Dalam waktu yang kelapangan itu, in charge di bahagian kaunter @patient hold kadang-kala meminta bantuan untuk menerima patient daripada ward kerana pastinya di bahagian kaunter amatlah sibuk ketika ini untuk mengatur perjalanan jadual pembedahan pada hari itu. Menerima panggilan yang bertali arus, membuat panggilan kepada surgeons dan anaesthetist yang pasti juga ketat dan penuh jadualnya, membuatkan mereka terkadang terlewat untuk menerima patient. Oleh itu, tolong menolong itu amatlah penting di kala begini walaupun terkadang ada juga pesanan yang kurang senang daripada RR in charge staf.
"Kalau patient datang, awak tak yah ambil. Tu kerja orang depan, bukan kerja kita..Biar diorang buat kerja mereka. Kalau asyik kita yang buat kerja diorang nanti diorang tak buat kerja la"
'Hurmm, tak salah kan kalu kita saling tolong-menolong sebab kita kan satu team. Lagipun bukannya kita tengah busy buat kerja pun masa tu' getus hati saya.
Mungkin kali pertama dan kedua saya akur dengan pesanan itu, tapi bukan untuk kali yang seterusnya, sebab kita punya otak yang boleh merasionalkan perbuatan kita dengan sebaiknya. Kita punya otak dan iman yang semestinya mengarah kita untuk sentiasa berbuat baik kerana akan sentiasa ada janji Allah bahawa setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Dan bukankah dengan saling tolong-menolong kita akan mewujudkan lebih banyak bunga-bunga keharmonian dan mencantas pucuk-pucuk kebencian dan ketegangan dalam kerjaya berpasukan ini.
Di dalam OT ini, unit-unit kecil seperti Recovery Room, Dayward, CSSS, Patient Hold@Counter, dan juga OT secara fizikalnya dibina secara strategiknya untuk menjalankan fungsi masing-masing sebagai elemen-elemen sebuah Operation Theatre yang baik, namun hubungan hati yang kurang baik antara tenaga kerja manusia akan menggagalkan semua itu. Ini kerana sumber manusia ini merupakan nadi penggerak operasinya. Namun, tak banyak hati yang menyedari akan hakikat ini. Penyakit-penyakit hati seperti 'kau-kau, aku-aku' dan lain-lain begitu hebat memusnahkan hubungan sesama teman sekerja dan meningkatkan lagi tensi ketika bekerja.
Di dalam OT sendiri sangat banyak memerlukan tenaga kerja sepasukan, secara fizikal dan juga hubungan hati. Surgeon, Anest, Scrub nurse, Circulating nurse, GA nurse, dan General Worker, kita semua saling memerlukan untuk satu-satu surgey itu berjalan lancar. Bukankah lebih baik jika masing-masing menjalankan tugasan masing-masing dan menghulur bantuan di ketika diperlukan. Tapi matahari tak selalu cerah, langit tak selalu indah, kadang-kadang ada juga pincangnya kan. Namun, jika semangat berpasukan dan tidak berkira itu tinggi, masalah itu pasti nampak kecil dan senang saja diselesaikan. Buang ke tepi sikit rasa tak puas hati, rasa nak marah tolak jauh-jauh, fokus pada kerja dan patient pasti senang aja kaki dan tangan mengikut arahan HATI yang sihat dan tenang.
"huhhhh, aku malas laaa nak tolong budak nih, banyak kerja tak siap ni, padan muka dia, siapa suruh tak reti nak tolong orang sebelum ni..!", bentak seorang nurse pada teammate dia dengan wajah mencuka. Kenangan berposting di hospital kerajaan masih segar sekali di ingatan..
'bukan ke kalau kita berlapang sikit dada masa tu, tolong-tolong sikit, hati kita akan jadi lebih tenang dan tak sakit-sakit..Lain kali mana tahu orang lain pula tolong kita..What you give, you get back'
Feel free to lend your hand..Always step forward when people need help..Be happy when assisting people..Dont hope the return form people, but always do with Lillahi Taala, He will grant you beyond you ever think sometimes. Remember, the more we help, the more we see and listen, the more we learn, the more we adapt
fiey ahmad
learn to be an adaptive teammate
Fiey, sihat?
ReplyDeleteNice to read ur story=), keep it up! perawatan keamanan=)
tgk kt status fb fiey, br hbskn Denyut Kasih Medik ye? same as me, best kan?
Smg dpt jd spt Dr Muslih, terus menyuntik ruh jihad, dakwah di mn2 shj..
All da best shbt!
salam fiza...
ReplyDeleterindunya pada kamu amat gitu...INsyaALLAH, tugas tanggungjawab setiap daripada kita beza-beza..berdakwahlah di mana-mana, malah harus sentiasa berdakwah pada diri sendiri..
dunia kerja lagi membawa kita lebih dekat dengan Tuhan (personal opinion)
fiey..terharu baca post nie. berlapang dada bukan benda yang mudah tapi tak mustahil..mg Allh bukakan hati semua orang untuk bantu orang dan bersangka baik..
ReplyDelete