IIUM Nurse Bloggers

Ex-IIUM Matric

Kebun Ilmu

Ustaz's note

Ayat-Ayat Cinta

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
[Al-Baqarah 2: 216]

Sahabat Blogger IIUM

Mardhtillah Matlubi

~ I wish I could make people smile and make them know how beautiful life is. Just a plain me, seeking His bless worldly and hereafter.~

Total Pageviews

Wahai Rasulullah...

Ingin ku susuri denai hidup mu, ya Rasulullah
Izinkan aku mencintai mu
Izinkan aku merinduimu

Selawat dan Salam yang setinggi-tingginya ke atas mu
Wahai Kekasih Allah..

Sembang Hikmah

~Demi Masa~

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" Berapa banyak lagi masa yang bersisa untuk kita??
Powered by Blogger.

Wednesday, December 25, 2013

Natural, Gentle, AMANI birth & Homebirth

Salam buat semua...
Alhamdulillah..hari yang baik untuk semua mudah-mudahan..
Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit cerita, pandangan dan pengalaman saya sendiri mengenai serba sedikit tentang tempoh mengandung, proses kelahiran saya dan juga tentang kelahiran AMANI (pernah saya kongsi serba sedikit dahulu selepas saya hadir ke kelas itu dianjur oleh puan Nurul Fathim Ridayu Ramli)..
Ini merupakan babak awal dan signifikan juga dalam perjalanan ini..Dan ini juga merupakan sedikit respons dan pendirian saya berkaitan isu hangat sekarang dunia kelahiran dan juga dunia perubatan di Malaysia pasca kematian seorang ibu yang memilih bersalin di rumah tanpa pantauan ahli medikal terlatih (unassisted childbirth)..
~Saya dan carian kelahiran normal selepas czer..~
Seperti dulu pernah saya nyatakan saya bertemu dengan ini hasil carian saya sendiri mengenai kelahiran normal selepas kelahiran secara pembedahan (caeserean due to breech in 2012).. Saya ada bertanya soalan itu ini mengenai VBAC (vaginal birth after caeserean) pada doktor dan jururawat di Kk, sahabat2 medikal dan carian saya membawa Saya bertemu dengan support group di fb..
Antara respons yang saya terima daripada pihak medikal.:
• cubaan Vbac untuk czer pertama boleh diusahakan dan kebolehan berjaya tinggi juga
•Sejarah czer juga membawa risiko seperti uterine rupture dan czer antara pilihan selamat untuk kelahiran ini. (2x czer peluang untuk vbac lagi seakan zero di sini)
• hb saya yang low dek thalassemia trait yang saya bawa meletakkan saya di golongan kandungan berisiko sederhana (tag kuning)
Alhamdulillah untuk perkongsian itu.. Kelihatan ada harapan untuk bersalin normal tapi masih 50-50 kan..Dan saya tak berhenti di situ..
Saya bertemu dengan support group yang berkongsi pengalaman, cerita dan info mengenai kelahiran alami, lembut, (natural & gentlebirth) Amani, dan juga Vbac..
Saya banyak membaca cerita-cerita mereka dari pelbagai latar belakang dan cerita mereka juga daripada pelbagai perspektif.. sebagai bekas jurusan kejururawatan dulu ada serba sedikit ilmu yang boleh saya gunapakai untuk menilai apa yang mereka sampaikan..
Sepanjang saya menjadi silent reader di group itu saya berasa sangat perkara positif yang boleh saya kutip..daripada sudut attitude (jarang amat sekali mereka berbahasa kasar mengutuk teruk sistem kesihatan di malausia, sokongan moral, perkongsian pengalaman2, info yang kadang2 saya sendiri tak tahu ia wujud dalam bidang o&g (yela belajar dulu bukan sedetail midwife dan medikal student). Saya berasa positif untuk mencuba kelahiran lebih baik kali ini..
Dan saya lebih faham apa itu natural birth & gentle birth.. (di bawah ialah versi yang saya faham dan saya pegang)
Natural birth ialah kelahiran alami yang sememangnya fitrah buat semua makhluk Allah yang membiak. Allah ciptakan ciptaannya dengan sistem yang cukup unik untuk kemandirian spesis untuk semua makhluk (manusia, haiwan, tumbuhan dll).
Gentle birth ialah kelahiran yang lembut aman dan seselesa mungkin buat bakal melahirkan tanpa mengira siapa, di mana, bagaimana, bila kelahiran itu mengambil tempat.. Gentle birth ini boleh dicipta suasananya oleh ibu-ibu dan juga sesiapa di persekitarannya.. Ia melibatkan sikap dan usaha ibu bakal melahirkan dan juga persekitarannya untuk ini..
Dan kelahiran Amani adalah satu bentuk program atau kursus yang menyentuh secara terus mengenai dua kelahiran di atas..
~Saya dan intro to Amani~
*Pertama kali saya berusaha untuk kenal lebih lanjut mengenai kelas penyediaan kelahiran Amani (childbirth preparation class) ialah bilamana saya ke Kl seorang diri dari Melaka untuk 2jam perkongsian daripada 2 penceramah mengenai kelahiran ini.. Seorang doktor dan seorang lagi chilbirth educator.
Doktor itu doktor hospital kerajaan dan beliau menyentuh perihal Medical management during labor.. beliau menyokong natural n gentle namun tidak menggalakan kelahiran di rumah.
Dan apa yang saya dapat daripada situ, ilmu yg doktor kongsi memang daripada rutin praktis hospital yang saya rasa sangat perlu untuk ibu-ibu tahu kerana ianya akan sangat mempengaruhi Sikap &Emosi ibu-ibu bila berhadapan dengan keadaan sebenar.. Dan paling penting yang saya tahu, perkongsian itu tidak dapat ibu-ibu dapat secara terus daripada medical providers kita hari ini melainkan kita berinisiatif untuk bersoal jawab dengan mereka, carian di internet (yang mana ibu-ibu selalu dituduh mendapat daripada sumber merepek) dan juga perkongsian daripada pengalaman ibu-ibu lain yang bercerita (yang kebanyakan dari golongan non medikal dan banyak cerita berbalut emosi daripada pengalaman mereka).
Daripada childbirth educator itu saya cuma sempat mengambil sebahagian dek terlewat sampai di tempat itu..beliau berkongsi mengenai natural& gentle birth.
Dan saya melihat secara positif sangat-sangat bagaimana natural & gentle birth ini boleh beriringan dengan hospital birth.. tak bersalahan malah sangat mampu memberi yang terbaik buat ibu-ibu dan anak JIKA ini yang kita sama-sama usahakan..
~Saya, suami dan kelas AMANI~
Saya nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya dibawa dalam program ni dan paling saya teruja bila ia melibatkan juga sang suami..mula-mula suami saya tuan @[1548139486:Syed Mun'em] ragu-ragu nak pergi dengan banyak reasonings tapi selepas saya insist nak pergi dan berusaha simpan duit sikit kami pergi 2hari kelas bersama Zahra yang masih menyusu badan (tak boleh tinggal dan kelas itu memang tak kisah ada anak kecil)..
Sebelum pergi saya ada meneliti isi kandungan kelas dan saya rasa kebanyakannya saya dah maklum kerana sebahagiannya adalah melibatkan medical info..tapi bagi saya ini adalah penting untuk pendedahan sang suami..
2 hari kelas..sekalipun terasa belum cukup optimim (dek Zahra main2& menyusu) tapi Alhamdulillah impaknya agak besar buat kami.
Antaranya;
•Kami kembali terarah dan meyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik Pencipta dan Perancang dalam segala sesuatu.. dan proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu anugerah yang unik dan sangat istimewa samada dirancang atau pun tidak.
• Kami semakin berpositif bahawa Allah ada perancangan yang baik untuk kelahiran kami sekalipun kami tak tahu apakah ia dan ia perlu seiring dengan usaha doa dan tawakkal kami..
• Kami juga belajar untuk bersedia untuk 'menyerahkan' diri dalam jagaan Allah setelah usaha lahiriah kami laksanakan.
•Kami dapat belajar proses fisiologi kelahiran dari sudut medikal, risiko dan komplikasi, serta rawatan yang perlu (sekalipun tak sedalam ilmu orang medikal tapi bagi saya itu cukup untuk ibu-ibu sedar dan berjaga-jaga untuk hadapinya jika perlu di samping boleh bertanya lanjut pada yang medical personal lebih arif)
• Kami belajar cara untuk mengurangkan risiko di kala kelahiran dengan menjaga makan minum, senaman dan juga emosi spiritual (sangat membantu bila suami melibatkan diri dalam ni)
• Kami belajar tentang persedian menghadapi sakit bersalin dengan teknik mengawal carafikir (zikr dan ingat Allah banyak time sakit) teknik pernafasan.. sungguh dengan nama Allah!! sangat berkesan waktu bersalin
• kami belajar peranan sang suami dalam proses kehamilan hingga proses kelahiran.. Allahu!.. sungguh saya bersyukur untuk ini..terasa lainnya tingkah laku suami selepas ke kelas itu hinggalah ke saat bayi dilahirkan..terasa syukur itu tak mampu diucap.. sang suami sangat berperanan..(saya cerita nanti dalam birth story saya ye)
•  Kami diberitahu agar melibatkan diri dalam apa-apa keputusan. Dan untuk membuat keputusan kita harus ada ilmu agar seiring dengan pemahaman yang pihak medikal harap dari kita..DAN TIDAK sedikitpun ADA UNSUR HASUTAN agar menjauhi bersalin di hospital..JAUH SEKALI MEMPROMOSI BERSALIN DI RUMAH...
itu serba sedikit dari kelas tersebut yang saya hadiri..saya bersyukur untuk peluang itu..saya tak pasti pengisian kelas lain oleh orang lain tapi saya yakin mereka juga sama..
**isu homebirth》
Keputusan untuk homebirth adalah keputusan yang sangat personal..sejauh mana pasangan menimbang baik buruknya adalah usaha mereka..
Dan kami memilih untuk bersalin di hospital atas timbang tara kami..dan juga bersalin di hospital kerajaan di HSNZ juga bersama reason kukuh walaupun mulanya kami pilih private juga (saya cerita nanti juga)..
Wallahualam... ini cerita saya...dan pandangan serta pendirian saya tentang ini..
Melihatkan isu ini semakin hangat dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam pelbagai bicara, (ada yang cukup kasar, menembak tanpa tahu asal, menuding itu ini, menjahil dan merendah rendahkan usaha ibu-ibu sungguh mensayat hati)..
Selalu saya warwarkan sebelum ini..kenalilah dulu apa itu natural &gentle birth sepertimana medikal mahu usaha mereka diketahui..sedikitpun tak menyalahi ilmu medikal bagi saya..malah medikal mampu menggunakannya ini untuk kebaikan bidang perubatan masa depan..
Saya beroptimis bahawa ini adalah 'wake up call' untuk semua baik ibu bapa suami isteri dan para medikal personal..untuk ke arah lebih baik in sya allah
Kenapa ada semua ini...ayuh sama-sama cari jawapannya penuh hikmah..
~sekadar ini dari saya..

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. baru merancang untuk home gentle birth

    ReplyDelete