IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Thursday, April 11, 2013

Buka puasa!!^^

Buka puasa 11.4.14..

Setelah sekian lama tak puasa, hari ini lembik betul rasa.. Rupanya dinner semalam sandwich je.. Pity zahra susu macam tak banyak je hari ini..

Dah tak larat sangat lepas asar.. Tak mahu masak daaaa..tak mahu buat apa da..

Last minute 6.30pm..marinade wholeleg lepas tu letak je dalam oven..

Pukul 7.00pm gagahkan juga goreng nasi buat air..en suami pulang just around nak berbuka. Syukur ada teman buka..

~ Ayam bakar madu dan paprika
~ Nasi goreng simple
~ Air laici (3/4 habis kat saya sorang...dehydrated!!)

Leftover jadi rezeki  Man Ana Man Anta & kawan dia plus keropok lekor dan karipap ikan..

RESEPI AYAM BAKAR MADU & PAPRIKA

•1 Wholeleg
• 1st paprika
•1 sb madu
•1 st biji ketumbar
•garam, lada hitam, sos tiram sikit

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan semua tu.. cucuk-cucuk sikit ayam tu bagi perapan diserap. Sebab instant sangat perap hari ni.
2. Bakar dalam ovem 180'c dalam 40-50min.

En suami cakap kurang pedas, haa, lepas n boleh adjust lagi.

RESEPI NASI GORENG SIMPLE

• Nasi 3-4 orang makan (letak dalam frigde dulu lebih baik sebab air dapat kering sikit dalam nasi tu) chef sher ajar..
• minyak 4 sudu (tuang minya sederhana laju dalam kiraan 4saat) jamie oliver ajar ni^^
• 2 biji telur
• kobis, lobak merah, daun sup, daun bawang- hiris
• bawang putih, bawang holland- hiris
• garam, lada hitam & sos tiram

Cara-cara:
1. Tumis bebawang dan lada hitam. Kemudian masukkan sayur kecuali daun sup daun bawang. Masukkan bahan perasa. Gaul.
2. Masukkan telur yang dah digaramkan sikit dan dipukul. Tunggu separuh masak lepas tu gaul. Masukkan nasi dan gaul lagi.
3. Paling akhir daun sup daun bawang..Siap!!

AIR LAICI..??

Yang ni semua orang boleh buat kot^^..

Selamat mencuba!!

P/s: sangat kelaparan tadi, berbuka dengan kismis banyak biji merupakan nikmat yang sangat besar.. ditambah dengan air laici separa sejukk phewww..1/2 jag habis sebelum makan..nganga suami tengok..kesian biniku, katanya dalam hati mungkin^^

'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'

No comments:

Post a Comment