je la ye^^

~sambal sotong
~sayur lemak tauge kacang panjang
~kerabu sotong
~tembikai..

Resepi sambal sotong (ni kita buat ikut suka kita je tau, banyak kali buat pun macam ni jugak rasa..^^)

Bahan2:
• 7 ekor sotong medium size
•1 1/2 biji bawang merah besar (kisar)
• 10-13 cili kering (rebus dan kisar)
• asam jawa/ asam keping
• garam gula
•kicap hitam sikit

Cara2:

1. Celur hirisan sotong dalam air panas 30 saat. Tos dan ketepikan. (Sotong tak perlu masak lama nanti liat tak sedap)
2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bawang dan cili kisar tadi sampai naik minyak..ehh pecah minyak ^^..
3. Masukkan air asam jawa atau asam keping, dan perasajan dengan garam gula n kicap.
4. Masak sekejap dan masukkan sotong kemudian gaul 2 mibit gitu..
5. Siapp!!

Resepi kerabu sotong (tak berapa nak cukup barang tadi tapi boleh je makan rasa kerabu pun^^)

Bahan2:
• 3 ekor sotong medium saiz (celur dan asingkan)
• 1 bunga kantan (hiris nipis)
• 3 cili hijau & 1cili merah (hiris halus)
• 1 ulas bawang merah (hiris)
• 1/2 biji limau nipis
• garam, gula dan sedikit sos ikan..

Cara2:
1. Satukan semua dalam satu bekas bersama sotong dan gaul rataa..siappp!

*kalau ada kacang panjang (hiris), serai (hiris), udang kering (sangai dan tumbuk sikit)
Masukkan juga dalam kerabu..best juga..ikut selera masing2 dan adanya bahan^^

Resepi sayur lemak tauge dan kacang panjang (macam lauk asrama)

Bahan2:
• 1 mangkuk Tauge
• 5 batang kcang panjang (potong ikut sesuai)
•1 keping tauhu (potong kiub 9)
• 1 lada merah (hiris panjang)
• 1/2 mangkuk bilis (bersih, rendam air panas dan tumbuk)
•1 ulas bawang merah (potong besar)
•1/2 cawan santan
•1 1/2 cawan air panas (saya guna air rebusan sotong di atas..maksimumkan kesedapan dan tingkatkan penjimatan)

Cara2:
1. Masukkan air panas, bilis, bawang, kacang panjang dan lada merah.
2. Kemudian masukkan tauhu dan tauge..perasakan dengan garam gula siap!!

Makan tembikai sejuk2 dulu sebelum lunch...Alhamdulillah..sedapppnya nikmat Allah ni..

selamat makan tengahari..jangan lupa bersyukur!!

Saturday, May 25, 2013

Menu 24.5.13

No comments:

Breakfast like a king on 24.5.13..

~ Baked shrimp sandwich

Ingredients (2 pax):
• 4 slices of bread
•10 pcs of shrimp (5pcs/pax)^^
•1/2 holland onion-slice
•1/2 tomato-cube
•mint leaves
•2 slices of cheese
•pepper n salt
•salad

Steps:
1. Marinade shrimp with salt and pepper for a while. Saute onion, shrimp n tomato.
2. Lay bread slices on baking tray n put cheese on it. Put sauteed shrimp on cheezy bread.
3. Bake with 200'c for 5min to get crusty bread n melting cheese.
4. Add salad n ready to eat!!!

SELAMAT MENCUBA!!

Lunch like a queen..24.5.13

~ Chicken with orange &lemon juice plus sesame
~ Stir fry cauliflower with anchovies

The chicken was cooked with chinese style.. I just love it, dont know if it is because the chicken, orange juice or the sesame..but i like it..

Here i share its simple recipe.

Ingredients (for 2pax)
• 1 boneless thigh-cube it
• 1/2 holland- slice it
•2 clove of garlic-chop it fine
•orange juice from 1 1/2pc orang
•lemon juice from 1/3pc of lemon
•2pcs of green chillies-optional
•salt, pepper, corn starch
•2-3 spoon chilli sauce n oyster sauce
•2 teaspoon of sesame-toast it.

Steps:
1. Marinade chicken cubes with salt, pepper and corn starch. Deep fry it for 2-3min and put aside.
2. Saute holland n garlic with 2 tablespoon of oil til fragrant..then chillies, sauces, and juices..
3. Pour on top of chicken in serving bowl. Sprinkle the toasted sesame..

HAPPY COOKING!!

Tea time 24.5.13.

~ carrot fritter for zahra
~ spring roll for her parents

Saturday, April 20, 2013

Nasi Kukus Ayam Dara #1

No comments:

Selesai mengikuti penamaan calon dan analisa yang masih senget sebelah, jom layan lunch..

Lunch 20.4.13.. cubaan pertama NASI KUKUS AYAM DARA^^

Macamana define ayam dara tak pasti la saya.. ayam tak pernah bertelur ka, ayam betina kecil ka.. (ada orang tahu, boleh la kongsi info) saya guna ayam biasa je..

Menu hari ini adalah untuk meraikan belated birthday boy yang suka sangat nasi kukus ayam dara Wafi kat Greenwood tu.(saya pun hantu gak^^)

Alhamdulillah..cubaan pertama yang boleh tahan ajaaa^^..ayam dah sedap dah, air lada pun ok, kuah lagi sikitt je..(apa la secret ingredient mereka yang saya tak dapat teka ni??)

Takpe2..lain kali boleh cuba lagi..

Resepi Nasi Kukus Ayam Dara

Bahan untuk 4orang makan:

2 cawan nasi -rendam dalam air 2jam awal. Saya kukus direct dalam pengukus dalam 1jam sehingga nasi masak(ada beberapa cara tapi saya guna cara ini).

Ayam;
6 ketul ayam-kelar
1st garam
1st serbuk kunyit
1 inci halia besar ibu jari
1st lada hitam*
1st biji ketumbar*
1st jintan putih*
*sangai dan tumbuk bersama halia.
Cara;
1. Gaul semua bahan paling kurang 30 min lagi lama lagi sedap.
2. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.. tutup kuali untuk bantu proses menggoreng. Perghh..sila nikmati bauuu nya..subhanallah!!

Kuah;
10biji bawang merah saiz* medium
4 cili padi*
4 cili merah besar*
4 cili hijau besar*
2sb lada giling*
2 inci halia*
*kisar semua
2 tangkai daun kari
2 plastik rempah cap ros RM 0.60
7sb minyak
1 cawan stok daging (air rebusan daging saya simpan beku setiap kali rebus daging.. kalau tak ada tambah air kosong je)

Cara2:
1. Tumis bawang sampai lebam (lama tau, saya punya baru ni pun tak cukup lama, 30min ke atas kot..kakak kata biar bawang jadi kuning dan kuantiti makin sikit.)
2. Baru tambah rempah dan daun kari.. Tumis lagi 10 minit. Kemudian tambah stok daging.
3. Api perlahan. Biar kuah mereneh.. the longer the time the tastier in sya allah..prinsip masak sambal tumis2 ni..^^

Air lada:
4 cili padi
2 batang cili merah
2sb cuka
1 1/2 sb gula
1 st garam
1/2 cawan air

1. Kisar semua bahan.. Masak dalam 5 min atas dapur..

Siappp!!!

P/s:
Kuantiti yang saya kongsikan adalah anggaran saya sebab saya pun tak ukur dengan tepat guna sudu bagai..anggaran secara relatif..bak kata Jamie Oliver "do not worry about the measurement ir the quantity, u'll master it sooner or later' depends on how frequent you cook la kan^^

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'

Thursday, April 18, 2013

Anak itu Anugerah

No comments:

Anugerah berserta Amanah

Allah tidak menjadikan sesuatu ciptaanNya tanpa tujuan, dengan sia-sia..

Setiap sesuatu bersebab dan penuh rencana hikmah. Lebih-lebih lagi penciptaan manusia untuk manusia yang lain.

Anak itu amanah besar buat ibu bapa mereka. Segalanya akan dipersoalkan setelah dipertanggungjawabkan buat manusia. Bukan sekadar lahiriah, makan minum pakai tapi lebih jauh daripada itu..

Cara mereka berhidup; akidah, akhlak, ibadah, cara fikir mereka semua itu lebih besar daripada sekadar nemenuhi keperluan fizikal mereka.

Besarkan anak satu nikmat..

Zahra dah menjangkau 1 tahun 3 bulan.

Antara perkembangannya yang direkod..

5 bulan: Duduk tanpa sokongan
7 bulan: mula merangkak
8 bulan: mula makan
9 bulan: 2gigi bawah tumbuh, berdiri dan meniti dengan pegangan.
10 bulan: merangkak laju2
11 bulan: berjalan
1 thn 1bulan: 2 gigi atas tumbuh..'ma ma' 'ba ba' sebutan nya.
1 thn 3 bulan: Allah, ummi, abi nenek, jiddi, annor, aisyah dah boleh sebut..dah mula berlari anak..belajar lompat dan lain-lain..

Ohh..super duper aktif dan sangat cepat belajar..

Semua aktiviti kita pun nak copy dan sekaligus menjadi tarbiah baik untuk ummi abinya untuk jadi lebih baik dan lebih berhati-hati dalam bergerak geri.

Dan anak juga sumber tarbiah buat ibu ayah mereka..

Semoga kami dapat sentiasa memperbaiki diri untuk mendidik anak-anak dunia dan akhirat..

Zahra 1tahun 3 bulan

Baby food~ Baked cheesy pumpkin with honey

No comments:


Lunch untuk Zahra 17.4.13

~ Baked cheesy pumpkin with honey..

Guna baki labu yang dah direbus malam tadi..

Bahan2:
1. 1/2 cawan labu yang dah di rebus. lenyek
2. 2st madu
3. 2 st serbuk roti
4. cheese

Cara2:
1. Lenyak labu dan gaul dengan madu.. Letak dalam bekas ramekin.
2. Tutup dengan serbuk roti, tabur cheese.
3. Bakar 150'c 10min :)
4. Tunggu sejuk dan makan..nyumnyum

Moga Zahra makan dengan banyak lagi macam malam tadi..^^

Thursday, April 11, 2013

Buka puasa!!^^

No comments:

Buka puasa 11.4.14..

Setelah sekian lama tak puasa, hari ini lembik betul rasa.. Rupanya dinner semalam sandwich je.. Pity zahra susu macam tak banyak je hari ini..

Dah tak larat sangat lepas asar.. Tak mahu masak daaaa..tak mahu buat apa da..

Last minute 6.30pm..marinade wholeleg lepas tu letak je dalam oven..

Pukul 7.00pm gagahkan juga goreng nasi buat air..en suami pulang just around nak berbuka. Syukur ada teman buka..

~ Ayam bakar madu dan paprika
~ Nasi goreng simple
~ Air laici (3/4 habis kat saya sorang...dehydrated!!)

Leftover jadi rezeki  Man Ana Man Anta & kawan dia plus keropok lekor dan karipap ikan..

RESEPI AYAM BAKAR MADU & PAPRIKA

•1 Wholeleg
• 1st paprika
•1 sb madu
•1 st biji ketumbar
•garam, lada hitam, sos tiram sikit

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan semua tu.. cucuk-cucuk sikit ayam tu bagi perapan diserap. Sebab instant sangat perap hari ni.
2. Bakar dalam ovem 180'c dalam 40-50min.

En suami cakap kurang pedas, haa, lepas n boleh adjust lagi.

RESEPI NASI GORENG SIMPLE

• Nasi 3-4 orang makan (letak dalam frigde dulu lebih baik sebab air dapat kering sikit dalam nasi tu) chef sher ajar..
• minyak 4 sudu (tuang minya sederhana laju dalam kiraan 4saat) jamie oliver ajar ni^^
• 2 biji telur
• kobis, lobak merah, daun sup, daun bawang- hiris
• bawang putih, bawang holland- hiris
• garam, lada hitam & sos tiram

Cara-cara:
1. Tumis bebawang dan lada hitam. Kemudian masukkan sayur kecuali daun sup daun bawang. Masukkan bahan perasa. Gaul.
2. Masukkan telur yang dah digaramkan sikit dan dipukul. Tunggu separuh masak lepas tu gaul. Masukkan nasi dan gaul lagi.
3. Paling akhir daun sup daun bawang..Siap!!

AIR LAICI..??

Yang ni semua orang boleh buat kot^^..

Selamat mencuba!!

P/s: sangat kelaparan tadi, berbuka dengan kismis banyak biji merupakan nikmat yang sangat besar.. ditambah dengan air laici separa sejukk phewww..1/2 jag habis sebelum makan..nganga suami tengok..kesian biniku, katanya dalam hati mungkin^^

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'