Anugerah berserta Amanah
Allah tidak menjadikan sesuatu ciptaanNya tanpa tujuan, dengan sia-sia..
Setiap sesuatu bersebab dan penuh rencana hikmah. Lebih-lebih lagi penciptaan manusia untuk manusia yang lain.
Anak itu amanah besar buat ibu bapa mereka. Segalanya akan dipersoalkan setelah dipertanggungjawabkan buat manusia. Bukan sekadar lahiriah, makan minum pakai tapi lebih jauh daripada itu..
Cara mereka berhidup; akidah, akhlak, ibadah, cara fikir mereka semua itu lebih besar daripada sekadar nemenuhi keperluan fizikal mereka.
Besarkan anak satu nikmat..
Zahra dah menjangkau 1 tahun 3 bulan.
Antara perkembangannya yang direkod..
5 bulan: Duduk tanpa sokongan
7 bulan: mula merangkak
8 bulan: mula makan
9 bulan: 2gigi bawah tumbuh, berdiri dan meniti dengan pegangan.
10 bulan: merangkak laju2
11 bulan: berjalan
1 thn 1bulan: 2 gigi atas tumbuh..'ma ma' 'ba ba' sebutan nya.
1 thn 3 bulan: Allah, ummi, abi nenek, jiddi, annor, aisyah dah boleh sebut..dah mula berlari anak..belajar lompat dan lain-lain..
Ohh..super duper aktif dan sangat cepat belajar..
Semua aktiviti kita pun nak copy dan sekaligus menjadi tarbiah baik untuk ummi abinya untuk jadi lebih baik dan lebih berhati-hati dalam bergerak geri.
Dan anak juga sumber tarbiah buat ibu ayah mereka..
Semoga kami dapat sentiasa memperbaiki diri untuk mendidik anak-anak dunia dan akhirat..
Zahra 1tahun 3 bulan
No comments:
Post a Comment