Sedar tak sedar hari Khamis 5 Julai 2010, dah hari 'last' belajar menjahit SEMENTARA ni..huishhhh, da enam hari rupanya membabitkan diri dalam bidang jahit-menjahit ni.
Nak tulis banyak, tapi 'the whole body is resisting it right now". Penat >>'post travelling exhaustion' sememangnya terasa sehari @ 2hari lepas tu..24 jam yang dipenuhi dengan waktu travel, 'shopping', makan dan segala macam lagi pengisian hidup di bumi Kelantan..Esok ke Hulu Terengganu pula, berkhidmat untuk Dr. Niza..
Kembali kepada cerita sebenar, hukhukhuk, sedih sebenarnya terpaksa berhenti belajar menjahit ni, sebab terlalu banyak lagi perkara yang perlu saya belajar dan saya nak belajar..'Skill and knowledge' yang tak ada disediakan dalam buku, yang hanya boleh dipelajari dengan adanya guru yang ,mengajar tanpa mengira siapapun yang mengajar kita..Itulah RASA SEMANGAT dan RASA HORMAT pada apa yang kita lakukan. Bila ada rasa itu, dan secara konsisten insyaALLAH, kita pasti rasa nak bagi yang terbaik..
Dan saya kena mengaku la ni, saya tak lah memberi sepenuh hati kadang-kadang sebab terpaksa berkejaran dengan masa yang semakin melaju kebelakangan ni.
Selepas berhempas pulas selama 6 hari itu, inilah antara hasil yang mampu disiapkan selepas memerah 'fine motor' jari jemariku untuk memengang dengan kemas dan membetas benang sekali sekala (terasa macam dah dapat Carpal Tunnel Syndrome, hihi, melampau tak), 2 biji bebola untuk memfokus spenuhnya pada jarum mesin jahit itu, kaki dan lutut untuk mengawal motor di bawah mesin, dan juga bahagian belakang badan yang terpaksa duduk lama di atas kerusi..huhu..
Haaaa, inilah hasilnya BAJU KURUNG COTTON bersaiz saya sendiri..
Ini pula baju anak saudara sulung saya, Aisyah yang berjaya disiapkan pada hari last itu..Angah dan Amna kena tunggu dulu lah, tunggu ada orang 'sponsor' mesin jahit untuk Cik Piey lu ye..=)
Bila model menggaya baju...Tadaaaaa!!
Dan setinggi-tinggi perhargaan buat yang memberi sokongan (Mu Nor, Cikwan), Ummi yang berusaha menempatkan saya di kedai jahit itu, K.Na, pemilik kedai juga cikgu jahit saya, kawan-kawan yang sangat 'supportive', dan sememangnya nak menghargai adik Akmal@Ma, sebab sangat tekun dan berusaha untuk meluangkan masa mengajar saya..
Ma kata, "alang-alang belajar, lebih baik belajar untuk buat YANG TERBAIK terus, kalau di masa belajar kita dah terbiasa dengan buat salah, nanti kita terbawa-bawa nanti masa menjahit betul-betul'.
Haaa, betul cakap Ma, boleh diaplikasi secara menyeluruh untuk segala bidang ilmu..Nursing lagi la kan..Tak kiralah apa bidang sekalipun, kita manusia ini manusia berakal dan manusia yang mampu belajar, kutip dan hargailah ilmu Allah yang maha luas itu. Ilmu menjahit pun ilmu Allah juga kan, so never look down anyone anything and dont ever feel that you're the great, beause there will always be the greater than you. Bukan senang tau nak kuasai bidang-bidang sebegini yang kebanyakannya dianggap CINCAI oleh sesetengah pihak, perlu segala macam persiapan mental dan fizikal dan yang paling penting ialah RASA NAK BELAJAR itu ada. Kalau ada rasa nak belajar dan bersungguh menghargai ilmu yang dipelajari, sesiapapun boleh jadi doktor, astronout, engineer atau segala macam lagi..Kalau belajar tinggi-tinggi pun tapi tak ada pengisian hikmah ilmu itu sendiri, lagi memandang rendah kehidupan dan ilmu orang lain, apa guna ilmu ilmu di dada tapi tak di hati kan..(ingatan untuk diri sendiri juga ni)..
Dan, apa yang boleh saya pelajari lagi daripada kelas menjahit ini ialah, pentingnya dan beruntungnya perempuan yang benar-benar tahu menjahit, dan sepatutnya jahit menjahit ini sinonim, dekat, rapat dan perempuan, bukan semata menjadi mata pencarian malah sebagai asas penting dalam pembinaan rumah tangga..Oleh itu, saranan saya kepada sahabat-sahabat perempuan saya di luar sana, AYUHLAH BELAJAR MENJAHIT, banyak untung tau!!...Paling kurang, masa nak tempah baju nanti kita tahu sedikit sebanyak tentang jahitan, dan paling kurang lagi, nanti boleh menjahit baju atau seluar ahli yang terkoyak dengan sendiri..
itu sahaja untuk kali ini, berharap dapat belajar lebih banyak lagi ilmu-ilmu lain...MEMASAK > BERKEBUN > BERTUKANG > MENGHIAS dan segala macam lagi.
fiey ahmad
Belajar untuk menjadi lebih PEREMPUAN yang versatil
mode : rindu arwah Ayah dan Mak
fiey, jetul ni..bape harga nk msk clas menjahit yer..hr tu nk msk time cuti..tp kne wt elective kt HKB lak..huhuu
ReplyDeletefiey la ajar..hehehee
=)
jetul, fi ni belajar kat tuan punya kedai je, tak de la serius macam amik course menjahit gitu-gitu..
ReplyDeleteuntuk 6 hari tu, fi bayar RM50 je..hihi, tataula murah ke mahal tu, sbb tak pernah ada experience pun b4 this..
try la jetul, best, walaupun terketar-ketar tangan..