IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Friday, December 11, 2009

Coretan tentang Perkahwinan~wink2

sandarkan harapan pada Ilahi, kamu pasti dapati akan sentiasa ada HARAPAN di sisi

Beberapa hari lepas, sedang asyik kemas bilik, saya menemui beberapa keping kad undangan utusan raja sehari..Akan datang dalam masa terdekat ni pun banyak juga..


"Uiks, banyak jugak kad kahwin daripada sahabat-sahabat terdekat." getus hati saya.

Tapi itu tidaklah menjadi titik pemula saya untuk menulis entri ini. tak pernah terfikir nak keluarkan entri bergenre tentang perkahwinan dan rumah tangga ini..HUHU..Terasa pelik bagi saya. Tapi, difikir-fikir kembali, tak ada salahnya unutk berkongsi kan..Di harap tiada salah faham dan silap anggap ye =)

Ini yang membuatkan minda, hati dan jari-jemari tangan saya ini bekerjasama untuk post ini.

ihsan daripada

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091211122941/Article

Nik Aziz bimbang kenaikan mas kahwin tambah bilangan anak dara tua


KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.


Melalui pencarian nas-nas Al- Quran yang menyebut tentang mahar sebuah perkahwinan yang pastinya banyak sekali, saya ketemu ayat 4 Surah An- Nisa' yang berbunyi:

" Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai pemberian penuh kerelaan*. Kemudian, jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati,maka terimalah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati"

*Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau meminta kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah seperti As'aluka billah ( saya meminta kepadamu dengan nama Allah)


Urmm, isu hantaran dan mas kahwin sering menjadi ISU HANGAT kan? Lebih-lebih lagi di arus dunia hari ini..Jika dijengah kembali 10 tahun lepas, umm, 5 tahun lepas cukup lah kut, perbezaan nilai kedua-dua itu makin besar perbezaannya. Lebih-lebih lagi wang hantaran, bepuluh-puluh kali ganda bezanya. Kadang-kadang sampai orang terpaksa menghabiskan 30 saat merenung cek hantaran untuk membilang angka kosong. Malah mungkin ada juga album yang tidak cukup untuk memaparkan kepingan not RM50..ishhk3X..hehehe..

Mungkin nilai mata wang itu telah berubah,tapi dalam sedar tak sedar ini telah menjadi isu bila mana seseorang itu telah memasang niat untuk berumah tangga. Nilai wang mungkin berubah, namun fitrah manusia tidak pernah berubah...

Sedikit mencoles daripada talk Ustaz Hasrizal Abdul Jamil tempoh hari sempena Campus Dakwah Project (CAMPRO) anjuran SRC, UIAM Kuantan,

"Fitrah manusia itu inginkan perhatian.Apabila fitrah manusia itu tidak diisi, itulah punca asal kejadian-kejadian ngeri hari ini.."

Islam menetapkan perkahwinan sebagai titik perbezaan hubungan manusia dua jantina bagi membezakan antara manusia dan haiwan. Perhatian, kasih sayang diberi dan diterima di bawah rahmah dan mawaddah itu pasti jadi dambaan semua.

Dengan adanya jaringan tanpa wayar ini, perkongsian cerita, gambar dan segala-galanya tentang perkahwinan itu sedikit sebanyak menjentik perasaan dan naluri manusia untuk memiliki runah tangga bahagia..

Macam mana tu..? Kahwin lah jawabnya...Macam senang kan..hihi

Perkahwinan= wang hantaran+duit kenduri+pelamin+baju pengantin+cenderahati+hantaran berdulang-dulang..= plus minus RM 15 000..Wowww..itu baru taraf orang biasa-biasa..Antara perkara yang bermain di kepala..


Nak Kahwin bukan senang kan?

Tapi nak kahwin juga bukan susah kan.Selalunya kita yang menyusahkan perkahwinan itu. Pada perkahwinan itu ada keberkatan. Dan Allah pasti akan memberkahi orang-orang yang ikhlas. Yang penting kena buat persediaan lah kan..


Di zaman ini, sudah terlalu banyak kad undangan perutusan raja sehari datang menjemput ke walimah. Seniors, Friends even juniors pon ada juga..Alhamdulillah, saya pastinya tumpang gembira dan doakan kesejahteraan masjid antum semua. Mabruk 'alaikum..

Mungkin belum tentu masanya untuk kita, namun tidak salah bukan kiranya persiapkan sedikit demi sedikit ilmu tentang masa hadapan.. Dengan berlatarkan dunia penuh mehnah dan cabaran ini, keutuhan masjid itu pastinya bergantung kepada ahli-ahlinya. Kombinasi Cinta ,usaha dan semangat berserta kesedaran akan tanggung jawab itu insyaALLAH akan menjadi tembok pertahanan yang memelihara kesejahteraan...Seiring itu, keredhaan Allah menjanjikan kebahagian yang berpanjangan dunia akhirat.

"Andai ada cinta manusia untukku, jadikan ia cinta yang bersandar pada cintaMU

Andai tiada cinta manusia untukku, jadikanlah CintaMU cukup untukku"


Buat teman perkongsian saya baik muslimin mahupun muslimat, Baginda Rasulullah telah menggariskan panduan pemilihan calon. Andai masih punya ruang untuk memilih, silakan merujuk pada hadis d bawah:

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Namun, kisah setiap manusia itu tidak akan pernah ada jalan cerita yang serupa. Dek latar belakang yang berbeza, dek pendidikan, dek cara hidup sekarang juga pasti mencipta perbezaan cerita antara sesama manusia. Andai cerita kita tidak seindah mereka, ingatlah Allah telah menetapkan itu untuk kita..Yang penting, usaha daripada kita ada untuk kembali ke jalan Redha ALLAH..

Carilah ilmu dan penjelasan, tetapkanlah penghayatan,susuli dengan tindakan wajar..Moga nilai usaha itu menjadi penyelamat kita di hadapan ALLAH..Sesungguhnya ALLAH sebenar-benar PENILAI..



fiey ahmad

sangat ingin bertamu di laman itu..

2 comments:

  1. Menanti bila pula undangan kawanku ini... Em, insyaAllah, pasti ada yang tercipta terbaik untukmu, juga di waktu yang terbaik dijanjikanNya pada mu. =)

    ReplyDelete
  2. sama-sama doakan ya mbak...

    buat naddy juga.semoga cepat ketemu si penghibur hati peneman jiwa..xsabar nak jupe calon bertuah itu..hihhi.

    saling doakan dan memperingati ya..

    ReplyDelete