IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Thursday, November 5, 2009

Hikmah Di Sebalik Exam Paper..


Hari ini paper kedua exam final Year 4 Sem 1.

Health Economics. 1 credit hour

Paper yang memberi impak besar dalam sejarah exam hidup saya.
Paper yang menghadiahkan saya pengajaran yang pasti tidak saya lupakan.

Walaupun hanya 1 credit hour, tapi tak pernah terfikir nak mengambil mudah untuk paper ni. Cuma, apa yang berlaku hari ini memang saya terima sebagai ingatan berbentuk hikmah buat saya.

"BLANK"

Perkataan yang agak sinonim dengan dunia pelajar di kala habis menjawab exam. Bukan saya tidak pernah mengalami pengalaman ini sebelum ini, cuma pengalaman kali ini cukup berbeza.

Jikalau sebelum ini 'blank' itu disebabkan oleh rasa takut, gemuruh, cuak dan sebagainya, namun pasti dapat diatasi dalam suku jam pertama. Kosong macam mana pun isi kepala, pasti dapat jua 'menggoreng ala-ala chef yang sampai berapi kuali'.

Namun, tidak untuk kali ini, preparation alhamdulillah, kegentaran peratusnya sedikit sahaja.
Cuma, takdir Tuhan, nasib tidak menyebelahi saya kali ini, barangkali dengan harapan saya mengambil ibrah daripada kejadian ini.

Dalam sebanyak-banyak topik dalam subjek ini, part yang kecil itu juga yang keluar. Dan sebanyak-banyak topik yang saya baca dan hafal, part itu tak termasuk dalam hafalan.Beberapa minit sebelum exam, ada terjeling topik itu,

"Eh, ni part mana pulak ni? Kenapa macam aku tak tahu je?"

Dalam minit terakhir itu, cube memahami bait-bait itu, tapi gagal dan tidak mampu menghadamnya..ALLAH~

Kurang satu jam, saya melangkah keluar dewan dengan memujuk hati untuk redha dan pasrah.
Part 2 soalan itu dibiar sepi dengan hanya beberapa baris ayat.

BELAJAR MERASA UNTUK MEMBERI

"Allah nak mu rasa apa orang lain rasa selama ni kot, fiey. Selama ini mungkin mu rasa mudah bagi mu, tapi tidak bagi orang lain. Aku rasa mu dah cukup matang untuk tahu apa yang Allah nak tunjuk kat mu..Mu dah lalui banyak benda dah sebelum ni, aku yakin mu boleh lalui ni..", kata-kata Nor.

Air mata makin menjadi-jadi, melepas rasa terbuku di hati..

Sambung Nor,"Lihatlah semua ni datang daripada Tuhan untuk mu, mu mesti akan dapat rasa nikmat hikmah DIA nak bagi, kalau mu berjaya lepasi ini. Nanges lah kalu mu nak rase nak nanges, tapi biar di sini habis.Mu akan lebih bersyukur dengan kejadian ni, percayalah"

Cik Wan menyampuk daripada jauh, "Tak pe, fiey. Ni buat mu akan lebih merasa..Mu kene lebih merasa untuk memberi"

Merasa untuk memberi.

Memberi ingatan buat diri sendiri, kita hanya merancang, ALLAH maha menentukan

Memberi ingatan buat diri dan sahabat2, tiada sesuatu pun milik kita hakiki, walaupun sesuatu itu amatlah dekat dengan kita, iaitu, HATI, AKAL, dan PERASAAN ini..

Semuanya milik ALLAH.
Jadi pergantungan itu haruslah pada DIA sentiasa~


Hati semakin reda, walaupun air mata masih mengalir..Rasa kesyukuran itu melangit ketika itu, punya kakak tersayang seperti mereka. Nikmat kasih sayang manusia dihadiahkan melalui mereka. Ingatan kasih sayang yang hangat daripada sedarah sedaging yang membekas di hati dek ikatan darah yang tidak akan pernah putus.

Di kala hati terasa tiada sesiapa, Tuhan menjadi tempat mengadu.
Mengadu rasa lemah jiwa hamba.
Memohon ampun untuk kebongkakan pada nikmat yang DIA anugerahkan, dalam sedar mahupun tidak.
Meminta redha dalam tangisan.
Mengakui keagungan sebaik-baik PERANCANG adalah ALLAH Taala.

Solat Sunat Dua Rakaat menghadiahkan sepicis ketenangan di hati.

Jatuh, Sakit, Luka, Pedih, hanya dikirimkan buat membina hati dan jiwa yang lebih kuat. Lenih banyak cabaran di masa hadapan dirancang dan disusun buat kita hamba di medan juang ini..


~La Yukallifullahi Nafan illa wus'aha~ moga hati makin kuat.

fiey ahmad
Laptop Ria
Comparment Zee

No comments:

Post a Comment