Hati ingin sekali kembali menulis di sini.
Sebelum ini banyak menulis di fb, tapi simple short sweet tentang kehidupan seharian saja.
Setelah anak sudah tiga ini, tujuan perjalanan hidup bertukar hala lagi. Anak-anak yang semakin besar dirasakan perlu sentuhan yang lebih istimewa daripada kami ibu bapa.
Tiadalah pengisian terpenting terawal yang kami pilih untuk mereka selain pengisian hidup berTuhan dan beragama. Itu perkara pertama kami mahu cuba sedayanya isi dalam kehidupan awal mereka.
Baguskah kami
Alimkah kami
Mampukah kami
Wallahualam.
Kami harus redah hadapi cabaran dan terima ini sebagai PANGGILAN UNTUK KAMI KEMBALI pada trek jalan hidup bertuhan sebenarnnya.
Untuk mengajar mendidik memupuk, kami ibubapa yang terawalnya perlu belajar didik dan pupuk diri sendiri dengan pengisian yang baik serta benar lalu mengamalkannya secara optimum.
Kedengaran sukar ya.
InsyaAllah biiznillah, la quwwata illa billah.
Kami mohon doa, berusaha, jatuh bangun jatuh dan bangun lagi.
Doa lagi
Doa lagi.
Kami yakin Allah akan sentiasa ada dan bantu kami selagi kami benar ikhlas ingin kembali pada jalanNya sebenar-benar kembali.
Doakan kami ya.
fiey ahmad
Ini jalan tarbiyah kami.
26/7/2017
No comments:
Post a Comment