IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Saturday, March 27, 2010

Charity Shop

~Nikmat memberi itu hanya boleh dirasa jika kita memberi dengan hati~

Dah 2, 3 hari dah nak mengisi ruang blog ni, disebabkan kesibukan dengan 'exam', FYP, 'training volley', dan itu semua hanyalah alasan-alasan 'ciput'. Sebab terbesar mungkin juga "tak ber'hati' nak menaip kebelakangan ini. Tapi fikir-fikir balik tujuan asal menulis, cepat-cepat tepis rasa yang tak sedap itu. Pujuk diri, kena yakin, akan ada je perkara yang ingin dikongsi untuk semua, untuk isian diri. Baik buruknya pasti jadi pengajaran.

Malaysia dan Europe

Sekembalinya Ria dari UK family trip mereka, Ria banyak berkongsi cerita orang-orang dan kehidupan harian di sana. Sampaikan banyak kali ayat ni keluar dari mulut dia,

"fiey, aku sooo  la tanak duk kat Malaysia ni.."

Sebab apa? Katanya, life  orang sana macam sangat best, compared to Malaysia..

Sebab apa? Bukan sebab dekat sana sejuk, boleh main salji, bangunan cantik-cantik (walaupun itu menjadi sebahagian sebabnya, hihi) tapi sebab utamanya ialah KESEDARAN SIVIK mereka di sana berada di tahap yang lebih tinggi daripada kita. Antaranya,

  • Kawasan merokok mereka amatlah terhad di kawasan public dan kebanyakan mereka tahu untuk menghormati orang lain ketika merokok, bukan main hembus je asap rokok tanpa mengira ke muka siapa yang  terkena asap itu.
  • Amatlah payah nak jumpa orang lalu-lalang membuang sampah merata-rata dan bukan pada tong sampah, bukan sebab risaukan saman tapi sebab kesedaran sendiri @ self awareness. Kalau di Malaysia, tengah berhenti di lampu isyarat pun, mereka sanggup mencampak keluar tin minuman yang dah habis, kalau sehelai tisu tu bolehlah dipertimbangkan lagi sebab keupayaannya untuk terbiodegrasi. (Marah juga sikit ingat peristiwa itu hari..hmm).
  • Budi bahasa kebanyakan orang-orang UK amat sopan, daripada bahasa selamat datang, jemput makan, minta izin hatta kalau berlaku kesilapan ketika jual beli pun, mereka sanggup bagi small gifts hanya kerana kelambatan di kaunter pembayaran disebakan oleh sistem credit card tergendala. Kalau kat sini, nak buat pembayaran pun malas sikit, sebab nak kena mengadap cashier yang lokek nak menghulur senyum.
Cerita di atas hanyalah sebahagian dan unsur generalisasi tidak diselit bersama kenyataan di atas. Tidak dinafikan, masih ramai rakyat yang lebih berbudi dan lebih berbahasa daripada saya, tapi dalam kebanyakan cerita-cerita yang dikongsi daripada orang-orang yang pernah hidup di luar negeri, pasti ada cerita comparison  seperti di atas. Hujan emas, hujan batu?? I would like to experience it by myself before giving the answer. InsyaALLAH=)

Charity Shop

Satu lagi perkara menarik daripada Ria. Dia sangat teruja menceritakan pasal charity shop ni.

 "Best, fiey. Nanti bila kau dah tua, aku nak buka dan jaga charity shop  macam tu, .." Ria.

*Bagus-bagus, bung..Niat tu ada, insyaALLAH, mana tahu jadi realiti nanti, boleh aku melabur sebahagian..Untuk saham akhirat kan, bung.

 Dua tiga hari lepas, masa sibuk nak exam, sempat pula cik Ria ni nak mencari shampoo kat kedai feveret dia, kedai LENUGAH, tepi Secret Recipe di area Indera Mahkota. Dalam perjalanan ke Lenugah, sempat pula mata K.Lin menangkap satu kedai ni, katanya charity shop.Dalam penat dan lapar pada masa itu, teruja terhadap shampoo beralih arah pada charity shop  seketika. Kami pun berkesempatan lah menapak ke sana.

Dalam masa 10 minit kami di situ, sempat juga mengagumi usaha Pertubuhan Perkumpulan Pahang (WI) untuk menubuhkan kedai kebajikan ini. Kedai ini diusahakan semata-mata untuk mendapat sumbangan bagi disalurkan kepada saluran kebajikan luar dan dalam negara. Sumber jualan adalah sumbangan orang ramai, dan hasil jualan adalah untuk disumbangkan pada orang yang memerlukan..

Saya amat sukakan konsep itu..=)

Antara barang-barang yang boleh didapati di ditu ialah, beg, baju, blaus, tudung, bantal, barangan rumah, baju kanak-kanak, hatta komik dan buku zaman tok kaduk pun ada. Harga barang-barang jualan juga agak menarik dan mampu dibeli. Harga bagi barangan tersebut hanyalah sekitar RM1-RM20..

Apapun, saya di sini ingin mengajak sahabat-sahabat dan kawan-kawan untuk sama-sama meraikan usaha baik di samping meningkatkan pelaburan dalam saham akhirat masing-masing. Apa yang kita boleh buat:

  • Singgahlah ke kedai itu alang-alang dalam perjalan ke Secret Recipe ataupun Lenugah. Anda hanya perlu menapak dalam 20 langkah dari Secret Recipe. Berilah sokongan moral dan juga kewangan jika mampu. Jenguk-jenguklah ye, insyaALLAH, ada barang yang mungkin anda cari ada di sana.
  • Memandangkan ramai sahabat-sahabat saya di UIAM Kuantan sudah berada di semester akhir tahun akhir, pasti sudah ramai yang mula mengosongkan bilik masing-masing. Untuk itu, saranan saya, jika ada item-item yang masih elok untuk digunapakai sama ada buku, pakaian ataupun segala jenis lagi, bolehlah di hantar ke kedai kebajikan WI, sederet dengan kedai Lenugah dan Secret Recipe.
Tentang WI Charity shop : tekan di sini

 *Pesanan saya: sumbangkanlah sesuatu itu dalam keadaan yang elok daripada kita sepertimana kita ingin menerima yang elok daripada orang lain. Contohnya, pakaian berbasuh, buku yang bermanfaat dan elok, serta barang-barang lain yang masih elok ataupun sudah dibaikpulih. Harapan saya, kedai itu tidak menjadi tempat buangan kelas satu di mana kita sesuka hati memberi lebih banyak bebanan bagi pengusaha kedai itu jika barang-barang kita harus diteliti dan di tapis dua tiga kali lagi.

Ini RIBENA, hiasan kereta yang saya ketemu di kedai itu berharga RM 2. Hadiah untuk kereta CBK yang selalu saya tumpang..~Ayah ko tak marah kan, bung?? hihihi =)


fiey ahmad
masih tercari-cari 'rasa' itu..

No comments:

Post a Comment