"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2: 216]
Sahabat Blogger IIUM
Mardhtillah Matlubi
~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~
Total Pageviews
Wahai Rasulullah...
Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah Izinkan aku mencintai mu Izinkan aku merinduimu
Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu Wahai Kekasih Allah..
"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Hihihihi..Sebelum menulis pape pun dah nak tergelak(sebab sampai sekarang semacam tak percaya lagi).
HARI NI HARI PERTAMA KELAS MENJAHIT SAYA..
Setelah bertahun-tahun kononnya nak belajar, tapi akhirnya ada juga rezeki saya di kala 24 tahun ini. Seriously, saya KAGUM bangat sama manusia-manusia yang pandai menjahit sebagai contoh terbaik dan paling dekat selama 4 tahun ni, MONA M. ROSLI..Sungguh saya kagum dan terpegun akan ketinggian ‘self-driven hobby’ cik Mona ni. Lagi terpesona bila mana melihat dia begitu berusaha dan tekunnya menjahit ‘arnab-arnab’ untuk preggy moms kelas kami, masa nak exam dan kalut dengan assignment dan research pula tu. Ish.ish.ish..Kagum tak
p/s: Mona, kalau kita pregnant nanti, tak ada ‘arnab glove’ sampai kat rumah kita, kita nak merajop ngan Mona..Mona kan Martha Stewart Malaysia yang baik hati lagi motherly...alololo shuwwit nye..
Mawadah pun dengarnya sekarang aktif berjahitan walaupun sarat mengandung..cumil kan.
Oh, humm juga..Buat DIY beg yang baru siap satu dan pattern-pattern yang terbangkalai..hehehe, camon Humm camon...(oh nanti jangan lupa melabur kat ‘kedai menjahit’ aku nanti ehh).
Ria dan K.Mar: Sila take note ye! tolong jangang lupakan aku as partner dalam bisnes bakery kamoo nanti k..Nak belajar buat cupcake sendiri gak ni..wuwu..(Nak kerja BAKEWELL juga,nak ganggu keharmonian kamoo)
Dan lagi, saya biasanya kagum sangat dengan ibu-ibu suri rumah yang pandai menjahit..huhu, sangat comel dan sweet. Boleh jaga anak-anak membesar kat rumah, sedia keperluan fizikal dan perasaan anak-anak, dalam pada masa yang sama boleh ‘generate income’..Best kan..
Saya tak tahu berapa banyak lagi masa yang saya ada untuk hadir ke kelas menjahit ni, tapi yang saya tahu, saya nak guna masa sepenuhnya unutk tuntut seberapa banyak yang boleh..Kalau dapat siapkan baju kurung untuk anak-anak sedara saya pun dah cukup best..Huhuhu, harapnya macam tula ye..
Oh ya, ini hasil kerja saya hari ni..uwwwaaaaaaaaa..Teruk kan..!!
Kelim pakai mesin
Jelujur halus (halus ke tu?)
Jelujur lagi
Sembat(bahagian dalam)
Sembat (bahagian luar)
Selepas bertahun-tahun tak menjahit secara serius selain baju posting terputus benang, ni lah secara seriusnya saya memegang jarum halus untuk kadar yang lama. “takpe takpe, fiey..Pasni kita cuba lagi nehhhhhhhhhhhhhhh...USAHA camon!!”
Ohh, esok main dengan MESIN JAHIT pula..wish me luck ye!!!
Di Turki, ramai wanita-wanita Muslim tidak lagi dapat melibatkan diri dalam dunia pekerjaan hatta dalam bidang pendidikan bahana daripada SEKULARISMA yang dibawa oleh angin perubahan Kamal Attaturk, sejurus selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah. Ada yang di antara mereka dilarang bertudung jika ingin terus bekerja, ada yang tidak dibenarkan menjejakkan kaki di bangunan yang didominasi kerajaan Turki di bawah naungan pemerintahan Attaturk, ada yang direntap hijabnya ketika mengajar di dalam kelas, malah ada yang ditahan daripada mengambil peperiksaan akhir di semester akhir mereka jika mereka memakai hijab atau lebih dikenali sebagai tudung di kalangan masyarakat kita. (1001 lagi permasalahan berkaitan tudung di Turki, Secangkir Teh Pengubat Letih menceritakan sebahagian daripadanya).
Dan, di suatu persimpangan mereka harus memilih antara HIJAB dan MASA DEPAN DUNIA mereka, lantas kebanyakan mereka memilih REDHA ALLAH dan Akhirat.
Di negara pengeluar tudung terbesar itu, masalah tudung umat Islam di sana tidak pernah bertemu jalan hujungnya. Mula-mula diharamkan secara terang-terangan oleh polisi kerajaan, kemudian diperjuangkan agar ditarik balik pengharaman itu, kemudian mahkamah undang-undang membatalkan penarikan semula itu..APAKAH?? Umat Islam dicalar terang-terangan di bumi Turki. Dan pastinya, tidak akan ada sekali pun masa isu itu tidak diperjuangkan.
Malaysia Hari Ini
Saya tak tahu sejak bilakah secara rasminya semua ini berlaku. Dan bila sendiri mengalaminya hari ini, kepala saya terhantuk berkali-kali tapi sakitnya bukan di kepala tapi sakit berganda-ganda dalam hati saya..Entah kenapa saya terasa amat beremosi kali ini, sedangkan sebelum ini saya juga pernah mendengar perkara sedemikian rupa. Selepas memerah kepala mencari jawapan kepada kenapa itu, saya yakin sekali saya terasa teramat terasa kerana saya sendiri menghadapinya secara realiti. Selepas beberapa minit pertama interview yang berbunga sedikit keyakinan, riak kekecewaan tak dapat saya sembunyikan pada interviewer pada penyataan yang dituturkan olehnya.
"and you should know that, here, staff nurses and nurse aides have to wear scarf (anak tudung saja), that is our code of dressing".."oh, cant we wear tudung and put it inside the collar, sister?" cuba bertanya. "cannot because that is OUR POLICY on dress code, that is the thing you should consider if wanna work here".
Mula-mulanya hati ini ingin berpositif bahawa mungkin ada kemungkinan polisi itu boleh berubah, akan tetapi hati bagai dihempas-hempas, selepas semua peserta interview hari ini ditekankan pada pemakaian tudung semasa bekerja. Consider??If they would like to allow me to wear tudung then I'll consider to join them.
Setahu saya, tiada bukti kukuh mahupun sahih mengatakan hijab@tudung yang dipakai staff nurse mampu menyebarkan bakteria@virus yang membahayakan keadaan semua orang di clinical setting.Implementasi tanpa bukti kukuh, lantas mencantas hukum wajib ke atas Muslim untuk bertudung.
Mengapakah hanya diaplikasi terhadap staff nurses saja ye?
Islam dicabut secara terang-terangan atau diam-diamkah sebegini ye?
Betul ke kita harus berkompromi untuk harmoni di Malaysia?
Di mana kebebasan beragama di Malaysia ini ye? Di mana?
Apakah???
Harga sebuah kerjaya kejururawatan di sebuah dan kebanyakan private hospital di Malaysia adalah pelepasan tudung yang beperintah wajib oleh Allah untuk dipakai buat semua wanita Muslim.
Begitu mahalkah nilai kerjaya itu atau begitu murahkan nilai Islam dipandang oleh mereka yang Islam mahupun bukan Islam di sebuah negara Islam.
Entahlah, sekali lagi saya tidak mampu berfikir atau merasa, adakah ini tulisan hasil emosi ataupun bersandar pada perasaan saya semata-mata..Saya masih tidak mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan saya. Bukan niat menulis kali ini untuk melontar dan meluah perasaan semata-mata, tapi ingin mendapatkan jawapan daripada perkongsian dan perbincangan. Andai tulisan kali ini tiada juga membawa kepada apa-apa, mengertilah saya, hanya saya yang keseorangan membebel dan mengomong-omong tanpa arah dan matlamat..
"iskk, mung ni fiey,..Banyak sungguh tahi lalat kat kaki, jalan sokmo.." ngomel Nor, kakanda tersayang.Ye la kan, mana taknya, semester lepas (final semester) saja saya rasa saya dah 'travel' beribu kilometer, bukan dengan kapal terbang ye, sama ada by bus or by car. Duit scholar JPA sem lepas pun kebanyakannya pun dileburkan untuk minyak kereta, duit makan di ketika berjalan-jalan, tapi sedikit pun rasa tak menyesal malah rasa maat bersyukur kerana dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menikmati sebahagian cerita alam milikNYA di sepanjang perjalanan itu. Kan dengan rase bersyukur itu, boleh bertambah-tambah rezeki dan mana tahu lain kali direzekikan lagi untuk pergi lebih jauh (urmm, oversea ke?hihi)..InsyaALLAH, Allah punya kuasa dan rahmat, kita hamba jangan pernah lupa nak bersyukur kan. Perancangan dan kebenaran Allah itu luas, walaupun tak ada banyak tahi lalat kat kaki macam saya ni pun boleh juga pergi jalan-jalan, yang penting niat yang baik itu perlu disiap-pasangkan, mudah-mudahan sepanjang perjalanan jadi mudah=)
Dan Allah menyebut lagi dalam surah Ibrahim ayat 7:
”dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Terengganu-Pahang-Melaka-Kuala Lumpur
Kebelakangan ini, saya kerap travel ke 4 negeri ini. Daripada kampung halaman ke tempat belajar ke tempat Nor dan ke tempat Luqman belajar, dan kebanyakan masa perjalanan itu adalah bersama WEM 4585 yang berusia hampir 14 tahun itu, tua tapi tetap utuh gitu WEM..Ada satu masa, saya berada dalam 4 negeri tu dalam masa 72 jam. Kalau diikutkan usia sebenar WEM, memang tak patut saya memperlakukan sedemikian rupa padanya, tapi dengan izin dan pertolongan Allah, setakat ini WEM masih sihat sejahtera (kena servis iktu time la kan).huhu..Sebenarnya tak pernah tersangka saya mampu berjalan jauh sebenarnya, tak pernah terfikir secara waras pun sebelum ini akan mengalami pengalaman sebegini. Lantas kesyukuran yang tak terhingga saya ucapkan pada Ilahi, Tuham Pemilik segala perancangan dan juga Tuhan yang Maha Tahu di sebalik setiap sesuatu. ALHAMDULILLAH.
...DIA mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNYA melainkan apa yang DIA kehendaki...(Al-Baqarah: 255)
Dan, 2minggu ini saya dah selamat pergi dan pulang dari Besut untuk membantu Dr. Niza mengumpul sampel untuk research beliau. Saya gembira sekali dapat mengenali Dr. Niza, Fifi yang berkongsi nama dengan saya, Akhyar, Sr.Anita dan MA en. Muzakkir. Banyak pengalaman dan perkongsian kami kongsikan bersama. Dan, saya gembira lagi dapat mengutip cerita tentang kehidupan orang lain lagi.
Mencari warna-warna indah kehidupan melalui Kembara
Sedarkah kita setiap kali kita mengembara di atas muka bumi Allah ini, setiap itulah peluang kita melihat kehidupan lain selain kehidupan kita semata-mata. Allah buka mata kita untuk melihat dan menyedari bahawa dunia ini maha luas untuk dibandingkan dengan kehidupan kecil kita. Terlalu banyak kehidupan lain selain daripada kehidupan kita. Kalau kita rasa hidup kita ini paling susah paling sulit dan paling sukar, terbangkan pandangan mata kasar dan mata hati kita pada bumi yang sentiasa berdarah sejak 60 tahun lalu. Bumi Palestin yang mana penduduknya merasakan kiamat itu telah lama berlaku untuk mereka. Kalau kita rasa yang kita ini masih miskin harta, kurang makan pakai kita, singkapilah kehidupan saudara-saudara senusantara kita di Indonesia, hampir di semua kawasan pasti sebilangan besar mereka hidup jauh di bawah paras kemiskinan. Andai kita merasakan rumah kita diami sekarang masih belum cukup besar untuk kita, masih belum cukup selesa, selak saja ruangan-ruangan akhbar kebelakangan ini, ada keluarga 5 beranak hidup di dalam rumah kecil berupa reban ayam. Di Malaysia juga tak kurang banyaknya penduduk yang berada di bawah paras miskin.
Persoalannya, sama ada kita peduli atau pun tidak, atau kita masih berkisar di ruang lingkup kehidupan kita semata-mata.
Warna indah dalam kehidupan yang saya cari adalah PERASAAN SYUKUR yang mampu saya ucapkan buat Tuhan Pemilik Semesta ini atas kesederhanaan hidup yang Dia kurniakan buat saya. Kesederhanaan yang membuatkan saya akui, lebih ramai lagi umat manusia yang diuji dengan segala macam ujian hidup menguji keimanan yang lebih hebat daripada saya, maka seharusnya sentiasa tinggi syukur saya. Ada lebih ramai manusia di muka bumi ini lebih tinggi imannya dan kecintaannya terhadap Allah, maka seharusnya makin kuat dan teguh usaha saya untuk mendapat perhatian dan cinta Allah. Tidak ketinggalan betapa ramai manusia yang Allah kurniakan segala macam buat mereka tapi masih ingin berpaling daripada Tuhan mereka sedang mereka mengetahui. Harus sentiasa mengingatkan diri agar tidak tergolong dalam golongan berkenaan.Naudzubillah
"Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.Bertanyalah (wahai Muhammad): Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah: (Semuanya itu) adalah milik Allah. Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman." (surah Al-An'aam: ayat 11-12)
Saranan Allah terhadap kembara diulang beberapa kali di dalam QuranNYA. Betapa berharganya sebuah kembara di sisi Allah andai setiap sesuatu daripada pengembaraan itu disandarkan pada Allah, kerana disepanjang perjalanan kembara itu, telah Allah sediakan ayat-ayat (bukti-bukti) kekuasaan Allah, melalui penciptaan alam malah penciptaan manusia yang pelbagai itu sendiri. Maka beruntunglah buat manusia yang BERFIKIR dan MEMAHAMI..
Saya amat terkesan semasa dan sesudah membaca catatan Abu Saif mengenai kembara beliau ke Turki yang dinukilkan di dalam buku ke5 nya, Secangkir Teh Pengubat Letih. Catatan kembara mencari sejarah tamadun Islam yang pernah gemilang di bawah pemerintahan Khalifah Islam ahirnya tumbang di tangan manusia bertuhankan dunia. Meremang dan tertahan air mata mengenang Islam di mata dunia, dulu dan hari ini. Hakikatnya, ini adalah ujian Allah turunkan buat kita semua bukan.
"ambillah iktibar daripada sejarah. Umat yang tidak mahu menoleh kepada sejarah adalah umat yang rugi. Umat yang tiada sejarah, tiada baginya masa depan"~Erbakan
Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 20:
Maksudnya:“Katakanlah : Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Sama-sama hidupkan semangat kembara seperti mana semangat kembara Rasul Allah di kala peristiwa Isra' mikraj yang penuh dengan 1001 hikmah dan pengajaran buat umat manusia. Kembara dan berfikir lalu memahami. Ambil dan contohi yang baik, jauhi dan sempadani yang buruk..
” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
"Cik fiey, bakpe eh orang tu makan diri (berdiri)?"
"Cik fiey, bakpe orang dalam tu nangih (menangis)?"
"Cik fiey, bakpe kita kena lari (joging)?
"Cik fiey, bakpe cik fiey ngaja(mengajar) abang ni?"
" Cik fiey, bakpe itu, bakpe ini?"
Ohh, hari-hari cutiku bersama kanak-kanak riang bertiga ini dipenuhi dengan soalan 'bakpe' bertalu-talu..
Ehh, lupa pulak. 'Bakpe' = Sebab ape = Kenapa (translation ini untuk orang yang semacam Jadul, hihihi)
Itu antara soalan-soalan yang diajukan oleh seorang budak kecil bernama Aisyah Batrisya Nazihah Mohd Nasir. Anak saudara sulung saya, berusia hampir 6 tahun.
Soalan yang tak putus-putus ini bermakna, anak saudara saya yang semakin membesar ini, jenis yang PEDULI, dan pedulinya beliau itu datang daripada akalnya yang BERFIKIR. Akal yang berfikir itu sentiasa cakna pada sekeliling dan sentiasa ingin tahu dan mendambakan jawapan pada persoalan yagng bermain di fikiran mereka, dan daripada apa yang dia lihat.
Dan , bagi kita yang diajukan soalan yang bertalu-talu itu, silalah berhati tenang menjawab seikhlas dan sejujur mungkin buat soalan mereka kerana memang tak dinafikan di saat mereka sedang membesar ini, CURIOSITY mereka sedang menggunung tinggi. Semua perkara nak tahu, setiap perkara nak tahu kenapa ada sebab..
JANGAN DIBUNUH PERTANYAAN ITU.
"urmm, tao goppp (tak tahu lah)", jawab endah tak endah.
"Ishhhk, bakpe tanya banyak ngat ni?" mempersoalkan kembali.
"urmm, napok (nampak) dok orang tengah sibuk ni?", melenting kerana diganggu ketika kusyuk buat sesuatu yang kurang penting.
Antara pernyataan-pernyataan yang mengundang diam kepada si penyoal cilik itu..Terkedu, menelan air liur dan diam..Takut untuk terus bertanya, seolah-olah, bertanya itu satu kesalahan atau pendek kata "Lebih baik jangan tanya kalau tak nak kena marah". Doktrin yang tak sepatutnya disistemkan ke dalam minda anak-anak..Nanti bila dah besar, susah nak tanya dalam kelas, masa periksa terkulat-kulat nak isi jawapan sebab tak biasa menimbulkan persoalan dan menjawab soalan yang memelukan kepada keupayaan berfikir, bertanya dan menjawab soalan..
Oleh itu, walaupun terkadang terasa 'annoyed' atau irritated' dengan soalan bertubi-tubi, tapi cuba lah layan mereka sebaik mungkin. Saya pun tengah belajar ni. Berguru dengan Cikwan saya yang cukup melayan pertanyaan anak-anak dia. Hohoho, harap dapat la sikit badi tu yek..
P/s:ok lah, harus berhenti dulu. Esok mahu kena bangun awal untuk ke hospital untuk 'assist' Dr. Niza dalam research beliau..
Allah~......helaan nafas panjang dilepaskan kali ini..
Jika sebelum ni pernah mencecah lebih 1/2 bulan tak meng'post' apa-apa entry, kali ini dengan kecewanya saya menyepikan blog saya ini hampir sepurnama..wuwuwuwu T_T
Tapi harus dipujuk hati ini, jangan diturut rasa kecewa, dan jangan kerana kecewa kita berhenti daripada meneruskan matlamat asal pembinaan ruangan ini..Bukan untuk tujuan peribadi dan kepentingan diri dan populariti yang dicari, tapi juga untuk mencabar diri untuk belajar lebih memberi, di samping mengutip santapan-santapan ilmu daripada ruangan sahabat-sahabat lain untuk lebih berusaha memperbaiki diri.
Lalu, harus segera dibalut kekecewaan itu dengan pujukan buat hati yang bergundah-gulana..Pujukan ini bukan alasan semata-mata (walaupun berbau alasan sikit-sikit, huhuu) tapi juga sebagai batu penunjuk, penghentuk minda agar sentiasa sedar, BUKAN MUDAH UNTUK ISTIQAMAH!! Kalau tidak punya hati untuk berubah, kalau tidak punya ruang di hati untuk menerima perubahan..
SUKARNYA UNTUK MENULIS
Secara peribadi, jujur saya katakan, saya bukan daripada 'type' yang pandai menulis, mengarang apatah lagi berkarya...Sejak kecil pun, tak suka menulis panjang-panjang..Dalam kehidupan student, menulis karangan di kala 'exam' tu lah tulisan paling panjang. Itu pun kalau boleh nak tulis setakat isi penting dan sedikit penerangan (buat syarat cukupkan patah perkataan).
That's the very true story of me....
Dan hakikatnya, saya ini lebih confident untuk bercakap, bersuara, bercerita dan berkongsi.
Sukar untuk menulis #1 : Sukar melawan KENORMALAN diri sendiri (tak suka menulis panjang).
Tapi diimbas kembali, kenapa saya buat keputusan untuk memiliki blog, sebab nak LaWaN kebiasaan itu, sebab nak dokumen dan analisa tulisan dan pemikiran sendiri juga.
Sukar untuk menulis #2 : Menjadi KONSISTEN dan KOMITED..
Antara perkara sukar untuk saya berbuat tapi harus juga berjuang, iaitu menjadi ISTIQAMAH. Melalui perubahan transisi hidu dalam masa sebulan ini menjadi contoh baik untuk saya, bahawa untuk berkonsisten memang sukar tapi wajib diusahakan..Perubahan dalam hidup bukan hanya berlaku di awal semester, atau di tahun akhir atau di saat ingin berkahwin atau dah ada anak berderet-deret..(nak kasi rasa motivated sikit, "ada je orang boleh buat, nape kita tak boleh kan?").
Sukar untuk menulis #3 : Cuba menulis guna RASIONAL, bukan EMOSIONAL...
ishhhhk, payah sungguh yang ini satu. Kebanyakan masa yang keinginan nak menulis itu tinggi, ialah masa tengah berEMOSI..huhu..tak elok lah kan menjadikan ruang bacaan kita tempat meluah emosi dan menjadi tempat pembangkit kemarahan orang lain pulak..tapi, kenyataannya, emosi dan kehidupan tak dapat nak dipisahkan, jadi apa kata kita rasionalisasikan emosi kita untuk pembaca dan berharap pembaca juga dapat berasional semasa membaca..(kalau nak tulis tentang marah tu, dah boleh post 40 entri dah kot untuk sebulan lepas, huhuhuhu)..Kalau marah-marah semasa menulis, karang terbawa-bawa orang lain dalam kemarahan kita, dan sungguh bila kita marah ini, rasional biasanya terbang dibawa angin lalu (cheewwah)..Kalau terlalu gembira, indah setiap masa, bahagia setiap saat, karang orang fikir 'cam bagus dia ni'..haha..Apapun, harus bersederhana dan bervariasi itu perlu..
Sukar untuk menulis #4: Payahnya nak dapat access internet..
sejak 'unofficial graduated' daripada UIA, semacam hidup travel saja kerja saya semester akhir baru-baru ini..Cikwan pulak baru pindah rumah, so tak dapat la nak menumpang rezeki WIFI free daripada Sumai Apartment Hotel. Masa duduk kat UIA untuk LJM pulak, 'blackout' satu UIA Kuantan tu, gara-gara kabel eletrik kena curi (tak ada hati perut langsung kan pencuri itu). Dan, kesukaran ini telah cuba diatasi, dengan broadband baru ini..(wuwuwu, sedih ni sebab da kena ada komitmen membayar setiap bulan..ishhk, hidup ini nak free aja, mana boleh kan)..Mudah-mudahan broadband ini membantu la ye..
Sukar untuk menulis #5: Masa dan kesempatan.
Semacam sebulan ini, travel je banyak..Ada satu hari travel, dari Melaka, Pahang, then ke Terengganu..Dalam seminggu dua kali ulang alik sebegitu. Menjadi babysitter@bibik@tukang masak@tukang jaga kedai@tukang kemas rumah Nor, menjadikan masa 24 jam sehari itu menjadi sangat singkat. Tu tak termasuk agi bila terlebih tidur kepenatan..Baru tahu 'the real life of 24'..huhu, yang pasti semakin besar semakin menggunung tanggungjawab. Orang bijak pandai kata, "orang yang sibuk itu miskin masa rehatnya, kaya masa berkualitinya". So, kenalah rebut dan curi-curi masa..Biar ada..
Kesukaran itu Sebagai Cabaran
Saya terima segala kesukaran yang tertera di atas dan juga yang tak tersirat ini sebagai CABARAN..Oleh itu, dengan ini saya, mencabar diri saya untuk mengatasi semua itu sedaya mungkin. Harus berusaha...Long way to go..Chaiyyyokk!!ok, harus berhenti dulu..Ada anak sedara yang harus diselesaikan..wassalam