Banyak Tahi Lalat kat Kaki?
"iskk, mung ni fiey,..Banyak sungguh tahi lalat kat kaki, jalan sokmo.." ngomel Nor, kakanda tersayang.Ye la kan, mana taknya, semester lepas (final semester) saja saya rasa saya dah 'travel' beribu kilometer, bukan dengan kapal terbang ye, sama ada by bus or by car. Duit scholar JPA sem lepas pun kebanyakannya pun dileburkan untuk minyak kereta, duit makan di ketika berjalan-jalan, tapi sedikit pun rasa tak menyesal malah rasa maat bersyukur kerana dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menikmati sebahagian cerita alam milikNYA di sepanjang perjalanan itu. Kan dengan rase bersyukur itu, boleh bertambah-tambah rezeki dan mana tahu lain kali direzekikan lagi untuk pergi lebih jauh (urmm, oversea ke?hihi)..InsyaALLAH, Allah punya kuasa dan rahmat, kita hamba jangan pernah lupa nak bersyukur kan. Perancangan dan kebenaran Allah itu luas, walaupun tak ada banyak tahi lalat kat kaki macam saya ni pun boleh juga pergi jalan-jalan, yang penting niat yang baik itu perlu disiap-pasangkan, mudah-mudahan sepanjang perjalanan jadi mudah=)
Dan Allah menyebut lagi dalam surah Ibrahim ayat 7:
”dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Terengganu-Pahang-Melaka-Kuala Lumpur
Kebelakangan ini, saya kerap travel ke 4 negeri ini. Daripada kampung halaman ke tempat belajar ke tempat Nor dan ke tempat Luqman belajar, dan kebanyakan masa perjalanan itu adalah bersama WEM 4585 yang berusia hampir 14 tahun itu, tua tapi tetap utuh gitu WEM..Ada satu masa, saya berada dalam 4 negeri tu dalam masa 72 jam. Kalau diikutkan usia sebenar WEM, memang tak patut saya memperlakukan sedemikian rupa padanya, tapi dengan izin dan pertolongan Allah, setakat ini WEM masih sihat sejahtera (kena servis iktu time la kan).huhu..Sebenarnya tak pernah tersangka saya mampu berjalan jauh sebenarnya, tak pernah terfikir secara waras pun sebelum ini akan mengalami pengalaman sebegini. Lantas kesyukuran yang tak terhingga saya ucapkan pada Ilahi, Tuham Pemilik segala perancangan dan juga Tuhan yang Maha Tahu di sebalik setiap sesuatu. ALHAMDULILLAH.
...DIA mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNYA melainkan apa yang DIA kehendaki...(Al-Baqarah: 255)
Dan, 2minggu ini saya dah selamat pergi dan pulang dari Besut untuk membantu Dr. Niza mengumpul sampel untuk research beliau. Saya gembira sekali dapat mengenali Dr. Niza, Fifi yang berkongsi nama dengan saya, Akhyar, Sr.Anita dan MA en. Muzakkir. Banyak pengalaman dan perkongsian kami kongsikan bersama. Dan, saya gembira lagi dapat mengutip cerita tentang kehidupan orang lain lagi.
Mencari warna-warna indah kehidupan melalui Kembara
Sedarkah kita setiap kali kita mengembara di atas muka bumi Allah ini, setiap itulah peluang kita melihat kehidupan lain selain kehidupan kita semata-mata. Allah buka mata kita untuk melihat dan menyedari bahawa dunia ini maha luas untuk dibandingkan dengan kehidupan kecil kita. Terlalu banyak kehidupan lain selain daripada kehidupan kita. Kalau kita rasa hidup kita ini paling susah paling sulit dan paling sukar, terbangkan pandangan mata kasar dan mata hati kita pada bumi yang sentiasa berdarah sejak 60 tahun lalu. Bumi Palestin yang mana penduduknya merasakan kiamat itu telah lama berlaku untuk mereka. Kalau kita rasa yang kita ini masih miskin harta, kurang makan pakai kita, singkapilah kehidupan saudara-saudara senusantara kita di Indonesia, hampir di semua kawasan pasti sebilangan besar mereka hidup jauh di bawah paras kemiskinan. Andai kita merasakan rumah kita diami sekarang masih belum cukup besar untuk kita, masih belum cukup selesa, selak saja ruangan-ruangan akhbar kebelakangan ini, ada keluarga 5 beranak hidup di dalam rumah kecil berupa reban ayam. Di Malaysia juga tak kurang banyaknya penduduk yang berada di bawah paras miskin.
Persoalannya, sama ada kita peduli atau pun tidak, atau kita masih berkisar di ruang lingkup kehidupan kita semata-mata.
Warna indah dalam kehidupan yang saya cari adalah PERASAAN SYUKUR yang mampu saya ucapkan buat Tuhan Pemilik Semesta ini atas kesederhanaan hidup yang Dia kurniakan buat saya. Kesederhanaan yang membuatkan saya akui, lebih ramai lagi umat manusia yang diuji dengan segala macam ujian hidup menguji keimanan yang lebih hebat daripada saya, maka seharusnya sentiasa tinggi syukur saya. Ada lebih ramai manusia di muka bumi ini lebih tinggi imannya dan kecintaannya terhadap Allah, maka seharusnya makin kuat dan teguh usaha saya untuk mendapat perhatian dan cinta Allah. Tidak ketinggalan betapa ramai manusia yang Allah kurniakan segala macam buat mereka tapi masih ingin berpaling daripada Tuhan mereka sedang mereka mengetahui. Harus sentiasa mengingatkan diri agar tidak tergolong dalam golongan berkenaan.Naudzubillah
"Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.Bertanyalah (wahai Muhammad): Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah: (Semuanya itu) adalah milik Allah. Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman." (surah Al-An'aam: ayat 11-12)
Saranan Allah terhadap kembara diulang beberapa kali di dalam QuranNYA. Betapa berharganya sebuah kembara di sisi Allah andai setiap sesuatu daripada pengembaraan itu disandarkan pada Allah, kerana disepanjang perjalanan kembara itu, telah Allah sediakan ayat-ayat (bukti-bukti) kekuasaan Allah, melalui penciptaan alam malah penciptaan manusia yang pelbagai itu sendiri. Maka beruntunglah buat manusia yang BERFIKIR dan MEMAHAMI..
Saya amat terkesan semasa dan sesudah membaca catatan Abu Saif mengenai kembara beliau ke Turki yang dinukilkan di dalam buku ke5 nya, Secangkir Teh Pengubat Letih. Catatan kembara mencari sejarah tamadun Islam yang pernah gemilang di bawah pemerintahan Khalifah Islam ahirnya tumbang di tangan manusia bertuhankan dunia. Meremang dan tertahan air mata mengenang Islam di mata dunia, dulu dan hari ini. Hakikatnya, ini adalah ujian Allah turunkan buat kita semua bukan.
"ambillah iktibar daripada sejarah. Umat yang tidak mahu menoleh kepada sejarah adalah umat yang rugi. Umat yang tiada sejarah, tiada baginya masa depan"~Erbakan
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 20:
Maksudnya: “Katakanlah : Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Sama-sama hidupkan semangat kembara seperti mana semangat kembara Rasul Allah di kala peristiwa Isra' mikraj yang penuh dengan 1001 hikmah dan pengajaran buat umat manusia. Kembara dan berfikir lalu memahami. Ambil dan contohi yang baik, jauhi dan sempadani yang buruk..
Wallahua'lam
fiey ahmad
memang ku ingin kembara lagi
No comments:
Post a Comment