IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Saturday, December 18, 2010

My very first Scrub~ CIRCUMCISION


P/s:
 mohon maaf saya dahulukan, untuk tulisan kali ini kerana ia lebih berbahasa pasar dan pencampuran bahasa sedikit di sepanjang cerita. MOod kali ini lebih santai dan santai itu lebih sesuai untuk cerita ini. Semoga bermanfaat, yang buruk harap ditegur dan jadikan ingatan juga..Selamat berkongsi!!


10 Disember 2010

huhuuhu, hati ini sedikit berbunga..Dah mula start scrub dah..Dan, my very first scrubbing was a circumcision..hehe..

ooh, walaupun bunyinya begitu simple, dan kelihatannya begitu senang dilakukan, tapi realitinya tak mudah sama sekali..

haha, untuk first timer macam saya ni, nampak je cam condifent eh confident, tapi lutut bergegar-gegar..haha (jadul, circumcision tak semudah ko cakap laa, ko buat kat budak-budak kental kott) =P

1st circum is with Dr.Jasmi, a very cool surgeon. Everytime without fail, he would recite basmallah and salawat right before he circumcise the foreskin. Bab kata seorang senior, "nanti aku nak anta anak aku sunat ngan Dr Jasmi, sebab dia selalu baca al-fatihah masa sunatkan budak"..Al-fatihah pon jadi jugak lah akak kan..=)

Kali pertama tu macam tak ready sangat-sangat..huhuhu, segala keGELABAHan saya muncul bersinar-sinar waktu itu, tak jangka Dr datang on the spot tanpa saya bersiap sedia sepenuhnya layout trolley. Oh, jantungku semacam dipanggang-panggang (oh, exaggerative pulak saya)..Kolam kabot sedikit..Selama ni banyaknya tengok surgeon lain yang buat, tetiba nak kena scrub dengan surgeon lain, haruu..Tapi pengajarannya di sini, BELAJAR UNTUK KENAL GAYA LAKU SURGEON, then kita boleh expect and arrange apa nak buat kay..

Second Scrub...Pranngggg!!! Kidney dish saya terjatuh menghempas bumi OT 5 di kala gaduh-gaduh nak tolak trolley..fiey, fiey...mung ni kan!!Gelabah tak habes-habes!!

3rd n 4th, berjalan dengan baik-baik aja, dan semestinya tak mencapai mahir lagi..Ketar kepala lutut dah turun ke gear 2. Dan hari ni 5th case, saya terjatuhkan Adson forcep dek terlilit dengan cable diathermy saya..uwaaaa..alhamdulillah, senior-senior ok aja, surgeon lagi cool..ohh, fiey, apakah ini..

Dan last kes circum untuk hari ini, saya dapat pelajaran baru dari Dr. Mohamed, cara pegang forcep betul-betul..aiyyoo, nampak orang pegang cam ok ja, sekali saya pegang cam haru, that is what we call SKILL is gained by experience, and I havent doubted about it..Dan saya mahu belajar dan sanggup belajar..cewwahh..!!

Then, after this, there must be lotssss more circum to be done..And every each I wanna learn new things, I really wanna do that..


CIRCUMCISION

It is a removal of foreskin at penile area for boy or a man, and also traditionally customized by certain ethnics, remove labia majora of women vaginal part. If wanna know lots more about the introduction, please do search in HAJI GOOGLE and read..Here is from Mr. Wiki http://en.wikipedia.org/wiki/Circumcision

If dont understand anything, please do not hesitate to ask and I wouldnt promise I can answer it all brilliantly, but I'll try my best to search and ask somebody who knows better and explain it because I am always in learning process, definitely.

Previously, I dont feel so much important about circumcision thingy because it is male problem not us, a women. haha, then, now I do realize everything plays significant role in life kot..If we gonna mummy soon, what we gonna tell our boys about circumcision, what to expect, why got to do, and many moresss..

haaa, here also I wanna tell man out there, please play your role wisely during your kids circum time..Tell them the truth, encourage them to be strong as men should be, what are the significants of doing that, let them know why religion make it compulsory, and please do not pamper your son so much till they become 12 and screaming like mad and escaping from circum 5th time consecutively..hahaha..(dak cam nak kena tempeleng sikit pon ada, tapi tu la cerita budak-budak sekarang ni kan, wondering, dulu-dulu macam mana yee???? huhu)

Traditional Circum vs Modern Circum

"Dr, just wondering and wanna ask, kalu dulu macam mana ek orang sunat? ye la, dulu-dulu mana ada macam ni kan? Takla LA (local anaesthesia) takde GA (general anaesthesia), macam mana, tak sakit ke?"
"Dulu-dulu, macam-macam gaya orang buat..Biasanya orang pakai batang pisang, kasi sejuk sikit,  tarik foreskin then chop je, bagi ubat sikit-sikit, biar je sembuh sendiri"
aihhh, sakit juga bunyi nye tu.."habis tu tak sakit ke, doktor?"
"sakit juga, dulu ada juga orang pakai herba-herab daun kayu untuk bagi kebas sikit tu, "
"ooooo" kelas juga orang dulu-dulu, selamat je semua orang yan gda sunat sekarang ni kan. (ooh, maaf ye, bukan mahu bercakap luc** atau memperlekehkan sesiapa, cuma mengagumi orang-orang dulu punya style).

Sekarang, dah banyak yang modern kan, mungkin banyak lagi tempat yang amalkan tradisional, tak  ada masalah, boleh aje, cuma nak kongsi sikit je pasal circum surgery tempat saya. Mungkin juga ada tempat lain yang lebih canggih sekarang.

Kat sini, circum buat kat OT, samada under LA atau GA..Harga beza-beza semestinya, LA dalam RM 650 per pakej, manakala under GA RM 1000 gitu la areanya..hihihi, kat kampung-kampung mesti dalam RM10-RM30 je kan..buat-buat tahu lak saya ni..

Under LA, adik-adik sedar je, tapi di tuttt itu dibiuskan buat sementara waktu, maka takde la rase sakit sepanjang prosedur, cuma rasa tuttt tu bergerak sikit-sikit.Under GA pula, adik-adik tidut sepenuhnya, tak sedar ape pun doktor buat, tengah tidur, kalu terasa sakit pon, mesti seperti termimpi sepeti terzipp tuutt..Sedar-sedar dah berwajah baru da..

Modern style, lebih cermat, bersih, dijahit cantik dengan absorbable suture, bagi menjaga kemahkotaan lelaki sebaiknya. Cuma secara personalnya, saya kurang berminat dengan Under GA Circum, sebabnya, adik-adik lelaki kita tidak merasai pengalaman paling berharga dalam hidup mereka yang membuatkan mereka rasa mereka adalah lelaki gagah dan mesti menjadi lelaki gagah..Kalau anak saya nanti takdirnya semua tok mudim kampung semua dah pencen, dan tak ada option yang lebih bernas, saya lebih memilih under LA dan biar dia alami sendiri pengalaman itu, baru mereka ingat bahawa sedikit kesakitan itu perlu untuk kemaslahatan masa depan dan pembinaan jati diri sendiri juga.. Perempuan banyak norr sakitnya nanti, mengandung, beranak dan lain-lain (opps, tidak menjadi feminism di sini ya, harap maklum).


Kenapa Bersunat?

Harus ini dimaklumkan pada anak-anak, kenapa perlu bersunat..Usah biarkan mereka tahu yang bersunat ini hanyalah semata-mata ritual agama yang menakutkan (kena potong la, kena kapak la,), tetapi biar mereka tahu bahawa HIKMAH bersunat itu besar sekali..

Islam agama yang cukup menitik beratkan kebesihan, dan bersunat merupakan salah satu tuntutan berkaitan dengan kebersihan. Foreskin merupakan selaput kulit yang melindungi kalenjar penis di sewaktu kecil, dan apabila semakin membesar, foreskin ini menjadi tempat terjadinya smegma,bendasing berwarna putih@krim@kuning (bergantung pada keadaan) akibat pengumpulan urin atau air kencing yang tidak dicuci dengan bersih.

Kajian mengatakan smegma ini boleh menjadi salah satu risk factor bagi Penile cancer. Terlalu jarang ditemui orang-orang Muslim serata dunia menghidap penyakit ini, begitu juga kaum Yahudi kerana mereka turut mengamalkan bersunat ini.

Berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi bersabda yang bermaksud: "Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai."

Selain daripada faktor kebersihan dan pembinaan diri bersunat juga akan mempengaruhi kehidupan seksual akan datang. banyak penyakit-penyakit berkaitan hubungan kelamin akan dapat dielakkan, buat suami mahupun isteri..Tak mampu juga nak dihuraikan panjang lebar di sini, lain kali ye kalau ada rezeki, ini pun dah bertangguh seminggu untuk postkan..

Apa pun, syukur buat Tuhan untuk ilmu-ilmu yang tak putus-putus DiA berikan untuk kita..Hidupkan medan memberi agar Tuhan membuka lebih ruang menerima buat kita..Bukan feedback manusia yang solidly kita cari, yang penting, ada sedikit pembuktian untuk bertemu Tuhan walaupun kelihatan sedikit tak bernilai pon tulisan kali ni..

SELAMAT BERKHATAN ye adik-adik, dan SELAMAT BELAJAR LEBIH BERTANGGUNGJAWAB..!


fiey ahmad
ingatan untuk diri juga

3 comments:

  1. oh yer.bila dah sunat kenelah jaga dara tu....ops teruna tur

    ReplyDelete
  2. good post.. dan tahniah sebab sudah scrub..
    tapi rm650 untuk berkhatan.. aduhai.. takpe la..memang banyak org kaya kat kl nun.. parent nowadays sanggup je buat ape saje demi anak..

    p/s: sering melihat ibu mengheret dua tiga orang anak dari pedalaman sarawak, menaiki bot dan bas..berjalan ke hospital mencari tempat berkhatan.. nyata dan jelas mereka tidak mempunyai rm650..

    ReplyDelete
  3. puteri aisyah: thanks sebab singgah...dah sunat byk kena belajar tanggungjawab lagi tu kan..

    aimir: thanks..haa, RM650 tu memang macam buat tertealn air liur je, tapi hakikat kan..sebab tu ada privates ni, coz there are demands on them..

    harap kita tak lupa akan wujudnya manusia lain yg susah dan berpayah bila kita da sering senantiasa hidup di kelompok senang nih

    ReplyDelete