IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Saturday, February 20, 2010

Cerita Kehidupan di NICU dan SCN

~NICU (Neonatal Intencasive Care Unit) & SCN (Special Care Neonate)~


 Posting kali ni agak menarik dan berbeza..Pengalaman beberapa hari ni bersama 'makhluk halus' ciptaan Tuhan menitip banyak kesan pada ruang perasaan seorang 'makhkluk yang dah besar' ni (konon-konon besar).

Hari pertama, CUAK..Yang sebenarnya, kami bukan berposting di NICU walaupun 'on paper' kami dijadualkan berposting di sana. Kami bertiga (Chah & Deqma) ditempatkan di SCN. Dan untuk pengetahuan, NICU dan SCN hanya dipisahkan oleh sebuah pintu.

Ketibaan kami di awal pagi disambut dengan tangisan raungan bayi-bayi comel yang mencecah 34 orang pada hari pertama..


Our routine in SCN

  • Taking Report: (what are important things to know) 'baby of whom',gender of baby, diagnosis, how old is he/she, diet (either breastfeed, 'expressed breast milk (EBM)', orally (if orally how many ml and type of formula milk is regarding to baby' condition 'prem' or 'term'), if the baby is 'under phototherapy ('treatment ' using light for neonatal jaundice) be ensure whether it is single, double or triple (according to baby's serum bilirubin).
  • Observation : BP, MAP, heart rate, temperature, Spo2, PU  & BO,..all the devices are produced for these tiny thing..(we got 3 size of babies' cuff: largest is dark blue, moderate is green, smallest is light blue)..huhu, it would be great if we know more about the normal range of those measurement..for those who are going there soon, it is good for you to have some knowledge...upps, for new admission, vital signs need to be taken thoroughly including weighing and tagging the baby as well.
  • Bathing the baby: we help the staff nurses to bath all babies after taking report..34 babies per session, huhu..Can u just imagine that? yet, it is such a wonderful experience. Usually, staff nurses or JM will do the bathing, we (student nurses and their mother if they are around, will help in changing diapers, and putting on their clothes.
  • Feeding the babies..the amount of milk and type of milk are according to the doctor's order, and of course it depends on the baby's and mother's condition. Usually, staff nurses will list out on a sheet of paper, to make sure all babies are fed and to ease staff nurses to help each other.
  • Many other things: changing diapers, health education to the parents, increasing knowledge and so many more....
~Awal permulaan sebuah kehidupan~

Tersentuh perasaan hamba dalam diri, mengenangkan beginilah rupa awal sebuah kehidupan kita. Setiap daripada kita melalui fasa kehidupan dan tumbesaran yang hampir sama cuma cara berbeza-beza. Sungguh, penciptaan Allah itu sungguh luar biasa. Dan penciptaan manusia oleh Allah merupakan penciptaan paling sempurna, paling indah dan sebaik-baik penciptaan.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
[4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).At-Tiin :ayat 4

Apa lagi ruang yang ada untuk menempatkan alasan untuk kita menjadi hamba yang tidak bersyukur.

Saya amat-amat menghargai peluang bersama bayi-bayi ini..Berusia baru beberapa hari ini merupakan detik awal manusia ke muka bumi dengan keadaan SUCI dan BERSIH daripada segala kekotoran dan kehinaan dunia.

Kasih saya pada mereka kerana bau-bauan suci ini. Bauan bersih tanpa dosa. Bauan nafas dan jiwa yang jernih. ~Subhanallah wal hamdulillah


Dalam pada itu, kebimbangan jua merentap rasa hati.. Mengkhayalkan masa depan anak-anak ini membuatkan saya kecut dan sendu sendiri. Bimbang dan takut, andai kesucian hari ini,dinodai oleh silapnya keibubapaan, dicalari oleh silapnya adik-beradik, dikotori oleh silapnya masyarakat, dicemari oleh silapnya pilihan diri sendiri.
~MasyaAllah, tiadalah kami melainkan hambaMU yang lemah. Segala-galanya ku serah padaMu, hanya Kamu sebaik-baik Perancang dan Pengurus jiwa-jiwa manusia ini. Lindungi kami dan lindungi anak-anak ini..

~Permulaan perjalanan dengan kesukaran~

Hikmah Allah pasti di situ. setiap sesuatu pasti bersebabnya.
Di SCN ini, bayi-bayi ini adalah bayi-bayi yang memerlukan jagaan yang rapi dan lebih berbanding bayi-bayi dengan kelahiran normal. Antara diagnosis yang biasa di SCN ini ialah:
  1. Neonatal Jaundice
  2. Preterm baby
  3. Macrosomic baby
  4. Twin baby
  5. Subarachnoid hemorrhage (SAH)
  6. Meconium Aspiration Syndrome (MAS)
  7. Respiratory distress syndrome
  8. Macam-macam lagi

Di NICU, saya dapat menyaksikan insan-insan kecil ini berjuang demi kehidupan. Turun naik nafas mereka dengan mata tertutup untuk berjuang. Berjuang demi nafas yang seterusnya. Terusik rasa hati  melihat keadaan mereka. Dengan bantuan luaran (infant ventilator, incubator, dan macam -macam lagi), sangatlah menyayat hati memandang tubuh-tubuh kecil ini bergelut untuk hidup.

Kita, sudah sebegini sempurna dan sudah sebegini besar, masih banyak ketidakpuashatian kita. )=

Dan, antara drama realiti hidup yang kebanyakan orang di luar tidak pernah berpeluang melihat ialah pergelutan perasaan dan pergolakan jiwa kedua ibu bapa anak-anak ini. Kebanyakan mereka yang saya temui ialah ibu bapa bagi anak pertama mereka. Riak wajah mereka kosong yang tiada tersingkap rasa kesedihan, kebimbangan, kerisauan dan segala-galanya pasti berombak dasyat di hati mereka. Hanya Allah sahaja tahu apa rasa hati mereka. Melihat anak kesayangan mereka bertarung di antara hidup dan mati, bertemankan mesin dan wayar-wayar yang penuh di seluruh badan, pasti meruntunkan jiwa mereka... ~Allah, kuatkan hati mereka dan kuatkan hati kami , wahai Ar-Rahim

Bersediakah kita untuk semua ini?
Dan, mata saya sering tertancap pada seorang bayi kecil buntang matanya, lebat rambutnya, putih mulus kulitnya. Anak kecil ini berusia sudah berusia 2bulan lebih. Sekali lihat, sempurna fizikalnya, cukup sifatnya, namun Allah Maha Kuasa, anak ini adalah syndromic baby dengan diagnosis respiration distress secondary to aspiration pneumonia. Lama direnung, barulah dapat dilihat tanda-tanda kebenaran diagnosis anak itu. Setiap hampir 5-10 minit, anak kecil ini akan bergelut untuk bernafas dek ruang pernafasan sering dipenuhi mucous (kahak). Untuk itu, suction diperlukan untuk membantu anak ini, dan prosedur ini amatlah menyakitkan sekalipun untuk orang dewasa. T_T

Kami difahamkan ibu bapa mereka amat jarang sekali menjenguk anak itu, datang sekadar menghantar diapers untuk anak itu. Saya sekali-kali tidak berhak meletakkan hukum mengatakan mereka tidak menjalankan tanggungjawab keibubapaan mereka kerana saya tidak tahu siapa mereka dan apa sebenar kehidupan mereka. Cuma, saya berharap, mereka punya sebab yang sekukuhnya untuk tidak selalu menemani anak kecil ini. Saya berharap, sebaik mendapat bantuan alat portable suction, anak ini akan dibawa pulang dan diberi sepenuh kasih sayang yang telah sekian lama disepikan. Anak ini berhak diberi ruang untuk hidup, merasa kasih sayang dan anak ini adalah kurniaan daripada Allah.


إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
 Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi UJIAN, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.(Taghabun : 15 ),

Persoalannya, 
mampukah kita jika ujian sebegini Tuhan sandarkan pada bahu kita ini..?
masihkah kita menjadi hamba yang bersyukur jika kita diuji sebegini.. ?

Setiap jalan hidup manusia itu berbeza-beza, yang pastinya, kita akan kembali pada Tuhan yang sama. Belajar daripada kehidupan demi sebuah kehidupan. Kembali pada Allah jua~


fiey ahmad
di mana aku di mata Tuhanku

2 comments:

  1. Hi Fiey, thank you for the story. I'm a father for baby who now still fighting for life at SCN. Today is her 4th day. Your story is touching me. Thanks for ayat2 Allah that make me more strong. May Allah give my daughter healty..Amien

    ReplyDelete
  2. Nangis baca coz mengimbau kenangan saat2 baby berjuang utk hidup masa dekat NICU & SCN. Alhamdulillah baby skang dah 8bulan.

    ReplyDelete