IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Wednesday, September 29, 2010

Rezeki itu Urusan Tuhan

Selahirnya anak Adam di muka bumi Tuhan ,telah datang bersama-samanya catatan diari seluruh kehidupannya yang sebelum ini tersimpan rapi di dalam peti simpanan Allah yan Maha Kuasa iaitu Luh Mahfuz.

Kelahiran, kematian, ajal maut, jodoh pertemuan, malah rezeki juga telah pun disediakan seeloknya dan semua itu mengiringi kita dan kehidupan kita hingga ke akhirnya.

Kerja..Kerja..Kerja..

Sejak daripada sebelum graduasi lagi, topik kerja menjadi topik panas yang sering dibincangkan walaupun dalam keadaan sipu-sipu malu, dalam keadaan berahsia mahupun terbuka, ia tetap menjadi tajuk perbualan yang 'common' dikalangan kami yang nak habis belajar masa tu.

Sehingga ke saat sekarang pun, itu antara isi penting pertanyaan bertanya khabar di kalangan kami ini. Sama ada soalan diajukan oleh pihak saudara, kawan-kawan lama atau baru, adik-adik junior, itulah antara intipati soalan yang sangat biasa..Oleh kerana ia dah terlalu biasa, usahlah kita menganggapnya luar biasa ye (usah ambil hati sangat, usah ambil pusing sangat, usah terlalu beremosi sangat la ye), kang tersilap pula berasa 'offensive' bila orang tanya macam-macam pasal kerja. Tipulah nak kata tak terasa kan tapi biarlah kita yang mengawal rasa itu. Niat orang hanya ingin bertanya khabar dan mengambil berat, lalu harus kita menyambut denan tenang dan senyuman ya..

Rezeki itu Urusan Tuhan

"Kamu belajar pandai-pandai, nanti besar mesti kerja besar-besar kan, gaji besar-besar..senanglah kamu nanti", kata seorang mak cik masa kecil-kecil dulu. Tak ada lah pandai sangat belajar, belajar kat sekolah kecil-kecil je, boleh la sikit-sikit.

"Orang yang ada degree senang la nak dapat kerja, gaji pun banyak", isi perbualan K.Lin dengan saudaranya yang dikongsi bersama kami masa raya hari tu.

Realitinya, tak semua semudah yang dicorakkan oleh pemikiran kita..Garis hidup kita setiap manusia itu beza-beza kan. Allah dah tetapkan semua itu. Rezeki itu dah termaktub sudah untuk saya, kamu dan masing-masing. Cuma perlu Keyakinan dan sedikit Usaha> tanda lumrah manusia saja kan.


"Rezeki Tuhan tu di mana-mana, fiey. Yakinlah, kat mana pun kita, pasti di situ ada rezeki kita." kata seorang sahabat saya di kala saya sedikit gusar tentang kerjaya dan penempatan selepas belajar di dalam fasa transisi hidup. Rezeki itu ada di mana-mana dan sangat luas seluas langit dan bumi Tuhan ini. Bukalah hati dengan keyakinan pada Allah bahawa apa saja yang Dia susunkan untuk kita pasti ada hikmahnya, dan itu pasti sebaik-baik pilihan kerana ia secara totalnya daripada Allah..Usah merungut dan bergusar hati ye, fiey.=)

Perjalanan di kembara pasca graduasi menyediakan banyak pelajaran penuh hikmah bagi saya dalam mengenali rencah dan hikmah kehidupan realiti. huhu..Kebanyakan matlamat perjalanan beribu batu saya adalah untuk menghadiri interview..Sama ada untuk saya atau untuk orang lain. Dan setiap satu itu ada perkara baru yang saya pelajari, itu yang best tu..

Setakat ni, sudah beberapa interview (saya punya) dan 1 (kawan punya) yang saya hadiri. Bermacam cerita dan bermacam ragam, tapi setiap satu itu pasti mengundang senyum kalau teringat kembali.

Yang pertamanya me'reveal'kan betapa di Malaysia ini masih terdapat penindasan terhadap kaum wanita Muslim yang bertudung dalam pengambilan bekerja. Pendek kata, pra-syarat untuk kerja kat situ ialah TAK BOLEH pakai tudung (pakai anak tudung je) dan kena pakai 'short-sleeve' uniform.,hahaha, what a nonsense prerequisite daripada hospital ni. Tak tahulah 'owner' dia Muslim or non-Muslim, tapi yang saya tahu banyak private hospital di Malaysia ni meletakkan pra-syarat ini untuk diambil bekerja. Harga sebuah kerjaya jururawat di kalangan Muslimah ialah pelepasan pegangan tentang aurat dan lain-lain lagi. Tak pelik kan perkara ni terjadi kat Malaysia yang ber'agama'kan Islam ni.

Yang keduanya, interview berjalan lancar, seperti biasa tunggu jawapan..Dan.., satu pagi nan indah di kala barang-barang penuh kat tangan dek sibuk bershopping di Pasar Besar Melaka, dapat satu panggilan yang boleh dikira agak best.

"salam, cik Hafizah. saya puan Aini (bukan nama sebenar) dari **MC. Esok pagi boleh datang tak untuk 2nd interview.?"

Haisssh, tergaru juga kepala. "urrm, pukul berapa tu ye, puan? Saya sebenarnya kat Melaka sekarang."

"ohh, kat melaka ke sekarang..Kalau macam tu, lebih baik saya berterus terang kat awak pasal nature kerja ni. Actually, we decide to put you in marketing department so tomorrow 2nd interview is for this post. Nothing to do with nursing.."

Rasa nak tergelak pun ada, pergi interview untuk jadi staff nurse, tup tup dapat offer duk kat marketing department. Tapi tu lah realiti kan, you never know where you are and what are you going to be, then just get ready..Kalau inginkan perubahan dan kelainan, kita boleh pilih dan silakan, kalau rasa belum lagi masanya, pasti ada rezeki lain. Apapun kita ada pilihan, walaupun dalam keadaan pilihan yang terhad, tapi kita masih harus memilih kan. Sekalipun tak ada pilihan, kita juga harus memilih untuk menghadapi perkara itu dengan positif ataupun tidak.=)

And (suddenly wanna write in English pulak,), an interview experience at Ampang Puteri Specialist Hospital on 2nd September 2010, nothing much to story about because it was just a normal interview. They asked and I answered. About degree, clinical posting, why should they hire me, what do I know about KPJ and so on..Then, got to wait about 2 weeks for the results.

I also had 3minutes interview. Sounds funny but it was real and I do not put so much hope on it maybe because of the 30 blinks of eyes interview..hehehe..(ada rezeki adalah  kan).


Haa, ada satu interview ni (yang bukan interview saya pun) betul-betul buat saya yakin yang urusan rezeki ini kan memang Tuhan je yang atur. Dalam keadaan berkejar-kejar ke tempat interview selepas mengambil 'robe', selepas 2jam memandu kami sempat tiba di tempat kejadian kira-kira 2.40pm. Sesi mengisi borang pun dah ambil masa yang agak lama, sipa kena tulis 1 esei pilihan tak kurang 100 patah perkataan pula tu..Maka jadinya, pukul 3.40pm baru dapat hantar borang tu selepas beratur panjang berderet. Hurmm, agak-agak macam tak sempat dah sebab interview tu tutup pukul 4pm, tapi akak yang jaga kaunter serah borang tu suruh tunggu dulu..Saya 'confuse' juga, diorang ni nak extend ke, sebab ramai lagi yang kat luar tu masih menunggu, yang dari pagi tunggu tak panggil-panggil juga. Tawakkal je lah.

Tak sampai lima 10minit kami menunggu, nama kawan saya ni dah dipanggil...Aikkk, pelik juga sebab ada lagi orang lain yang hantar awal tak dipanggil. Bila difikir-fikir balik, logik je kan sebab dekat kaunter serah borang tu mungkin orang itu dah 'screen' awal-awal. Rezeki dia kan. Maka, berinterviewlah mereka selama hampir 30 min (tak tahulah cakap apa lama sangat), apapun doa yang terbaik untuk mereka ini. Result keluar bila? Tak ada pul adisebutnya, tapi berserah lah dulu, bagi diri sendiri masa untuk 2 hingga 3 minggu, jika msaih tak dapat jawapan, cuba hubungi pihak berkenaan untuk jawapan, dan pastinya kena ready la kan untuk apa jua keputusan.Sementara menunggu, berdoalah banyak-banyak kat Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Teringat kat pesanan Dr.Niza masa berkesempatan ketemu beliau di celah-celah masa interview ke4 tu.,,

"Fizah, apapun kita harus ingat, rezeki ini urusan Tuhan, tak ada sesiapa pun daripada kita yang tahu nasib nya selepas ini. Tak semestinya kita belajar itu, kita kena jadi itu. Ada je belajar ***** tapi dah grad jadi bisnesman.

Jangan menyesal dengan apa yang kita belajar 6 tahun tu, kita patut rasa bersyukur kerana apa yang kita dapat 'indirectly' semasa belajar itulah yang membekalkan kita untuk dapat hidup dalam komuniti dengan baik. Tak semua orang dapat tu.

Usaha itu perlu tapi doa dan tawakal itulah puncak segala-galanya. Itulah 'essence' selepas usaha.


"Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang benar dan janganlah sekali-kali Engkau palingkan aku daripada kesesatan yang Engkau murkai. Teguhkan, tabahkan dan tenangkan hatiku atas apa jua keputusanMU."

Dah berdoa, apa pun yang datang, sama ada kita suka atau pun tak suka, hati kita yakin bahawa inilah keputusan Allah untuk aku. Dan dari situlah datangnya KETENANGAN JIWA"


Antara kata-kata penuh hikmah seraya memujuk diri yang semestinya tak pernah lari daripada kegusaran melalui fasa 'ketidaktentuan' ini. Allah, syukur atas nikmat insan-insan yang sentiasa ada Engkau kirimkan untuk kembalikan aku untuk mengingatiMU




fiey ahmad
KPJ Ampang Puteri
Impian dan kenyataan, akan sentiasa ada tugas untuk diselesaikan

2 comments:

  1. Fiey, sahabatku... Naddy doa juga yang terbaik untuk Fiey. Ini juga ujian. Dan suatu masa bila kita tua nanti, mesti ingat balik sume ni. InsyaAllah, may Allah bless u in whatever you choose and do.

    Nway, marketing dptmt? Mcmmana org tu pn boleh dpt tgk quality dlmn ni? huhu.. nway, spnjang kite rumet, ur marketing skill mmg dpt mencairkan hati dan mata ini. Huhu... My baju raya tahun ni ade satu je iaitu yg Fiey bagi.... Thanks =)

    ReplyDelete
  2. huhuhu..naddy, kita rindu time2 dulu juga..fi doa gitu untuk naddy and kawan2 kita semua..

    yg 2nd tu la dia offer marketing department, tapi fi x accept..huhuh, fi tak pandai buat keje special task sangat, mulut ni je la banyak cakap sket...

    alhamdulillah, da accpet ampang puteri, keje sebagai staff nurse..mungkin ini yang terbaik untuk fi setakat ni, lepas ni tatau lagi kan,

    ada masa kita leh duk sembang2 lagi kan naddy..

    p/s:baju yg mane ni?huhuh..TERHARU T_T

    ReplyDelete