Isu masa terlalu kerap dibincangkan di mana-mana. SOLUSI terbaru juga mendiskusikan tentang perjalanan masa dan umur manusia. Betapa manusia itu dalam kerugian dengan membiarkan masa-masanya berlalu tanpa sebarang signifikan berlaku pada waktu itu..Keterbatasan masa kita umat Muhammad ini yang dianggarkan oleh Rasulullah hanya berkisar di sekitar 60-70 tahun, membuatkan setiap waktu yang kita ada hari ini adalah sangat berharga. Maka benarlah manusia itu dalam kerugian.
Perniagaan yang menguntungkan
"Wahai orang-orang yang beriman! sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Yakni kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya"
Surah as-Safff :10-11
Menanam pahala yang berterusan
Antara amalan yang dijanjikan Allah pahala yang mengalir berterusan tanpa terhijab dan terhenti ialah:
- Sedekah Jariah: Sedekah yang dilakukan sebagai pemberian ikhlas lagi bermanfaat kepada yang menerima. Lakukanlah semampu mungkin dan kepada yang biasa memberi pasti pernah merasa betapa rezeki kita sentiasa murah dan ada jalan keluar jika bertemu kesulitan. Keluarkanlah walau 10sen untuk bersedekah kerana mungkin itu amalan yang paling diterima Allah saat kita ikhlas mengerjakannya, lalu menjadi amalan yang menyelamatkan kita daripada neraka.
- Anak yang soleh: sabda Rasulullah, "Sesungguhya Allah benar-benar akan meninggikan darjat seorang hamba yang soleh di Syurga. Hamba itu bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana hal itu terjadi pada diriku?" Allah menjawab, "Dengan permohonan ampun anakmu atas dosa-dosamu". Oleh itu, untuk membuat pelaburan yang besat untuk di sana, memperoleh anak-anak yang soleh adalah antara tujuan hidup yang serba singkat ini..dan untuk mendapat anak-anak yang soleh, segalanya harus bermula daripada kita. BEUSAHaLAH untuk menjadi anak yang soleh daripada sekarang. Tindakan dan doa kita yang akan menterjemahkan matlamat kita.
- Memanfaatkan ilmu: Ilmu terlalu banyak bezanya dengan harta. Malah jauh lebih bernilai daripada harta. Ilmu itu harta tak ternilai. Dan ingatlah sentiasa bahawa levejl pengajian diploma, degree, master atau phd tak pernah mengangkat darjat manusia itu di mata Tuhan selagi ilmu itu tak dimanfaatkan. Memanfaatkan ilmu itu adalah sejauh mana ilmu itu membentuk diri kita untuk memberi dan menabur budi pada umat dan masyarakat. Ilmu yang dikongsi adalah rantaian yagn takkan pernah putus dan senantiasa membuahkan cabang yang baru.
- Berjihad: Perkataan jihad mungkin kedengaran janggal buat umat masa kini, malah merasakan ianya tdaik lagi relevan pada masa sekarang. Ketahuilah, kehidupan masa sekarang memerlukan jihad yagn lebih besar berbanding pada zaman Rasulullah, Sahabat dan tabiin. Jihad kini adalah jihad menentang segala bentuk kemungkaran termasuk apa yang ada dalam diri kita. Berimpilah untuk menjadi seorang mujahid, kerana semangat dan darah pejuang sentiasa berada tinggi pada nilaian Allah.
fiey ahmad
harus ingat dan mengingatkan
No comments:
Post a Comment