Selesai mengikuti penamaan calon dan analisa yang masih senget sebelah, jom layan lunch..
Lunch 20.4.13.. cubaan pertama NASI KUKUS AYAM DARA^^
Macamana define ayam dara tak pasti la saya.. ayam tak pernah bertelur ka, ayam betina kecil ka.. (ada orang tahu, boleh la kongsi info) saya guna ayam biasa je..
Menu hari ini adalah untuk meraikan belated birthday boy yang suka sangat nasi kukus ayam dara Wafi kat Greenwood tu.(saya pun hantu gak^^)
Alhamdulillah..cubaan pertama yang boleh tahan ajaaa^^..ayam dah sedap dah, air lada pun ok, kuah lagi sikitt je..(apa la secret ingredient mereka yang saya tak dapat teka ni??)
Takpe2..lain kali boleh cuba lagi..
Resepi Nasi Kukus Ayam Dara
Bahan untuk 4orang makan:
2 cawan nasi -rendam dalam air 2jam awal. Saya kukus direct dalam pengukus dalam 1jam sehingga nasi masak(ada beberapa cara tapi saya guna cara ini).
Ayam;
6 ketul ayam-kelar
1st garam
1st serbuk kunyit
1 inci halia besar ibu jari
1st lada hitam*
1st biji ketumbar*
1st jintan putih*
*sangai dan tumbuk bersama halia.
Cara;
1. Gaul semua bahan paling kurang 30 min lagi lama lagi sedap.
2. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.. tutup kuali untuk bantu proses menggoreng. Perghh..sila nikmati bauuu nya..subhanallah!!
Kuah;
10biji bawang merah saiz* medium
4 cili padi*
4 cili merah besar*
4 cili hijau besar*
2sb lada giling*
2 inci halia*
*kisar semua
2 tangkai daun kari
2 plastik rempah cap ros RM 0.60
7sb minyak
1 cawan stok daging (air rebusan daging saya simpan beku setiap kali rebus daging.. kalau tak ada tambah air kosong je)
Cara2:
1. Tumis bawang sampai lebam (lama tau, saya punya baru ni pun tak cukup lama, 30min ke atas kot..kakak kata biar bawang jadi kuning dan kuantiti makin sikit.)
2. Baru tambah rempah dan daun kari.. Tumis lagi 10 minit. Kemudian tambah stok daging.
3. Api perlahan. Biar kuah mereneh.. the longer the time the tastier in sya allah..prinsip masak sambal tumis2 ni..^^
Air lada:
4 cili padi
2 batang cili merah
2sb cuka
1 1/2 sb gula
1 st garam
1/2 cawan air
1. Kisar semua bahan.. Masak dalam 5 min atas dapur..
Siappp!!!
P/s:
Kuantiti yang saya kongsikan adalah anggaran saya sebab saya pun tak ukur dengan tepat guna sudu bagai..anggaran secara relatif..bak kata Jamie Oliver "do not worry about the measurement ir the quantity, u'll master it sooner or later' depends on how frequent you cook la kan^^
'Jom memartabatkan masakan rumah demi kesejahteraan ummah'