~Ma'an Najah...~
Salam imtihan buat Semua sahabat-sahabat...
Mohon maaf andai tersilap kata dan perbuatan, saya cuma manusia biasa yang terkadang khilaf dalam mengawal rasa. Sungguh, saya tidak akan pernah membenci sahabat-sahabat, cuma saya tidak setuju dengan sesetengah tindakan. Yang pasti, saya juga pasti begitu, kerana mungkin kita rasa benar di mata kita tapi kurang enak di mata orang, dan sebaliknya..
Tingkatan akal yang baik, iman yang sihat, Islam yang sejahtera yang ada pada diri yang akan memujuk hati agar menerima hakikat tiada manusia sempurna, dan setiap daripada kita adalah ujian buat masing-masing..Benarnya, saya selalu aja tumpas dalam mengawal kemarahan dan gagal untuk bersabar..Ingatan untuk diri sendiri dan buat yang memahami, "Berlapang dada dan cuba menerima, sepertimana kita ingin diterima seadanya"...~Allah Maha Mengetahui..
'Exam' bukan semata-mata exam, bukan juga semata-mata kertas soalan dan jawapan, bukan juga semata-mata 'pointer'..Ia lebih daripada itu, 'xam' salah satu wasilah Allah uji kita untuk tahu tahap iman dan kebergantungan kita padanya, 'exam' juga wasilah untuk Allah memberi hadiah kepada kita, dan 'exam' juga wasilah Allah menegur kita..Pendek kata, 'exam'= peperiksaan= ujian= wadah Allah berbicara dengan kita.~ Indahnya hidup buat yang mengerti
Saya sedar siapa saya
Sedari kecil, saya akui saya bukan pelajar cemerlang, anak yang cemerlang, muslim yang cemerlang..Terlalu banyak kekurangan yang terlalu sebati dengan saya untuk dibaikplihkan..Dan, saya selalu ingatkan diri saya, apa ada pada saya hari ini adalah UJIAN Allah untuk saya, bukan hak milik saya semata-mata, bahkan mencakupi hak semua yang perlu saya tunaikan..
Antara kata-kata yang pernah saya terima...
"Kau genius, tak pe lah..Tak yah baca pun tak pe.."...ayat yang selalu saya dengar dari sekolah rendah..
Genius???Kalau saya ni genius , dah pasti di kala umur saya mencecah 24 ni saya dah mencipta kapal angkasa yang dapat keluar daripada Galaksi Bima Sakti untuk menziarahi Galaksi Andromeda, paling kurang pun saya dah cipta mesin menguruskan badan tanpa perlu exercise dan boleh makan banyak tanpa dikawal..Hahaha..
"Dah la, fiey, ko tu lain, orang lain tak macam ko...ko cakap senang laaa..." urmm..kadang-kadang terasa terluka juga dengan statement sebegitu, telan aja..Saya amat akui itu, sebab manusia itu memang beza-beza...Sangat bebeza walaupun nilai kromosom hampir serupa..DNA cimpanzi yang hanya berbeza 2% daripada manusia juga membuktikan manusia dan cimpanzi itu sangat berbeza..Kerana, manusia itu hamba yang dinilai Allah atas tiket akal yang diberi pinjam..Dan pastinya, tanggungjawab yang datang sekali pakej ini pasti berat, dan saya pun tidak pasti mampu menggalasnya ataupun tidak..~Allah, ku serah segala perancangan padaMu
Berkat
Antara SATU perkara penting yang saya pegang hingga ke saat ini, apa ada pada saya adalah 'BERKAT' doa dan ingatan daripada insan-insan yang murah hatinya..
Saya ingat saya pernah kongsi kat adik-adik sekolah saya masa lepas SPM, kat Sekolah Menengah Agama Khairiah (SMAKH), yang rata-rata memang tahu 'my bad habits' yang sokmo tidur dalam kelas, malas baca buku, kuat main, dan segala macam lagi (ada yang masih kekal hingga ke hari ini, penyakit kot??..hehe.
"Tak de apa pun tips atau apa-apa yang istimewa untuk saya kabo ke adik-adik sume macam abang-abang dan kakak-kakak yang lain (jemputan best students daripada Sekolah Menengah Sheikh Malek), sebab adik-adik sume kenal kak fiey kan, dah tau perangai kak fiey kan..urmm..K.fiey ngaku apa yang k.fiey dapat tak sepadan pun dengan apa yang k.fiey usahakan..k.fiey percaya ini semua 'BERKAT' doa semua orang untuk k.fiey"
Hingga ke hari ini, saya masih berpegang pada percaya harus adanya 'keberkatan' pada setiap apa yang kita perolehi hari ini. Cuma, bezanya hari ini, saya sudah terasa makin kurangnya kehadiran berkat itu, mungkin dek kelalaian dan terjauhnya saya daripada kecenderungan berbuat baik pada orang dan mungkin terhakisnya berkat itu dek perlakuan dosa-dosa semalam..
Apapun, harus jua melangkah dengan niat untuk terus menuju penambahbaikan.....
Walaupun bukan mudah dan sukar, tapi jika ini jalan Allah pilih dan sediakan untuk saya, saya berdoa agar DIA kuatkan hati saya dan bedoa agar DIA memegang kejap hati untuk hidup dan mati kerana DIA..
Bittaufiq wan najah........
Seeru 'alaa baarakatillah....
Allahumma yassir walaa tu'assir...
fiey ahmad
salam imtihan
setuju, mmg tu pun apa yang aimir bagitau kat junior sekolah dulu.. tinggalkan kesan yang baik dalam hati dan hidup org lain, nescaya hidup kita akan diiringi doa dan restu mereka..
ReplyDeletecabang BERKAT tu luas kan..kadang-kadang kita tak sangka pun kutip sampah tengah jalan, tegur mak cik cleaner,tolong orang angkat barang, hatta buat orang senyum pun ada berkatnya kat situ, daripada situ mungkin datang pertolongan Allah yang kita tak sangka-sangka di saat kita sangat perlukan..
ReplyDeletewuwuwu..saya sangat percaya itu..kalau kita tolong di jalan Allah, Allah akan tolong kita juga, dalam keadaan tak disangka-sangka..^.^