Salam sahabat-sahabat semua..
Maaf nak tanya, apa status PTPTN sekarang ye? Dah halalan thoyyiba ke? Dah tak ada ke bunga-bungaan yang berkembangan di dalam pengurusannya?
Sebab ada tengok anak Melayu kita (Islam in sha Allah) bangga pinjam duit PTPTN menjawab isu pendidikan percuma di negara kita..
Saya suka kalau pendidikan percuma dapat diberikan pada semua, sebab memang hak setiap orang untuk dapat PENDIDIKAN YANG BAIK' (termasuk sistem, guru serta ilmu yang diajarkan itu)
Tapi saya tahu bukan mudah tapi BUKAN MUSTAHIL kan?
Kalau semua orang berhajatkan kepada sesuatu yang baik, pasti ada jalan dan usaha untuk itu.. BERSAMA-SAMA, bukan biar je sesetengah pihak buat, kita main peluk tubuh tidur tergolek-golek.
Tapi kalau tak dapat pendidikan percuma pun, SEDIAKANLAH PINJAMAN YANG HALAL, kan berkat gitu.. Tak lah orang hidup dalam hutang yang berhantu.
Orang berhutang ini hati sungguh tak akan merasa aman, tenang, lagi-lagi hutang yang berunsur riba, tak tenang lagi tak berkat.. (kita tak mahu yang ni la kan, mohon jauhkan daripada kami Ya Allah)
untuk sesiapa yang dah terjebak dalam hutang yang beriba (hutang pendidkan/rumah/kereta dll), usahakanlah untuk membayar dengan baik serta kurangkan bunga-bunga. Mohon Allah permudahkan, jangan lari, sebab hutang tak habis kalau berlari-lari, malah berbunga-bunga..
untuk yang tak terjebak lagi, bersyukurlah dan nekadkan diri untuk tidak sekali-sekali terjebak. Takkan pernah menguntungkan.. Ada caranya, baca, tanya..
~sungguh saya bersyukur pada Allah atas kebebasan daripada PTPTN. Bila dapat peluang JPA masa tu, bayar sekaligus je terus sebab tak nak bayar lebih-lebih yang tak patut.
Bila JPA tak panggil, rezeki juga kan, bukan bersorak suka dapat duit free tapi mungkin bukan rezeki kerja dengan GOV (sedang hati nak sangat serve GOV hospital).
TEKAD. BULAT. Untuk anak-anak, jangan bagi dekat dengan pinjaman-pinjaman yang merugikan dunia akhirat, takkan pernah untung kita pun.. In Sha Allah memang ada caranya!!
~~Jom banyakkan baca ilmu bermanfaat..!! —
fiey ahmad
JOM BIJAK URUS WANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ssh jugak if xde ptptn sis. Family bkn senang2. Biasiswa pn berkali ke interview dan assesment tapi kecundang dipenghujung. Peminjam tu rsnya x bersalah. Mmg dah rezeki nk belajar terpaksa mohon ihsan kerajaan. Yg slh ialah peminjam yg tak membayar. Sekadar pendapat.
ReplyDeleteTerima kasih sis LaLaLola..
ReplyDeleteMemang nampak susah sebab kita rasa ada keperluan untuk meminjam wang demi pendidikan lanjutan, dan saya sendiri pernah pinjam PTPTN sekejap sebab memang perlu pun pada bantuan kewangan sebab family bukan org senang pun :)
Tapi bila sekarang dah tahu pasal PTPTN, cara mereka bagi pinjam, interest aka riba memang tak diterima Islam.. Maka buat yang tahu jauhilah..
Peminjam yang meberi pinjamam beriba tetap salah dalam Islam, dan peminjam yang tahu itu beriba tapi masih mahu meminjam pun bersalah sekalipun atas dasar terdesak nak belajar, sebab masih ada alternatif lain , sekalipun payah pada hakikat..
Saya bukan alim untuk mengulas isu ini..di bawah saya sertakan link ke Ustaz Zaharauddin Abdul Rahman, orang yang arif tentang ilmu kewangan Islam
http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/531-ptptn-hukum-a-kos-perkhidmatan.html
Saya cuma berkongsi pandangan dan cerita agar lebih ramai tak terlibat..'
RIBA adalah perkara yang sangat dilaknat Allah dan pernah mendapat amaran keras daripada Rasulullah kita sendiri agar menjauhi riba
Wallahua'lam