IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Friday, January 4, 2013

Happy Birthday to me..

31/12/12

Dah genap 26 tahun dah diri ni.. Orang lain dah melangkah ke umur 27 tahun, kita baru nak merasa umur 26 dah jadi 27 juga..

Mr Hubby belanja BR 1/2 gallon.. sayang kamu!!

Pencapaian??

Tak kisahlah dengan nombor pada umur itu, tapi jenguk balik apa yang dah saya buat, apa yang dah saya capai.

Secara lahiriah, boleh kira banyak juga pencapaian dan perubahan yang berlaku pada diri saya..


UPSR, PMR, SPM, MATRIK UIA, MAIN CAMPUS UIA~ dah selamat semua, result Alhamdulillah cukup untuk makan..

Wakil sekolah, wakil matrik, wakil UIA main netball dan volleyball ~ dah sudah...

Join program itu ini, gi mari gi mari ~dah banyak jugak.

Dah dapat kerja baik sebagai nurse bilik bedah ~walaupun kerja 6bulan je tapi banyak perkara belajar.

Dah kahwin dengan Suami tercinta ~dah nak masuk 2 tahun Alhamdulillah bahagia ke saat ini.

Dah accident dan loss one of the most precious limbs ~ Alhamdulillah sebahagian besar badan masih dalam keadaan baik..

Dah berhenti kerja kat hospital dan jadi Suri rumah sepenuh masa dah ~ the great experience of life

Dah dapat seorang anak perempuan comel penyejuk mata penghibur jiwa ~Zahra nama diberi



Perkara di atas tiada apa yang kekal, dan tidak mampu jadi ukuran telah berjayakah saya..Tidak sama sekali..Allah tidak menilai semua itu melainkan saya manfaatkan semua itu untuk orang lain dan agama.

Saya tak pernah berbangga dengan semua itu tapi amat bersyukur dengan pengalaman indah itu..Itu antara jalan pembentukan saya hari ini. Tidak ada nikmat di atas mampu saya dustakan. Sesungguhnya, segala datang bersama tanggungjawab bukan..


Secara batiniyah........ sukar untuk cari kayu pengukurnya.


Sebagai anak >> arwah Mak dan arwah Ayah je tahu dan dapat kesannya hingga ke saat ini.

Sebagai adik/kakak >> adik beradik mungkin tahu betapa betah, lantang, selamba, kasarnya saya kadang-kadang dengan mereka.

Sebagai isteri >> masih turun naik, dalam usaha menambah baik diri untuk jadi isteri penyejuk mata penawar jiwa en Syed Abdul Mun'em tercinta.. Kadang-kadang merajuk, menangis, gelak, malas, rajin terlajak, cakap banyak, diam tiba-tiba, buat muka, ..Encik suami la yang banyak bersabar dengan kerenah saya dan dia jadi penilai juga untuk status isteri ini..~ " B, redha B lesen untuk Sayang dapat Redha Allah..Redhakan Sayang ye, B" 

Sebagai ummi >> Zahra belum boleh bagi feedback tapi jelasnya, long way to go..Banyak lagi ummi kena belajar kan Zahra..

Sebagai ahli komuniti >> masih jauh terkebelakang.. Jauh daripada orang yang memberi kepada agama dan ummat Islam. Baru join Masjid, baru nak involve program charity sekolah agama swasta yang tak berdaftar. Baru ngajar ngaji kat kakak muallaf seorang. Baru..Semua baru..

Ya Allah, mudahkanlah langkah-langkah kami untuk mencari redha Mu wahai Allah..


Tahun Baru Masihi 2013

Setiap kali ulang tahun kelahiran saya, memang sangat sinonim dengan sambutan tahun baru masihi.. Terasa baru nak berumur 26 tahun, sekali umur dah automatik jadik 27tahun.. :)

Dari dulu, memang tak pernah melibatkan diri dengan new year celebration. Bagi saya tak ada faedah langsung. 

Bunga api , buang duit.
Countdown2, buang masa.

Dua tahun kebelakangan ni, sambutan tahun baru menambah warnanya bila ada pihak yang berinisiatif menganjurkan sambutan yang lebih baik untuk umat Islam. Dan saya pula cemburu tak dapat berada di tempat begitu.

Pengisian rohani, tazkirah, selawat.. Tambah nilai iman kita, why not kan...

Dan bila tengok video mereka melaung takbir berkali-kali, Subhanallah, meremang rasanya..Kalau ruh dan semangat Islam semaki disuntik dan dijana di hati umat Islam berkali-kali sebegini, tak mustahil Malaysia bakal menyediakan barisan mujahid yang berani jihad untuk agama Allah..Suatu hari nanti inn Sha Allah.


Hari-hari terus berlalu dan tetap berlalu..

Menghitung umur yang makin bertambah, nilai kesihatan mulai susut secara teorinya, dan doa kami semoga kami lebih berusaha untuk menambah amal dan juga menambah nilai dalam hidup kami sendiri dan orang lain demi saham akhirat.

Semoga tak lalai di perjalanan. Semoga jalan hala tuju usrah kecil kami menghala ke arah membina masyarakat dan daulah Islam.


Radio kecil ini peneman kami dan sumber ilmu dan ingatan buat kami..best juga dan sangat berbaloi2..buat teman tidur lagi :)



fiey ahmad
dah tua dah...

No comments:

Post a Comment