IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Thursday, January 17, 2013

Isu Listen..Listen.. Listen

Isu Listen Listen Listen.. bukan isu baru malah bukan isu lama..



"untuk memberi pendapat secara personal, saya bukan sesiapa, cuma rakyat Malaysia biasa, bekas murid, pelajar, graduan uni, bekas pekerja dan sekarang seorang suri rumah tangga..

Melihat secara keseluruhan video itu,memang kelihatan bersemangatnya penanya soalan (dengan fakta bagai), memang kelihatan 'kurang adab' nya moderator itu (mula dengan tarik mic, itu memang serius tak patut, lepas tu jawapan yang terasa tak tahu kat mana kaitannya.)

Ini hakikat, ini bukan perkara luar biasa, malah terlalu biasa di kalangan kita tak kira murid, pelajar, mahasiswa, pekerja bawahan...

Kita dah terbiasa tak bersuara (atau tak dibenarkan bersuara, lebih2 lagi bercakap bertentangan dengan semasa yang menggugat sesetengah pihak). Mungkin lepas ini, perubahan baik akan berlaku di kalangan kita, BERSUARA TAPI MASIH MAMPU BERBAHASA

Bila kita cakap, kata kita rude, tak hormat orang tua (macam pernah kena je dulu, sedangkan tak terlintas pula macam tu). Bila bertemu orang macam ni, maafkan saja mereka, mungkin mereka kurang perhatian dan kasih sayang..Kasihi dan sayangi mereka seadanya :)

Isu Listen3x hanya secebis rentetan PEMBODOHAN mahasiswa...

Tapi isu ini bukanlah satu alasan untuk kita samada mahasiswa, orang ramai atau sesiapa sahaja untuk menjadi ZALIM kesan pembodohan ini dengan memaki, mencarut, menyindir melampau, mengugut mahupun membinatangkan orang lain. (kecewanya..)

Islam tak pernah sekalipun ajar kita untuk ajar orang dengan segala perkara keji. Kita tak setuju cara dia, TEGAS tak bersetuju. Kita nak tegur, nak suruh dia minta maaf ke, bukan dengan hamun atau sinis melampau, sebab itu tak membezakan tahap pemikiran kita dengan dia. (react without think much)..

Sekadar ingatan ikhlas, apa yang kita buat,kita tulis, kita sebar, BERBAYAR.. 

Nak REACT(bawa dan sebar unsur negatif terlampau), 
Nak PROACT (bawa pemikiran orang kepada lebih baik)
Nak NO-ACT, (tengok, rasa, diam, lupa)

Fikir-fikirkan ye, ALLAH ITU MAHA ADIL~

fiey ahmad
tersenyum mengimbau kenangan..

No comments:

Post a Comment