Salam semua..
Hujung minggu antara hari yang ditunggu- tunggu.. Biasanya, hujung minggu adalah waktu berjalan-jalan attend wedding sahabat handai, attend program family dan juga hari memasak kami jika tidak ke mana-mana.
Weekend adalah hari memasak BERIA kami..Beria bermaksud, banyak (boleh kasi jiran-jiran @ panggil kawan-kawan dan family makan..)
Suami pun dah bersetuju dengan idea tu dan kami ajak Nor dan Abg Ayub kami, satu2nya sedara ada kat Melaka ni join sekali dengan aktiviti ini dengan keluarkan plan, if Sabtu kami masak diorang tak payah masak, datang rumah kami makan, tapau pun bole, hari Ahad kami pulak bertandang kat rumah diorang..Jimat 1 hari memasak dan dapat 1 hari makan besar seminggu.. Best tak idea ni? hihi..
Dan minggu ni, adik dari KL datang, Luqman yang baru je kerja kat Daya Bumi..Orang bujang, makan minum dia tau tau jela..
Dan, ini dia menu hari Sabtu 16/12/12
SUP TULANG~ favourite since kecil2
3orang makan, 2mangkuk pyrex 1.25l ni dapat
Bahan-bahan:
1. 500g tulang plus daging @ tetel 2 3 ketul (budget dlm rm7)
2. 1 biji Kentang potong 6
3. 1/2 lobak merah potong 12
4. 3inc x 0.5inc halia diketuk (detail x kita bagi, saja nak suruh buat math sikit, :P )
5. 2 biji Bawang merah
6. 2 ulas bawang putih
7. Rempah 4 beradik (ye ke dok tau panggil gitu, suka hati je kita, bunga lawang, cengkih, pelaga, kayu manis)
8. Garam n 1/2 kiub ayam
9.Daun sup n bawang goreng untuk garnish
Cara-cara:
1. Rebus tulang n daging dalam 1jam lebih (api medium, tudung lagi bagus, untuk daging yang emmpuk, cair di mulut)
2. Masukkan kentang n lobak n 1biji bawang potong besar2, bawang putih, halia.
3. Masukkan garam, kiub ayam, gula sikit*optional. Rebus lagi 30mint
4. Sambil tu, tumis 1 biji bawang lagi yang dah dihiris bersama rempah2 sampai naik bau dan garing. Pastu masukkan je tumisan tu dalam periuk sup..
5. Daun sup dan bawang goreng tabur time nak makan..Panas2..wushwush..
Makan time panas2, fuhhh..~
~never get bored with sup tulang ♥
Side Dish...Tempura Prawn
#1 Attempt
fiey ahmad
#1 Attempt
Bahan-bahan:
1. Udang ikut bil orang yang makan, seorang 2ekor atau 4 ekor untuk pemakan tegar (lagi besar udang lagi sedap, tapi kita guna L nye saiz kot udang ni, 1st trial 7 ekor dulu untuk 3org)
2. 2 sb tepung gandum
3. 1 st tepung jagung
4. Garam dan lada sulah
5. 1/2 telur (xbyk guna sebab nak bancuh tepung je, lebih lg 1/2, letak dalam makan Zahra. :) )
6. Serbuk roti (cari yang halal ye..tak banyak ada tanda halal)
7. Air sikit
Cara-caranya;
1. Kupas udang 1/3 kulitnya basuh n tos
2. Bancuh tepung, telur, dan air, letak garam dan lada sulah sikit.
3. Untuk lekatkan bancuhan tepung kat udang, golekkan udang tu dalam tepung debu tu pastu baru celup dalkam bancuhan tepung.
4. Salut dengan serbuk roti, siap untuk digoreng..
p/s: udang ni cepat masak, jadi 2-3 minit deep fry tu dah cukup..Api medium high..
fiey ahmad
happy cooking
No comments:
Post a Comment