IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Daisypath - Anniversary

There was an error in this gadget

Tuesday, November 24, 2009

Tegarkah Aku..

Kupasan daripada pembacaan artikel bertajuk Ayah, antara Dakwah & Keluarga oleh Abu Ubaidah di laman Permata Hati majalah I bil. 84 Oktober 2009. Amat menarik dan meruntun hati.Dan saya sangat berbesar hati untuk berkongsi isi hikmah ini bersama semua..Semoga kita mendapat sedikit sebanyak kesan positif untuk bekalan hidup kita.

Bermula dengan dialog perbicaraan di kalangan ibu-ibu yang menceritakan perjalanan perjuangan keluarga masing-masing. Seorang ibu berbicara,

“Saya mengasuh sendiri kesembilan anak-anak saya. Ayahnya sibuk berdakwah,. Sekalipun tidak pernah sempat dia menunggukan kelahiran putera-puteranya”

Wanita itu meneruskan, “ Saya ingin menjadi seperti Siti Hajar, yang ditinggal Ibrahim a.s seorang diri menjaga bayi Ismail hingga membesar menjadi kanak-kanak yang soleh”

Subhanallah, Maha Suci Allah..

Sungguh mulia cita-cita ibu ini . Dengan cita-cita itulah, dia sedaya mungkin tidak pernah mahu mengganggu urusan dakwah suaminya dengan urusan anak-anak.

Dan sejarah jua membuktikan kecekalan bersulamkan ketaatan seorang isteri bernama Siti Hajar mengukir kesan besar buat perjuangan dakwah sang suami bernama Ibrahim a.s. . Beliau ditinggalkan suami di padang pasir yang tandus gersang dengan hanya sebekas kurma dan sekantung air minum dan jua seorang bayi kecil bernama Ismail a.s.

Siti Hajar bertanya, "Wahai Ibrahim, Ke manakah kamu hendak pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak mempunyai seorang manusia dan apa-apa pun ini?

Nabi Ibrahim sangat berasa berat hati untuk memberi jawapan.

Siti Hajar bertanya lagi."Adakah Allah memerintah kamu berbuat begini?"

Baginda menjawab, "memang benar"

Siti Hajar berkata "Kalau begitu tiada halangan bagi kami. "

Kemudian ibu Nabi Ismail kembali semula ke tempatnya, lalu Nabi Ibrahim a.s bertolak pergi sehingga baginda tidak kelihatan lagi. Setelah itu Nabi Ibrahim a.s menghadapkan mukanya ke arah kiblat (Kaabah sekarang ini) kemudian terus mengangkat tangan sambil berdoa:

Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ditumbuhi tanaman, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur


Dengan hati yang tenang, Siti Hajar menerima keputusan daripada Allah. Dan pastinya ujian buat serikandi ini juga getir. Di saat bekalan telah pun kehabisan, Siti Hajar resah memikirkan nasib si kecilnya itu. Namun, kegelisahan itu bukanlah tanda PUTUS ASA daripada jiwa seorang ibu yang bersifat 'rahim' (pengasih)

Semangat juangnya menyemarakkan langkahnya untuk berlari-lari dari bukit Safa ke Bukit Marwa selama tujuh kali. Dan, itulah yang menjadi ritual antara amalan para jemaah haji seluruhnya. Sementelah itu, di kala kudrat tiada berdaya untuk melangkah lagi, Siti Hajar rebah di sisi Nabi Ismail.

Sebak..Hiba..Memandang anak kecil yang kelaparan itu..Adapun begitu, kebergantungan pada Allah tiada berkurang malah makin menggunung tinggi..

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan untuknya jalan keluar (dari belenggu masalah) dan dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka” (Al-Thalaq: 2-3


Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Maka terbitlah air zam zam yang tidak pernah kering hingga ke saat ini.

Menjadi inspirasi

Eidul Adha, perjuangan Siti Hajar sebagai ibu dan pejuang pantas diingat sebagai potret perempuan (Muslim) yang tegar dan keteguhan hati menghadapi cubaan, membesarkan sendiri bayinya dalam keadaan sulit. Sebagai isteri dan ibu, ia tidak 'melatah' saat suaminya meninggalkannya bersama bayinya di tengah-tengah gurun pasir.

Keteguhan hati Siti Hajar merupakan contoh bagi perempuan dan lelaki bahawa dalam keadaan menghadapi kesulitan kehidupan (akibat konflik, bencana alam, perubahan iklim, dan lainnya) perempuan yang masih dianggap "kurang" dibandingkan dengan lelaki ternyata mampu bertahan dan mencari alternatif solusi sendirian.

Perjuangan Siti Hajar perlu diteladani sebagai perempuan pejuang penegakan hak hidup manusia. Ia perempuan yang menerima keputusan Tuhan dan menghadapi cubaan hidup dengan keteguhan hati luar biasa.

“perempuan itu (ibu) adalah madrasah pertama dalam mendidik dan menformatkan model generasi bagaimana pendidikan yang diterima, itulah yang menentukan masa depan perjalanan dakwah” ~Imam Hassan Al-Banna


TEGAR

Tegarkah kita manusia yang sarat dengan kelemahan dan kekurangan ini untuk terus berkorban?

Tegarkah saya hamba yang naif lagi berdosa untuk mencapai keredhaan dan kecekalan Siti Hajar dalam melakukan pengorbanan?

“Mustahil bagi kamu, fiey. Mana mungkin kamu menggapai aras seperti itu.Namun, tidak harus mengalah, tidak harus undur..Andai ini jalan yang Allah inginkan buatku..Harus kita tempuhi dengan membina rasa kebergantungan yang utuh pada Tuhan kan.."

Hati kecil berbicara sendiri.

Apa jua keputusan Allah untuk diri ini, hati ini terbuka untuknya.

Apa jua ujian yang Allah datangkan dalam hidup ini, pasti bersama-samanya cinta dan kasih sayangNYA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Eidul Adha

Terngiang-ngiang di ruang auditori telinga kurniaan Tuhan, lagu NadaMurni yang sering menjadi teman kami (saya dan Nor) ketika masih kecil hadiah daripada K.Long kami.

“Haji mengingatkan kita sejarah pengorbanan

Pegorbanan yang ikhlas agung lagi suci

Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya

Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya

Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu

Siti Hajar kerana Allah

Taatkan suami tinggal sendiri

Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi

Air susunya telah pun kering sama sekali

Siti Hajar berlari-lari dari Safa ke Marwah

Beberapa kali

Aduh hatinya sedih

anak kecilnya tiada rezeki

Tapi hatinya teguh kepada Allah yakin sekali

Di Tanah Haram terpancar air dari bumi

Berkat dari hentakan kaki anaknya bakal nabi

Antara bait-bait lirik yang masih di ingatan..Menyuburkan kembali semangat pengorbanan insya Allah bersempena menyambut Aidil Adha yang bakal bertamu. Mudah-mudahan semangat itu terus membakar di hati kita pemegang shahadah sepanjang perjalan hidup kita ini.


Don’t stop believing..hold on what youre dreaming..~bedtime stories...

~ fiey ahmad~

bersedia untuk sebarang kemungkinan

No comments:

Post a Comment